Tuesday, January 30, 2007

adakah dentist membayar zakat?


Apa perbezaan budak-budak zaman sekarang dengan zaman dahulu? 'Dahulu' maksud aku, budak-budak yang lahir tahun 1980-an. Biar aku berikan kalian contoh hari ini. Sila baca dua sketsa di bawah.

Satu.Petang Sabtu lagi gigi Arieq dah goyang. Dia 'nervous' dan minta ibunya bawa dia ke 'dentist'. Tapi memandangkan sudah maghrib ibunya kata 'Esok sajalah.' Esoknya pagi-pagi lagi Arieq dah bangunkan ibu. Ajak ke 'dentist'. Kali ini ibunya pula yang 'nervous'. Apabila sampai, gusi dan gigi Arieq disapu ubat pelali. Bila sudah kebas, gusinya disuntik ubat pelali yang lain pula. Dua batang gigi depannya yang di bahagian bawah dicabut. Arieq tak nangis, malahan keluar dengan tersengih-sengih bangga dari bilik doktor. Doktor memuji dia berani. Orang-orang yang sedang menanti di luar bilik doktor melihat Arieq dengan hairan kerana dia tidak menangis. Arieq dapat membawa dua batang giginya itu pulang. Sampai di rumah dia berkata kepada ibunya 'Nak kena letak bawah bantal ya, bu?' Esoknya syiling sebanyak 80 sen ada bawah bantal Arieq. Pari-pari gigi [tooth fairy] beri Arieq hadiah. Arieq sengih-sengih lagi. Ibu pesan pada Arieq, 'Tooth fairy kasi hadiah ni, jangan beritahu orang lain tau. Orang-orang dalam rumah ni je yang boleh tau. Orang kat sekolah jangan kasi tau.' 'Kenapa, bu?' 'Sebab kan tooth fairy yang kasi? Dia tak suka orang bising-bising. Nanti dia marah.' 'Tapi bu, bukan ibu ke yang letak duit tu bawah bantal Arieq?'

Dua. Arieq sedang belajar rukun Islam bersama ibunya. Sampai ke rukun Islam keempat, mengeluarkan zakat, Arieq bertanya, 'Zakat tu apa, bu?' 'Zakat tu masa bulan puasa kita kena keluarkan duit untuk beri pada orang miskin.' 'Macam mana dia kasi duit kat orang miskin,bu?' 'Ada orang yang kutip duit tu. Kita panggil amil. Nanti dah kumpul baru kasi kat orang miskin' 'Macam mana dia nak tau siapa orang miskin, bu?' ' Adalah caranya tu. Ketua kampung ke, tau siapa yang susah, dia kenalpastilah siapa yang nak kena tolong.' 'Arieq tau, bu. Kita tulislah kat kertas 'SIAPA ORANG SUSAH'. Lepas tu tampal kat pokok. Nanti mesti ada orang datang.'

Aku anak tahun 1980-an. Aku tak pernah ajak mak aku pergi 'dentist' bila gigi aku goyang. Aku tak pernah tau kewujudan pari-pari gigi. Aku tak banyak soal. Zakat itu apa, bila aku tau, taulah aku. Bila aku tak tau, aku buat tak tahu. Aku tak pernah ajak mak aku paku 'signboard' kat pokok untuk mengumpulkan orang-orang miskin kat kampung aku.

Tapi masa kecil dulu, aku pernah tulis surat kat pakcik berjambang Santa Claus. Mintak hadiah. Aku letak kat bawah bantal sebab nanti malam-malam sepatutnya ia terbang keluar tingkap dan ditiupkan angin ke kutub utara. Surat aku hilang dari bawah bantal. Ei, aku dah tua dah ni. Mana hadiah aku? Lembab.

Eiisshhh...! Pengaruh televisyen betullah kalian ni!

Sunday, January 28, 2007

rakyat malaysia bukanlah rakyat u.s.a


Wei. Aku malas taip tau. Ni dah banyak kali orang demand lagu baru ni. Mana bos ni? Ceh, ayat kalut aku. Macam mana nak membangun kalau masih di takuk lama. Haa..mulalah keluar ayat patriotik-politik aku. Ikutkan hati aku letak je lagu yang belum ada lagu latar. Tapi, kurang sedaplah kan. Biskut muka, aku serahkan hal ni kat kau.

Semalam kami tonton 'kanak-kanak lelaki tidak menangis' [Boys don't cry]. Ya, sebuah filem lama yang setelah sekian lama baru aku berpeluang menontonnya. Ikhlasnya, ini bukanlah cerita yang selesa untuk aku tonton. Dan pada aku jalan ceritanya kurang sesuatu yang menyebabkan filem ini tiada 'ummpph!' Setelah di beri link oleh Biskut muka baru aku tau bahawa filem ini adalah berdasarkan kisah benar. Dan aku setuju dengan pendapat rakyat-rakyat Falls City Nebraska bahawa filem ini terlalu menonjolkan kisah cinta 'songsang' bilamana ia sepatutnya mengetengahkan jenayah rogol dan bunuh yang berlaku. Di situlah aku rasa kekurangannya. Lack of something. Aku tak dapat kepuasan menonton filem ini semalam. Tapi masih ramai yang mengagungkan filem ini. Hei, penilaian manusia adalah subjektif, ok? Aku respek siapa yang suka filem ini sebagaimana aku respek diri aku yang kurang menggemarinya. Heh! Tapi aku masih enjoy menontonnya bersama Biskut muka yang banyak membuat spekulasi terlampau extreme berkat terlalu banyak menonton filem kekejaman. Tahniah wahai wanita.

