Saturday, June 30, 2007

budak-budak memang begitu

Menyampah pulak aku tengok isen yang sebelum ni. Jadi, kita 'top-up'lah dengan isen yang baru. Cerita pasal? Anak menakan, mengikut urutan gambar 1-5.





1. Ini Arieq, 6 tahun 7 bulan dan tidak merokok. Anak aku yang paling tua. Semua orang ingat aku ada seorang anak saja sebab balik-balik aku akan cerita pasal dia. Sebab budak ni yang paling lawak. Dan dia sajalah yang sempat aku jaga dan aku 'pengaruhi' dengan benda-benda pelik sampai dia cakap aku 'best'. Minggu lepas, aku telefon ke rumah dan bercakap dengan ibu Arieq. Katanya Arieq dapat semua A dalam peperiksaan pertengahan tahunnya, kecuali satu subjek iaitu: BAHASA MELAYU. Markahnya 56. Ibunya kata lagi, 'Bonda amiklah budak ni bawak sana. Mama dah bising-bising. Dia kata,"Tuh Sarra tu, jangan kasi dah dia tengok cerita orang putih. Biar dia tengok cerita Oshin je." Camana haa, nak kasi dia pandai Bahasa Melayu?' Aku cakaplah, alaa..budak-budak. Nanti dia pick-up lah Bahasa Melayu. Aku pun tak tau macam mana nak ajar budak yang cakap 'sebiji epal' sebagai 'sebuah epal' dan 'sebuah gelas' sebagai 'secawan gelas'. 'Nangka' diejanya sebagai 'nanggis', dan macam-macam benda pelik lagi. Tadi aku 'call' Malaysia sekali lagi untuk 'assess' Bahasa Melayunya. Aku tanya dapat nombor berapa dalam kelas, dan dijawabnya nombor 8. Katanya, 'Ibu marah sikit.' Aku tanya tentang kelas taekwandonya, katanya 'Takde taekwando dua. Ada City Square dua'. Aku kata, 'Haa? Apa Arieq cakap ni?' Dia 'explain' lagi tapi aku masih tak paham. Last-last dia geram dia kata, 'Alaaa..Apalah bonda ni. Tak paham Bahasa Melayu ke?' Aku gelak gila-gila, berguling kat lantai. Ada hati cakap orang tak paham, padahal Bahasa Melayu dia tunggang-langgang. Bertuah punya budak!

2. Ini pula namanya Tisyia. Berusia, entahlah aku tak tau. Tiga tahun sebulan agaknya. Budak kecik yang masa keciknya suka meludah. Kalau kena marah, mesti nak ludah. Sedap kena pukul ni. Tapi dah besar sikit ni, baik je budaknya. Mangsa buli ayahnya. Keistimewaannya adalah 'terror' bodek ayahnya. Kata stokin ayahnya wangi. Cakap ayahnya 'hensem'. Kata suara ayahnya sedap. Haha. Pandai sebab takut dengan ayahnya. Arieq paling jaki dengan anak aku yang ini. Entah kenapa, semua benda Tisyia buat dia nak report. Sian budak kecik ni. Kalau tidur pulak, bukan main susah. Dah pakaikan losyen badan Baby Johnson yang untuk tidur pun masih tak tidur. Dia boleh gigit ibu jari kaki aku, lari-lari satu bilik, jerit-jerit, dan masih tak tidur walaupun aku ngantuk gila. Kena sergah dengan ayahnya barulah dia tidur.

3. Gadis kecil ini bernama Alea. Aku yang beri ejaan namanya waktu dia lahir. Anak aku yang ini sebaya dengan Tisyia. Cakapnya pelat, tak siapa pun yang paham kecuali ibunya seorang. Bila dia panggil 'Bonda', aku tak sure dia panggil aku ke panggil abang aku 'Da' [uda]. Dia kena paksa masuk sekolah tadika sebab mak ayahnya kerja. Sebagai tanda rebel, dia akan tak makan sepanjang di sekolah dari pukul 9-5. Bila balik rumah, habis roti berkulat pun dia sambar lambang kelaparan yang amat sangat. Pelik betul budak ni.

4. Yang macam jejaka ini, namanya Sarra. Umurnya pun, aku tak pasti. Haha. Setahun 6 bulan agaknya. Asyik kena cakar dengan kucing. Muka calar-balar dek cakaran kucing tapi 'still' tak berhenti kacau kucing. Tak suka dipegang ibunya. Mesti nak lepas. Selepas kejadian dia lari-lari dan 'brake' maut betul-betul depan 'escalator', ibunya terus beli tali ikat budak kecik ni. Ibunya pening, si Sarra nangis-nangis nak dilepas. Pada masa yang sama abangnya, Arieq nangis-nangis minta ibunya jangan lepaskan Sarra. Kalau kena marah, dua-dua mesti kena marah. Bila ibunya marah Arieq yang balik sekolah dengan 'pencil-box' kosong, Arieq nangis dan Sarra akan pujuk dan tenyeh-tenyeh mata Arieq [konon-konon kesat air matalah]. Last-last dua-dua kena marah sebab tak dengar cakap. Oh, budak kecik ni suka pakai songkok gaya Orked, senget ketepi tu. Dia takkan lepas dari songkoknya.

5. Jejaka tulen ini namanya Arman Graseka. Dia adik kepada Tisyia. Umurnya 6 bulan. Aku tak pernah jumpanya lagi. Tapi mak aku cakap kerjanya gelak saja memanjang. Sekian, tak boleh nak 'elaborate' panjang. Heh. Aku tak sabar nak jumpa budak botak ni.

Dahlah. Melalut cerita pasal budak-budak ni pulak. Haish. Kalaulah jari aku pantas menaip report projek aku sepantas menaip isen blog ini, alangkah indahnya. *Sigh~

4 comments:

bZz said...

comell...

jetjetsemot said...

hehe..comel, comel..

Minci said...

Arman ada bakat jadi ensem pabila besar nanti..

jetjetsemot said...

cam akulah, hensem..haha