Saturday, June 30, 2007

budak-budak memang begitu

Menyampah pulak aku tengok isen yang sebelum ni. Jadi, kita 'top-up'lah dengan isen yang baru. Cerita pasal? Anak menakan, mengikut urutan gambar 1-5.





1. Ini Arieq, 6 tahun 7 bulan dan tidak merokok. Anak aku yang paling tua. Semua orang ingat aku ada seorang anak saja sebab balik-balik aku akan cerita pasal dia. Sebab budak ni yang paling lawak. Dan dia sajalah yang sempat aku jaga dan aku 'pengaruhi' dengan benda-benda pelik sampai dia cakap aku 'best'. Minggu lepas, aku telefon ke rumah dan bercakap dengan ibu Arieq. Katanya Arieq dapat semua A dalam peperiksaan pertengahan tahunnya, kecuali satu subjek iaitu: BAHASA MELAYU. Markahnya 56. Ibunya kata lagi, 'Bonda amiklah budak ni bawak sana. Mama dah bising-bising. Dia kata,"Tuh Sarra tu, jangan kasi dah dia tengok cerita orang putih. Biar dia tengok cerita Oshin je." Camana haa, nak kasi dia pandai Bahasa Melayu?' Aku cakaplah, alaa..budak-budak. Nanti dia pick-up lah Bahasa Melayu. Aku pun tak tau macam mana nak ajar budak yang cakap 'sebiji epal' sebagai 'sebuah epal' dan 'sebuah gelas' sebagai 'secawan gelas'. 'Nangka' diejanya sebagai 'nanggis', dan macam-macam benda pelik lagi. Tadi aku 'call' Malaysia sekali lagi untuk 'assess' Bahasa Melayunya. Aku tanya dapat nombor berapa dalam kelas, dan dijawabnya nombor 8. Katanya, 'Ibu marah sikit.' Aku tanya tentang kelas taekwandonya, katanya 'Takde taekwando dua. Ada City Square dua'. Aku kata, 'Haa? Apa Arieq cakap ni?' Dia 'explain' lagi tapi aku masih tak paham. Last-last dia geram dia kata, 'Alaaa..Apalah bonda ni. Tak paham Bahasa Melayu ke?' Aku gelak gila-gila, berguling kat lantai. Ada hati cakap orang tak paham, padahal Bahasa Melayu dia tunggang-langgang. Bertuah punya budak!

2. Ini pula namanya Tisyia. Berusia, entahlah aku tak tau. Tiga tahun sebulan agaknya. Budak kecik yang masa keciknya suka meludah. Kalau kena marah, mesti nak ludah. Sedap kena pukul ni. Tapi dah besar sikit ni, baik je budaknya. Mangsa buli ayahnya. Keistimewaannya adalah 'terror' bodek ayahnya. Kata stokin ayahnya wangi. Cakap ayahnya 'hensem'. Kata suara ayahnya sedap. Haha. Pandai sebab takut dengan ayahnya. Arieq paling jaki dengan anak aku yang ini. Entah kenapa, semua benda Tisyia buat dia nak report. Sian budak kecik ni. Kalau tidur pulak, bukan main susah. Dah pakaikan losyen badan Baby Johnson yang untuk tidur pun masih tak tidur. Dia boleh gigit ibu jari kaki aku, lari-lari satu bilik, jerit-jerit, dan masih tak tidur walaupun aku ngantuk gila. Kena sergah dengan ayahnya barulah dia tidur.

3. Gadis kecil ini bernama Alea. Aku yang beri ejaan namanya waktu dia lahir. Anak aku yang ini sebaya dengan Tisyia. Cakapnya pelat, tak siapa pun yang paham kecuali ibunya seorang. Bila dia panggil 'Bonda', aku tak sure dia panggil aku ke panggil abang aku 'Da' [uda]. Dia kena paksa masuk sekolah tadika sebab mak ayahnya kerja. Sebagai tanda rebel, dia akan tak makan sepanjang di sekolah dari pukul 9-5. Bila balik rumah, habis roti berkulat pun dia sambar lambang kelaparan yang amat sangat. Pelik betul budak ni.

4. Yang macam jejaka ini, namanya Sarra. Umurnya pun, aku tak pasti. Haha. Setahun 6 bulan agaknya. Asyik kena cakar dengan kucing. Muka calar-balar dek cakaran kucing tapi 'still' tak berhenti kacau kucing. Tak suka dipegang ibunya. Mesti nak lepas. Selepas kejadian dia lari-lari dan 'brake' maut betul-betul depan 'escalator', ibunya terus beli tali ikat budak kecik ni. Ibunya pening, si Sarra nangis-nangis nak dilepas. Pada masa yang sama abangnya, Arieq nangis-nangis minta ibunya jangan lepaskan Sarra. Kalau kena marah, dua-dua mesti kena marah. Bila ibunya marah Arieq yang balik sekolah dengan 'pencil-box' kosong, Arieq nangis dan Sarra akan pujuk dan tenyeh-tenyeh mata Arieq [konon-konon kesat air matalah]. Last-last dua-dua kena marah sebab tak dengar cakap. Oh, budak kecik ni suka pakai songkok gaya Orked, senget ketepi tu. Dia takkan lepas dari songkoknya.

5. Jejaka tulen ini namanya Arman Graseka. Dia adik kepada Tisyia. Umurnya 6 bulan. Aku tak pernah jumpanya lagi. Tapi mak aku cakap kerjanya gelak saja memanjang. Sekian, tak boleh nak 'elaborate' panjang. Heh. Aku tak sabar nak jumpa budak botak ni.

