Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Wednesday, June 18, 2008

kooga


Semalam, 17 Jun, adalah hari jadi abang aku yang paling tua. Umurnya meningkat ke 31, tapi katanya dia masih 13 tahun. Aku hampir-hampir terlupa akan hari jadinya. Nasib baiklah dia membuat inisiatif untuk mengingatkan aku. Bukankah menyedihkan kalau adik/abang/kakak kalian terlupa untuk mengucapkan kata-kata selamat pada hari-hari penting kalian?

Lama kami tak berbual. Abang aku sedang menghitung hari. Kata aku, "Oh, hitung hari nak dapat 'baby' eh?" Katanya, "Oh, bukan. Tu Kak I** boleh hitung sendiri. Abang tengah hitung hari untuk Liga Ragbi Alumni." Tergelak aku dibuatnya. Sempat juga kami berbual tentang hal politik Malaysia. Aku suka dengar hal-hal politik daripada ayah dan abang-abang aku. Mereka adalah sumber terbaik untuk aku memahami situasi politik negara.

"Eh, 'body armour' Kooga tu pun dah sampai kan?" katanya tiba-tiba, merujuk kepada pakaian ragbi yang dipesannya daripada aku.

Jawab aku, "Dah. Dah sampai dah. Orang dah siap pakai lagi."

"Buat ganti bra? Hahahhaha."

"Haha. Biasalah. Tambah 'volume' di dada."

"Supaya kelihatan lebih sasa."

Borak-borak kosong yang tak bertapis. Abang yang sama berbincang hal 'tampon' dan membuat eksperimen ke atas 'tampon' malang itu dengan aku. Lawak-lawaknya tak pernah tidak berjaya membuatkan aku ketawa. Teringat aku akan kata-kata isterinya, "Tahun ni saya kasi awak 'birthday present' 'best' punya: ANAK." Isterinya dijangka bersalin dalam bulan ini, bulan Jun. Aku menyuruh dia pesan kepada Alea, anaknya yang tua berdoa agar adiknya cepat dilahirkan.

"Suruh Alea doa 'baby' lahir cepat. 'Sure' makbul. Sebab dia suci."

"Suci dari hadas?"

Dan aku tergelak lagi.

Selamat hari ulangtahun. Semoga Allah merahmati abang aku dan ahli keluarganya.

Thursday, April 10, 2008

besday again


Sekadar ucapan ringkas, yang memang telah lama aku 'plan' nak 'publish' sebagai sebuah isen di Wasaii:

Selamat Hari Jadi, Bzz!

Semoga tercapai segala hasrat dan menjadi Muslim yang lebih baik, dunia dan akhirat. Amin! Nanti kami buat kek dan makankan bagi pihak. Haha. Enjoy your special day!

Saturday, March 08, 2008

lapan mac

Jika anda rakyat Malaysia berusia 21 tahun ke atas dan telah mendaftar sebagai pemilih: Selamat mengundi.

Jika anda ahli SPR: Kenapa tak balas e-mel aku yang semangat hendak mengundi ni, hah?


Jika anda wanita dan boleh memahami apa yang aku taip: Selamat hari wanita sedunia.


Jika aku hidup empat tahun lagi: Aku nak balik mengundi. Dan mungkin bertanding sebagai calon bebas.

Wednesday, January 02, 2008

2008

Ada banyak cerita tapi tanpa banyak masa. Terima kasih kepada yang mengucapkan selamat hari jadi. Tak sempat untuk aku menceritakannya. Apapun, selamat tahun baru 2008 buat kalian. Semoga tahun 2007 telah membawa seribu makna dan 2008 menjadi suatu titik pemulaan untuk kalian lebih berjaya dunia akhirat.

Salam sayang dari aku....bukan berlokasi di Johor.

Tuesday, December 25, 2007

bos makan kek


Isen pendek. Hari jadi Bos ini hari. Jadi aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut hari lahir yang ke-24. Semoga dirahmati dan dilimpahi rahmat Ilahi, dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Amiiin!

