Tuesday, February 06, 2007
sekuntum mawar merah
Entah mengapa aku rasa aku hanya boleh 'confide in' atau 'masuk' dengan orang-orang yang lahir pada bulan-bulan tertentu sahaja. Mungkin ini adalah atas dasar psikologi atau suatu fenomena yang tidak aku sengajakan. Aku tertarik dengan personaliti manusia yang pada aku boleh diklasifikasikan persamaannya mengikut bintang zodiak atau bulan kelahiran sehinggakan aku pernah membuat kaji selidik tentang perkara ini ketika di matrikulasi dulu. Tidak ada kata putus yang membuktikan bahawa setiap individu dalam satu kumpulan zodiak/bulan kelahiran berkongsi personaliti yang sama tetapi tidak dapat disangkal bahawa ada sedikit persamaan. Pada aku, zodiak atau bulan kelahiran hanyalah seperti 'weather forecast' yang kita lihat setiap hari tetapi tidak kita percayai 100% kesahihannya. Kerana hakikatnya, semua itu ketentuan Yang Maha Esa dan boleh berubah menurut kekuasaanNya.
Ramai manusia istimewa dalam hidup aku lahir pada bulan Februari. Najib Syahir, sepupu yang rapat yang aku sayang bagai adik aku sendiri. Nurnadrah yang tidak pernah aku temui serampang empat mata tapi punya tempat dalam hidup ini. Mama aku yang sempat menggosok pakaian kerja ayah sebelum ke hospital untuk melahirkan aku. Fizatul Akmar yang macam milo 3 dalam 1:kawan + housemate + kakak/adik?. Juga Ani Izzuani yang suatu ketika dulu seorang 'housemate' tetapi kekal sebagai kawan. Sarah si kenalan rapat sejak tingkatan satu. Aeddeshanadia yang aku kenal sejak sekolah rendah yang sedaya upaya cuba kekal berhubung setelah sekian lama. Arita yang memaafkan kejahatan aku dan menjadi rakan 'super' baik seperti tiada pertelingkahan antara kami. Dan akhir sekali, Nurul Akmal yang baiknya terlampau umpama seorang kakak dan ibu dalam satu tubuh. Tak dapat aku gambarkan rasa kesyukuran atas kehadiran manusia-manusia ini dalam hidup aku.
Selain dari manusia bulan Februari, aku juga berpendapat bahawa aku 'ngam' dengan mereka yang lahir pada bulan Mei dan Ogos. Tak tau kenapa, tapi hakikatnya orang-orang dalam bulan-bulan tersebut saja yang dapat masuk ke jiwa aku sebagaimana adanya aku.
Esok hari jadi mama ke 59. Doa aku untuk mama agar dipanjangkan umur supaya sentiasa ada untuk aku dan aku ada untuknya dikala susah dan senang, dikurniakan tubuh badan yang sihat untuk beribadat, diberikan sekelumit kebahagiaan di dunia ini sebelum ke alam yang satu lagi, dan tentunya agar syurga itu pasti untuk mama.
'Sekuntum mawar merah sebuah puisi untuk gadis pilihan oh.. di bulan Februari.
Mulanya cinta bersemi dan kehadiran ribuan mimpi-mimpi oh.. di bulan Februari'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
lpas blog hoppng kt blog littlehealer..trpkse dtg sini plak..hehh...
guess february babies are special ppl..that includes..ehem..daju.. of course..haha..nah..j/k..xspecial pn..
nway..those yg close to me..xdela lahir in particular month pn..sume pn cm 'scatterd' throughout the yr..so sntiasa la kna bli birthday presents..
p/s: nk record lagu sekuntum mawar merah plk ke :P
makcik... selamat minum air teh~~
oo daju..tengs la dtg melawat sni..ei..ur spesel wat..everybody's special in their own ways..kami [kata majmuk yang digunakan untuk refer diri senidiri sje] pon spesel gak..specialty kami adela pathology..so, bile besday daju?
oh biskut..mak aku kte, 'time kaseh, nak..' nak kem slm x?esok pagi2 kne wish secara live sblom g skola..wajibul ghunnah..
3 in 1 kah?
hehehe
selamat hari lahir makcik!!
terime kasih sbb syg kami mcm anak makcik sendri
selalu pos makanan
hehe
thanks!!
ye..same2 nak..
Post a Comment