Saturday, January 06, 2007

hikayat merong mahawangsa the return



Ok. Sampai mana aku tadi? Oh ye...

Ya. Raja Merong Mahawangsa tak berjaya menemui putera Rom. Lantas baginda berhenti di Pulau Jambul dan membina istana yang diberi nama Langkasuka di situ sambil mencari si putera.

Alkisah, anak raja Rom itu hanyut di lautan, bergantung pada sekeping papan. Beberapa hari dia hanyut, hingga kurus kering kerana tiada makanan. Nak dijadikan cerita, ombak pun menghanyutkan putera itu ke pantai Langkapuri. Si puteri China pula pada masa itu sedang mengutip ketam di pantai, lalu bertemulah dia dengan putera Rom. Di selamatkannya putera itu, dan disorokkannya dia dalam gua supaya tidak diketahui geruda. Dan dijaganya sampai putera sihat. Dalam pada masa yang sama, saling berkenalanlah mereka dan jatuh cinta.

Si geruda pula terbang pergi menemui Nabi Allah Sulaiman. Dan nabi pun bertanyakan tentang perjanjian yang telah mereka meterai. Dan geruda dengan yakin menjawab bahawa ia telah berjaya memusnahkan perancangan perkahwinan tersebut dan menceritakan segala usaha yang telah dilakukannya. Nabi bersabda, "Bagaimana kalau putera itu masih hidup?" Geruda menjawab, "Maka, akan hamba kotakan janji hamba." Nabi pun tersenyum lantas menitahkan raja jin, Harman Shah untuk mengambil puteri China berserta dayang-dayangnya dan putera Rom mengadap baginda.

Maka, tibalah kesemua mereka menundukkan kepala mengadap Nabi Allah Sulaiman. Lalu disoal geruda oleh nabi,"Siapakan lelaki ini wahai geruda?" Malu serta terkejutlah geruda melihat anak raja Rom itu masih hidup. Kemudian nabi terus bersabda:

"Wahai sekalian makhluk, sesungguhnya ada 4 perkara yang jangan kita sekali-kali menentukannya jika tiada janji dari Tuhan:
1. rezeki sama ada sedikit atau banyak, semuanya ketetapan Tuhan
2. perkara yang memutuskan rezeki iaitu maut
3. jodoh pertemuan kerana apabila ditentukan Allah, tidak akan bercerailah ia melainkan dengan kehendakNya
4.perkara perceraian yang sudah sampai waktu."

Geruda pun menyesal dan meminta keampunan nabi. Maka seperti yang dijanjikan, diperintah oleh baginda agar geruda terbang meninggalkan dunia manusia. Kemudian nabi menulis surat kepada raja benua China serta menghantar berita kepada raja Rom menceritakan tentang situasi tersebut. Dan akhir sekali, baginda menitahkan raja jin, Harman Shah untuk menghantar kedua puteri dan putera ke negeri China supaya dapat dikahwinkan keduanya sebagaimana selayaknya.

THE END-*

Macam mana?Ok tak?

2 comments:

Anonymous said...

akhir sekali aku nak tanya..
apakah ni cerita benar jet?
huhuhu

jetjetsemot said...

hikayat..nta la..aku pon x sure nad..tp ni la yg tetules dlm kitab hikayat merong mahawangsa..