Tuesday, June 12, 2007

amelia gadisku


Amelia. Sedap kan nama tu? Ironinya, dalam perubatan 'amelia' bermaksud 'congenital absence of a limb or limbs'. Tiada tangan atau kaki, sebelah atau kedua-dua belah, sejak lahir. Hmm. Aku dah malas nak layan tahap kemalasan aku yang berbakul-bakul. Oleh itu, aku nak 'belajar' di blog ini hari ini. Kalian tak perlu baca isen ini. Ianya mungkin tak relevan untuk kalian. Cuma sekadar nak tambah ilmu aku sendiri yang lompong otaknya.

Syringomelia. Tadi bos klinik aku pesan suruh baca pasal kondisi ni. Katanya menarik. Huh, satu kerja pula nak translate hasil bacaan aku dalam bahasa Melayu. Pasal itulah agaknya ramai pesakit di tanah air aku tak faham tentang penyakit yang mereka tanggung: kerana doktor malas/susah nak terangkan kepada pesakit. Ejaannya, syringomyelia. Sebutannya, 'seringgomayeliya'. Ye, sebut betul-betul: SERINGGOMAYELIYA. Ia adalah kondisi yang melibatkan saraf tunjang. Otak kita bersambung dengan saraf tunjang yang terletak dalam tulang belakang kita dan kemudian bersambung pula dengan saraf-saraf kecil yang keluar di antara tulang belakang untuk 'supply' anggota badan. Dengan izin Allah, saraf membolehkan kita bergerak, merasa, melihat, makan, kencing, alaa..semualah! Otak dan saraf dikelilingi oleh cecair yang dipanggil 'cerebrospinal fluid' atau singkatannya CSF. Cecair ini berfungsi sebagai medium pengaliran bagi pertukaran bahan makan dan kimia yang berkaitan, 'shock-absorber' bagi otak dan saraf, serta mengalirkan keluar bahan buangan dari struktur otak dan saraf. Haa, pening tak? Nak teruskan lagi? Tu baru mukadimah. Aku dah cakap jangan baca.

Berbalik kepada mak incik SERINGGOMAYELIYA tadi, ianya adalah kondisi dimana terdapat 'cyst' atau 'sac' iaitu dalam bahasa Melayu rasminya bermaksud pundi. Ye, macam pundi kencing tu. Pernah nampak? Pundi yang tak sepatutnya berada disitu boleh terbentuk akibat kecederaan pada saraf tunjang, seperti kemalangan jalan raya, jatuh dan sebagainya. Ia juga boleh wujud sejak lahir akibat masalah pembentukan saraf ketika bayi masih dalam rahim. Pundi ini terletak di tengah-tengah saraf tunjang dan mengandungi cecair CSF yang menekan saraf dan mengganggu penghantaran maklumat dari otak ke anggota badan yang lain. Selalunya ia bermula dengan 'sac' yang kecil dan tidak mendatangkan sebarang masalah. Hanya bila pundi cukup besar iaitu selalunya ketika pesakit dalam lingkungan umur 25-40, masalah akan timbul. Gejala-gejala yang dikenalpasti adalah sakit kepala, sakit belakang, lemah dan kejang pada bahu, belakang, tangan dan kaki, tidak dapat merasa panas dan sejuk dengan baik terutama di tangan, masalah mengawal pundi kencing dan salur najis, dan mengganggu fungsi perpeluhan serta seksual.

Kondisi ini selalunya dikenalpasti secara 'magnetic resonance imaging' atau MRI iaitu alat untuk mendapatkan imej struktur seperti otak dan saraf tunjang secara terperinci. Ia dirawat melalui kaedah pembedahan. Syringomyelia boleh terbentuk semula, mengakibatkan beberapa siri pembedahan perlu dilakukan. Selain dari itu, 'cathether' atau tiub boleh diaplikasikan untuk mengeluarkan cecair CSF yang terdapat dalam pundi tersebut. Jika pesakit tidak mempunyai sebarang gejala atau 'symptom' mereka tidak perlu dirawat. Pembedahan selalunya dapat menstabilkan masalah pesakit. Kelewatan atau penangguhan rawatan boleh menyebabkan kerosakan saraf tunjang secara kekal.

Faham? Faham? Haha. Aku rasa macam penulis segmen "Kesihatan" akhbar Utusan. Aku harap orang yang berjaya baca isen ini sampai habis, mendapat ilmu sedikit sebanyak. Minta maaf kepada yang bosan. Aku dah 'warning' awal-awal. Jaga diri dan jaga kesihatan. Sekian buat masa ini~

Gambar (A) di atas menunjukkan 'cyst' atau pundi yang terbentuk dan (B) adalah saraf yang normal.

4 comments:

Minci said...

yang kaki mcm mermaid tuh apa?

bZz said...

X paham satu ape yg awak tulis.

Tapi amelia, orgnya biasanya cantik... Errmmm...

daju said...

serius boleh jd columnist kt bhg kesihatan kt utusan..cyst dlm ovari pnah tgk kt medik TV..kdg2 boleh ade rmbut..tulang sume ke??..

jetjetsemot said...

yasmin..mermaid syndrome adela 'serinomelia'..

bzz..takya la paham..buang karan je..mungkin xde kene mengena dgn awk..try la bace 2-3 kali lagi..haha

daju..lame x melawat blog anda..haa..yg cyst ada rambut,gigi sume bagai kat ovari tuh namanya TERATOMA..ia adalah sejenis tumor..wokeh..