Thursday, August 16, 2007

taktik halus si kasanova

Hari ni, aku akan mengajar kalian bagaimana untuk memulakan perbualan dengan seseorang yang duduk di sebelah kalian di dalam bas. Untuk kaedah ini, kalian memerlukan sebuah telefon bimbit. Satu saja, bukan dua ataupun lima. Satu. Ya, mungkin kalian tertanya-tanya, "Kenapa nak kena ada 'handphone' untuk mengorat awek sebelah gua?" Dan tidak....tidak, 'handphone' itu bukan kegunaannya untuk menunjukkan kalian ada duit juta-juta. Sekadar telefon yang baling-anjing-boleh-mati pun boleh diterima-pakai untuk kaedah ini.

Cara-caranya, kalau kalian berjantina lelaki dan naik bas dengan kakak kalian yang comel dan orang tengok sekali macam kalian tengah jalan dengan awek, sudah tentulah kalian kena abaikan dia di dalam bas. Duduklah di sebelah bahagian tingkap, dan suruh kakak kalian duduk di 'seat' lain. Kemudian, insyaAllah ada seorang gadis akan duduk sebelah kalian. Langkah pertama adalah abaikan gadis di sebelah tu buat beberapa ketika sambil memandang jalan di luar.

Setelah agak lama bas bergerak meninggalkan stesen dan sebelum gadis tadi tertidur kerana bosan, keluarkanlah telefon bimbit kalian. Taiplah sesuatu pada telefon bimbit kalian. Setelah habis menaip, cubalah menyiku gadis di sebelah anda. Lebih sopan jika kalian berdehem dan tidak langsung menyentuh dia. Kemudian, tunjuklah skrin telefon bimbit kalian yang memaparkan 'text message' umpama: 'Hi! Boleh berkenalan?' Aku yakin gadis tadi akan tersenyum-senyum malu dan itulah 'cue' untuk kalian memulakan perbualan. Jika gadis tu buat tak tau, cuba taktik yang sama kat penumpang hadapan, belakang, atau pemandu bas. Buat muka 'eksen' umpama ada simbol di dahi kalian: 'Eleh, tak nak kenal..sudah!'

Amacam?

Ya, kaedah ini telah diajarkan kepada aku oleh adik aku yang telah mendemonstrasikannya kepada aku pada usia semuda 16 tahun. Waktu tu kami dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk menyelesaikan masalah visa aku. Aku pada mulanya nak pergi seorang diri, tapi mama aku suruh adik aku ikut. Oleh kerana dia duduk berasingan dengan aku, dengan senangnya dia dapat 'tackle' awek yang duduk di sebelahnya menggunakan kaedah di atas. Tapi sila sedar, aku hanya duduk di sebelah awek tadi. Terus rasa nak melukis.


Oh, dan gadis itu adalah seorang cikgu yang umurnya lebih tua berbanding aku. Gambar di atas bukanlah gambar sebenar dia. Kepada Encik Bzz, bukan anda seorang saja yang mempunyai 'taste' cikgu-cekgi. Sementelaah aku duduk di sebelah, teruslah beraksi tak-kenal 'mode', kerana segan. Profesionalism adik aku memang terserlah dan cikgu malu-malu. Aku ajak dia turun cepat, sebelum kami sampai ke Puduraya lagi. Dengki.

Jadi, kepada kalian yang malu nak memulakan perbualan, cubalah! Tapi pastikan muka kalian ala-ala cukup-umur untuk melakukan aksi lasak ini. Jika adik aku membaca ini, 'keep up the good work!'

18 comments:

Pengurus Za said...

lama aku tenung gamba tu
baru la aku paham ape yg ko cube sampaikan
hahahahahaha
bravo! syabas bethi!
pok pok pok! (sambil tepok2 bahu jet)

jetjetsemot said...

hoh..mungkin sbb aku x eksplen apa yg aku cuba lukis..ok, sile terangkan kepada kelas, ape yg ko paham..haha..tepuk bahu i pelan2 sikit..fragile neh.. ;P

Anonymous said...

kalau i lah kan, kalau i duduk sebelah awek tu,i tegur je terus... tak pandai nak tunjuk skill sebab takut tak menjadi/tidak dilayan :-p

Anonymous said...

hahhahahha
weii
masa saya skola menengah kawan2 saya telah berbetting sama ada berjaya atau tidak mendapat tambang bas daripada saorang abang kan

tp nnt la saya citer lambang perot saya tatet

Minci said...

wahh..cantiklah gaya kamu menggayakan kami dok dlm bas.. ahahaha.. 'budak comot' hahaha

wah.. itu adalah taktik yg menarik.. melambangkan kesopanan.. aku mungkin tertarik jugak tapi awal2 lagi aku akan labellah muka adik ko kan.. haha
tapi citerlah.. apa reaksi cikgu tuh plak..
cikgu tuh kuarkan henfon jugak ker..heh

and DEQNAD,
sila citer pasal konduktor bas

Anonymous said...

kakmin..
its a longggggggg double storey house!

jetjetsemot said...

amuro..sile baca betol2..ini taktik untuk orang malu..ORANG MALU..kalu tak malu dan nak buat taktik innocent dan konon2 malu, mungkin ia berguna juga..

nad nad..ape cerita tergantung ni?buat conference chat dan cerite yeh..haha..it doesn't matter walaupun citenye sepanjang klcc punye storey..

minci..sure?ko akan fall for this method?yeh, good..nnt aku suro die aja taktik laen..cikgu tak kuakan henpon lah..sbb dah die senyum2, adik aku pun bcakaplah..so, dyrg cakap2 je..haih, tensen je dok sebelah..kot ye pun, buatlah kat tpt yg jauh dr aku kan..hehe..

Anonymous said...

ya ya mari
n jet u sing a song

Anonymous said...

taktik baru yg perlu direspek pada adik jet. hoho...

tak tau ke nak buat ke tidak ni....dah lama tinggakan zaman2 camnie..hehe.

maybe kalo jadi, hari ni naik bas lagi...

Anonymous said...

cuba kasyah try skek
then lemme kno da result..haha

Anonymous said...

nanti ada orang jeles...hahaha

jetjetsemot said...

nad..no kenot sing one..yeh stuju dgn dikau suruh kasyah gtau result eksperimennye..

kasyah..hooo..balik KL lg kah..leklok deh n enjoy..ni sape pulak nk jeles?suda ade pencinta rahsia ka?ke naek dgn si kakak yg dengki..haha..

Anonymous said...

sapa kasyah?
sapa yg jeles..
bitau kami berdua cepat..

jetjetsemot said...

hahhaha..teros bergosip dengan nad nad..

Anonymous said...

hi mawiiii
ngeee

jetjetsemot said...

hahhahah..nad..aku mampu gelak sje..

mawi..do u know who u are?

Anonymous said...

i think mawi is bizi wif his uni work lah~

bzz said...

Soklan umum;
Agak2, berjaya tak apek tu tunjuk msg dlm hp dier kat Jack Sparrow?

Apekah reaksi Jack Sparrow bile dier tgk hp apek tadi? Adekah dier akan buat muka seposen?


Soklan bonus - Pilih yg mana satu agaknya apek tu taip;
A) Lu ape nama? Mahu pergi mana?
B) Nama saya Ah Hong, Lu punya nama apa?
C) Lu banyak hensem la ini hari. Tapi manyak sayang, lu tatak mandi.
D)Org depan buat, wa pun mahu buat juga maaa...
E)Apek tadi takde HP pun.