Sunday, November 11, 2007

tupperware


You have to answer the survey with an honest heart.
"What if your ex tells you..."


Why did I let you go?
Jawapan emosional: Sebab kau bodoh. You bodoh, you!
Jawapan rasional: Jangan gusar dengan keputusan yang dah diambil kerana mungkin ia adalah keputusan terbaik yang dapat kau fikirkan pada masa itu.

Can I win you back?
Jawapan emosional: Nak bayar berapa ni? Ha? Nak menang balik? Kau ingat aku trofi kemenangan? Piala pusingan?
Jawapan rasional: Entahlah. Kalau ada jodoh, tak ke mana kan?

I still love you.
Jawapan emosional: Yada..yada..yada...(Sambil buat tangan itik, menjeling ke arah siling dan akhirnya mendengus.)
Jawapan rasional: Tak sesuailah ayat tu buat masa ni. Fikirlah sebelum cakap. Atau kau akan hanya menyebabkan benda ni berulang sekali lagi.

When did we last talk?
Jawapan emosional: Er..like years ago? Kau sangat 'boring' sampai aku tak ada benda nak cakap dengan kau.
Jawapan rasional: Give it a rest, OK. Tak ada benda yang nak dicakapkan sekarang. Mungkin nanti?

Can you go out with me?
Jawapan emosional: Belanja makan ke? OK jom. Sat..sat.. Nak call adik, mak, ayah, kakak, abang, makcik, Bedah..Eh, tak ingatlah. 'Check handphone' kejap. Eh, kau ada kredit tak? Bak mai telefon kau. Aku nak guna.
Jawapan rasional: Hm. Tengoklah. Kalau ada kawan OK lah. Kalau berdua saja, em..maaflah.

Hey, can I give you/ask for a ride?
Jawapan emosional: Eh, boleh je. Jemputlah naik. Duit minyak jangan lupa letak dalam tabung bencana alam kat bawah 'seat' tu ye. Terima kasih.
Jawapan rasional: Yeh. Naiklah. Kejap. Nak ajak member sekali.

Were you able to move on when I have not?
Jawapan emosional: Nampak tu? Kekasih gelap nombor satu. Yang itu nombor 18. Yang lain balik kampung, cuti semester.
Jawapan rasional: 'Moving on' makan masa. Tapi 'eventually' insyaAllah aku boleh. Dan kau pun boleh.

I regret losing you.
Jawapan emosional: Oh, sekarang baru nak fikir. Nak menyesal?? Hah? Dulu tak nak. Penampar nak? (Menjerit-jerit histeria ala-ala berlakon Cerekarama)
Jawapan rasional: Benda dah jadi. Tak usahlah nak ungkit.

I cannot keep my promise to you.
Jawapan emosional: Eh, kau ada janji ke? Tak ingatlah. Cuba ulang semula dalam lubang telinga kanan aku ni. Supaya aku ingat. Supaya KAU PUN INGAT!!!!! Lepaklah, aku tutup lubang telinga kiri ni. Gerenti tak keluar punya!
Jawapan rasional: Tak kisah. Dulu dah cakap kan, janji tu beban?

My parents do not like you.
Jawapan emosional: Oh, mak ayah aku pun tak suka kau. Kau taknak kenalkan mak ayah kau dengan mak ayah aku ke? Aku macam ada perasaan yang diorang nak buat kenduri kesyukuran besar-besaran lah. Kau tak rasa?
Jawapan rasional: Lebih elok macam ni, kan. Daripada buat mak bapak tak redha.

My friends say we don't look good together.
Jawapan emosional: Huh! Kahwinlah dengan kawan lu. Semoga bahagia ke anak cucu! Gay!
Jawapan rasional: Mungkin dalam hidup ni, cakap kawan-kawan tu penting. Kenapa? Sebab cinta tu buta. Kau tak nampak apa yang mereka nampak. Aku tak nampak apa yang mereka nampak. Positiflah sikit. Mungkin ada betulnya.

You have changed.
Jawapan emosional: Oh, terima kasih. Tudung baru ni. Nasib perasan. Ingatkan buta tadi.
Jawapan rasional: Pengalaman mendewasakan. Harap-harapnya perubahan ini ke arah kebaikan.

Jawapan-jawapan di atas tidak pernah diaplikasikan dalam kehidupan aku setakat ini. Ianya hanyalah skrip-skrip yang hadir dalam kotak minda aku. Pada aku, jawapan aku dan kalian akan bergantung pada situasi dan sejarah dengan 'ex' itu. Terutama sekali sebab mengapa semuanya berakhir. Persoalan tentang siapa yang tinggalkan siapa.

10 comments:

PenguRus Za said...

ooo..survey ni ke yg kak jet jawab tadi..ic..

sesekali terasa mcm baca majalah ujang lak..ala2 luar ckp lain, dlm ati berapi2..hehe..

betol ckp kak jet..depends on the situation nd personality kot

bZz said...

Saya pilih A bagi setiap soalan. Menarik dan menikam kalbu.

sheiLazRienRamli said...

ex aku dah bertunAng da..
tahun dePan nak kawen pon..
hahaha

notakaki:masuk 3 tahun s0lo ni.. kuwang2.. :p

Minci said...

Wow.. Terhiburnyer aku.. sgt okehh.. cuba demo skit tgn itik tuh canne..
pastuh.. part tudung baru tuh mmg tk tahanlah..

Nur Amirah Shaharom said...

ishk2.. jap tau jet. nak bace. tapi esok exm. huhu.. esok mlm saya bace!

Pengurus Za said...

eh kak jet..I LOVE U tu..tulis ngan taik ke?

jetjetsemot said...

fizatul..majalah ujang lak dia..yeh..tulesan itu dibuat dri taik..taik anjing lak tuh..eish2..jgn pegang..najis..

bzz..oh, jawapan tuh hanya dapat ditaip..tak sure boleh kua ikot mulut ke tak..

majod..woah..biarkan dia..potostet la isen ni..kasik adiah kawen kat die..haha..eley, lepak la..aku dah 23, nak msok 24 taon single..haha..

minci..kasik ko idea cmne nak membalas soklan bodo je..

mira..eish..bdak ni..gi sana exam dolu..nanti2 baru baca..

Nur Amirah Shaharom said...

Hehehe.. jawpn tudung baru itu sangat lah best. ok le jgak perasan tdung baru. Kalo perasan yang lama kata baru mau kene piang.

Saya dah abeh exm.. ngehngeh.

kaSyah said...

cik jet, benar ka just imaginas, bukan betul2 ni?

yg best + nak tergelak kalo jwapan no 1 tu.

kalo kite bile ditanya soalan cam2 tadi and kita bagu jwapan no2, maknanya tak lame lagi nak kawin la tu. dah matang dah..huhu

eMptyCube said...

kenapa gambar i love u tu macam taik yang disusun...sgt lawa dan menarik