Maka bersedialah engkau untuk menjadi rakan sebaya aku dalam masa beberapa hari lagi ini. Marilah makan kek sama-sama apabila Pengurus Za pulang nanti. Hehe.

Dan kalau tak silap aku, sekitar tarikh inilah Wasaii Studio diwujudkan setahun yang lalu. Happy anniversary, Wasaiis!

Wednesday, November 07, 2007

tujuh


Hari ini genap umur Sarra dua tahun. Aku membuat panggilan telefon ke rumah dan yang mengangkatnya adalah Arieq. Menjerit-jerit di telefon, berkata "Sarra gigit kita!" Dari apa yang aku tau, tak ada kek hari jadi apatah lagi sambutan besar-besaran buat si kecil yang nakal itu. Ibunya pula demam hari ini.

Aku tanya, "Dapat hadiah apa, si Sarra tu?"

"Entah", jawab ibunya. "Entah", jawab mamanya. Kedua-duanya tak tau nak kasi apa. Sarra bukan jenis yang suka mainan. Yang dia suka, gigit orang, main air, berlakon menangis, dan belasah Arieq. Bila ibunya bawa dia untuk memilih mainan, semuanya kejap saja menarik perhatiannya. Tak lama, dia akan hilang 'interest'. Akhirnya, apa yang dia nak daripada 'supermarket' sebesar-besar alam itu adalah jagung. Ya, jagung. Setongkol jagung. Jagung buat bakar, jagung buat rebus tu. Kalian tau? Haish. Tak faham aku.

"Itulah hadiah dia. Jagung." Kata ibunya.

Sarra suka saterika. Kalau kalian tak faham, nama saintifiknya adalah 'iron'. Dulu waktu Along aku buat hantaran kahwin untuk seorang saudara, antara barangnya adalah sebuah replika saterika kecil. Untuk meletak cincin jika tak silap aku. Menjadilah ia barang yang menarik di mata Sarra dan diambil dan dimainnya selalu. Bila hantaran dah bertukar tangan, si Sarra suka menyibuk bila ibunya menggosok pakaian. Ayah Sarra cari saterika mainan untuk hari jadinya ini. Ummi Sarra carikan saterika mainan juga untuknya. Aku yang baru tau ni pun ikut masuk pertandingan 'Mencari saterika mainan untuk Sarra.' Kata Along, mereka masih tak jumpa saterika lagi.

Setelah gagang di letak, terus aku selak buku Argos di rumah. Bukan main banyak peralatan mainan budak-budak, dari sebodoh-bodoh benda hinggalah ke alat-alat projek sains. Saterika? Hanya ada satu. Tak pelikkah kalian? Selalu budak perempuan mainannya masak-masak, main 'cashier', main 'shopping-shopping.' Tapi yang satu ini, nak gosok baju pula dia.

Saterika yang aku lihat didatangkan dalam bentuk set. Ayat yang tertera untuk menerangkan set tersebut adalah:
'Cleaning trolley and ironing board. Features ironing board with pretend iron and cleaning trolley with pull-along handle, mop, broom, dustpan, and brush. Colours may vary. For ages 2 years and over.'

Haa. Amik kau. Siap dengan 'cleaning trolley'. Anakku seorang 'cleaner' atau nama bermartabatnya, 'floor manager'. Macam mana? Nak beli atau tidak? Gambar di atas adalah 'the exact' produk yang aku nyatakan di atas. Kalian?

Sunday, September 02, 2007

muffin merdeka

Shoot! Tidak meng'update' walaupun hujung minggu. Terasa terlalu banyak benda nak buat, tapi terlalu sedikit masa yang ada. Akhirnya, esok kelas dah bermula semula. Aku baru perasan atau mungkin baru nak mengaku bahawa aku mengambil masa terlalu lama untuk melakukan satu kerja. Jadi akhirnya, kebanyakan benda tidak BERLAKU.