Dahlah. Melalut cerita pasal budak-budak ni pulak. Haish. Kalaulah jari aku pantas menaip report projek aku sepantas menaip isen blog ini, alangkah indahnya. *Sigh~

adooii..sakit perut masuk angin


'Jelesi' [cemburu] adalah perasaan yang pelik. Kau boleh kata kau tak 'jeles' pasal sesuatu perkara sekarang, dan esok lusa tiba-tiba kau jadi 'jeles' dengan benda yang dulu kau kata kau tak 'jeles'. Hari Khamis, entah kenapa aku menjadi seorang pen'jeles'. 'Jeles' sampai ada rasa nak nangis. Tapi aku pun tak pasti adakah yang aku rasa itu adalah 'jeles' yang asli. Atau sekadar diri ini mengada-ngada nak ber'jeles'an. Mungkin sebenarnya bukan 'jeles' tapi, luka yang dah ada saja-saja nak meragam. Luka pun, satu lagi benda pelik. Bilamana kau rasa kau dah sembuh sepenuhnya dan nak jalan terus, ada kalanya bekas luka tu akan tiba-tiba rasa berdenyut dan kau rasa nak tengok bekas luka itu. Kerana hakikatnya, luka yang sembuh takkan sama dengan tisu yang asal. Walaupun kau cuba sedaya upaya hindarkan diri untuk melihat luka itu, kau tetap akan merasa kehadirannya. Kau boleh kata kau tak luka tapi kau sendiri tahu apakah faktanya. Aku boleh hidup dengan luka, asalkan ia tak menghantui aku setiap hari. Tapi untuk musnahkan sama sekali kehadiran luka itu adalah sesuatu yang sedikit mustahil. Bak kata kawan aku yang berada di Johor bernama Y [haha],"Rasa macam nak amnesia je. Baru boleh lupa kot." Ya, marilah amnesia beramai-ramai.

Sekarang persoalannya, kau tahankah hidup dengan luka dan 'jeles'? Kalau kau:
~ Lalui majoriti hari-hari kau dengan bergelak-ketawa tak ingat dunia
~ Kebanyakan masa yang ada, kau tak fikir tentang keduanya
~ Fikir tentangnya dan berasa sebak, tapi kau tak kalah dengan menitiskan air mata
~ Merasa bahawa menangis adalah perkara berharga yang tak harus kau lakukan untuk isu yang tak 'worth it'
~ Bangun pagi dan berasa hidup ini terlalu singkat untuk perkara remeh sebegitu
~ Bersyukur dan yakin bahawa ada hikmah di sebalik segala yang terjadi,
~ Boleh tahan tak cerita kat kawan kau tentang ke'sebak'an kau

kau akan baik-baik saja.

Manusia lain-lain. Ada yang boleh 'go-on' dan ada yang akan 'stuck'. Selayaknya kita tak patut prejudis akan bagaimana orang lain 'cope' dengan kehidupan mereka. Janganlah cakap, 'Alaa. Jiwang ah kau.' Sebab akan datang masanya kita akan berada dalam situasi yang sama tapi tak serupa. Walau tak dizahirkan ke'jiwang'an itu, yang di batin tu siapa yang tahu? Dan sebagai jasad yang diamanatkan agar menjaga kejadian Tuhan, hargailah diri sendiri dan kehidupan. Aku tak tahu, tapi aku rasa benda yang remeh, kalau kau anggap besar, besarlah ia. Dan begitu juga sebaliknya. Hanya perlu buka mata dan hati, dan tanya "Worth it kah 'jeles' dan luka itu dibesar-besarkan?" Aku masih seperti aku yang dulu; positif tentang kehidupan tetapi tidak pada hubungan.

'Hari ini aku merasa baik-baik saja. Boleh kan, Tuhan?'

Wednesday, June 27, 2007

kad undangan


Dengan secara diplomatiknya, saya ingin menjemput anda, anda, dan anda untuk menghadiri majlis keramaian saya yang tak berapa ramai sebagai langkah untuk memenuhi nafsu yang menular sejak sekian lama. Berikut adalah 'details' untuk rujukan anda (matilah 20 minit fikir apakah 'details' dalam bahasa Melayu, tapi masih tak ingat~):

Tempat: McDonald ASDA Fulwood, Preston
Hari: Khamis, 28 Jun 2007
Masa: Sekitar jam 1.30pm, sekembalinya saya dari klinik di Chorley hingga sekitar jam 2.30pm
Hidangan: McValue Meal Fillet-o-Fish berharga 1.99 pound dan Rolo milkshake. Mungkin akan ada aiskrim dihujung majlis
Transportasi (???): Pergi menaiki bas Preston, pulang mungkin berjalan kaki. Keputusan muktamad terpulang pada keadaan perut setelah majlis tamat.
Pakaian: Kot/Pakaian kebangsaan

Jika berminat, anda boleh meninggalkan komenan anda di akhir pembacaan isen ini. Sila pastikan perut anda kosong sebelum menyertai majlis ini. Penyertaan anda amatlah dialu-alukan supaya saya tidak patah semangat untuk kesekian kalinya untuk ke McD. Pastikan anda berkumpul di ruang tamu kediaman saya, sebelum bergegas beramai-ramai ke tempat majlis. Saya juga berharap dapat membeli aiskrim 'posh', deodorant, beras, dan beberapa barangan peribadi saya di ASDA berhampiran setelah tamat majlis.

Segala kerjasama anda, saya dahului dengan jutaan....TERIMAAA KAASSIIIHHH!

Tuesday, June 26, 2007

fakta kehidupan


Sebelum berkerja keras menaip report, aku nak berkongsi ilmu dan fakta menarik yang aku dapat dari buku bertajuk 'ABC of Sexual Health':

1. Men show more attraction to VISUAL sexual stimuli, whereas women are more attracted to AUDITORY and WRITTEN MATERIAL, particularly stimuli associated with the context of a loving and positive relationship.
Tafsiran aku: Lelaki pandang rupa. Perempuan suka kena ayat dengan dapat surat.

2. There is evidence that women are more attracted to more powerful or socially dominant men.
Tafsiran aku: Artis seperti Jehan Miskin? Ahli politik seperti Khairy? Hmm...bukan semua kan?

3. Self-esteem and social success seem to have a sexually enhancing effect, possibly more so in men than women.
Tafsiran aku: 'Kejayaan bilik tidur bermula di dalam diri anda.'

4. In a sample of people aged 80-102 years, 62% of men and 30% of women were still sexually active.
Tafsiran aku: Wooo..62%?80-102 tahun??? Teringat aku satu iklan ni kata:' Life starts at 61 if you forgot to start it at 40.' Betul rupanya...

5. Florence Nightingale said:'I have lived and slept in the same bed with English countesses and Prussian farm women. No women has excited passions among women more than I have.'
Tafsiran aku: Florence Nightingale lesbian ke?