Tadi pula, aku menelefon Malaysia. Bertanyakan khabar mereka-mereka yang aku sayang dan sayang aku. Berborak dengan mama aku pasal Sarra yang sudah setahun lebih, tapi baru nak diadakan majlis cukur jambulnya 18 Februari nanti. Juga tentang pertambahan cicit nenek aku. Kemudian dengan Arieq yang baru pulang dari 'dentist', mencabut dua gigi depannya. Dengan riak berkata 'Tak sakit'. Lepas itu bercakap pula dengan adik aku yang baru pulang dari Kuala Lumpur. Sekian lama melepak di KL untuk latihan ragbi. Tapi selalu ke Mid Valley untuk berdating. Abang aku hantar, abang aku jugalah yang ambil. Bertuah punya budak. Aku tanya, 'Habis awek dah tengok la adik gemuk ni? Dia cakap apa?' Dia jawab dengan seriusnya, 'Dah. Dah break dah.' 'Haa? Serius ke?' Ada gelak besar yang menyambut untuk meningkah penyataan aku. Oi. Kena tipu. Memperkotak-katikkan kakak yang baik adalah haram ok? Kalau dekat memang aku lempang budak tu. Mama aku membebel bagai nak rak kalau berkaitan adik aku yang bercinta tu. Mama selalu suruh aku nasihat dia sebab kata mama, cakap aku saja yang dia nak dengar. Oh! Tidak sama sekali. Aku rasa mama aku jealous anak dia yang kecil sekali miang semacam. Macam bermadu kasihlah kiranya. Ayat paling power mama aku guna untuk tidak menggalakkan adik aku berkasih adalah, 'Adik nak bercinta habiskanlah belajar tu dulu. TENGOK MACAM KAKAK KAU NI, DAH TUA PUN TAK ADA BOYFRIEND.' Hokey mama. Mati ok.

Thursday, January 25, 2007

di tepi arndale manchester itu ada dia


Hei. Hei. Hei. Dah lama tak bertemu di rancangan ni kan adik-adik? Aku telah melalui suatu pengalaman wanita berkerjaya yang tak dapat diterima akalku hingga aku berpendapat bahawa aku ingin belajar sepanjang hayatku tanpa perlu berkerja. Adakah kalian berminat untuk mengetahui perjalanan hidup aku beberapa hari ini? Oh, tak perlulah. Kerana aku tak mau membebankan kalian dengan cerita-cerita remeh yang menerbitkan tahi mata di bucu mata-mata [polis?] kalian.

Sekian lama tiada isen, jatuhlah martabat wasaii dan mungkin aku akan dibakarkan [fired] oleh boss kerana tidak menjaga kebajikan syarikat. Tapi, rasanya sempat lagi untuk aku pulihkan kembali prestasi wasaii. Aku rasa terpanggil untuk berkongsi dengan kalian tentang mimpi yang aku alami selepas menonton American History X [rujuk isen di bawah]. Aku sangat yakin bahawa aku akan mengalami mimpi buruk pada malam tersebut. Mimpi buruk yang menakutkan. Tetapi ganjil sekali, aku bermimpi sesuatu yang sedih. Biskut muka, jika aku tidak silap pernah menulis di blognya tentang mimpi yang menyedarkannya dari tidur dengan air mata yang membasahi pipi. Aku juga memlalui kejadian yang sama pada malam itu.

Mimpi berkisar tentang aku yang begitu rapat dengan seorang jejaka yang muda dari aku. Oh, aku memang paedophile. Sila google maksud 'paedophile' kerana aku segan menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu yang penuh dengan adab ketimuran. Dalam mimpi itu, aku sangat sayangkan dia dan begitulah juga sebaliknya. Sampai satu masa, tiba-tiba dia menjauh hati dan meninggalkan aku sendirian. Setiap kali kami berselisih dia langsung tidak mahu memandang aku. Aku sedih lalu menangis. Bila aku terjaga, air mata terus mengalir. Tersentap pula aku dengan peristiwa masa lampau yang menyebabkan aku terus sambung menangis dan memberi bunyi tambahan iaitu esak-esakan. Aku tak sedar berapa lama aku berkeadaan begitu kerana aku tertidur semula dan bangun untuk melalui hari esoknya. Wow! Erratic R.E.M [rapid eye movement] sleep. Tidur pergerakan mata laju yang kacau bilau.

Apa lagi kejadian baru dalam hidup aku? Hoo. Bilikku dihuni makhluk baru iaitu Hudatul. Kami membuat penempatan baru yang kelihatannya pada mata Biskut muka seperti dorm [apakah dalam bahasa Melayu?]. Kami berkongsi bilik, ilmu dan kasih sayang tetapi tidaklah berkongsi katil. Hari Isnin kami [Hudatul, Biskut muka dan pastinya aku turut sama, kerana tanpa aku pastilah 'mereka', bukan 'kami'] telah memakai hood dan berlagak seperti kanak-kanak penjajah yang nakal pergi ke rumah lama Hudatul untuk mencuri tilam. Kalian pernah menonton Desperate Housewives? Dengan tema jiran-jiran yang sibuk mengambil tahu hal satu sama lain itu? Ya, kawasan rumah lama Hudatul adalah Wisteria Lane yang jika kalian duduk di situ,kalian pasti akan menjadi histeria dan 'insane'. Jiran-jirannya yang selama ini tidak pernah menarik tabir langsir tiba-tiba menarik tabir langsir pada malam kami mengambil tilam. Mungkin kerana mengetahui bahawa Hudatul tidak lagi tinggal di situ lantas tiada apa yang perlu diperhatikan. Ada baiknya aku noktahkan kisah ini di sini.

Selain daripada itu, aku mendapat tahu bahawa Anuar Zain sedang mencari pasangan hidup. Tiba-tiba memori aku kembali menjengah saat-saat aku bersama dengannya. Ya, kalian pasti tidak percaya aku pernah bersamanya. Berikut adalah nota ringkas tentang kami:
1. mama aku mengerjakan haji bersama ibu Anuar Zain. [jodoh bukan?]
2. aku sukakan dia.
3. pertemuan kami secara langsung buat pertama kalinya di Alamanda, Putrajaya. Dia memakai t-shirt hijau dan rambutnya baru dipotong pendek. Aku memerhatikannya dari kejauhan, suaranya menusuk jiwa. Kelibatnya yang lalu kupandang dari kejauhan. [jodoh bukan?]
4. aku cintakan dia.
5. mama aku memberi tawaran untuk mengenalkan aku dengan Anuar Zain melalui ibunya. Aku merengek tidak mahu walhal di hatiku menyatakan 'yes, please!' sambil berdiri tegak dan memberi tabik spring. Tapi aku rasa tiada gunanya kerana pada firasat aku tentulah makcik itu sudah melupakan mama aku.
6. aku terbang ke Manchester dan diberi peluang oleh pramugara untuk memilih tempat dudukku. Katanya, 'Atau awak nak duduk sebelah Anuar Zain?' sambil menunding jari ke arah pemuda yang duduknya beberapa langkah dariku. Aku menggeleng kepala buat-buat tidak berminat. Padahal jari pantas menaip sistem pesanan ringkas kepada kakakku tentang kisah itu, hingga ditegur manja oleh pramugara kerana tidak menutup telefon bimbit di dalam kapal terbang. Aku perhatikan dia tidur sepanjang masa perjalanan. Langsung tidak makan. [jodoh bukan?]
7. sampai di Manchester aku keluar dari badan kapal terbang lebih awal darinya. Dengan sabar menunggu dia keluar supaya dapat aku lihat kelibatnya sekali lagi [sebenarnya tunggu sepupu aku yang entah duduk di mana]. Ya, aku dapat melihatnya lagi.
8. hari pendaftaran aku di University of Manchester, dibawa oleh dua orang rakan yang sudah lama menetap di situ. Terserempak dengan dia sekali lagi, sedang menjalani pergambaran mungkin untuk Melodi. Ikhlasnya? Aku tidak perasan akan dia kerana kami berjalan begitu pantas. Aku hanya nampak jurukameranya. [jodoh lagi bukan?]