Isen ini khas untuk Nem. Aku memang nak membuat banana chocolate chip muffin untuk Hari Kebangsaan, dan ya, aku berjaya melakukannya. Resepi telah dipilih oleh Nem, atas dasar ke'familiarity'annya dengan muffin 'bertajuk' itu hasil bikinan Starbuck. Aku? Aku tak pernah minum kat Starbuck, OK. Sangat menghargai siapa-siapa yang nak bawa aku minum situ. Sila bayarkan sekali, terima kasih. Kedai Setarbak Kopi also can one!

Jadi inilah gambar-gambar muffin yang berjaya diambil dengan kamera telefon Za. Resepi dirujuk daripada Mamafami Fotopages, Chocolate Banana Muffins. Cuma sedikit ubahsuai yang telah aku lakukan iaitu meletakkan cip coklat didalam adunan sebelum masuk ke dalam bekas muffin, dan juga 'instead of' masak secara 'steam', aku bakar dalam ketuhar tapi beralaskan dulang yang berisi air panas. Maaflah, aku tiada 'steamer'. Hasilnya? HIT! Memang kelas! Senang pun senang. Sedap pun sedap. Very moist. Sangat-sangat 'rekemen' kepada kalian.




InsyaAllah, mesti akan buat lagi!

Thursday, August 30, 2007

merdeka day


Esok Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-50. Apa itu Hari Kebangsaan/ Merdeka? Hari Kebangsaan adalah hari..er..hari cuti di Malaysia. Itu jawapan kalian? Kalian memang ‘hopeless’!

Masa aku sekolah, bulan Julai dan bulan Ogos adalah bulan-bulan yang aku ‘dread’. Kerana waktu itulah, kami akan sibuk dipanggil membuat persembahan di merata tempat di Johor. Persembahan apa, kalian bertanya? Oh, persembahan tarian kabaret. Kadang-kadang tarian singa. Er, hello? Abaikan. Kadang-kadang kami dipanggil untuk menyertai perarakan. Panas, letih, bingit. Semua ‘sense’ bercampur aduk. Bulan Kebangsaan adalah bulan ‘tekanan’ waktu itu. Mungkin akan dimarahi ‘senior’ atau mungkin akan memarahi ‘junior’. Apapun, boleh dikatakan aku benci bila bulan Ogos hampir tiba. Kami tidak mendapat cuti seperti pelajar lain.

Bila habis sekolah dan mula dapat merasakan cuti Hari Merdeka, bagaimana aku meraikannya? Aku balik kampung. Kalau tak dapat balik kampung? Tengok orang main bunga api dekat stadium [ke mimpi je ni?] dari balkoni rumah sewa aku. *Konpius. Ikhlasnya, aku bukanlah orang yang patriotik. Perbuatan paling patriotik yang aku pernah buat waktu Hari Kebangsaan adalah mengulangkaji buku teks sejarah. Ekspresi paling patriotik yang pernah aku tunjukkan dikhalayak ramai pula adalah melaungkan kalimat ‘Hak milik kerajaan!’ tanpa sedar, dalam keadaan aku sedang tidur. Inilah yang paling ikhlas. Selepas menolak sikap patriotik yang tak berapa ikhlas kerana paksaan cikgu-cikgu supaya melaungkan perkataan 'Merdeka' semasa sambutan Hari Kebangsaan peringkat sekolah, ya.

