Wednesday, November 07, 2007

tujuh


Hari ini genap umur Sarra dua tahun. Aku membuat panggilan telefon ke rumah dan yang mengangkatnya adalah Arieq. Menjerit-jerit di telefon, berkata "Sarra gigit kita!" Dari apa yang aku tau, tak ada kek hari jadi apatah lagi sambutan besar-besaran buat si kecil yang nakal itu. Ibunya pula demam hari ini.

Aku tanya, "Dapat hadiah apa, si Sarra tu?"

"Entah", jawab ibunya. "Entah", jawab mamanya. Kedua-duanya tak tau nak kasi apa. Sarra bukan jenis yang suka mainan. Yang dia suka, gigit orang, main air, berlakon menangis, dan belasah Arieq. Bila ibunya bawa dia untuk memilih mainan, semuanya kejap saja menarik perhatiannya. Tak lama, dia akan hilang 'interest'. Akhirnya, apa yang dia nak daripada 'supermarket' sebesar-besar alam itu adalah jagung. Ya, jagung. Setongkol jagung. Jagung buat bakar, jagung buat rebus tu. Kalian tau? Haish. Tak faham aku.

"Itulah hadiah dia. Jagung." Kata ibunya.

Sarra suka saterika. Kalau kalian tak faham, nama saintifiknya adalah 'iron'. Dulu waktu Along aku buat hantaran kahwin untuk seorang saudara, antara barangnya adalah sebuah replika saterika kecil. Untuk meletak cincin jika tak silap aku. Menjadilah ia barang yang menarik di mata Sarra dan diambil dan dimainnya selalu. Bila hantaran dah bertukar tangan, si Sarra suka menyibuk bila ibunya menggosok pakaian. Ayah Sarra cari saterika mainan untuk hari jadinya ini. Ummi Sarra carikan saterika mainan juga untuknya. Aku yang baru tau ni pun ikut masuk pertandingan 'Mencari saterika mainan untuk Sarra.' Kata Along, mereka masih tak jumpa saterika lagi.

Setelah gagang di letak, terus aku selak buku Argos di rumah. Bukan main banyak peralatan mainan budak-budak, dari sebodoh-bodoh benda hinggalah ke alat-alat projek sains. Saterika? Hanya ada satu. Tak pelikkah kalian? Selalu budak perempuan mainannya masak-masak, main 'cashier', main 'shopping-shopping.' Tapi yang satu ini, nak gosok baju pula dia.

Saterika yang aku lihat didatangkan dalam bentuk set. Ayat yang tertera untuk menerangkan set tersebut adalah:
'Cleaning trolley and ironing board. Features ironing board with pretend iron and cleaning trolley with pull-along handle, mop, broom, dustpan, and brush. Colours may vary. For ages 2 years and over.'

Haa. Amik kau. Siap dengan 'cleaning trolley'. Anakku seorang 'cleaner' atau nama bermartabatnya, 'floor manager'. Macam mana? Nak beli atau tidak? Gambar di atas adalah 'the exact' produk yang aku nyatakan di atas. Kalian?

6 comments:

yazumin said...

WOWWW.. citarasa Sarra sama mcm aku masa kecil. aku pun ada seterika dulu2. kecik, kaler pink tapi tkderlah ironing board. pastuh ada punat yg boleh tekan2.

brpkah besarnyer bende tuh? miniature ataupun budak kena diri utk guna..

PenguRus Za said...

haih..nk bukak butik agaknye di masa hadapan

belila..sgt comel..tp tak besar ke bende tu? leh ke kak jet angkut naik flight balik mesia?

sheiLazRienRamli said...

beli beli!! k0 kene bEli ni jEt.. ahaksz.. harap jangan plak si sArra tue pegi baling "seterika" kat si Arieq..

notakaki:kalu terjadi- k0 perlu bertanggungjawab..hahaha

Nur Amirah Shaharom said...

ngeee... dmana ade kmahuan dsitu ada jalan. cewah! beli lah jet. mesti nnt Sarra tu tak gigit jet dah :)

jetjetsemot said...

tgk dalam gamba..budak 2 tahun kne berdiri menggunakannya..die tahap pinggung budak kecik..entalah eh..cmne aku nak ngangkut..bende len aku xyah bawak..tak pun aku tinggalkan ironing board die untuk kamen..ko nak sgt board tuh kan..mm, lagi 2-3 minggu bru aku decide..

minci..fiza..majod..mira..baekla sume..kata2 anda sedang dipertimbangkan..makaseh..

bZz said...

Bagus, dari kekecik dah training. Bakal jadi isteri mithali agaknya nanti... :)