Bersama dengannya dari kejauhan sudah cukup bagi aku. Sesuatu yang patut aku syukuri dan ya, memang aku syukuri peluang itu. Sudah lama tidak melihat dia. Sesiapa pun pilihan Encik Shahrul Anuar bin Zain, aku terima dengan pasrahnya kerana aku tau jika rombongan pinangan aku tiba di rumahnya, makcik itu akan memijak aku seadanya aku. Semoga berbahagia encik. Andalah jejaka idola saya. Manakala jejaka idola Biskut muka adalah Hazami. Kami ini orang yang pelik. Tapi kami cintakan kamu. Ada baiknya jika kamu cintakan kami jua. Kerana kami tidak mau mengalami tidur pergerakan mata laju yang kacau bilau. Jika encik membaca isen ini, saya faham kenapa encik menolak saya kerana saya adalah memang tidak layak bagi encik.

Ikhlas dari hati; jet.

aku tak ada masa untuk ini semua


Maybe if I pray every night
You will come back to me
Maybe if I try every day
You'll come back to stay
Maybe...maybe maybe maybe

Oh, maybe if I hold your hand
You will understand
Maybe if I kiss your lips
I'll be at your command
Maybe...maybe maybe maybe

I prayed and prayed
To the Lord
To send you back, my love
I found instead
You'd come to me
Only in my dreams

Kesimpulannya, lubang hidung Arieq besar.

Saturday, January 20, 2007

Artis Wasaii dan Geegee

Photobucket - Video and Image Hosting



Yookay - Kedua-dua artis Wasaii Studio pada hari ini dilanda masalah berkaitan gigi yang secara tak langsung memberi implikasi kepada aktiviti nyanyian mereka. Biskut Muka dilaporkan mengalami sakit gigi yang AMAT sejak semalam dan telah dinasihatkan untuk memakan diet yang 'lembut'.
Jetjetsemot pula mengalami trauma saikologi setelah menonton filem American History X di kala salah seorang watak di dalam cerita itu telah dibunuh dengan kejam apabila kepalanya dipijak atas konkrit tepi jalan setelah dipaksa oleh 'pemijak' itu untuk meletakkan giginya dia atas 'kerb' itu. Ouch...
Kami di majalah Remajha mendoakan mereka sembuh/selamat daripada 'kesakitan' masing2.
Semangatzzzzzzzzzz!!!

Thursday, January 18, 2007

gosok gigi di belakang tabir itu


Aku sibuk fikir apa yang aku nak taip untuk isen yang ini. Yang ada kena-mengena dengan wasaii. Tapi susah woo. Kan aku pernah cakap imaginasi aku terbatas. Aku tengah makan 'caramelised biscuits'. Kalau ZA suka makan biskut halia, aku rasa aku dah ketemu biskut pilihan aku. Biskut ni rasa kayu manis. I like! Ok. Nampak? Ini contoh pendirian aku yang tak tetap dan senang di 'distract' di mana ketika sedang bercakap pasal imaginasi terbatas, tiba-tiba masuk cerita biskut.

Ok. Aku rasa aku ada cerita nak dikongsi. Bukan, lebih kepada untuk dibincangkan. Siapa antara kalian yang benar-benar ada hati mau jadi artis? Best ke jadi artis? Kalau jadi artis, artis apa yang kalian nak jadi? Kalau jadi, apa nama komersial kalian? Kalau jadi, apa prinsip kalian dalam dunia tersebut? Di sini, kita guna teori Adlin Aman Ramli 'aku tanya, aku jawab'.

Aku pernah juga terfikir nak jadi artis. Masa kecil tak pernah, bila dah tua ni baru ilham itu datang. Nama komersial aku Jet. Apa bidang yang akan aku ceburi? Di sinilah segala masalah timbul. Aku tak ada apa-apa keistimewaan untuk jadi artis. Nyanyi adalah bersamaan dengan kiamat yang akan muncul setengah jam dari sekarang. Berlakon, aku lebih gemar walaupun aku tau akan di kritik hebat oleh pengkritik-pengkritik tanah air lantas merenggangkan aku dari piala Grammy Awards. Oleh itu, aku selalu berfikir kalau ditakdirkan aku nak bergiat dalam bidang seni, aku nak jadi orang belakang tabir. Tapi sekali sekala aku nak juga jadi gadis muka hadapan majalah. Bila aku timbang-timbang semula, macam susah. Ada baiknya aku jadi 'public figure' seperti ahli politik, pakar motivasi, atau sekadar tokoh apa-apa. Asalkan aku masuk majalah. Tapi kalau aku ceburi politik, aku rasa nanti ayah aku akan sakit jiwa. Pakar motivasi? Nenek aku cakap, "Buat apa pergi motivasi? Dah basi!" Lagipun, tak ada maknanya aku menghabiskan bergelen-gelen air liur untuk meningkatkan keyakinan orang lain sedang diri aku sendiri kurang yakin. Tokoh? Tokoh apa yang layak bagi aku? Hmm..tokong agaknya. Komplikasi di sini. Kalian dapat lihat?