Jadi, apa yang aku rasa tentang Hari Kebangsaan bila berjauhan dengan negara aku? Aku berasa sangat rindu akan negara aku, sampaikan aku rasa tak ada tempat sebaik Malaysia walaupun sudah tentu hakikatnya Malaysia perlu banyak lagi proses pembaik-pulihan dari pelbagai segi. Tapi jika kita cintakan sesuatu, kita akan nampak harapan dan berasa nak memperbaikinya. Buat ‘dunno’ adalah contoh tak sayang, OK. Orang kata apa? Hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang? Hello? Hujan batu kat negara orang tau, Malaysia tak se’batu’ hujan kat sini. Aku berkobar-kobar nak menyambut Hari Kebangsaan dan menyuruh Minci a.k.a Biskutmuka membuat masakan ‘special’. Aku rindukan semangat kebangsaan yang aku berpeluang merasainya dulu, tapi tidak aku hargai. Maka, insyaAllah aku nak membuat muffin pisang [apakah????]. Apa? Kalian bertanya apakah signifikasinya? Kerana kalian, pisang berasal dari sebuah negara di Asia Tenggara. Negara apa? Malaysia, OK. Malaysia...

Kalian, tolonglah jangan ingat aku lupa Hari Kebangsaan Malaysia yang bertarikh 31 Ogos setiap tahun, hanya kerana aku di sini. Ayat-ayat seperti ‘Orang jauh jangan lupakan Malaysia. Dah 50 tahun kita merdeka’ dan ‘Esok kita merdeka. Dah 50 tahun. Nak ingatkan kau saja. Mana tahu dah lupa’ sangat-sangatlah aku hargai dalam kepanasan hati pada darjah suam-suam kuku. Sedangkan Hari Kebangsaan si musuh ketat iaitu Amerika pun aku ingat. Tapi tak apa, manusia kena saling ingat-mengingatkan. Maka, terima kasih.

Kibarkan bendera. Jangan pergi konsert. Pergilah berperang.

SELAMAT HARI MENDEKA! [*merdeka versi Arieq]

Monday, August 06, 2007

kamen itu

Semalam, Minci itu, atau Biskutmuka Wasaii menyambut hari jadi. Tak perlulah aku bercerita panjang lebar kerana kalian boleh membaca isen tentangnya di blog Za, tanpa kompromi. Alhamdulillah cuaca baik untuk BBQ, bakar sate dan cukur bulu (Hah?). Tapi keadaan yang berangin menyebabkan lagu hari jadi hanya boleh dinyanyikan oleh seorang penyanyi terkenal dan professional saja (iaitu aku), tanpa iringan gitar. Lagu juga dirancakkan dengan mengikut beat 1/8. Hamek kau, macam berlumba dengan angin. Aku harap kau dapat cinta dalam tahun ke-24 kehidupan ini, Minci. Kerana aku tau, kau mau itu. Hahahahahahahhahahahahahah~

Aku harap gambar-gambar ini dapat menceritakan segalanya.











Happy birthday, dearie. May Allah bless you!

Monday, July 30, 2007

sambutan majlis pemanasan global

OK. Tibalah masanya, aku menunjukkan hasil majlis hari jadi yang tak seberapa. Majlis ini untuk meraikan ulangtahun ke 'tuut-tuut' Aida, iaitu rakan serumah kepada budak-budak wasaii yang gadis.*Gadis lah sangat~


Majlis dimulakan dengan men'trick' sekalian perut yang ada dengan memakan jemput-jemput pada pukul 5.30 petang sebab selalunya pukul 7 malam kami dah makan dinner kami. Aksi ini dilakukan bagi menipu perasaan lapar, supaya semua orang tak merengek lapar dengan cepat. Pada pukul 7 malam, Za mula turun ke dapur untuk memasak. Aku turun setengah jam kemudian dan menghias ruang makan dengan belon dan lilin. Kemudian kami disertai oleh Yun. Meniup belon adalah seperti azab, bila angin yang dihembus masuk ke dalam belon, berpatah balik dan masuk ke perut kami. Kami gelak-gelak. Kang tak pasal-pasal ada orang memerlukan minyak limau cap Yu Yee untuk menghilangkan kembung perut. Dalam hal menggantung belon, sebiji belon berwarna merah meletup betul-betul depan muka aku lantas menjadikan aku pekak beberapa saat dan berasa trauma. Tema majlis ini adalah ROMANTIKA.