Ini saja yang boleh dikongsi dikalangan kalian yang berumur bawah 18 tahun ni. Lain-lain fakta seperti apakah saiz dildo terbesar yang dinyatakan dalam buku ini, biarlah rahsia. Aku pun pening-pening baca benda pelik-pelik. OK~

Monday, June 25, 2007

jemput datang


Ada banyak jugak benda 'berkumandang' kat kepala aku tapi tak semua boleh diceritakan. Nak dengar cerita sensasi? Ada orang ajak aku kahwin. Dua kali dah. Dia member masa sekolah rendah dulu. Kawan-kawan aku cakap dia suka kat aku. Tapi aku tak berapa nak suka kat dia. Sebab dia kurus, lemah lembut, tak macho, muka sweet dan selalu tersengih. Masa darjah 6 aku pernah terkapitkan dia kat pintu almari kelas sebab aku tak nampak dia tengah carik benda dalam almari tu. Tu lah lambang kekurusannya. Dia suka kawan dengan adik aku. Masa kami darjah 6, adik aku darjah 1. Dia selalu jaga adik aku bilamana aku selalu tengking adik aku. Hmm..aku pun tak pasti adik aku ingat lagi atau tidak. Dia nak jadi lawyer masa tu. Lepas darjah 6, aku tak pernah jumpa atau berhubung dengan dia. Pernah sekali dia tiba-tiba telefon rumah aku waktu lepas SPM. Tentulah suara dia dah lain. Hisyy..pelik betul situasi tu. Nasib baik aku tak pindah rumah tau. Senanglah nak cari nombor phone aku dalam buku autograph muda-mudi dulu sebab nombor pun tak berubah.

Tapi tulah. Yang tak tahannya. Weekend aritu dia ajak kahwin. Sebelum ni dia ada ajak gak sekali. Tapi yang pertama kali tu, aku tak cakap apa. Aku senyap je. Yang baru ni, entah kenapa aku cakap OK pulak. Haisshh..pening..pening.

Tu lah. Tarikh tak settle lagi, sebab dia pun tak cakap apa. Mak ayah aku pun aku tak bagitau. Tak tau nak cakap macam mana. Kalau nak buat kenduri kang, nak kena jemput korang pulak, ye tak? Tapi tu lah. Nak kasi kad tapi aku tak rasa korang boleh datang pulak. Haishh..Nak kasi korang makan, macam tak konfiden jugak. Tulah. Bukan apa tau. Sebabnya dia ajak tu dalam mimpi tau. Nak kena tunggu pulak dia set tarikh dalam mimpi yang akan datang, kan. Lepas tu, mimpi-mimpi future barulah berlangsung kendurinya. Tapi itu pun kalau dia datang set tarikh lah, kan. Kalau dia tak jengah aku kat dalam mimpi lagi, cam mana nak prepare kan? Haaa..macam tulah korang. Gelak..gelak..Kalau 'terror' datanglah kenduri kahwin aku, kan...dalam mimpi. Nanti aku kasi kadlah,kan..dalam mimpi.

Mengarut deh. Usap-usap rambut aku, ajak kahwin. Haishhh! Geli dan geleman tau. Boleh buat mati~

p/s: Oh, mana orang yang nak tunjuk gambar laptop baru dia? Yang pergi berkerja di luar negara dan mau berkongsi gambar. Yang beli kereta baru. Yang berpotongan rambut baru dan berimej baru. Yang berbaju putih dan berseluar yankee. Mana? Mana? Hanya pandai menanam tebu dibibir, tapi tidak pandai menjaganya. Ijad, kata nak update kat wasaii?

Thursday, June 21, 2007

kita merancang....


Aku tengah buat tekan tubi. Oh, sebenarnya tekanan bertubi-tubi dalam otak. Projek yang dirancang tak berjalan lancar. Ah, dah malas dah nak layan. Dahlah aku tanya soalan teka-teki takde orang nak jawab. Hahaha. Emo betul, Jet. Haa, anyway siapa yang nak tau jawapan soalan kenapa kakak kepada wanita yang pergi kubur tuh dibunuh oleh adiknya seminggu selepas mak diorang mati ialah: SUPAYA DIA BOLEH PERGI FUNERAL LAGI DENGAN HARAPAN DAPAT BERJUMPA DENGAN LELAKI YANG DIA JUMPA KAT FUNERAL MAK DIA HARI TU. Kalau jawapan anda sama dengan jawapan yang saya berikan ini, maka layaklah anda menjadi seorang serial killer. Apparently, soalan ni adalah salah satu soalan 'psychiatry' yang akan diajukan kepada suspek pembunuh bersiri. Adakah anda orangnya yang saya cari? *Adeh, mode-mode abang APEKEJADAH pulak~

Oh, berbalik pada projek yang meraban tu. Aku adalah contoh perempuan yang berfikiran singkat. OK, projek tak jalan kat klinik, kita kenalah cari jalan lain nak majukan projek kan? Entah kenapa pesakit yang datang klinik semuanya aku rasakan tak sesuai sebagai calon menjawab questionnaire aku. Last-last aku rasa data yang setakat ni aku dapat tunggang-langgang. Menunggang kuda adalah lebih best. OK, tak kisahlah tu. Aku pun berfikiran panjang nak pos surat dan questionnaire kepada pesakit yang tak datang klinik supaya diorang boleh jawab kat rumah je lepas tu pos semula kepada aku. Dari minggu lepas aku rancang. Masalahnya dah hari Khamis dah, tapi bibit-bibit kejayaan tuh masih lagi tak nampak. Kenapa?
1. Sebab supervisor aku 'off' 2 hari dan aku nak dapatkan approval dia. So, dah jadi hari Rabu nak menunggu dia masuk kerja semula.
2. List pesakit yang aku perlukan hanya boleh di'access' oleh seorang secretary bilamana secretary neurology ada berjuta-juta. Dan secretary yang seorang tu pulaklah yang nak amik cuti sakit sampai 2 minggu. 2 minggu, kak? By the time, I dah depress dan redha dah dengan kerja I tau. Nak dekat submission date dah tuh. Arghh!
3. Specialist nurse yang menjadi salah satu aku punya source of bantuan pun tak masuk ofis. Katanya takde di ofis until Khamis, 21 Jun 2007. Adakah itu inclusive of Khamis, atau sepatutnya Khamis dia dah kembali ke ofis? Aku call, masih tak dapat jawapan.

