Monday, November 05, 2007

kematian


Wasaii sudah macam bersarang kan, tak dijengah. Sebab utamanya adalah aku tak menghidupkan 'laptop' ini sejak beberapa hari lalu memandangkan kepala aku rasa tak sedap bila mengadap skrinnya lama-lama. Huruf 'J' papan kekuncinya pula 'jammed' menyebabkan proses menaip menyakitkan hati. Jadi permintaan aku untuk hari jadi akan datang adalah:
1. 'Laptop' baru
2. Cermin mata
3. Tiket penerbangan ke kawasan yang hijau

Tak banyak yang hendak aku ceritakan. Hanya satu isu. Kematian.

Kematian. Aku tak tahu tentang kalian, tapi aku, masih kurang bijak untuk mengendalikan isu tentang kematian. Kelmarin kami ke majlis tahlil arwah suami kepada seorang kenalan. Terlalu sedikit yang aku ketahui tentang latar belakang ceritanya dan itupun hanya melalui mulut Minci. Aku ke sana pada awalnya pun hanya sekadar untuk menemankan Minci. Takdir Allah sudah tersurat untuk kami terperangkap berjam-jam di dalam kesesakkan jalan raya dan akhirnya sampai lewat ke destinasi. Bacaan tahlil sudah lama selesai. Dengan janggalnya kami duduk di ruang tamu, disua dengan makanan, makanan, dan makanan lagi. Aku tak sedap hati. Eish, dah macam datang ke majlis rumah terbuka pula.

Sewaktu orang yang kehilangan sudah duduk di sebelah, aku masih tak tahu nak mengatur ayat. Yang berjaya keluar hanyalah, "Anak akak yang mana?" Lalu ditunjuknya satu-satu. Empat semuanya. Kemudian aku kembali diam. Ikhlasnya, terlalu sedikit yang aku ketahui tentang dia dan keluarga untuk aku berborak secara rambang. Memang kata orang, 'Tak tau, bertanyalah.' Tapi dalam situasi aku, 'It is a matter of asking the right questions.' Aku mengelakkan kejadian 'Kerana mulut, badan binasa.'

Anaknya yang paling kecil mendekati aku. Terpacullah kata-kata yang aku dapati sukar untuk aku balas, dari mulutnya. "Abah dah tak ada. Dah meninggal. Dalam kubur." Wajahnya tersenyum manis. Aku hanya mampu berkata perlahan, "Iya?" dan menyapu pipinya. Aku toleh kepada si ibu yang berkata, "Itu sajalah yang dia faham."

Pelik. Di dalam situasi begini, bilamana aku rasa ingin membantu, tak ada apa yang dapat aku tawarkan. Diri masih tidak stabil untuk membantu dari segi kewangan, pengalaman tiada untuk membantu urusan yang menyusul setelah jasad disemadikan, mulut tidak lincah untuk menyatakan kata-kata yang sesuai dengan keadaan. Apa yang dapat aku tawarkan hanyalah telinga ini untuk mendengar. Dan juga sebuah pelukan sebelum kami berangkat pulang, yang cuba menyampaikan pesan, 'Hold on in there. Allah knows best.'

Aku duduk diam di bilik, menyedekahkan bacaan Yaasin dan tahlil. Berusaha menempatkan diri aku di tempatnya: kehilangan orang yang tersayang. Dan aku menangis.

“Cuma ada dua hal besar dalam hidup ini. Cinta dan kematian. Ketika kita siap menerima keduanya, Berarti kita siap menghadapi apa saja.”

6 comments:

bZz said...

Telinga untuk dipinjamkan. Mulut untuk berikan senyuman. Mata untuk berkongsi kesedihan. Tangan tanda sokongan.

Jett, letak pokok ketapang dlm rumah kamu. Mana tahu terletak kotak VIOA masa raya haji nanti...

Minci said...

a very pretty piece

Nur Amirah Shaharom said...

I've lost love ones in my life - kawan, opah dan pakYob.
Saya masih igt beberapa hari sebelum kwn saya pergi. dia ada cakap "Kalau sakit saya ni teruk, ada lg yg lebih teruk." Kemudian, saya tak dengar apapa berita lagi dari dia.
Sebelum Opah meninggal, saya dah 2-3 hari tek jenguk dia. saya ckp pada abah untuk singgah tengok Opah sebelum balik ke Alor Setar. Dan abah lupa. Saya sndiri pun lupa. 5jam selepas smpai di Alor Setar, Opah dah takda.
Terakhir bersama PakYob, dia bertanya mcm mana nak taip sms dengan lebih cepat terutamanya kalau nak guna huruf yg sama dlm satu keypad. Skrg, bila ada org bertanya saya soalan yang sama, saya takkan menjawab. Saya cuma akan senyum.
Kehilangan adalah berat. Cara kita menghadapinya membuatkan kehilangan itu lebih mudah dilalui.

Anonymous said...

well said there...

-enn0suke-

Minci said...

balik msia kang, sila check mata

jetjetsemot said...

bzz..raya aji x lama je lagi..jgn lupe letak vioa bawah pokok ketapang..jgn letak kotaknye aje..

minci..bile baca smule, cm x pretty lak..haa..balik nnt, bulan 1 baru leh cek..gunekan perkhidmatan spital putrajaya..

nur amirah..we all have our losses..yeh, we have to manage ourselves to get thru the pain of losing them..hope u are OK..

ennosuke..well, mekaseh..