Masak-masak oleh Za adalah berupa nasi minyak hujan panas, ayam golek, papodam dah sedia goreng dari kedai, keropok ikan Yun, dan salad serta tomato. 'Syab-bas betta' diucapkan pada mereka atas hidangan yang menakjubkan. Cuma ayam golek, bila kami dah kenyang tergolek baru teringat nak ambil gambarnya. Dan untuk kedua kalinya aku dan Za cuba membuat cheesecake, tapi kegagalan nampaknya berganda dua juga. Haha. Kami berhasrat nak buat kek keju setiap minggu untuk memantapkan tahap profesionalism kami.



Majlis dimulakan pada pukul 11 malam, dengan menghantar kad jemputan terlebih dahulu kepada gadis hari lahir pada jam 10 malam. Kami makan-makan dalam kegelapan sambil takut-takut terkunyah bunga lawang, cengkih dan segala makhluk asing yang ada dalam nasi itu. Sebelum itu, tentulah kami membaca doa makan. Kami makan dan borak-borak. Kemudian, kami lambat-lambat ke dapur mencuci tangan dan menyuruh tetamu duduk di tempat masing-masing semula. Kek kami yang bertajuk 'Pemanasan Global' pun dikeluarkan dari peti sejuk, sedia untuk ditiup oleh gadis hari jadi. Dia berasa teruja dengan kek dia yang cantik. Tapi cantik sekadar pakai mekap. Bukan 'natural beauty'. Kami makan-makan kek, sambil teringat bahawa kami terlupa untuk memberi taklimat di awal majlis, tentang 'fire-exit' kerana majlis ini dikelilingi lilin yang banyak. 'Fire extinguisher' juga tidak disediakan oleh pengendali majlis. Kemudian majlis diakhiri dengan majlis membuka hadiah. Kami bergerak ke bilik masing-masing lebih kurang pada jam 12.30 tengah malam, iaitu di kala waktu baru saja menerjah masuk ke tarikh sebenar hari jadi Aida: 30 Julai 2007.



Oh, dalam majlis ini juga, bulu tangan aku terbakar dek lilin sebab nak pukul photographer Za yang sibuk amik gambar je kerjanya. See? Bahayakan? Don't try this at home, people. Secara automatik aku mendapat ilham untuk mengaplikasikan cara baru bagi membuang bulu badan. Haha.




OK. Nanti kaya, aku nak buat majlis hari jadi aku besar-besar ajak kalian datang. Heh~

Wednesday, March 28, 2007

besday ikut surat beranak maka berkek ijo





Happy birthday kepada saudara Rohaizat bin Muhamad Tahir..yang ke tuut tuut*.. Letih ni gelakkan kek yang buruk. Tapi nasib baik ada si Fizatul, professional baker yang membantu memeriahkan kek tersebut. Pening jugak sebab asyik menelan buttercream. Mungkin pening kerana kandungan kolesterol dalam darah sangat tinggi. So tak boleh nak taip panjang-panjang. Maka Encik Rohaizat, bersyukur serta berterima kasihlah kerana kami disini saja yang makan kek 'killer' ni. Kerana sesungguhnya kek yang sebegini hanya elok dipandang dan bukan dimakan. Kredit kepada makcik Betty Crocker kerana meng'sponsor' tepung, serbuk penaik, dan serbuk koko. Jasamu dikenang, Fizatul dan makcik Betty. Huda cakap, 'Eh, baru aku terfikir. Kek ni sempena birthday Ijad ke? Cakap dengan dia kek dia sedap.'

Sorry lah lambat isen ni di post. Sebab tuan punya kamera bukan orang yang menaip. Apa-apapun, semoga panjang umur, murah rezeki, dipertemukan jodoh dan dikurniakan kejayaan dunia dan akhirat. ENJOY~

Thursday, February 08, 2007

ZA: laporan khas


Wei...Birthday lagi ke? Muntah darahlah weii.. Dengan wajah pucat setelah muntah beberapa liter darah, aku dengan rasa syukur dan takzimnya sepertimana negeri Johor ingin mengucapkan takziah kepada ZA si pengurus kerana pertambahan umur yang tidak dapat dielakkan. Semoga berbahagia dengan nombor 24 itu dan aku doakan agar segala rahmat Tuhan di dunia ini dan akhirat nanti melimpah ruah. Sila nikmati hari ini dan jangan buat muka badmood. Aku 'tampo' kau nanti. Haha. Sayang kamu, selamanya...