Haihh. Tengoklah. Sana cuti, sini cuti. Macam tu la semua orang. Cuti memanjang. Aku pun dah taktau mana arah tuju aku. Pergi pandai-pandai siap beli sampul surat 100 keping, setem 100 keping. Bengkrap tau! Bengkrap!!! Ye, rakan-rakan. Sayalah sumber aspirasi wanita berfikiran pendek. Sebenarnya urutan cara kerja yang terbaik adalah:
1. Tanya supervisor
2. Survey bilangan pesakit dan alamat yang boleh didapati
3. Beli setem dan sampul surat ikut bilangan pesakit yang didapati
4. Pos

Dan, bukanlah:
1. Beli setem dan sampul surat 100 keping setiap item (24 pound ku berterbangan macam dandelion ditiup angin)
2. Tanya supervisor (Dialog aku dengan super aku: 'I plan to mail the questionnaire to 50 patients.' 'DO YOU HAVE 50 PATIENTS?' 'Err..No~'
3. Survey bilangan pesakit dan alamat yang boleh didapati dimana TIADA SEORANG PESAKIT PUN DIDAPATI
4. Pos kepada angin lalu dengan harapan angin membawa questionnaire secara automatik kepada pesakit yang aku nak

Ye, sekarang aku ada setem juta-juta. Kalian nak poskad? Nak surat? Mehlah order kat aku, sementara stock setem masih ada. Hanya 100 orang pertama sahaja! Bangang~

Monday, June 18, 2007

apeka


*Mode tak pandai cakap bahasa Melayu.

I'll tell you what you are if you're able to answer this question correctly:

A girl was at the funeral of her mother when she spotted a guy. She fell in love at the first sight. A week later, she murdered her sister. And the big question is: WHY?





Yes, you're a SERIAL KILLER.

Sunday, June 17, 2007

ayah dan mama


Hal ayah: Selamat Hari Bapa kepada semua bapa-bapa seantero dunia terkecuali bapa-bapa ayam yang membuat lagha di muka bumi ini. Aku wish ayah aku tadi melalui sms. Maklumlah, dah tau nombor yang betul. Ada hikmah gak aku salah nombor telefon last week. Takdelah aku malu sendiri pandai-pandai pergi wish dia Father's day pada hari yang salah. Alhamdulillah. Ayah straight away call aku bila mendapat sms ucapan aku. Katanya sedang menunggu giliran kat klinik. Nak jumpa doktor. Dia demam. Suara ayah serak. Bukan kondisi yang terbaik untuk menyambut hari istimewa ni. Aku harap ayah sihat cepat sebab terlalu banyak kerja yang perlu dia bereskan dalam minggu-minggu akan datang ni. Mungkin ayah aku tak macam ayah orang lain, tapi sayang, hormat, dan ingatan aku sentiasa ada untuk dia. Semoga ayah dipanjangkan usia dan mendapat rahmat serta perlindungan dari Allah dalam segala urusan. Sekali lagi, Selamat Hari Bapa! Good to hear from you, ayah!

Hal mama: Mungkin aku ini orang yang gila kerana selalu mintak mak aku pos benda yang bukan-bukan. Kalau boleh aku nak suruh dia pos double cheese burger McDonald, mihun goreng dia, kari ikan dia, dan donut Malaysia. Mak aku pulak jenis kalau aku teringin nak makan something, dia akan usaha sebaik mungkin untuk pos. Walaupun aku nak, tapi aku belum pernah suarakan minta pos double cheese. Takut kena lempang pulak. Heh, tadi mak aku cakap dia dah bungkus parcel aku yang insyaAllah akan dipos esok. Antara isi kandungannya? Bubur caca, sagun,nasi impit, serai, pokok pandan yang masih berakar, dan 10 biji telur masin. Hahah. Gembira ria aku mendengarnya. Mak aku berazam nak pos barang untuk raya sikit-sikit supaya lama-lama jadi bukit. Ye, mak aku suruh tanam serai dengan daun pandan kat belakang rumah ni. Aku harap pokok pandan akan hidup subur di tanah asing ini. Ammiinnnnnnn~

Friday, June 15, 2007

the honest and emotion survey


Yeh. Aku berasa sangat malas umpama mi segera mamee bergambar Mawi. Taknak tidur sebab aku rasa kuota tidur aku patut dicatu. Tapi taknak belajar sebab nafsu itu kata tak mau. Maka, laporpo...mari menjawab soalan merapu dari 'The honest and emotion survey':

1.Honestly what color is your shirt?
At the moment ka dey tambi? Ha..purple..sweatshirt kerana hari ini sangat beku.

2.Honestly, whats on your mind?
Kenapalah aku ni bengap benar.

3.Honestly, what are you doing right now?
Tengah jawab survey ini sambil ber'chat-chat'an di YM.

4.Honestly, have you ever been in love ?
Oh. Selalu. Tu kira hobi aku masa terluang.

5.Honestly, have you done something bad today?
Hmm..ye. Buat muka bodoh lagi kat klinik. Tak join doktor. Aku buat klinik tu cam aku yang punye.

6.Honestly, do you watch disney channel?
Honestly?Pernah kot. Aku pun tak perasan sebab melayan anak sedara aku tengok kartun. Tapi sekarang tak, sebab aku takde kemewahan subscribed TV lah dah-ling.

7.Honestly, who is the last person you talked to on the phone?
Nur Zawani Zainuddin kerana dia tertekan dengan kehidupannya dikalangan orang yang menjengkelkan.

8.Honestly, are you jealous of somebody right now?
Mmm..Tak pun.

9.Honestly, what makes you mad most of the time?
Bila aku kerja keras tapi tak dapat hasil yang aku nak. Dan bila orang bersikap menjengkelkan.

10.Honestly, do you bite your nails?
Entahlah. Dulu-dulu takde tau. Sekarang cam bau-bau bacang. Tapi aku rasa lebih kepada gigit benda yang tepi kuku tu. Alaa...yang kulit keras-keras tu.

11.Honestly, do you use anyone?
Sekarang ke? Taklah. Sebab semua orang tengah tidur. Kadang-kadang aku use orang macam Fizatul suruh masak. Macam Yasminci untuk jadi sekretari aku. Dan macam Huda untuk kejut dan buat donut. Aku memang terer bab menggunakan orang ni.

