Monday, August 27, 2007

pertunangan panjang


Hoh. Pernahkah kalian menonton filem 'A Very Long Engagement'. Kisah tentang seorang wanita yang mencari tunangnya yang tidak pulang-pulang dari Perang Dunia Pertama. Watak Mathilde dalam filem ini mempunyai habit yang sama dengan aku. Habit yang aku tak tahu aku ‘pick-up’ dari mana tapi ada sejak sebelum aku menonton filem itu lagi. Aku tak tahu nak cerita habit tu macam mana. Contohnya, dalam filem tersebut, Mathilde cakap dalam hati, “Kalau X [anjingnya yang aku tak tau namanya] masuk ke dalam biliknya sebelum waktu makan tengah hari, bermakna Manech [tunangnya] masih hidup.” Ya, itulah contoh terbaik yang boleh aku berikan.

Dulu-dulu, aku suka makan M&M’s. Boleh dikatakan ia menjadi coklat ‘favourite’ aku selepas Cadbury. Kali terakhir aku makan M&M’s adalah lebih kurang 2-3 tahun lepas. Kalau aku tipu kalian pasal ‘time-frame’ tu, bukannya kalian tau pun kan? Haha. Sebenarnya, aku pun tak berapa ingat sama ada aku ada makan M&M’s dalam jangka masa tersebut. Tapi yang pastinya, M&M’s yang aku makan sebelum aku hilang ingatan itu mempunyai memorinya yang tersendiri [ayat ni macam cakap M&M’s tu ada ‘mind of its own’, tapi itu bukan maksud aku]. Masa aku makan paket terakhir M&M’s aku 2-3 tahun lepas, aku telah bercakap dalam hati, “Kalau M&M’s yang ‘last’ sekali tinggal adalah ‘kaler’ biru, maknanya aku ada jodoh dengan dia.” Dan ya kalian, coklat terakhir yang tinggal adalah warna biru. Aksi ini dilakukan secara ‘random’ iaitu aku tidak memilih coklat aku dengan mata terbuka. Sila baca nota ‘kebarangkalian’ dalam buku teks matematik anda.

Seminggu yang lepas, aku membeli lagi coklat M&M’s setelah beberapa lama tidak memakannya. Dan aku teringat akan ‘kerja’ aku dengan M&M’s aku yang dulu. Maka, M&M yang ini pula menjadi mangsa. Kali ini aku tambah pilihan jawapan iaitu:
Biru – ‘Confirm’ ada jodoh
Coklat – Ada ‘chance’
Merah – Jodoh dia dengan orang lain
Kuning – Dia kahwin dengan ‘girlfriend’nya sekarang

Dan jawapan untuk sesi M&M’s kita untuk kali ini, kalian…jeng….jeng….jeng...adalah:

KUNING

Fine.

P/S: Gambar di atas, diambil dengan niat yang keji [walaupun dia tak cakap] iaitu untuk menunjuk. Aku terbayang wajahnya tergelak-gelak riak. Belum lagi berkesempatan untuk bertanya di mana gambar itu diambil. Argghhh..why? Why? Kiahua? Baju sedondon pulak tu. Hoh! Keji.

P/S/S: Pertunangan paling lama di dunia adalah di antara Octavio Guillen dan Adriana Martinez. Mereka bertunang pada usia 15 tahun dan hanya berkahwin pada usia 82 tahun. Woah, cool huh?

12 comments:

Minci said...

Ohh.. citer Mathilde-Manech tuh bisa buat hati gue tetes air mata.. sgt tabah ok menantikan cinta sedemikian .. tapi tak mustahil lah.. ahaha

apapun, aku tk pernah faham konsep kahwin omputih.. they can sleep together, eat together, bath together and stuff .. but they're worried about getting amrried. how could life get any different? wahaha..

Anonymous said...

owh gini ok kakmin..after getting married ada sense of responsibility toward the pasangan dgn lebey menebal maka takot tak terfulfilkan..begitulah setelah menganalisis subjek petunangan pekahwinan dalam nenovel

eh aku men permainan m&m dgn rakan2ku dalam kelas ok mcm truth or dare

"kalo u teramik warna merah,u have to tell us ur gf's name"
"kalo u teramik oren,then pls tell us about ur first boifren"

muahahah syok ok~
akan mendownloadla citer kisah tunang2 nie

Anonymous said...

tak pernah terfikir aku nak buat idea macam tu semasa makan coklat M&M. aku dah lama tak makan M&M dan Smarties...

sekarang makan coklat Nips sebab lebih murah.

PS :aku masih simpan cicin tunang utk ex gf aku dulu

Anonymous said...

adakah dia betul2 dh kawin dgn gfnya?

bzz said...

...Nak sikit m&m...

Awak kene tukar coklat lain la pulak... Cari yg kebarangkaliannya lebih mudah utk menyedapkan hati kita... :p

Anonymous said...

pnah gak la kdg2 ade habit cmtu..
but not particularly using m&m la..
but always the result turns bad..haha
mengarut ini semua..
lame nye engagement..
maybe xnk kawen tu coz takot dgn commitment..yelah..if kawen then failed..nk kna pg court la ape la..omputih..weird..

nk tgk gak ah citer nih..

Anonymous said...

owh ye dan jugak nnt kena baya alimony

jetjetsemot said...

minci..yeh, true..true..kisah percintaan yg sgt agung..dah la gadis ni ade polio dan cacat..nak gak abang kacak kat die..hehe..yeh, omputeh is stupido..

pemuja rahasia yg panjang namanye nih, nad kan..kenot taip so panjang2..tgn aku arthritis..truth or dare eh, cool gak..wlpon x pena men..yeh, tengokla cite ini..neway, again, org2 cm yang kamen ckp tuh, die mmg pelik..ko kasik la sebab ape pon, aku tetap rse dyrg pelik..

amuro..aku pun suke makan nips gak, bile tade m&m..bak sni cincin tuh, tunang ngan aku lak..hahaha..

kasyah..hoh..tidak..tidak..tak kawen lg..kawen pun, apa salahnya..

bzz..nah..amek la m&m ni..so, ape ceklet yang meninggikan kebarangkalian?

daju..yeh, jgn la men2 m&m tuh..kadang2 buat patah semangat je..haha..still, ditegaskan kat sni, tak approve perbuatan mereka2 yg tanak kawen tp buat maksiat tuh..bia apepon alasan..kasik piang kat mereke..

bzz said...

Kitkat...

Teka... Letak la pilihan yg awk suka tu utk kaler coklat. Dan yg awk tak suka utk dpt tu kaler putih. Senang nak dpt yg menyeronokkan...

N... Kalau still dpt putih... Take a break...

Anonymous said...

ha yelah, balik nanti call yer... i dtg umah u kasi cincin dan booking u sekali.... :-p

Minci said...

ahaha.. aku baru je nk ckp yg kalo aku nk main permianan M&M kau aku akan guna Cadbury Choc je bley? gerenti akan dpt kaler yg dipinta.. haha

jetjetsemot said...

cess...korang sume x aci dan x mencabar..tolak kang..haa..

amuro..okes!deal..miahahah..