Ayat Biskut muka: 'Aku dengan rasa syukur dan bumi kenyalangnya sepertimana negeri Sarawak..'

Ngee~

Tuesday, February 06, 2007

sekuntum mawar merah


Entah mengapa aku rasa aku hanya boleh 'confide in' atau 'masuk' dengan orang-orang yang lahir pada bulan-bulan tertentu sahaja. Mungkin ini adalah atas dasar psikologi atau suatu fenomena yang tidak aku sengajakan. Aku tertarik dengan personaliti manusia yang pada aku boleh diklasifikasikan persamaannya mengikut bintang zodiak atau bulan kelahiran sehinggakan aku pernah membuat kaji selidik tentang perkara ini ketika di matrikulasi dulu. Tidak ada kata putus yang membuktikan bahawa setiap individu dalam satu kumpulan zodiak/bulan kelahiran berkongsi personaliti yang sama tetapi tidak dapat disangkal bahawa ada sedikit persamaan. Pada aku, zodiak atau bulan kelahiran hanyalah seperti 'weather forecast' yang kita lihat setiap hari tetapi tidak kita percayai 100% kesahihannya. Kerana hakikatnya, semua itu ketentuan Yang Maha Esa dan boleh berubah menurut kekuasaanNya.

Ramai manusia istimewa dalam hidup aku lahir pada bulan Februari. Najib Syahir, sepupu yang rapat yang aku sayang bagai adik aku sendiri. Nurnadrah yang tidak pernah aku temui serampang empat mata tapi punya tempat dalam hidup ini. Mama aku yang sempat menggosok pakaian kerja ayah sebelum ke hospital untuk melahirkan aku. Fizatul Akmar yang macam milo 3 dalam 1:kawan + housemate + kakak/adik?. Juga Ani Izzuani yang suatu ketika dulu seorang 'housemate' tetapi kekal sebagai kawan. Sarah si kenalan rapat sejak tingkatan satu. Aeddeshanadia yang aku kenal sejak sekolah rendah yang sedaya upaya cuba kekal berhubung setelah sekian lama. Arita yang memaafkan kejahatan aku dan menjadi rakan 'super' baik seperti tiada pertelingkahan antara kami. Dan akhir sekali, Nurul Akmal yang baiknya terlampau umpama seorang kakak dan ibu dalam satu tubuh. Tak dapat aku gambarkan rasa kesyukuran atas kehadiran manusia-manusia ini dalam hidup aku.

Selain dari manusia bulan Februari, aku juga berpendapat bahawa aku 'ngam' dengan mereka yang lahir pada bulan Mei dan Ogos. Tak tau kenapa, tapi hakikatnya orang-orang dalam bulan-bulan tersebut saja yang dapat masuk ke jiwa aku sebagaimana adanya aku.

Esok hari jadi mama ke 59. Doa aku untuk mama agar dipanjangkan umur supaya sentiasa ada untuk aku dan aku ada untuknya dikala susah dan senang, dikurniakan tubuh badan yang sihat untuk beribadat, diberikan sekelumit kebahagiaan di dunia ini sebelum ke alam yang satu lagi, dan tentunya agar syurga itu pasti untuk mama.

