OK. Tibalah masanya, aku menunjukkan hasil majlis hari jadi yang tak seberapa. Majlis ini untuk meraikan ulangtahun ke 'tuut-tuut' Aida, iaitu rakan serumah kepada budak-budak wasaii yang gadis.*Gadis lah sangat~
Majlis dimulakan dengan men'trick' sekalian perut yang ada dengan memakan jemput-jemput pada pukul 5.30 petang sebab selalunya pukul 7 malam kami dah makan dinner kami. Aksi ini dilakukan bagi menipu perasaan lapar, supaya semua orang tak merengek lapar dengan cepat. Pada pukul 7 malam, Za mula turun ke dapur untuk memasak. Aku turun setengah jam kemudian dan menghias ruang makan dengan belon dan lilin. Kemudian kami disertai oleh Yun. Meniup belon adalah seperti azab, bila angin yang dihembus masuk ke dalam belon, berpatah balik dan masuk ke perut kami. Kami gelak-gelak. Kang tak pasal-pasal ada orang memerlukan minyak limau cap Yu Yee untuk menghilangkan kembung perut. Dalam hal menggantung belon, sebiji belon berwarna merah meletup betul-betul depan muka aku lantas menjadikan aku pekak beberapa saat dan berasa trauma. Tema majlis ini adalah ROMANTIKA.
Masak-masak oleh Za adalah berupa nasi minyak hujan panas, ayam golek, papodam dah sedia goreng dari kedai, keropok ikan Yun, dan salad serta tomato. 'Syab-bas betta' diucapkan pada mereka atas hidangan yang menakjubkan. Cuma ayam golek, bila kami dah kenyang tergolek baru teringat nak ambil gambarnya. Dan untuk kedua kalinya aku dan Za cuba membuat cheesecake, tapi kegagalan nampaknya berganda dua juga. Haha. Kami berhasrat nak buat kek keju setiap minggu untuk memantapkan tahap profesionalism kami.
Majlis dimulakan pada pukul 11 malam, dengan menghantar kad jemputan terlebih dahulu kepada gadis hari lahir pada jam 10 malam. Kami makan-makan dalam kegelapan sambil takut-takut terkunyah bunga lawang, cengkih dan segala makhluk asing yang ada dalam nasi itu. Sebelum itu, tentulah kami membaca doa makan. Kami makan dan borak-borak. Kemudian, kami lambat-lambat ke dapur mencuci tangan dan menyuruh tetamu duduk di tempat masing-masing semula. Kek kami yang bertajuk 'Pemanasan Global' pun dikeluarkan dari peti sejuk, sedia untuk ditiup oleh gadis hari jadi. Dia berasa teruja dengan kek dia yang cantik. Tapi cantik sekadar pakai mekap. Bukan 'natural beauty'. Kami makan-makan kek, sambil teringat bahawa kami terlupa untuk memberi taklimat di awal majlis, tentang 'fire-exit' kerana majlis ini dikelilingi lilin yang banyak. 'Fire extinguisher' juga tidak disediakan oleh pengendali majlis. Kemudian majlis diakhiri dengan majlis membuka hadiah. Kami bergerak ke bilik masing-masing lebih kurang pada jam 12.30 tengah malam, iaitu di kala waktu baru saja menerjah masuk ke tarikh sebenar hari jadi Aida: 30 Julai 2007.
Oh, dalam majlis ini juga, bulu tangan aku terbakar dek lilin sebab nak pukul photographer Za yang sibuk amik gambar je kerjanya. See? Bahayakan? Don't try this at home, people. Secara automatik aku mendapat ilham untuk mengaplikasikan cara baru bagi membuang bulu badan. Haha.
OK. Nanti kaya, aku nak buat majlis hari jadi aku besar-besar ajak kalian datang. Heh~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Ckp kawan tu...
Happy Birthday...
adess..x sempat..kawan tuh dah balik malaysia..hehe..sori!
wah wah wah.. aku akan menanti kek cheese minggu ini.. hahaha ( korang nk prektis kan? ;p)
oh.. sepatutnya fiza merekod aksi ko bakar bulu badan.. hahaha..
apapun.. kek pemanasan global korang sgtlah cantiks
takmo la..cheesekek tuh pon x abes lg..haha..cpt muak la makan cheese kek..minggu ni buat kek len..hehe..x sempat nak rekod la aksi membakar buku krn akunye pergerakan terlalu mantap dan pantas..kek cantek, time kaseh..
best nye kalau ade kawan cam korang :-)
hehe..amuro..bgtau bila ur besday, nanti kitorg buat kek kat sini..tapi, post gamba je lah kat awk..hehe..
9hb januari :-p
haha..hokey dokie..da msok dalam diari..another capricorn heh?
Post a Comment