12.Do you miss someone this very moment?
Hmm..pelik tapi benar. Tak.

13.Honestly, do you have a friend you don't like?
Haa..Kalau aku jawab sepintas lalu, aku kata TAK. Tapi bila aku fikir dengan memakai headband "PEMIKIRAN" aku, aku akan jawab ADA.


14.Honestly, do you love someone very much?
Oh yeah. Cinta yang teramat sampai aku tak tahu apa akan jadi kalau dia takde dalam hidup aku lagi. Tak pernah cinta orang sekuat cinta aku kat dia. Mama~

15.Honestly, does anyone like you?
Setau aku setakat ni, takde. Silalah bagitau kalau suka kat aku ye. Supaya aku leh jawab dengan lebih jujur.

*Anger Section*

1.What do you do when you're mad?
Selalunya diam je. Tak cakap. Nanti dah fikir rasional, aku abaikan. Kalau aku rasa benda tu tak dapat dikawal, kang senyap-senyap aku nangislah. Kalau aku rasa nak 'havoc' aku buat scene amok. Selalunya ni bila aku dah lama sangat pendam. Dah takleh tahan.

2.What's the worst thing you've done when you were mad?
Entahlah, aku rasa aku capable of pukul orang bila aku marah. Masa kecik dulu pernah buat. Dah besar ni, paling teruk aku sepak almari sampai tumbang saja.


3.Ever made anyone cry when you were mad?
Aisey. Tak tahulah pulak. Sebab selalu lepas hangin satu badan aku terus blah. Aku nangis sendiri ada lah. Oh, ada kot. Junior aku kat sekolah. Sorry deh. Aku memang bukan orang suci.

4.Do you swear when you're mad?
Selalunya aku marah betul, mulut aku tak bising. Lebih kepada riak muka dan aksi badan. Maki? Tak gak. Mungkin lebih kepada jeritan yang incomprehensible. Yeh. GCS berapa tu? Eh, mungkin tidak. Entah. Kira maki tu, bila aku tak berapa nak marah la.

5.When was the last time you really cried?
Entahlah. Sejak dua menjak ni macam susah nak nangis. Aku sangat-sangat nak nangis tapi walaupun aku kerja keras menyedihkan diri aku dan meneran-neran untuk menangis, aku tetap tak boleh nak nangis. Mungkin air mata ni dah kering. Mungkin aku rasa menangis tu membazirkan masa.

6.Ever cried yourself to sleep?
Pernahlah. Tapi, lately..macam jawapan di atas.

7.What usually makes you cry?
Ikut ranking: 1. family 2. stress belajar 3. benda-benda remeh yang tak ada lagi dalam hidup aku

8.Are you normally a happy person?
Oh. Aku nak jawab 'yes' boleh? Tapi nanti housemate aku dengar aku menjerit-jerit "DEPRES! DEPRES!" Malaslah, kan?

9.Does being with your friends makes you happy?
Yes. Even more, kalau being with my family.

10.When people say they think you are good looking/pretty, do you get happy?
Ishh..Mana? Takde punya. Aku jaki betul dengan orang cakap aku lawa. Haha. Penipu la wei. You make my day if you say I'm pretty.

Yeh. Siapa-siapa yang ada masa terluang, rasa nak buat siri bercakap dengan jin diri sendiri, jawablah survey ini. Sangat dialu-alukan. Bagus gak buat 'reflect' diri sendiri.

Wednesday, June 13, 2007

budak bebal selalu rugi


Perempuan boleh menjadi 'emotional' dan tidak rasional bila apa yang dia mahu tak tercapai. Atau persoalan yang berada di benaknya tak terjawab. Senang sangat nafsu mengambil alih kewarasan fikirannya. Mungkin sebab itu, perempuan dikatakan ada 9 nafsu dan satu akal. Apa perasaan perempuan bila menghantar sistem pesanan ringkas (sms) kepada lelaki yang disayangnya tetapi tidak mendapat sebarang balasan? Tentu marah bukan? Tapi bagi aku, segala fikiran liar akan wujud. Marah jauh sekali. Kira marah tu last thing lah. Aku akan fikir: Accident ke? Sakit ke? Ikhlasnya, tak tahu kenapa tapi bila orang tidak berjaya aku hubungi atau tidak menghubungi aku, perkara pertama yang akan terlintas di fikiran aku adalah 'Dah mati ke?'. Mungkin 'extreme' pada kalian, tapi aku memang macam tu.

Masuk minggu ini, sudah 10 hari aku cuba menghubungi ayah aku. Tapi tidak mendapat sebarang respon. Apa lagi, kalutlah aku fikir kenapa dia tak membalas sms aku. Marahkah dia pada aku? Aku buat salah ke, tak perasan pun? Ayah tak mau kawan dengan aku lagi ke? Ayah pegi outstation ke? Termasuklah, ayah pergi kenduri kahwin Pak Lah kot?(merujuk kepada isen 'Walimah'). Ayah nak abaikan aku kat negara orang ni ke? Ayah tak sayang aku lagi kot. Dan sebagainya. Aku 'wish' Father's day pun dia tak balas. Musykil tak? Aku telefon rumah dan mama aku kata ayah ada di Johor. Tapi keluar menghantar kad jemputan kahwin kepada kawan-kawannya. Kad jemputan abang aku. OK, ayah selamat. Tak perlu risau lagi. Tapi aku tak meninggalkan pesan untuk ayah pada mama. Sebaliknya aku hantar sms kepada Along aku agar menyampaikan pesanan aku pada ayah. Sebabnya? Aku tak mau kena marah dengan mama sebab dia akan bising pasal perangai aku yang tak pernah berubah. Perangai apa? Biarlah rahsia. Haha. Aku bagitau Along yang ayah tak membalas sms aku. Along kata, dia akan cakap dengan ayah tapi dia ingatkan aku agar sms ayah lagi bagi mengukuhkan fakta.