'Sekuntum mawar merah sebuah puisi untuk gadis pilihan oh.. di bulan Februari.
Mulanya cinta bersemi dan kehadiran ribuan mimpi-mimpi oh.. di bulan Februari'

Saturday, February 03, 2007

selamat..selamat..selamat hari raya




Hari ini hari jadi peminat fanatik, Natrah. Dia berada di Bristol, United Kingdom buat masa ini. Bukan main lagi Natrah. Menyambut hari jadinya melepasi garisan-garisan sempadan antarabangsa. Sangat 'posh' ok. Walaupun berada di UK, tapi Natrah tidaklah menyambutnya bersama-sama kami kerana fakta menyatakan bahawa Bristol bukanlah Preston dan Preston bukanlah Bristol. Arakian tak dapatlah Natrah makan pai hasil buatan Biskut muka yang dibuat pagi tadi dengan daya dan kasih sayang yang ulung. Khas buat Natrah, tapi menjadi jamuan perut kami. Dua jenis pai dibuat oleh Biskut muka.
1. Pai strawberi,
2. Pai lemon.

Hasilnya sangat memberangsangkan dan aku sangat suka pai strawberinya. Sodap dimakan begitu saja. Gambar di atas adalah hasilnya, sebelum dan selepas proses pembakaran. Dan ya, sebelum itu 'main course'nya adalah nasi beriyani. Betapa meriahnya sambutan hari jadi Natrah tanpa tuan punya badan di sini [haha, best woo makan]. Mesej dari Natrah tadi:

"Yo jet.ia di bristol before ke londang hehe.then aku ke dublin ya jet.syok sambut besdayku sini hihi.ni kat tesco hehe"

Londang Natrah adalah London sebenarnya. Sila jangan tertipu. Kalau pergi ke Londang bagai, macam merentas segala benua di dunia ni la kau Natrah oi. Semoga hari kamu baik-baik aja Natrah. Kami di Sharoe dan wasaii mendoakan agar kamu panjang umur, murah rezeki dan dipermudahkan urusan dunia dan akhirat. 22? Oh, hargai tahun itu..

Tuesday, January 02, 2007

Jetjetsemot sudah 23 tahun


Jetjetsemot : Menjangkau Usia 23 tahun

oleh Biskut Muka

Majlis sambutan harijadi ke-23 Jetjetsemot*, penyanyi lagu Unintended, dikhabarkan telah diraikan di satu lokasi rahsia di UK semalam. Jetjetsemot* merupakan salah seorang artis Wasaii Studio yang kini sedang berkolaborasi dengan produser album muda Boss Brahim* untuk menghasilkan album kompilasi debut studio ini tidak lama lagi.

Majlis tersebut diadakan secara sederhana dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga serta rakan terdekat jetjetsemot*. Organisasi yang telah tampil utuk menaja acara ini termasuklah ASDA, Woolworth dan George. Menurut Pengurus*, George akan mensain kontrak dan mengambil Jetjetsemot* sebagai model untuk memperagakan pakaian mereka nanti.

Jetjetsemot* telah dijemput di kediamanannya oleh seekor arnab merah jambu dan dibawa ke lokasi dengan menaiki kereta ala2 Flinstone. [baca: jalan kaki jer].

Memandangkan saya wartawan yang paling malas dalam majalah Remajha ini.. maka diringkaskan cerita...

Photobucket - Video and Image Hosting


Hidangan makan malam telah ditaja oleh syarikat kepunyaan Pengurus* sendiri iaitu Obses Laksa Catering. Antara menu yang dihidangkan ialah Laksa Johore, Puding Coklat, Keropok Ikan, Keropok Udang dan air Oren Sunquick. Kek harijadi Jetjetsemot* pula telah ditempah khas daripada Secret Recipe Preston dan merupakan kek lobak bericing butter cream.

Photobucket - Video and Image Hosting



Upacara membaca kad dan membuka hadiah sambil mengambil gambar menyusuli aktiviti makan-makan.

Saya tidak berkesempatan untuk menemuramah Jetjetsemot* mengenai buah fikirannya setelah menjangkau usia 23 tahun ini. Yang pasti, Jetjetsemot* gembira walaupun senyumannya dalam gambar sentiasa menampilkan raut wajah yang nervous dan poyo.