Monday, November 12, 2007

pernahkah


Pernah tak kalian terfikir, kenapa manusia bongkak sangat dengan kebolehan mereka mencipta tetapi bila mereka (ala-ala bercakap macam aku bukan manusia) nak menyatakan keindahan sesuatu kejadian, mereka tetap membandingkannya dengan ciptaan Ilahi.

Contoh: Awak cantik macam bunga/bintang/bulan.

Kenapa tak cakap: Awak cantik macam kerusi/kapal angkasa/Dolly the sheep?

Pernah tak terlintas rasa bersalah di hati kalian bila cuba membantu orang? Seperti apa yang telah aku lakukan dulu. Dan hari ini. Kalian cuba menunjuk arah jalan kepada seseorang, tapi 'direction' kalian salah. Aku pernah lakukan itu dulu dan berasa sangat bersalah. Hari ini pula seorang pakcik keluar dari 'x-ray department' dan bertanya aku tentang arah pintu masuk utama. Aku tunjukkan arah secara ringkas dan menghabiskan ayat aku dengan, "I'm going that way as well." Dan pakcik itu nampak gembira dan menepuk bahu aku. Amboi pakcik. Nasib aku tak tercampak. Masalahnya pakcik jalan lambat. Aku tak tau sama ada untuk berjalan beriringan dengan pakcik atau jalan laju seperti biasa. Aku ambil keputusan untuk jalan lambat tapi tidak seiring dengan pakcik. Tapi pakcik jalan lebih lambat daripada kelambatan aku dan akhirnya dia tertinggal juga di belakang. Bila aku menyimpang masuk ke 'corner' sebelah kiri, aku mula berjalan laju semula. Mana pakcik? Sampaikah pakcik ke pintu masuk utama? Arghh. Aku rasa bersalah. Aku sempat singgah ke kedai untuk membeli air dan melihat kalau-kalau pakcik berjaya sampai. Tapi kelibat pakcik tak kelihatan. Aku benar-benar rasa 'bengset'.

Dan pernah tak kalian terfikir, kenapa pintu masuk utama namanya pintu masuk utama dan bukan pintu keluar utama?

Aku yang berfikir sepanjang hari ini, asyik menerima pesanan ringkas di telefon bimbit tentang bakal kehadiran dua orang lagi anak buah. Hm?

5 comments:

Pengurus Za said...

smpai ati ko biarkan pakcik tu sesat kak jet..isk2

arini aku berbual2 ngan pakcik yg air liurnye tersembur2..takleh nk elak seh..huhu~

sape nk beranak?

Nur Amirah Shaharom said...

memula crita pasal pakcik tu. Pastu crita psl sms anak buah yang bakal lahir. lost ke jet? hehe!
eh, bile dah lama2 baru cm realize lah saya ni mlampau sbb panggil jet ngan minci sekadar 'jet' dan 'minci' :)
Maaf ye akak2..

bZz said...

"Wahh... Jett
Kamu jahat macam trojan computer virus kerana membiarkan pakcik itu keseorangan. Tapi kamu bijak macam Microsoft Excel 07 sebab perbuatan kamu menjimatkan perhitungan masa kamu..."


... Sebab org suka masuk pintu, tak suka keluar pintu...
... Pernahkah awak terfikir kenapa orang panggil 'anak buah', bukannya anak saudara?

Jgn marah aaa... Nanti tak dpt holiday kat sini...

sheiLazRienRamli said...

pernah x ?!

ko ter-pk kenape nak susah2kan diri belajar kat oversea.. padahal kalo belajar kat mesia.. dekat ngan mak ayah..

aku byk kali ter-pk tp aku xdapat jumpe rEason yg Reasonable..

notakaki: ape yg aku melalut? ku jua x mengerti

jetjetsemot said...

fiza..ckpkan sori kat pakcik..lebiu..padan muke kena sembur air liur..hoho..arman nak dpt adik..dengan abg aku yg bru kawen..

amirah..lost in translation..hehe..xyah la ber'akak'2 kerana diriku begitu berharga..

bzz..ceh..jahat ke?demn..pandai jawab eh?anak buah sbb anak itu berbuah...haha..apeka..x marah pun..marah pun leh balik holiday sbb tiket da bli..insyaAllah..hehe..

majod..emm..aku belaja jao2 sbb nak kasik org rindu aku la..tp last2 aku yg rindu org..org x rindu aku pon..demn je kan..ko penah piker tak?