Friday, August 10, 2007

ogos ini


Picture source: Geocities

Anak bujang aku yang kecil, Arieq sah akan menjalani pembedahan tonsilnya (tonsillectomy) pada 20 Ogos ini setelah beberapa kali keputusan doktor yang merawatnya di 'postponed'. Setelah sekian lama mendapat 'on-off' radang tonsil (tonsillitis), selalu tidak hadir ke sekolah, dan masih mendapat masalah yang sama walaupun telah diberi suntikan dibahagian punggung (aku tak pasti 'injection' apa) doktornya telah membuat keputusan ini. Terlalu kerap Arieq tidak ke sekolah dan terlalu banyak demam yang dialaminya dalam masa setahun (tapi tak pernah ponteng taekwandonya walaupun demam!). Dan keadaan ini agak merisaukan aku yang mendapati walaupun sudah beberapa tahun, berat dan saiz badannya masih sama. Bagi kalian yang bersekolah/bermatriks/beruniversiti dengan aku, pasti pernah bertemu Arieq, dan percayalah dia tidak pernah berubah (dari segi keadaan badan dan masih kacak seperti dulu). Sememangnya dia amat kecil 'despite of' mampu membantai pizza bersaiz regular seorang diri. Dan selayak ibu-bapa yang benar-benar ibu-bapa, Along aku berasa risau dan meminta aku mencari informasi berkenaan 'tonsillectomy'. Yang tersebut adalah beberapa maklumat yang aku dapati:

1. 'Recovery' selepas pembedahan mengambil masa 10-20 hari tetapi sebenarnya bergantung pada setiap individu. Dan 'painkiller' yang menyebabkan 'drowsiness' akan diberikan pada masa ni.

2. Pesakit digalakkan mengambil diet biasa i.e. segala makanan yang keras konsistensinya kerana ni dapat membantu membersihkan luka pembedahan dan menghentikan pendarahan.

3. Sila elakkan makanan pedas.

4. Tidak digalakkan mengambil bahan tenusu (dairy products) kerana ia 'tend' untuk melekat pada bahagian tekak dan menyebabkan pendarahan intensif dan melambatkan proses pemulihan.

5. Minum air banyak-banyak kerana 'dehydration' akan menyebabkan sakit tekak lebih teruk daripada biasa.

6. Warning: Pendarahan akan berlaku selalunya sekitar 7-11 hari selepas pembedahan kerana kudis pada bahagian terlibat terkopek. Biasanya pendarahan akan berhenti sendiri. Jika tidak, cuba hentikannya dengan 'gargle' menggunakan air sejuk.


Semoga Arieq kuat semangat melalui pembedahan pada usia mudanya. Semoga segalanya selamat. Tak sabar nak mendengar suaranya lepas pembedahan yang mungkin akan berubah. Er..pecah suara awal? Haha.

6 comments:

Minci said...

ohhh... moga Arieq berani menghadapi ini semua.. I wonder method apa yg surgeon tuh akan guna ek? curettage or diathermy-like?

hoho.. pecah suara wal.. terus teirngat 2 manusia: Mukhsin ngan African American dlm citer House

jetjetsemot said...

yeh..aku pon berniat nk tney kakak aku apa method yg surgeon tuh nk gune..banyak kan?

haha..x sesuai ok pecah sore cm mukhsin dgn budak cite house tuh..arieq br 7 taon, ops belom pon lg..nnt die kne outcast..sbb pelik..precocious puberty katenye..haha..

Anonymous said...

weh, i pun ade tonsil jugak... mmg sakit setiap kali demam... nanti kalau rasa2 nak operate... i mintak u tolong potongkan yer... kawan2 kasi half price la :-p

bzz said...

insya-allah dier akan selamat... amin...

Anonymous said...

arieq cumil..relax okay. dah sunat blom ni?

xpe abg kasyah kan ada..hehe

jetjetsemot said...

amuro..hoo..kalu sanggup menghadapi pendarahan yang banyak, aku leh tolong bedahkan kau..hahah..free pon tak kesah...

bzz..tengs..insyaAllah..amiinnn~

kasyah..kalu sekitar kawan-kawan, kamu tuh pangkat uncle okeh kat arieq..hehe..die blom sunat..pehtu mak dia tanya, 'boleh tak nak suruh doktor sunatkan dia sekali waktu die operate tonsil tu'..err..nta la, kami pon tatau..haha..'abang' kasyah g la melawat die kat spital..haha..