Dah 10 hari berlalu dan aku cuba sms lagi. Hari ini, tiba-tiba ayah balas pulak. Kenapa? Ceh, baru aku perasan kenapa ayah tak balas sms aku selama ni. Kerja sia-sia aku dah membazirkan wang, tenaga dan buat dosa sebab syak wasangka. Ye, ayah aku tak balas sebab:
AKU HANTAR SEMUA SMS TU KE NOMBOR TELEFON YANG SALAH. OI LAH JET...CAM MANA DIA NAK BALAS, HAA SETAAANNN??!! MERAPU JE ENGKAU NI. Hah. Hamek! Tak taulah nak cakap bangang tahap apa. Nak masuk dua minggu pulak tu. Cam manalah boleh tak perasan?? Malas betul nak layan otak yang entah apa-apa ni. Lain kali cubalah bawak-bawak sms ke nombor yang salah straight terus sampai sebulan dua. Sebenarnya ayah aku ada dua nombor yang salah satunya sudah tak dipakai tapi aku tak delete. Aku ingat hanya salah satu je nombornya yang berakhir dengan 111 tapi rupa-rupanya dua-dua hujungnya sama. Bila tanya adik aku, dia jawab:'Haah lah. Dia pakai nombor yang hujung dia 111. Tak taulah kenapa dia tak balas.'

Ayah taip di akhir smsnya: 'Rindu kat Jajah. Jaga diri baik-baik'.

Yey, terima kasih..I miss you too~

Oi korang, tolonglah diri sendiri. Jangan jadi SOCHAI, keh. Aku malas tau nak layan naluri wanita ni. Haha!

Tuesday, June 12, 2007

amelia gadisku


Amelia. Sedap kan nama tu? Ironinya, dalam perubatan 'amelia' bermaksud 'congenital absence of a limb or limbs'. Tiada tangan atau kaki, sebelah atau kedua-dua belah, sejak lahir. Hmm. Aku dah malas nak layan tahap kemalasan aku yang berbakul-bakul. Oleh itu, aku nak 'belajar' di blog ini hari ini. Kalian tak perlu baca isen ini. Ianya mungkin tak relevan untuk kalian. Cuma sekadar nak tambah ilmu aku sendiri yang lompong otaknya.

Syringomelia. Tadi bos klinik aku pesan suruh baca pasal kondisi ni. Katanya menarik. Huh, satu kerja pula nak translate hasil bacaan aku dalam bahasa Melayu. Pasal itulah agaknya ramai pesakit di tanah air aku tak faham tentang penyakit yang mereka tanggung: kerana doktor malas/susah nak terangkan kepada pesakit. Ejaannya, syringomyelia. Sebutannya, 'seringgomayeliya'. Ye, sebut betul-betul: SERINGGOMAYELIYA. Ia adalah kondisi yang melibatkan saraf tunjang. Otak kita bersambung dengan saraf tunjang yang terletak dalam tulang belakang kita dan kemudian bersambung pula dengan saraf-saraf kecil yang keluar di antara tulang belakang untuk 'supply' anggota badan. Dengan izin Allah, saraf membolehkan kita bergerak, merasa, melihat, makan, kencing, alaa..semualah! Otak dan saraf dikelilingi oleh cecair yang dipanggil 'cerebrospinal fluid' atau singkatannya CSF. Cecair ini berfungsi sebagai medium pengaliran bagi pertukaran bahan makan dan kimia yang berkaitan, 'shock-absorber' bagi otak dan saraf, serta mengalirkan keluar bahan buangan dari struktur otak dan saraf. Haa, pening tak? Nak teruskan lagi? Tu baru mukadimah. Aku dah cakap jangan baca.

Berbalik kepada mak incik SERINGGOMAYELIYA tadi, ianya adalah kondisi dimana terdapat 'cyst' atau 'sac' iaitu dalam bahasa Melayu rasminya bermaksud pundi. Ye, macam pundi kencing tu. Pernah nampak? Pundi yang tak sepatutnya berada disitu boleh terbentuk akibat kecederaan pada saraf tunjang, seperti kemalangan jalan raya, jatuh dan sebagainya. Ia juga boleh wujud sejak lahir akibat masalah pembentukan saraf ketika bayi masih dalam rahim. Pundi ini terletak di tengah-tengah saraf tunjang dan mengandungi cecair CSF yang menekan saraf dan mengganggu penghantaran maklumat dari otak ke anggota badan yang lain. Selalunya ia bermula dengan 'sac' yang kecil dan tidak mendatangkan sebarang masalah. Hanya bila pundi cukup besar iaitu selalunya ketika pesakit dalam lingkungan umur 25-40, masalah akan timbul. Gejala-gejala yang dikenalpasti adalah sakit kepala, sakit belakang, lemah dan kejang pada bahu, belakang, tangan dan kaki, tidak dapat merasa panas dan sejuk dengan baik terutama di tangan, masalah mengawal pundi kencing dan salur najis, dan mengganggu fungsi perpeluhan serta seksual.

Kondisi ini selalunya dikenalpasti secara 'magnetic resonance imaging' atau MRI iaitu alat untuk mendapatkan imej struktur seperti otak dan saraf tunjang secara terperinci. Ia dirawat melalui kaedah pembedahan. Syringomyelia boleh terbentuk semula, mengakibatkan beberapa siri pembedahan perlu dilakukan. Selain dari itu, 'cathether' atau tiub boleh diaplikasikan untuk mengeluarkan cecair CSF yang terdapat dalam pundi tersebut. Jika pesakit tidak mempunyai sebarang gejala atau 'symptom' mereka tidak perlu dirawat. Pembedahan selalunya dapat menstabilkan masalah pesakit. Kelewatan atau penangguhan rawatan boleh menyebabkan kerosakan saraf tunjang secara kekal.

Faham? Faham? Haha. Aku rasa macam penulis segmen "Kesihatan" akhbar Utusan. Aku harap orang yang berjaya baca isen ini sampai habis, mendapat ilmu sedikit sebanyak. Minta maaf kepada yang bosan. Aku dah 'warning' awal-awal. Jaga diri dan jaga kesihatan. Sekian buat masa ini~

Gambar (A) di atas menunjukkan 'cyst' atau pundi yang terbentuk dan (B) adalah saraf yang normal.

Sunday, June 10, 2007

JET: senam, jangan malas


Nak meraban apa pun aku tak tau. Baik marhaban ye tak? Persoalan hari ini, berapa kali dan berapa lama sit-up patut dibuat untuk dapat perut yang kempis laksana tayar pancit? Aku pun tak pasti dan tak jumpa info yang aku nak. Nasib baiklah aku tergerak hati nak meng'google' isu ni. Ye, aku bukan ahli gim dan aku tak ada personal trainer yang nak 'provide' aku dengan ilmu berkaitan abdomen dan 'six-pack'.

