Thursday, November 08, 2007

singkat


Kata orang, aku selalu berfikir macam orang tua. Setiap tahun aku makin tua, aku harap sel otak aku tak mati pada kadar yang lebih cepat dari biasa lantaran membuat aku tak boleh berfikir lagi, seperti sekarang.

Berfikiran singkat. Apa tu? Maknanya bukanlah membayangkan gadis-gadis berpakaian singkat. Dan bukan juga aksi berfikir sambil menyingkat kain. Dalam kehidupan ini, pasti aku dan kalian pernah menjadi orang yang berfikiran singkat. Iaitu melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang. Hanya nampak kesan jangka pendeknya, yang selalunya membawa untung tetapi tidak jangka panjangnya. Salahkah tafsiran aku? Jika ya, sila betulkan. Cikgu Kemahiran Hidup (KH) akan mengetuk kepala kalian, kerana tidak pandai menganalisa masalah dengan menimbang-nimbang perkara-perkara 'pro' dan 'contrast'. Tidur dalam kelas ke, hah?

Situasi yang aku beri di bawah, adakah sesuai dengan perkataan 'berfikiran singkat'?

Si XX bernikah dengan si XY. Perkahwinan yang menjadi buah mulut orang ini telah hampir-hampir menyebabkan institusi kekeluargaan XX ranap. Tak mengapa membina masjid daripada menjadi bahan 'free' untuk cakap-cakap orang. Si XX dan XY masih tidak stabil dari segi kewangan. Mereka membuat banyak kerja kecil-kecilan untuk menampung hidup. Si XX selalu meminjam duit ibunya. Si XY adalah anak tunggal dan bermati-matian tak mahu tinggal dengan ibu si XX. Tapi, mereka pun tak mahu tinggal dengan ibu bapa si XY. Beberapa minggu selepas bernikah, si XY didapati mengandung. Mereka yang tak stabil ni membuat keputusan untuk menyewa rumah. Bukan setakat menyewa, mereka berhabisan duit membeli dapur beribu ringgit. Sekali lagi, duit ibu XX menjadi mangsa walhal ibunya sendiri tak ada duit. Dan ibunya sendiri memerlukan duit untuk merawat penyakitnya.

Haa. Amacam? Kisah benar? Ini namanya pendek akal yang berpusat di gluteus maximus atau pelat melayunya 'punggung wak lu'. Kalau kalian hantar mereka ke X-ray 'department' pastilah kalian akan nampak otak mereka ada di kawasan pelvis.

Dalam situasi ini Cik Bedah, bukankah lebih baik engkau yang bakal mendapat anak dalam masa sembilan bulan lagi berusaha untuk menstabilkan diri dahulu? Cubalah bawa bertenang dan memahami situasi kalian. Nak melahirkan anak, banyak isunya. Duit hospital, duit susu, duit lampin, beli 'stroller', duit baju dan sebagainya. Simpanlah duit, jangan membazir. Mungkin cara terbaik adalah menumpang rumah mak ayah kalian dulu hingga benar-benar stabil. Kalau nak menumpang, lain pula isunya kan. Kena fikir dahulu kenapa kalian tak nak tinggal dengan mereka dalam masa-masa memerlukan semacam ini. Dan timbang-timbangkanlah. Belajarlah mengalah jika ada konflik sekalipun antara kalian dengan mak ayah. Tak penah tengok TV ke? Iklan raya yang pasal burung tu? Burung apa, burung apa, ayah kau tanya. Tahu pula kau naik darah, ya? Burung murai, tau?? *Piang.

Itulah, aku dah mula membebel cara tua aku. Entahlah. Fikiran singkat atau tidak? Mungkin fikiran kalian berlainan dari aku. Dan mungkin juga ia adalah perkara yang terbaik untuk mereka. Aku tak tau. Kalian fikirkanlah sendiri. Aku hanya nak bangkitkan isu.

10 comments:

kaSyah said...

kesimpulan dr cikgu KH.

jgn la nak menggatal nak kahwin kalo tau diri tu tak mampu dari segi kewangan walaupun hebat dari segi ranjang..haha..

-ps- utk diri sndirik gak.

bZz said...

Xde tolak ansur?
Pentingkan diri sendri?
X fikir panjang?
Susah nak ditegur?
X mkn nasihat?

Ermm... Agak singkat jugak la pemikiran org macam ni.

Minci said...

Hm. memula aku ingat XX tuh pompuan dan XY tuh lelaki.. terbalik rupanya.

Apapun, kpd pasangan ini..seriously lah.. kalau dah tau keadaan masih susah, hiduplah ala kadar. beli dapur? as in satu set dapur ker? mcm dlm iklan Homes2 tuh? muat ke masuk rumah sewa tuh.

aku setuju, duit tersebut perlu disalurkan kpd keperluan yg lebih 'urgent' contohnya 'baby'.mahal lah brg baby. ntah2 aku nanti modify troli kedai buat stroller.. :P

Nur Amirah Shaharom said...

ishk.. xkan le sampai nak modify troli kedai wat stroller. hehe! kreatif sungguh..
Erm, ni lah kadang2 masalah manusia. buat satu bnda ikut hati. tak fikir masa depan, xfikir panjang.
Rasanya semua org pun akan marah. Semua org akan anggap mereka susahkan org lain (mak die le terutamanya).
hurm...
susahlah kawen. kene delayed lagi lah nmpaknya. haha...

PenguRus Za said...

"Beberapa minggu selepas bernikah, si XY didapati mengandung."

kesilap menaip ke? haih..
aku nnt tumpang rumah ko je la kak jet..leh ke? ko nnt mesti kaya keja kt UK..leh kan? kan?

jetjetsemot said...

oh..sibodo aku..silap menaip..pompuan jadi laki..hahha..maafkan..sile tuka xx sbgi pompuan dan xy sebagai laki2 yeh kalian yang amat bijak..

mekaseh kerana menyatakan bahwa mereke pendek akal..ok..marila kite sume kumpul duit secara berjemaah..bukan smpi jadi jutawan tp sekadar cukup untuk mengadakan apa yang perlu..

fizatul..ko tumpang ruma mak aku je..kosong..miahaha..

Nur Amirah Shaharom said...

patutlah mcm pening sket. Jet jgn le mngelirukan saya yg dah lame tak tengok buku bio nih. hehehe!

Anonymous said...

jet dah beli rumah ke belum? nanti takdelah kita kelam kabut... :-p

miahaha...

jetjetsemot said...

hahha..sori mira..eden pon konpius..

amuro..eish..ajak kawen btol2 die ni kang..bagi alamat ruma..nak msok meminang ni..

PenguRus Za said...

kalo kak jet nk minang amuro, tunggu kite balik yer..nak tolong bawakkan dulang..hehehe