Kenapa aku nak sangat jadi seorang selebriti? Mungkin kerana aku nak lihat melopongnya mulut-mulut orang yang pernah menganggap aku tak penting dalam hidup ini. Orang-orang yang tak pernah menerima aku seadanya aku. Biar wujud kekesalan di jiwa mereka. Tapi, sah-sahlah dengan niat sebegini aku tak diredhai Tuhanku. Secara ikhlas, aku pernah fikir sebegini. Tapi aku tak pernah serius untuk melakukannya. Kalau ada terpacul dari mulut aku bahawa aku nak jadi artis, maknanya adalah orang yang tak menghargai aku. Jadi, apa prinsip aku bila aku jadi artis? Tak minum arak? Tidak ke kelab malam? Tidak ambil dadah? Itu asasnya. Kalau tak jadi artis pun aku tak akan melakukan yang tersebut, insyaAllah. Jadi, apa prinsip yang harus dipegang Jet si artis? Aku pun tak pasti. Yang pasti, aku tau bukan mudah untuk hentikan cakap-cakap orang tentang diri aku, tentang keluarga, dan tentang orang-orang yang hadir dalam hidup aku bila masyhur menjadi sebahagian dari diri ini. Susah bukan? Hidup yang sentiasa diperhati dan dikritik. Ini salah, itu salah. Itukah yang kalian mahukan? Itukah yang aku nak? Hakikatnya, sukar nak menjadi orang yang diterima seadanya oleh masyarakat, sama ada kalian artis atau tidak. Cuma bezanya, populasi yang menilai Jet si artis adalah lebih besar dari populasi yang menilai Jet si picisan jalanan. Contohnya, hanya orang Kampung Pinang Sebatang dan kampung sebelah iaitu Kampung Oren, Ulu Tiram akan bercakap tentang rambut karat dan panjang Kordi Karman anak pakcik Husin Semberono, sedangkan hampir seluruh dunia memperkatakan hal kuku kaki Britney Spears yang tidak dipotong. Kesimpulannya, kita tak akan dapat memuaskan hati setiap manusia. Habis, aku nak jadi apa ni? Jadilah aku apa yang akan terjadi akan aku nanti. Sekian, dari artis untuk artis.

Tuesday, January 16, 2007

tinggalkan aku terlena sendiri





Hooo..Peperiksaan atau hekzem atau hakzab [azab] sudah pun tamat. Rasa ngantuk yang amat sangat tiba-tiba menjalar dalam diri aku yang sebelum ini insomnia. Bukanlah insomnia sangat. Aku takut pernyataan aku ni dibangkang dek Biskut muka memandangkan pagi tadi aku minta dia kejutkan aku pukul 8 tapi aku sambung tidur sampai pukul 9. Dengan erti kata lain, aku tak ke sekolah pagi tadi. Maka sebagai kroni aku, dia juga ponteng sama. Hidup kami umpama cerita Titanic dengan slogan 'you jump, i jump'. Insomnia aku lebih kepada tidur yang tak nyenyak dan sering kali terjaga. Bila bangun, rasa tak segar seperti tidur tak cukup. Mandi, rasanya basah. Makan rasanya kenyang. Maka aku tak boleh didapati sedang jatuh cinta [versi ZA]. Maka aku tak boleh didiagnos sedang jatuh cinta [versi Hudatul]. Sekarang rasanya aku boleh tidur dengan aman. Dan dengan itu, aku boleh ke sekolah sebagaimana biasa dengan keazaman dan iltizam yang tinggi [tengoklah nanti].

Pagi tadi, setelah dibangunkan Biskut muka, ditinggalkannya pesan bahawa ada bungkusan untuk aku. Hooo, parcel dari mama dah sampai. Aku buka baik-baik. Ada keropok ikan, kiub pati ayam, serbuk pati ikan bilis, cili kering, dan tauhu kering serta sohoon [?]. Kemudian ada tiga kotak hadiah. Satu dari along dan keluarga, satu dari kakak dan anak menakan, dan satu lagi dari kasanova dan kekasihnya. Tiga ekor gajah baru hadir dalam hidup aku. Oh, kisah ini tak ada kena mengena dengan wasaii. Kesimpulannya, hari aku baik-baik saja. Bungkusan itu sampai tepat pada masanya.

Lain-lain hal yang berlaku hari ini:
1. Pakcik pemandu bas yang memandu menurunkan kami membabi buta.
2. Menapak penuh gah ke dewan peperiksaan hingga kadar gula dalam darah aku menjadi rendah.
3. Hampir-hampir mati di tempat kejadian tetapi disuakan biskut Oreo oleh seorang teman.
4. Menjawab peperiksaan dengan perut lapar, pundi kencing penuh, mata kabur, dan pelbagai masalah organ dalaman.
5. Menjawab sambil gelak-gelak dalam fikiran, sambil membuat mimik muka mengikut emosi.
6. Tamat peperiksaan dan membeli ayam Pizza Co.
7. Naik bas mini dan makan ayam sepuas hati.
8. Mengantuk.
9. Tiba di Preston.

Segalanya kembali aman bila sampai di rumah. Rasanya aku perlu tidur sekarang. Dan lalui hari esok dengan lapangnya. Fikiranku penuh kepoya-poyaan.

"Apabila bunga kembang berseri,
Seekor gajah keluar menari,
Lenggok ke kanan dan lenggok ke kiri,
Jemput seekor lagi keluar menari."

hekzem



Ini saja yang dapat aku kongsi buat masa ini. Sila aplikasikannya bila kalian berkelapangan.

Monday, January 15, 2007

nenekku mengamuk

Aku harap peminat fanatik: Natrah akan membaca isen ini seawal kebangkitannya dari tidur.



Dan beli satu percuma satu,



Sekadar untuk mewarna-warnikan hidup kau. Semoga dipermudahkan urusan dikau oleh Allah untuk melalui peperiksaan bermula hari ini. Doa kami ahli-ahli wasaii akan sentiasa mendampingi dikau wahai Natrah, insyaAllah. Sila patahkan kedua-dua kaki kamu [break both legs].

