Sunday, January 14, 2007



Aku jumpa seorang budak perempuan minggu lalu. Umurnya dalam lingkungan 8-9 tahun. Dia ada masalah hirsutism [banyak bulu]. Kata ayahnya, dari kecil lagi belakangnya dipenuhi bulu. Dan bila semakin besar, normanya memang kita akan jadik 'conscious' dengan penampilan diri kita. Sebab itulah dia sangat-sangat ingin masalahnya diselesaikan dengan berjumpa doktor. Dia sangat cantik. Mukanya macam malaikat [she looked like an angel], cerah, dengan mata yang besar dan bibir yang merah. Bulu lebat hanya tumbuh di kawasan sikunya, dan ditutupnya dengan memakai baju berlengan panjang. Di akhir pertemuan itu, doktor mengesahkan bahawa dia normal dan tiada sebarang rawatan boleh ditawarkan. Aku nampak budak perempuan tu bergenang. Dia yang dari tadi senyap, tiba-tiba bersuara dengan nada kecewa,' Tapi, rakan-rakan di sekolah ejek saya..' Oh, masa tu aku boleh rasa kesedihan dan kekecewaan yang dia alami. Semua orang kepingin akan 'quick fix' yang boleh selesaikan semua hal dalam jangka masa singkat. Dengan mukanya yang 'adorable', kesedihan yang dia alami boleh menjalar ke hati mana-mana orang yang melihatnya. Dipujuknya oleh ayahnya. Katanya akan dibeli wax dan sebagainya. Tapi masih tak menanggalkan wajah sedihnya. Akhirnya dia meninggalkan klinik. Dan doktor aku berkata, 'Budak-budak, mereka boleh jadi sangat kejam' [Kids, they can be very mean].

Bila melihat kejadian ni, aku terus berfikir saat-saat di mana aku pernah dikecewakan sebagai seorang kanak-kanak. Bangun tidur selama beberapa hari pun, aku masih tak boleh fikir. Masa dah tua ni, banyaklah. Kalian pernah? Dihampakan orang dewasa waktu kecil?

7 comments:

Biskut Muka said...

1. di kala kucing aku mati dan dilanggar kereta, aku ditertawakan krn menangisi pemergian kucing tersebut.. tiada sesiapa membantu aku mengebumikan kucing itu. * bukan kucing aku pun sbnrnyer.. jes kucing liar memana.. but still aku sedey..

jetjetsemot said...

ape sbenanya klasifikasi dikecewakan org dewasa?cm blur..haha..psl tuh xle nk jwb secara tepat..no 2?sile kasik 3 jwpn..

Myra said...

owh,aku x dibelikan kasut baru..walopun kasut aku da koyak kerana bermain dalam ujan dan lumpur pada suatu petang..aku sangat sedey kerana terpaksa memakai kasut koyak itu selama beberapa bulan sebagai denda..

jet.naper doktor tu cakap takde treatment..tipu je lah pasal wax dan segala..bukannya susah sangat..huhu..
sian dia kecewa

jetjetsemot said...

bukan xde treatment die ckp..cm xde bende yg spital leh kasik la..sbb initially bapak die concern testosterone tinggi ke pe..lgpon dokto tuh tatau die kne ejek kat skola..tuh yang bapak die kte, xpe we'll figure something out..beli wax ke pe..siannyeh budak tuh..nak nanes tgk..

Biskut Muka said...

bagi aku dikecewakan oleh org dewasa is when bila kita sbg kanak2 mengharap pada org dewasa utk satu perkara yg diluar kapasiti kita.. pastuh diorg tk dpt nk tolong ataupun tidak mau tolong... :P

jay aizat said...

herrmmm..sedih gak kat budak tu...tak dapat bayangkan mcm mana muka dia....then apa yg berlaku setelah dia n bapa dia pulang ke rumah dr klinik...

jetjetsemot said...

muka die cantek sgt..puteh..rambut coklat gelap, pjg lepas bahu..mata bundar..bibir merah..cantekla..mm..tatau la ape jadik pas die balik ruma kan..