Tahukah kalian bahawa tak ada gunanya membuat 'sit-up' dan 'crunches' membabi-buta tanpa melakukan senaman cardio yang intensif? Jangan risau. Aku pun baru tahu. Aku pernah membabi dan membuta membuat sit-up tanpa mendapat sebarang faedah sampai aku give-up. Ada baiknya aku give-up separuh jalan kerana aku tau aku akan mengalami masalah depresi kalau terus membuat satu kerja yang tak memberikan hasil. Rupanya di situ silap aku: tiada senaman cardio intensif. Senaman tersebut diperlukan untuk membakar lemak yang sedia ada di kawasan abdomen, supaya bila kita buat 'crunches' barulah kena kat muscle. Nak contoh? Macam pukul 'drum' yang dibalut kain tebal lah. 'Drum' tak haus sebab dihalang oleh kain tebal yang diumpamakan lemak di abdomen. Senaman cardio yang perlu aku buat sekarang adalah seperti jogging, running, rope-jumping, biking, hiking, aerobics, dan swimming. Swimming? Takleh woo, nanti lemas. Oh, lagipun takde pool. Hiking, tak ada bukit dan nak biking, takde basikal. Rope-jumping? Bukanlah hobi aku melompat-lompat ni. Maka, tinggallah aku dengan pilihan aerobik, jogging dan running. Baiklah, akan melakukannya di masa depan. Masa depan yang tak pasti. Haha. SEMANGAT!!!

Benda lain yang perlu aku lakukan untuk mendapatkan 'waistline' idaman adalah:
1. kurangkan kalori dan makan sihat..errrr?
2. makan on-time, small, frequent meals, and spaced out..aa..OK kot~
3. minum bergallon-gallon air...OK!
4. kemudian barulah sit-up itu..baik!

Kita mesti pulang ke Malaysia dengan badan yang 'toned' tanpa kata-kata keji seperti 'tembam'. Kemudian mungkin kita akan dipanggil berlakon dalam sequel 300. Yeh~

Friday, June 08, 2007

walimah


Saya suka nak berfikir bahawa ayah saya tak membalas SMS saya kerana dia sibuk membantu dalam melancarkan majlis kahwin Pak Lah. Hal jemputan, hantaran, kadi, akad nikah, penanggah, nasi minyak, dan khemah. Huh, angan-angan. Ngak ada uuuwaaaaaaaaaaaaaaannnnnnnnnnnnngggggggggggggg~

Selamat Pengantin...Baru? Lama? Hijau? Merah?

Wednesday, June 06, 2007

tak pelik tapi ngong


Sebelum aku menggilakan diri untuk mencari artikel projekku yang hilang, ingin aku kongsi bersama jawapan kepada 'tag' Fizatul yang bertajuk 6 perkara pelik tentang aku. Dah lama 'postpone' ni. Pada aku, apa yang aku kongsi ini lebih kepada 'habit' hidup aku dan bukanlah kerana aku pelik. Ayoh, mulakan:

1. Kita mulakan dengan rahsia bilik tidur. Benda yang selalu keluarga aku tegur adalah habit aku yang tidur goyang-goyang dan gesel-gesel kaki. Goyang aku ni boleh dikira tahap goyang gerudi Inul jugak sebab dari lutut ke bawah aku kasik gesel dengan alas tidur aku. Itu yang 'standard'. Kalau aku nak menggila lagi, aku boleh goyang daripada atas peha. Dan kalau aku malas, aku goyang dari paras buku lali saja. Macam-macam habit tidur yang pernah aku aplikasikan seperti meletakkan jam pada telinga untuk mendengar bunyi jam berdetak dan juga meletakkan gajah aku si Robi di atas muka. Tapi gesel kaki ni yang 'permanent'. Biar aku berkongsi situasi di rumah waktu aku kecil. Bila aku nak tidur dalam jangka masa yang tetap, aku akan pesan kat abang aku, "Deli, nanti kejut orang tau. Nak tidur sejam. Tapi tengok dulu kaki ni. Bila dah berenti baru timing tau." Kalau tidur dengan kakak aku pulak dia membebel, "Oi, bisinglah!" Lepas tu dia tindas kaki aku dengan kaki dia tak kasik aku goyang-goyang. Lepas tuh aku sepak kaki dia. Nanti dia gelak-gelak sebab berjaya kacau proses peniduran aku. Cousin-cousin aku pun selalu main-mainkan habit aku ni. Diorang gelak-gelak dan berkata, "Woo, macam Siti Nurhaliza!" Aku tanya pesal. Diorang kata makcik aku baca kat magazine mana entah, Siti pun habit tidurnya goyang-goyang kaki. Tak caya? Tanyalah Datuk K sebab dia yang tidur dengan Siti. Tapi aku perasan habit ni tak berlaku masa musim sejuk kat sini sebab aku akan 'curl-up' dan tak bergerak, takut angin masuk bawah selimut.

2. Rahsia bilik mandi pula ada dua. Satu, bila dah melakukan urusan semulajadi atau 'nature's call' aku akan duduk mengira dari 1-40 secara perlahan. Ini mungkin tak pelik sebab aku belajar masa sekolah agama dulu perempuan kena stay dalam posisi urusan hajatnya selama 40 langkah supaya salur kencing benar-benar kosong. Manakala lelaki pula kena berdehem untuk tujuan yang sama. Bila aku belajar anatomi, aku dapati ajaran agama ini sangat relevan kerana hakikatnya badan lelaki dan perempuan adalah berbeza. Bagi lelaki, meninggikan tekanan dalam abdomen membantu mengosongkan pundi kencing dan perilaku berdehem tu sebenarnya membantu dalam hal ini. Manakala bagi perempuan pula, salur kencing hanya akan kosong betul dengan bantuan graviti dan disinilah kiraan 40 tadi membantu. Yang peliknya, aku akan kira 1-30 kemudian 1-10. Aku tak pandai nak kira straight 1-40.