Sunday, January 14, 2007



Aku jumpa seorang budak perempuan minggu lalu. Umurnya dalam lingkungan 8-9 tahun. Dia ada masalah hirsutism [banyak bulu]. Kata ayahnya, dari kecil lagi belakangnya dipenuhi bulu. Dan bila semakin besar, normanya memang kita akan jadik 'conscious' dengan penampilan diri kita. Sebab itulah dia sangat-sangat ingin masalahnya diselesaikan dengan berjumpa doktor. Dia sangat cantik. Mukanya macam malaikat [she looked like an angel], cerah, dengan mata yang besar dan bibir yang merah. Bulu lebat hanya tumbuh di kawasan sikunya, dan ditutupnya dengan memakai baju berlengan panjang. Di akhir pertemuan itu, doktor mengesahkan bahawa dia normal dan tiada sebarang rawatan boleh ditawarkan. Aku nampak budak perempuan tu bergenang. Dia yang dari tadi senyap, tiba-tiba bersuara dengan nada kecewa,' Tapi, rakan-rakan di sekolah ejek saya..' Oh, masa tu aku boleh rasa kesedihan dan kekecewaan yang dia alami. Semua orang kepingin akan 'quick fix' yang boleh selesaikan semua hal dalam jangka masa singkat. Dengan mukanya yang 'adorable', kesedihan yang dia alami boleh menjalar ke hati mana-mana orang yang melihatnya. Dipujuknya oleh ayahnya. Katanya akan dibeli wax dan sebagainya. Tapi masih tak menanggalkan wajah sedihnya. Akhirnya dia meninggalkan klinik. Dan doktor aku berkata, 'Budak-budak, mereka boleh jadi sangat kejam' [Kids, they can be very mean].

Bila melihat kejadian ni, aku terus berfikir saat-saat di mana aku pernah dikecewakan sebagai seorang kanak-kanak. Bangun tidur selama beberapa hari pun, aku masih tak boleh fikir. Masa dah tua ni, banyaklah. Kalian pernah? Dihampakan orang dewasa waktu kecil?

Friday, January 12, 2007

:: Wasaii Situ Sana Sini

Photobucket - Video and Image Hosting
Petikan diambil daripada majalah Remajha;
.. hari ini. Boss Brahim dikhabarkan akan memulakan sesi pelajarannya dalam ilmu komputer mulai Sabtu hadapan. Apabila ditanya mengenai pengurusan Wasaii Studio, beliau masih yakin bahawa syarikat rakaman tersebut tidak akan terabai. Malah, kegiatannya akan tetap dipantau oleh Boss Brahim melalui Pengurus Za. Hingga kini, artis-artis Wasaii Studio masih diberi lagu untuk prektis. Antaranya ialah untuk jetjetsemot membuat cover bagi lagu 'Ku Intai Cinta Dalam Rahsia' nyanyian Jeslina Hashim manakala lagu 'My Heart' telah diberikan kepada Biskut Muka dan Jay Chao. Sungguhpun begitu, terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa BiskutMuka mungkin ingin merakamkan lagu 'Sampai Menutup Mata -Acha Septriasa' terlebih dahulu. Perkara tersebut...




Petikan diambil daripada suratkhabar Ghemajor


terkejut.

"saya tidak sangka," kata seorang pelanggan.

Biskut Muka dan jetjetsemot dilihat membeli biskut crackers Jacob dan keju di sebuah pusat membeli-belah secara tergesa-gesa. Apakah betul spekulasi yang mengatakan artis Wasaii Studio tidak semewah yang disangka? Para...



*hehe.. doakanlah kejayaan ahli2 Wasaii Studio dalam ekzem minggu depan yer... pastuh kita main2 recording balik.. trimass...

Wednesday, January 10, 2007

hidup ini indah


Hidup tak selalu indah. Tapi kalau selalu fikir negatif, sampai matilah kalian tak kecap indahnya hidup.

"Bila orang ajak bermain, mainlah" adalah versi bahasa melayu aku bagi ayat "When someone ask you to 'play', play along". Signifikasi ayat ini, biar aku seorang yang tahu. Permainan aku mudah. Bukan aku suruh kalian terjun jejantas atau berenang dalam kolam buaya, malahan permainan aku insyaAllah jauh dari kerja syirik. Aku hanya nak 'main'. Dan kalian tak perlu biadap dengan kata-kata. Kata-kata kadang-kala menikam dan kalian patut sedar yang diam adalah lebih baik dari menusuk hati orang dengan 'senjata' ghaib seperti itu. Ok. Itu nafsu amarah berkata-kata.

Tarik nafas. Lepas. Indahnya hidup, Allah kurniakan aku dengan nikmat-nikmat kecil yang aku tak sedari. Seperti senyuman ikhlas seorang rakan, diberi tumpang kereta, tidak dibasahi hujan, mendapat tempat duduk dalam bas, dan emel dari rakan yang minta alamat kerana nak menghantar kad jemputan kahwin. Kecil dan tak penting, tapi banyak. Banyak itu mengubah nikmat itu menjadi besar dan penting. Dan itu semua, takkan terbanding dengan bahana kata-kata yang mengguris hati. Semua itu, boleh malapkan api jiwa yang membara. Dan semua itu cukup bagi aku hayati bahawa hidup ini indah.

Aku maafkan kau yang bikin jiwa aku panas. Kerana aku juga tau aku tak selamanya sejukkan jiwa manusia. Aku juga terkadang punya mulut yang tak ada lesen. Aku mohon maaf pada kalian, atas kekurangan ini. Ikhlas dari hati yang mungkin tak sesuci kalian. Tapi, ingin aku perbaiki. Maafkan atas kalut jiwa.

'Rain down, rain down,
Come on,
Rain down on me,
From a great height'

Tuesday, January 09, 2007

mimpi indah dan asbab gibson



Dua hari lepas, dua hari berturut-turut aku mimpi tak best. Mimpi pertama aku tak berapa ingat. Tapi secara ringkasnya, aku kena belasah dengan perempuan yang aku tak ingat siapa. Mimpi kedua, aku masih boleh bayangkan dalam fikiran. Bagaimana aku sedang berbual dengan seorang rakan. Tentang kehidupan, tentang kasih sayang. Situasinya, aku sedang duduk di tingkap bilik aku di tingkat yang tinggi, dia sedang berbaring atas tembok jejantas yang berada di luar rumah aku. Sedang berbual, dia jatuh dari jejantas, ke atas jalan raya di bawahnya. Wasaaii..! Kesan bunyi [sound effect] mimpi itu memang berjaya mengejutkan aku dari tidur. Orang-orang yang sedang lepak kat tangga jejantas kata dia mati. Kemudian, scene terus berubah kepada bagaimana seorang lagi rakan menyatakan kekesalan tak melayan si mati secara baik semasa hayatnya. Aku terus bangun dan menghafal mimpi ni.

