Thursday, August 09, 2007

mungkir bahagia


Aku? Separuh jalan dalam proses mengemas bilik aku yang 'cluttered'. Aku dah siap tukar cadar dan kemas bilik stor di sebelah katil aku. Dah tegakkan semula longgokan baju dalam almari yang tumbang. Oh, baju yang tumbang ya, dan bukan almari itu. Aku dah bosan. Baju yang baru dibasuh dan sudah kering berlonggok di atas katil, menunggu untuk dilipat. Mungkin nanti, selepas aku masak sambal sotong. Sambal sotong? Kalian, doakan kejayaan aku.

Dalam masa kurang seminggu, aku akan mula mengambil ubat yang terletak pada hirarki teratas dalam rawatan 'acne' iaitu Roaccutane. Dan langkah ini, aku rasa akan ada kesan pada aku, dan orang keliling aku.

Pada hari Selasa, aku telah bertemu dengan jururawat yang akan 'monitor' aku sementara aku mengambil ubat tersebut. Pertemuan tersebut adalah bertujuan untuk menerangkan segala hal berkenaan ubat tersebut, 'side-effects', dan bagaimana aku akan di'monitor'. Haha. Takut tak? Perkara yang sangat ditekankan dalam pertemuan itu adalah tentang kesan ubat itu kepada bayi jika aku mengandung. Adeh. Dalam hal ini, mereka terpaksa menganggap semua wanita ada 'risk' untuk mengandung walaupun aku berulang kali tekankan bahawa aku tak 'sexually active'. Ah, suka hatilah. Dan aku dinasihatkan untuk mengambil pil perancang keluarga (apakah??) dan aku terpaksa melakukan 'pregnancy test' setiap bulan. Pelik? Tapi benar. Mereka beranggapan bahawa mereka tidak boleh mempercayai mana-mana wanita. Dan aku juga terpaksa menandatangani satu borang 'acknowledgement' yang menyatakan doktor aku telah pun memberi aku amaran tentang risiko mengambil ubat tersebut. Macam 'big matter' kan?

Aku juga diberi 'list' tentang 'side-effects' yang mungkin akan aku alami. Antaranya, bibir pecah dan kulit kering. Dan aku dinasihati untuk memakai pelembap dengan kerap. Hidung berdarah, kerana 'cracked vessels' dalam hidung dan oleh itu terpaksa menyapu vaseline dalam lubang hidung. Mata pedih kerana kering, maka perlu memakai pelembap mata. Rambut gugur tetapi kesan ini sangat jarang. 'Fragile skin', maka aku tidak boleh bercukur pakai 'shaver' sebaliknya menggunakan krim. Oleh sebab kulit 'fragile' juga, aku terpaksa berhati-hati apabila melakukan aktiviti fizikal yang berat kerana berkemungkinan tinggi untuk tercedera. Jururawat juga bertanya sama ada aku bersukan. Aku menjawab, aku agak rajin membuat aerobik. Aku dinasihatkan untuk mengurangkan senaman berat kerana aku akan mudah mengalami sakit otot dan sendi. Aku juga akan mudah mendapat 'sunburn'. Darah aku akan diambil setiap 2 bulan untuk mengawasi fungsi hati aku kerana ubat ini berpotensi untuk mengganggu sistem hati. Efek lain adalah mulut kering dan gatal-gatal.

Kemudian, datanglah soalan maut dari jururawat tu.
"Are you married?"

"No.."

"Do you live with your parents?"

"No.."

"So, do you live alone?"

"No, I live with my friends."

"You know...you might be moody and sometimes shout at them or do not talk to them at all. You have to let them know about these effects, as they may be due to the drugs. Sometimes you will not notice that your mood changes, so you need your friends to tell you if this happens. If so, we could cut the dose down."

So, OK? Kawan-kawan aku, tolong tengok-tengokkan hamba ini. Moody. Shouting. Haish, aku rasa aku dah cukup 'moody' dah.'Lift'kan lah 'mood' aku supaya aku boleh hidup dan belajar dengan aman. Ada beberapa kes bunuh diri yang dikaitkan dengan pengambilan ubat ni. Tapi tak ada bukti terus yang menyatakan Roaccutane menyebabkan bunuh diri. Dan, minta maaf awal-awal atas kekasaran di masa hadapan ini, jika ada.

Aku perlu menyiapkan diri untuk mengambil ubat ini. Maka, aku perlu beli losyen badan, vaseline, lip balm, dan 'potion' kegembiraan (jika ada). Kalian, doakan segalanya berjalan lancar. Semoga aku tak mengalami semua kesan sampingan yang aku nyatakan diatas. Fuh..syukurlah, rawatan ni hanya untuk 4 bulan. Heh.

9 comments:

Minci said...

wow.. wow.. aku terpempan ok.. takut jugak bila di'monitor' mcm nih kan? apatah lagi bila side effectnyer berbunyi sungguh dahsyat..

baiklah kawanku.. I will together be aware of your current status tapikan if it comes to the worst, tlglah kasik mcm bayang2 perasaan kat blog ataupun Ym ok.. sekiranya tidak mau face to face.. final year mencabar dan aku tk nk medikasi ini membantutkan perjalanan kau ke menara gading.. ahaha.. maksud aku kejayaan..

i wish you all the best..

Anonymous said...

jethro tull,
dalam menangani perubahan emosi..banyakkan berzikir dan minum air ya~ dan banyakkan solat..

semoga brjaya jet~
mmuaxxxxxxxx

jetjetsemot said...

kamencik..yeh..terpempan kamu yeh..cam serius gak la, but hopefully sume okeh..yeh, will let you know klu feeling2 down..maka kita kena buat jadual belajar yang penoh hemat jika mau bertemu di tangga kejayaan..minggu depan aku akan sediakan..supaya ubat ini tidak menggugahkan kekuatan cita-citaku ke menara gading..

nad nad..tengs for the peringatan..akanku aplikasikan itu sume dan jadikan ia sebagai my happy potion..muah2 as well to u..

SUMERANG KENA JAGA AKU..haha..

Anonymous said...

aku hantar cctv aku, ko letak lah kat dlm bilik ko... nanti aku tolong2 tgkkan kau.... :-p

jaga diri baik2 k...

Anonymous said...

jet tgh moody..jaga2...

another part of jet will appear..hehe

Anonymous said...

ingat jet incredible hulk ke ha??

jetjetsemot said...

amuro..haha..nk hanta cctv?xle woo..censored tau..tengs tho..yeh, i will take good care of myself..

kasyah..hehe..no worries..moodyku akan berpada2..

nad nad..yeh..aku patot jadi incredible hulk..n then blame it on the drugs..hehe..

Minci said...

pastuh ko nk jadi hulk kaler hijau (Ori) ker biru (afdlin shauki dlm BULI)?

apa kata ko jadi hulk kaler pink?

hahaha.. mcm teletubbbies plak..

jetjetsemot said...

err..kaler itam plis..haha..cm org minyak pulak~