Monday, June 25, 2007

jemput datang


Ada banyak jugak benda 'berkumandang' kat kepala aku tapi tak semua boleh diceritakan. Nak dengar cerita sensasi? Ada orang ajak aku kahwin. Dua kali dah. Dia member masa sekolah rendah dulu. Kawan-kawan aku cakap dia suka kat aku. Tapi aku tak berapa nak suka kat dia. Sebab dia kurus, lemah lembut, tak macho, muka sweet dan selalu tersengih. Masa darjah 6 aku pernah terkapitkan dia kat pintu almari kelas sebab aku tak nampak dia tengah carik benda dalam almari tu. Tu lah lambang kekurusannya. Dia suka kawan dengan adik aku. Masa kami darjah 6, adik aku darjah 1. Dia selalu jaga adik aku bilamana aku selalu tengking adik aku. Hmm..aku pun tak pasti adik aku ingat lagi atau tidak. Dia nak jadi lawyer masa tu. Lepas darjah 6, aku tak pernah jumpa atau berhubung dengan dia. Pernah sekali dia tiba-tiba telefon rumah aku waktu lepas SPM. Tentulah suara dia dah lain. Hisyy..pelik betul situasi tu. Nasib baik aku tak pindah rumah tau. Senanglah nak cari nombor phone aku dalam buku autograph muda-mudi dulu sebab nombor pun tak berubah.

Tapi tulah. Yang tak tahannya. Weekend aritu dia ajak kahwin. Sebelum ni dia ada ajak gak sekali. Tapi yang pertama kali tu, aku tak cakap apa. Aku senyap je. Yang baru ni, entah kenapa aku cakap OK pulak. Haisshh..pening..pening.

Tu lah. Tarikh tak settle lagi, sebab dia pun tak cakap apa. Mak ayah aku pun aku tak bagitau. Tak tau nak cakap macam mana. Kalau nak buat kenduri kang, nak kena jemput korang pulak, ye tak? Tapi tu lah. Nak kasi kad tapi aku tak rasa korang boleh datang pulak. Haishh..Nak kasi korang makan, macam tak konfiden jugak. Tulah. Bukan apa tau. Sebabnya dia ajak tu dalam mimpi tau. Nak kena tunggu pulak dia set tarikh dalam mimpi yang akan datang, kan. Lepas tu, mimpi-mimpi future barulah berlangsung kendurinya. Tapi itu pun kalau dia datang set tarikh lah, kan. Kalau dia tak jengah aku kat dalam mimpi lagi, cam mana nak prepare kan? Haaa..macam tulah korang. Gelak..gelak..Kalau 'terror' datanglah kenduri kahwin aku, kan...dalam mimpi. Nanti aku kasi kadlah,kan..dalam mimpi.

Mengarut deh. Usap-usap rambut aku, ajak kahwin. Haishhh! Geli dan geleman tau. Boleh buat mati~

p/s: Oh, mana orang yang nak tunjuk gambar laptop baru dia? Yang pergi berkerja di luar negara dan mau berkongsi gambar. Yang beli kereta baru. Yang berpotongan rambut baru dan berimej baru. Yang berbaju putih dan berseluar yankee. Mana? Mana? Hanya pandai menanam tebu dibibir, tapi tidak pandai menjaganya. Ijad, kata nak update kat wasaii?

10 comments:

Minci said...

ohhhhhh... aku tertipu.. punyalah aku teruja bila baca ko cakap ko setuju!! miahaha.. dlm kepala dah siap list hadiah pengantin nk bagi kat kau.. adik aku dah mintak belikan dia microwave.. kau nak apa? blender? pastuh aku ada sponsor satu dulang hantaran dia.. utk ko.. tkyah lah yer.. hahaha

oh.. ijat maok updet kah? bagus bagus.. silakan.. aku tunggu

jetjetsemot said...

pala hotak..klu setuju takdenyeh aku bising2 kat sini..aku simpan secret tau..miahaha..aku nak adiah kawen mesin baso plis..jenama yang tahan lamaa..pehtu ko kne sponsor bunge telur..ye..time kaseh..ei, aku leh kawen dalam mimpi je la..xya la susa2..

PenguRus Za said...

aku baru nk lompat bintang kegirangan tau
jet ni jahat
ilang semangat aku

takpe
mule2 mimpi..nnt jadi real senang
dah praktis dlm mimpi
praktis makes perfect
iye2..

jetjetsemot said...

lompat la bintang secara berjemaah..supaya ringan tubuh badan dan menjadi tinggi pula..real kan mimpi aku..aku pun percaya gak tau..sebab second time mimpi benda yang sama tapi jawapan berbeza..yeh, prektislah sgt..dalam mimpi jela mampu..huhu..

bZz said...

ciss...

kaSyah said...

siot....je... macam mana boleh terkena gak ni.

aiyo dah terbayang persandingan kawen kat mane. nak pakai ape nanti gi kenduri kawen...cehh :P

tq sis berjya buatkan diri ini tergelak dan menyirap hari ini..huhu ( nak tergelak pun kena tahan bhgn perut tu, sakit woo)

Minci said...

dia kalo mimpi babi ker yg kononnya nk kawen tuh... ker ada ular hitam? hmm.. aku pun tk sure.. hahaha

jetjetsemot said...

bzz..cis..bedebah..kan?kan?

kasyah..siot kan?miahahah..kalu betul,insyaAllah jemput da..gelak sopan2..kang terbukak lak stitch tuh..

minciman..ular itam la..nak jugak die sebut menatang haram tu..hahah..aku pun x sure gak sebenanya..heh~

PenguRus Za said...

hahaha
aku lompat bintang seploh dah sempot

aku rase ular
sbb penah baca kat buku tafsir mimpi
ermm..

bZz said...

haa... cis bedebah...

Kalau jadi betul2, hantar2 la kad... tapi bukan kad dlm mimpi ye...