Kenapa aku hafal? Sebab kalau betullah kata biskut muka bahawa bos nak bikin klip video dan kami kena fikirkan jalan cerita [storyline] sendiri, maka aku ada mimpi ini untuk diaplikasikan. Sebab imaginasi aku agak terbatas dan aku tak punya pengalaman hidup yang cukup menarik untuk dijadikan jalan cerita klip video. Mungkin lagu yang sesuai untuk cerita yang di atas adalah 'Ku intai cinta dalam rahsia'. Kalau nak ambil mimpi pertama ubahsuai jadi klip video, lagu yang sesuai apa ya? Oh..aku tak boleh berfikir secara lawak. Sebab aku punya otak mode serius.

Oh, semalam sesi taruhan [bid?] di eBay. Pengurus, ZA nak beli gitar Gibson. Epiphone Les Paul. Bos yakinkan dia. Aku pun yakinkan dia. Tapi rupanya pengurus hatinya lemah. Tenaga batinnya, aku kurang pasti. Aku cakap sikit, dia terus tukar fikiran. Bos cakap sikit, jiwanya melibas ke arah lain pula. Akhir sekali dia taruh juga. Tapi dalam 7-8 saat terakhir. Seorang lelaki, dalam pada masa yang sama membuat taruhan. ZA kalah di tangan dia. Maka aku yang jadi mangsa maki. Aku tak kisah dah. Haha! Hidup mesti terus. Jangan pandang ke belakang lagi.

Ok lah. Sambung belajar. Dengan kuasa Tuhan...bertukar menjadi otak serius!![baca nada Sailormoon] Sekian!

Sunday, January 07, 2007

projek wasaii



Gambar di atas adalah, dari kiri: bos,pengurus,biskut muka,dan aku.

Esok sekolah. Aku tak pernah memanggil universiti itu uni atau kampus. Selama hidup, aku hanya pergi sekolah, dan esok sekolah akan bermula. Maka, selamat tinggal terpaksa aku ucapkan kepada pencarian lagu, pengasasan idea, pemetikan gitar, latihan vokal, dubbing, dan pelancaran lagu. Oh, bukan semata-mata asbab aku dan rakan artis nak ke sekolah. Tapi asbab kami akan menduduki peperiksaan. Peperiksaan perlulah kami utamakan kerana kami tahu bahawa pendidikan itu penting, kerana bidang seni bukanlah jalan utama dalam hidup kami. Dengan izin Allah kalau kami kantoi, kami hanyalah boleh menjadi penyanyi bilik air secara tetap, atau penyanyi peribadi suami-suami kami [kalau berjaya dipinang], atau mungkin darjat yang paling tinggi untuk dicapai adalah menjadi penyanyi latar.

Tapi, secara kasar boleh dikatakan banyak program yang telah disusun oleh bos untuk kami. Antara minit mesyuarat yang sudah berapa kali aku tak hadiri, tapi aku ketahui melalui biskut muka adalah:

1. rakaman lagu baru
2. penghasilan video klip untuk lagu rakaman
3. usaha untuk lagu duet

Bos, aku harap kau boleh berlatih gitar sementelaah ketiadaan kami. Kemudian, bila kami punya bara-bara semangat dan perut yang tiada makanan [supaya boleh pakai suara perut] bolehlah kami menyanyi semahu hati kami. Dan aku amat memandang ke hadapan kepadanya [looking forward to it].

Sekian untuk masa ini. Doakan kejayaan kami. Oh, aku akan masih menitipkan jari hantu ku yang cacat ini ke badan papan kunci [keyboard] dari masa ke masa, mengikut tahap kebosanan aku. Selamat!

Saturday, January 06, 2007

hikayat merong mahawangsa the return



Ok. Sampai mana aku tadi? Oh ye...

Ya. Raja Merong Mahawangsa tak berjaya menemui putera Rom. Lantas baginda berhenti di Pulau Jambul dan membina istana yang diberi nama Langkasuka di situ sambil mencari si putera.

Alkisah, anak raja Rom itu hanyut di lautan, bergantung pada sekeping papan. Beberapa hari dia hanyut, hingga kurus kering kerana tiada makanan. Nak dijadikan cerita, ombak pun menghanyutkan putera itu ke pantai Langkapuri. Si puteri China pula pada masa itu sedang mengutip ketam di pantai, lalu bertemulah dia dengan putera Rom. Di selamatkannya putera itu, dan disorokkannya dia dalam gua supaya tidak diketahui geruda. Dan dijaganya sampai putera sihat. Dalam pada masa yang sama, saling berkenalanlah mereka dan jatuh cinta.

Si geruda pula terbang pergi menemui Nabi Allah Sulaiman. Dan nabi pun bertanyakan tentang perjanjian yang telah mereka meterai. Dan geruda dengan yakin menjawab bahawa ia telah berjaya memusnahkan perancangan perkahwinan tersebut dan menceritakan segala usaha yang telah dilakukannya. Nabi bersabda, "Bagaimana kalau putera itu masih hidup?" Geruda menjawab, "Maka, akan hamba kotakan janji hamba." Nabi pun tersenyum lantas menitahkan raja jin, Harman Shah untuk mengambil puteri China berserta dayang-dayangnya dan putera Rom mengadap baginda.

Maka, tibalah kesemua mereka menundukkan kepala mengadap Nabi Allah Sulaiman. Lalu disoal geruda oleh nabi,"Siapakan lelaki ini wahai geruda?" Malu serta terkejutlah geruda melihat anak raja Rom itu masih hidup. Kemudian nabi terus bersabda:

"Wahai sekalian makhluk, sesungguhnya ada 4 perkara yang jangan kita sekali-kali menentukannya jika tiada janji dari Tuhan:
1. rezeki sama ada sedikit atau banyak, semuanya ketetapan Tuhan
2. perkara yang memutuskan rezeki iaitu maut
3. jodoh pertemuan kerana apabila ditentukan Allah, tidak akan bercerailah ia melainkan dengan kehendakNya
4.perkara perceraian yang sudah sampai waktu."

Geruda pun menyesal dan meminta keampunan nabi. Maka seperti yang dijanjikan, diperintah oleh baginda agar geruda terbang meninggalkan dunia manusia. Kemudian nabi menulis surat kepada raja benua China serta menghantar berita kepada raja Rom menceritakan tentang situasi tersebut. Dan akhir sekali, baginda menitahkan raja jin, Harman Shah untuk menghantar kedua puteri dan putera ke negeri China supaya dapat dikahwinkan keduanya sebagaimana selayaknya.