3. Kedua, bila aku syampu rambut aku hanya mencuci kulit kepala sahaja dan tak mengenakan buih syampu pada bahagian lain rambut aku. 'Conditioner' pula aku lumurkan pada rambut sahaja dan tidak pada kulit kepala. Ni pun tak pelik sebab aku mendapat ilmu ni dari buku penjagaan rambut kering. Haha!

4. Malas dan segan nak mengaku, tapi aku tak pernah sekalipun beli pakaian rahsia yang dipakai di bawah baju, sendiri. Aaa..no komen!

5. Oh. Walaupun pinggang aku 29 tapi aku memakai seluar jeans bersaiz 32. Dulu kala aku suka pakai baggy-baggy ni. Memang kena marahlah dengan segenap pelusuk dunia atas perilaku aku tu, termasuklah oleh abang aku yang garang sebab macam tak senonoh. Tapi aku buat bodoh je. Maklumlah, degil. Kepelikan aku terserlah bilamana hanya nurse saja yang dapat meyakinkan aku agar memakai tali pinggang. Masa tu aku ikut mak aku pergi klinik 'follow-up' surgerinya. Masa menunggu nak jumpa doktor, nurse Cina yang bertugas menegur aku, "Dik, lu punya seluar mau jatuhlah." Balik hospital, terus singgah Jusco beli tali pinggang. Lepas kejadian tu aku still beli seluar besar tapi pakai tali pinggang. Member-member aku ada yang gelakkan kata aku pakai seluar cerut. Nasiblah kan. Follow my happy heart, man~

6. Masa zaman aku tak stabil, kejap aku panggil mak aku 'mak', kejap 'ibu', kejap 'mama'. Cousin aku pun pelik, "Apalah panggilan sebenar budak ni untuk mak dia". Tapi jangan risau, sekarang dah permanent dah panggil 'mama' walaupun ada juga adik-beradik aku yang panggil 'mak'. Keling kan? Tapi nasib baik mak aku respon kepada semua panggilan tu. Nasib baik tak kena jerit tau. Maka, dengan ini sekarang aku tak pelik.

Ya, tamatlah sudah sesi menjawab ini. Maafkan ke'panjang-lebar'an jawapan. Aku tak pelik. Mak aku cakap dia jumpa aku masa kecik-kecik duduk senyap-senyap balun banyak pil perancang dia. Bila abang aku dengar, dia kata 'Oh, patutlah macam bengong je budak ni.' Sekian.

Tuesday, June 05, 2007

maafkan


Hmm. Dalam sesetengah perkara, 'IGNORANCE IS NOT A BLISS'. Dalam erti kata lain, perkara itu akan sentiasa bermain dalam kotak minda walaupun kita mencuba keras untuk menghindar diri daripada memikirkannya. Aku berperasaan kuat bahawa aku patut buat kenyataan ini dan 'postpone' taggy Fizatul. Kerana hakikatnya selagi aku mengabaikan perasaan ini, aku tak rasa aku akan dapat melalui minggu ini dengan aman.

Apa yang aku ingin nyatakan adalah berkaitan isen 'Bodoh-bodoh alang' yang aku taip bertarikh 15 Mei 2007 dan secara lebih spesifik, tentang perkara ke-4. Kurangnya sensitiviti aku menyebabkan aku tak teringat bahawa isen dan blog bukanlah rahsia malahan menjadi tatapan dan bacaan sesiapa sahaja yang ingin membaca. Jika ditakdirkan bahawa orang yang dimaksudkan akan membaca tulisan mengenai dirinya dalam mana-mana isen, maka akan bacalah dia akan kisahnya. Dan begitu juga halnya dengan isen yang aku nyatakan di atas. Oleh itu, aku dengan rasa rendah diri, ingin meminta maaf kepada mereka yang terlibat.

Along aku pernah menghadiahkan aku gajah kecil dengan tulisan 'I know I am headstrong. But I am never too big to admit that I am wrong'. Memang aku seorang yang degil tapi sejak itu, ayat ini menjadi antara prinsip hidup aku. Bermula di situ, selagi aku tidak meminta maaf bilamana aku salah, jiwa ini tak akan tenang dan sentiasa dibuai resah. Dan aku tak akan dapat lalui hari-hari aku seperti mana biasa.

Apa yang aku benar-benar ingin luahkan sekarang adalah: 'As much as I am entitled to come up with an opinion, I have not got the right to hurt anybody's feelings. I dare to admit that the way I wrote was harsh and rude. I apologise for the lack of sensitivity whilst the entry was written. And above all, sorry for the trouble that I have caused'. Dan aku berharap agar tak akan ada lagi insiden dimana aku menyakiti hati orang lain secara 'direct' pada masa akan datang.

Kepada mereka yang aku tujukan isen ini, harap maafkan. Dan kepada kalian yang tak terlibat, harap abaikan.

Sunday, June 03, 2007

penunggu


Bosan menggila. Menunggu bukanlah sesuatu yang menyenangkan. Aku selalu dengar budak-budak medik kata: 'We spend most of our time waiting for something that at the end, never happens.' Menunggu bukanlah 'profession' tetap aku. Tapi aku masih boleh tahan menunggu, tertakluk di bawah syarat-syarat tertentu iaitu:
1. masih akan tetap berlaku walaupun lambat
2. tak pasti akan berlaku tapi masih ada harapan
3. aku 'not bothered', nak jadi..jadilah, tak jadi...abaikan
4. aku dapat habuan lepas menunggu

Haosshh. Kira berapa kali kita kena menunggu macam mengira bulu kaki, bagi mereka yang tak shave. Bila hampir separuh kaki, kita terpaksa mengira semula kerana 'counting' dah hilang. Dan masa tu, kita rasa nak caci-maki saja semua orang yang buat kita menunggu kerana menyusahkan kita nak buat kira-kira. Tapi yang kau sendiri pergi berkira 'in the first place' buat apa? Abaikan semua yang dah berlalu. Chitt! Macam kau tak pernah buat orang tunggu kau je kan?

Dah tak menunggu? Lupakan dan jangan diungkit. Dah penat menunggu? Hentikan dan teruskan hidup. Masih nak menunggu? Tunggulah sampai berjanggut. Dalam kes aku yang dah fed-up menunggu, 'abaikan' dan 'buat tak tahu' adalah yang paling baik.

Hei, hei..'IGNORE.IGNORANCE IS BLISS'