
Esok Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-50. Apa itu Hari Kebangsaan/ Merdeka? Hari Kebangsaan adalah hari..er..hari cuti di Malaysia. Itu jawapan kalian? Kalian memang ‘hopeless’!
Masa aku sekolah, bulan Julai dan bulan Ogos adalah bulan-bulan yang aku ‘dread’. Kerana waktu itulah, kami akan sibuk dipanggil membuat persembahan di merata tempat di Johor. Persembahan apa, kalian bertanya? Oh, persembahan tarian kabaret. Kadang-kadang tarian singa. Er, hello? Abaikan. Kadang-kadang kami dipanggil untuk menyertai perarakan. Panas, letih, bingit. Semua ‘sense’ bercampur aduk. Bulan Kebangsaan adalah bulan ‘tekanan’ waktu itu. Mungkin akan dimarahi ‘senior’ atau mungkin akan memarahi ‘junior’. Apapun, boleh dikatakan aku benci bila bulan Ogos hampir tiba. Kami tidak mendapat cuti seperti pelajar lain.
Bila habis sekolah dan mula dapat merasakan cuti Hari Merdeka, bagaimana aku meraikannya? Aku balik kampung. Kalau tak dapat balik kampung? Tengok orang main bunga api dekat stadium [ke mimpi je ni?] dari balkoni rumah sewa aku. *Konpius. Ikhlasnya, aku bukanlah orang yang patriotik. Perbuatan paling patriotik yang aku pernah buat waktu Hari Kebangsaan adalah mengulangkaji buku teks sejarah. Ekspresi paling patriotik yang pernah aku tunjukkan dikhalayak ramai pula adalah melaungkan kalimat ‘Hak milik kerajaan!’ tanpa sedar, dalam keadaan aku sedang tidur. Inilah yang paling ikhlas. Selepas menolak sikap patriotik yang tak berapa ikhlas kerana paksaan cikgu-cikgu supaya melaungkan perkataan 'Merdeka' semasa sambutan Hari Kebangsaan peringkat sekolah, ya.
Jadi, apa yang aku rasa tentang Hari Kebangsaan bila berjauhan dengan negara aku? Aku berasa sangat rindu akan negara aku, sampaikan aku rasa tak ada tempat sebaik Malaysia walaupun sudah tentu hakikatnya Malaysia perlu banyak lagi proses pembaik-pulihan dari pelbagai segi. Tapi jika kita cintakan sesuatu, kita akan nampak harapan dan berasa nak memperbaikinya. Buat ‘dunno’ adalah contoh tak sayang, OK. Orang kata apa? Hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang? Hello? Hujan batu kat negara orang tau, Malaysia tak se’batu’ hujan kat sini. Aku berkobar-kobar nak menyambut Hari Kebangsaan dan menyuruh Minci a.k.a Biskutmuka membuat masakan ‘special’. Aku rindukan semangat kebangsaan yang aku berpeluang merasainya dulu, tapi tidak aku hargai. Maka, insyaAllah aku nak membuat muffin pisang [apakah????]. Apa? Kalian bertanya apakah signifikasinya? Kerana kalian, pisang berasal dari sebuah negara di Asia Tenggara. Negara apa? Malaysia, OK. Malaysia...
Kalian, tolonglah jangan ingat aku lupa Hari Kebangsaan Malaysia yang bertarikh 31 Ogos setiap tahun, hanya kerana aku di sini. Ayat-ayat seperti ‘Orang jauh jangan lupakan Malaysia. Dah 50 tahun kita merdeka’ dan ‘Esok kita merdeka. Dah 50 tahun. Nak ingatkan kau saja. Mana tahu dah lupa’ sangat-sangatlah aku hargai dalam kepanasan hati pada darjah suam-suam kuku. Sedangkan Hari Kebangsaan si musuh ketat iaitu Amerika pun aku ingat. Tapi tak apa, manusia kena saling ingat-mengingatkan. Maka, terima kasih.
Kibarkan bendera. Jangan pergi konsert. Pergilah berperang.
SELAMAT HARI MENDEKA! [*merdeka versi Arieq]