THE END-*

Macam mana?Ok tak?

new wasaii




















inilah logo rasmi baru kita ... mcm mana...?

hikayat merong mahawangsa


Blog ni macam tak ada struktur. Ikut suka hati mak bapak aku aja nak tulis apa kan? Haha. Nasiblah! Siapa yang gatal suruh aku jadi admin?

Ok, hari ni aku nak cerita pasal Hikayat Merong Mahawangsa. Siapa di antara kalian, muda mudi sekalian, yang benar-benar tahu pasal hikayat ini? Mungkin susah untuk kalian yang kurang gemar meneliti bahasa sastera untuk menghayati hikayat tersebut. Aku dikalangan orang-orang yang suka membaca sastera, tapi mengambil masa yang lama untuk memahaminya. Pada aku cerita dengan unsur bahasa melayu lama indah dan lebih terkesan di hati. Kredit harus aku berikan kepada seorang blogger, kingbinjai kerana mengambil inisiatif mengolah karya asal kepada versi read-able, mungkin sesuai untuk bacaan mereka yang 'kurang sastera'. Tapi, kalau versi aku, lagilah. Versi pailang namanya.

Hikayat bermula di sebuah negara bernama Langkapuri di zaman pemerintahan Nabi Allah Sulaiman. Ada seekor geruda yang asalnya cucu Maharaja Dewata. Ia banyak kuasa sakti dan ditakuti semua makhluk sama ada yang terbang atau yang melata di bumi. Nak dijadikan cerita, suatu hari datanglah seekor burung rajawali. Dia beritahu geruda tu bahawa anak raja Rom (putera) nak meminang dengan anak raja benua China (puteri). Tapi, aku pun kurang pasti kenapa, geruda tidak suka dengan berita itu (katanya jodoh ini tak sesuai) dan berniat untuk membatalkannya. Lalu geruda pun pergi mengadap Nabi Allah Sulaiman dan memberitahu hasratnya. Nabi pun bersabda,“Hai Geruda, demi Tuhan yang menjadikan aku, adapun jodoh pertemuan itu samaada di dalam batu atau kayu sekalipun, tiada siapa yang dapat menceraikkannya.” Tapi geruda degil juga nak membatalkan perkahwinan itu. Lalu dia membuat perjanjian dengan Nabi supaya dia diberi peluang untuk cuba menghalang perkahwinan itu. Dengan jaminan bahawa kalau putera dan puteri tu masih bersatu selepas usaha jahatnya, geruda akan berundur dari muka bumi. Nabi pun bersetuju.

Dipendekkan cerita, raja Rom telah menitahkan sahabat baginda, Raja Merong Mahawangsa untuk mengetuai rombongan peminangan tersebut. Lalu bermulalah perjalanan mereka merentasi lautan untuk ke benua China. Beratus-ratus kapal belayar membawa anak menteri, hulubalang, pengawal, dan anak-anak raja menuju ke China. Dalam pada masa yang sama, geruda telah terbang ke China dan menyambar (baca:kidnap) si puteri yang sedang bermain-main di taman, bersama dengan 3 orang dayang. Lalu geruda simpan mereka berempat dalam sebuah mahligai di Langkapuri.

Kerja jahat geruda tak berhenti di situ. Kemudian ia menyerang pula rombongan peminangan dengan mendatangkan guruh, hujan,angin dan ribut. Tapi serangannya berjaya dipatahkan oleh Raja Merong Mahawangsa yang bijak memanah (nama panahnya yang pertama: Ayun-ayunan). Keesokan harinya, geruda menyerang kembali dan sekali lagi Raja Merong berjaya mempertahankan rombongannya (panah kedua diberi nama: Berana Pura). Geruda lari dan tidak menyangka bahawa rombongan itu terlalu sukar untuk dimusnahkan.

Hari ketiga datang, dan geruda mencuba sekali lagi. Sama seperti sebelumnya, Raja Merong Mahawangsa masih gagah berlawan dan melepaskan 2 anak panah sakti (panah ketiganya: Pusar Sempani Gembira manakala panah keempatnya memunculkan jentayu). Lalu sekali lagi geruda terpaksa beredar kehampaan. Tapi, suatu hari, kapal yang dinaiki Raja Merong Mahawangsa berhenti di pelabuhan untuk mengambil air manakala bahtera yang dinaiki putera terus belayar ke China. Geruda mengambil kesempatan ini untuk menyerang bahtera putera itu, yang tiada pertahanan. Maka, terbaliklah bahtera itu, dan yakinlah geruda bahawa putera Rom telah mati. Raja Merong Mahawangsa yang tahu hal itu terus mencari-cari putera, tetapi tak bertemu.

Bersambung............

Friday, January 05, 2007

kepada Tuhan

Tuhan,
Jiwaku sebu hari ini
Penuh hiba
Ingin ku lolongkan tangisan
Ingin ku juraikan air mata
Dada ini ku tepuk Tuhan
Mau ku robek hati ini
Ingin ku kuis jiwanya yang hitam
Ingin ku baling jauh dari sini

Tuhan,
Kabur mata ini
Dengan sendu tiada henti
Meratap sedih kematian
Kematian hati ini
Sujudku padaMu Tuhan
Apakah terkesan?
Apakah terpalit pada wajah dan peribadi?
Tidak layak pada fikiran akal
Bagiku
Menghirup udaraMu Tuhan

Berat dada ini
Hingga mau kucapai sebahagian besar darinya
Mau dia hilang
Biar beban kehitaman ini luput
Biar racunnya hilang
Biar bisa itu diambil pergi

Hati masih tertanya Tuhan
Layakkah?
Adakah layak menjadi makhlukMu?

Thursday, January 04, 2007

botol jem



Mari menterjemah yang berikut:

'You'll never know how important you are in someone's life until you're told so', said my general practitioner (GP) yesterday. He came up with a story of his life. On how an old lady made him visit her a few times in a month without any health matters. She bribed my GP with chocolate cake everytime he came. And one day she said, "Oh, I don't know what I'll do if you don't come." My GP jokingly answered, "Yeah, I know. I'm the most important man in your life." The old lady paused for awhile and said, "Oh, I don't know about that." Then she started to explain that there were instead three important men in her life. "One is you, because you take care of my physical wellbeing. Two, is my minister, because he takes care of my soul. And the other one is the dustbin man." My GP was taken aback by her statement. Why on earth would the dustbin man be as important as a GP? Apparently the dustbin-man came by her house every so often to give her clean jam jars for her to keep her home-made jams. And the pleasure of making jam meant the world for her.

