Sunday, November 18, 2007
kamben lu
Oh. Shoot! Perut dah masuk angin sebab tak makan malam.
Tulisan ini, sekadar ditulis supaya aku boleh membuang kertas conteng yang sah-sah diconteng dengan ayat-ayat ini:
JANGAN BACA JIKA TAK MAU MENGINGAT KISAH LAMA
Penyeksaan adalah apabila engkau terperangkap di dalam sebuah kereta berbau pelik dengan seseorang yang pelik lagi engkau 'detest'. Engkau diabaikan di dalam kereta itu seolah-olah engkau tak wujud dan setiap soalan tentang engkau ditanyakan kepada kawan engkau padahal insyaAllah jika dia menoleh dan bertanya secara terus kepada engkau, tulang lututnya takkan tergeliat. Engkau mula bercakap dengan diri engkau, 'Jijikkah aku?' Bingit telinga engkau mendengar suara itu bercakap dalam bahasa asing dengan selanga tanpa usul yang dapat engkau cam. Engkau kesunyian lalu menelefon sahabat-sahabat di kejauhan hanya untuk bercakap bukan kerana mulut engkau dah tak tahan gatal nak bercakap, tapi kerana engkau mula sakit hati dan mau menghilangkan rasa itu. Penyeksaan itu diselang-selikan dengan berkumandangnya radio yang banyak cakapnya dari lagunya; lebih teruk dari radio di Malaysia. Lebih tragik lagi apabila CD dimasukkan ke dalam alat pemain dan kedengaran di corong 'speaker' lagu ala-ala Norah Jones yang engkau tak pasti apakah 'genre'nya sedangkan engkau pernah menghabiskan RM45 membeli CDnya. Dan melalui pengalaman engkau...engkau tahu engkau akan pening bila mendengar lagu seperti itu.
Dan engkau...amat bersyukur...bersyukur sekali apabila engkau tertidur dan tak merasa kesunyian dan penyeksaan itu.
TAMAT.
P/S: Sajak ini ditujukan kepada diriku yang tersayang dengan ucapan, 'Orang lain jangan terasa ya!'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Hanya mampu tergelak kambeng sambil perut tersimpul2 sebab at time of writing (2330h).. perut aku pun berkeroncong sbb tk makan mlm. tapi kalo aku mkn skrang.. dah malam sgt. Huhu
yg korang tak mkn malam ape kes? ape jadi dgn ayam goreng kamen tadi?
aku pon hanya mampu tersenyum simpul..sgt bersimpati dgn kak jet..jgn stress, esok belanja aku lunch, OK?
agak hangin kamben la jugak kalo aku berada di tempat 'engkau' itu.. dan aku jugak amat berhaRap utk tErtido sampai pengSan kalo terjadi peristiwa 'engkau' tu pada diri ku..
notakaki:wajib dinner yer jet..kang esok pagi bgn x bertenaga :p
hoho..terjadi 2-3 minggu yg lps, pabila menemankan seseorang yg berjanji berbuat sesuatu padaku.
tetiba melupai janjinya dan mula membiarkan aku terawang2 keseorangan dlm kete. no point i folo u okay. feels really terrible...lonely...mad.
but in the middle, y should i be like this. buat sakit hati ada la.
so i try to communicate with her frenz n try to make some funny...haha. okay la...not so bad my suppose boring journey.
kamenci..yeh..aku just kena taip spy ketas mimpi buruk tu dpt dibuang..[haha, tapi nak tules kat sni plak..pelik2]..yeh..aku pon rse cm lewat nak makan..tp aku tatahan sgt, aku makan la sepaket oat..nnt i xle tdo..
fizatul..x mkn sbb knyang makan kol 3 sgt lama..jom lunch saeng sok..anything yang tade celery..
majod..x bes woo menjadi 'engkau'..maka berdoalah disimpangkan malaikat 44..kak majod, sebenanye adela wajib breakfast, dinner sunat je hukumnya..
kasyah..oo..good on u..pandai memandang bende itu positip..well, journey diriku ini adela positipnye, tapi just menaburkan yang negatip keluar dri diri..hehe..[adeka ini kes mngikot gadis idaman yang mengabaikan dikau?]
tarak2..kes mengikutkan sedara yg bengong
kem salam sedara tuh..dgn ucapan, 'geget lutut nak??'
kesian penumpang tu kan?
Ada ala-ala abu gharib tak?
bzz..sapeka abu gharib?
Post a Comment