'Anda tak akan tahu betapa pentingnya anda dalam kehidupan seseorang sehingga anda diberitahu mengenainya', kata doktor aku semalam. Dia bercerita tentang kisah hidupnya. Tentang bagaimana seorang wanita tua memaksa dia untuk melawatnya beberapa kali dalam sebulan tanpa sebarang urusan kesihatan. Wanita itu mengupah doktor aku dengan kek coklat setiap kali dia datang. Dan satu hari wanita itu berkata, "Oh, saya tak tahu nak buat apa kalau kamu tak datang." Dan secara berseloroh doktor aku menjawab,"Ya, saya tau. Saya adalah orang paling penting dalam hidup kamu." Wanita tua itu terdiam seraya berkata, "Oh, saya tak pasti tentang itu." Kemudian dia mula menerangkan bahawa sebenarnya ada tiga orang penting dalam hidupnya. "Satu adalah kamu, kerana kamu menjaga kebajikan fizikal saya. Dua, adalah paderi saya sebab dia menjaga kebajikan rohani saya. Dan seorang lagi adalah tukang angkat sampah." Doktor aku terkejut dengan penyataan wanita tersebut. Bagaimana mungkin seorang tukang angkat sampah menjadi sepenting seorang doktor? Nak dijadikan cerita (matilah aku tak tahu apa 'apparently' dalam bahasa melayu), tukang angkat sampah datang ke rumahnya sekali sekala untuk memberinya botol jem bersih supaya wanita itu dapat menyimpan jem buatan sendirinya. Dan nikmat membuat jem besar ertinya kepada wanita tua itu.

Ada empat pengajaran yang aku boleh ambil dari sini:
1. Bahasa melayu aku perlu dipelihara
2. Jangan meriak dengan pekerjaan anda
3. Secikai mana pun anda, anda adalah penting dalam kehidupan seseorang bilamana anda tidak menyedarinya
4. Erti 'penting' bagi seseorang manusia adalah subjektif. Apa yang pada fikiran anda penting, tak semestinya penting bagi orang lain. Dan begitulah juga sebaliknya.

Jadi, aku mengambil kesempatan ini untuk membuat suatu pernyataan: KAMU PENTING DALAM HIDUP SAYA. PENTINGKAH SAYA DALAM HIDUP KAMU? Ok, lepas ni kita boleh jamming!

Wednesday, January 03, 2007

Oii.. lagu dah keluar

Ok semua.. cuba tgk kat tepi tuh.. ada playlist kan.. hah... Wasaii Studio dgn berbesar hati ingin me'release' 2 buah lagu buat halwa/ taik tinga sumer..

Photobucket - Video and Image Hosting

Lagu : Keranaku Sayang Kamu

Penyanyi Asal : Dygta

Penyanyi Perasan : Biskut Muka*

Gitar : Boss Brahim*

Credit Puisi kepada Didats Triadi

Photobucket - Video and Image Hosting

Lagu : Unintended

Penyanyi Asal : Muse

Penyanyi perasan : Jetjetsemot*

Gitar : Boss Brahim*

[Sebenarnya lagu Unintended nih masih dlm pembikinan.. tp tk kesah lah , kasik korang dgr korus jer dulu]

Tuesday, January 02, 2007

Jetjetsemot sudah 23 tahun


Jetjetsemot : Menjangkau Usia 23 tahun

oleh Biskut Muka

Majlis sambutan harijadi ke-23 Jetjetsemot*, penyanyi lagu Unintended, dikhabarkan telah diraikan di satu lokasi rahsia di UK semalam. Jetjetsemot* merupakan salah seorang artis Wasaii Studio yang kini sedang berkolaborasi dengan produser album muda Boss Brahim* untuk menghasilkan album kompilasi debut studio ini tidak lama lagi.

Majlis tersebut diadakan secara sederhana dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga serta rakan terdekat jetjetsemot*. Organisasi yang telah tampil utuk menaja acara ini termasuklah ASDA, Woolworth dan George. Menurut Pengurus*, George akan mensain kontrak dan mengambil Jetjetsemot* sebagai model untuk memperagakan pakaian mereka nanti.

Jetjetsemot* telah dijemput di kediamanannya oleh seekor arnab merah jambu dan dibawa ke lokasi dengan menaiki kereta ala2 Flinstone. [baca: jalan kaki jer].

Memandangkan saya wartawan yang paling malas dalam majalah Remajha ini.. maka diringkaskan cerita...

Photobucket - Video and Image Hosting


Hidangan makan malam telah ditaja oleh syarikat kepunyaan Pengurus* sendiri iaitu Obses Laksa Catering. Antara menu yang dihidangkan ialah Laksa Johore, Puding Coklat, Keropok Ikan, Keropok Udang dan air Oren Sunquick. Kek harijadi Jetjetsemot* pula telah ditempah khas daripada Secret Recipe Preston dan merupakan kek lobak bericing butter cream.

Photobucket - Video and Image Hosting



Upacara membaca kad dan membuka hadiah sambil mengambil gambar menyusuli aktiviti makan-makan.

Saya tidak berkesempatan untuk menemuramah Jetjetsemot* mengenai buah fikirannya setelah menjangkau usia 23 tahun ini. Yang pasti, Jetjetsemot* gembira walaupun senyumannya dalam gambar sentiasa menampilkan raut wajah yang nervous dan poyo.

wasaii

Monday, January 01, 2007

jangan biarkan aku terkapai

Wahai rakan-rakan seperjuangan,

Aku ada sebuah konfesi. Eh. Pengakuan. Aku pernah bernazar bahawa aku tak akan ada blog sendiri sehingga aku ada...... Maka, bantulah aku dengan membuat isen walau secikai mana kerana jika blog ini adalah macam milik aku seorang, pastilah aku ini tidak diredhai Tuhanku. Bantuan dan kerjasama adalah amat diharapkan. Pasal itulah aku rasa macam tak best bila di minta meng'admin' blog ini. Aku dahului budi baik kalian dengan jutaan terima kasih. Sekian, harap maklum.