Sunday, September 30, 2007
tebal bebal
Aku tak tahu kenapa. Tapi kebelakangan ni, otak aku memang tepu. Semacam ada satu selaput tebal yang aku boleh rasa ada dalam tengkorak kepala [jumjumatun] aku. Memang aku boleh merasa kehadiran selaput itu. 'Thick'. Yeh, patutlah orang bodoh dipanggil 'thick'. Itulah yang aku rasakan sekarang.
Dulu di matriks, aku tidur siang, kadang-kadang tidak ke kelas. Bila malam, aku 'compensate' dan belajar dengan tekun. Senang. Semua diserap masuk tanpa selaput tebal melingkari otak aku. Di universiti di Malaysia, walaupun ada susah senangnya, tapi bila 'final exam' aku akan belajar 'straight' dari pagi ke petang, tanpa henti dan tanpa masalah. Malamnya aku tidur seperti biasa. Mungkin 'absorption' kurang kala itu. Tapi aku paksakan juga apa yang termampu. 'Drive' itu ada untuk membuatkan aku terus berusaha.
Sekarang? Apa juga yang aku lakukan, aku rasa otak aku sangat 'limited'. Wah, tumor apa yang ada di dalamnya? Kadang-kadang rasa hendak menangis. Bila 'drive' itu ada, tapi otak ini tak mampu. Aku hanya mampu memandang kosong nota-nota yang aku miliki. Membacanya berulang-ulang kali tapi seakan-akan aku sedang membaca sesuatu didalam bahasa yang sangat asing. Tak masuk langsung. Akhirnya berasa sedih dan berazam untuk berusaha keras pada keesokkan harinya. Tapi semuanya berulang. 'Thick'. Tahun terakhir, Jet. Layakkah kau 'grad'?
Mm. 'Being thick as a brick is making me sick.'
Salam Ramadhan, kalian.
Thursday, September 27, 2007
lori itu
Aku...malas lah nak mengaku.
Tapi aku memang ada sindrom 'excited' bila melihat kenderaan, tak kiralah lori atau van, milik syarikat ekspres dan lojistik, DHL. Sindrom ini ada sejak aku bersusah payah dengan Along aku mencari pejabat DHL di Johor Bahru atau lebih tepat lagi di Tebrau untuk menghantar borang aplikasi ke universiti aku sekarang ini. Kenapa DHL dan bukan syarikat lain? Sebab Along paling yakin dengan DHL walhal banyak pejabat yang mempunyai perkhidmatan yang sama di kawasan itu. Kerana pada waktu itu, sangat suntuk waktu yang aku ada sebelum tarikh tutup untuk hantar borang penting tu, aku rasa Along hanya nak syarikat yang terbaik dan boleh dipercayai. Cari, cari...memang tak jumpa. Pusing kawasan sampai 15 juta kali. Tapi tangki minyak kereta masih tak kering lagi. Baiklah, aku 'exaggerate'. Kami sampaikan semacam 'stalker' yang bila ternampak van DHL, terus nak ekor. Padahal, satu van tengah berhenti di tempat jual durian. Dan van yang lagi satu, tak tau mana arah tujunya. Haha.
Bila tetap tak berjaya, Along telefon syarikat DHL. Mereka dengan senang hatinya 'offer' untuk datang ke rumah kami yang sangat ceruk itu, [poskod rumah aku tak ada dalam 'list' penghantaran bunga secara 'online' berbanding Fizatul yang lebih 'uptown girl'] untuk mengambil 'document' aku. Abang DHL pula lagaknya sangat 'friendly' ala-ala orang dalam iklan TV, tersenyum saja.
Sampai di UK, kenderaan DHL jadi 'good luck charm' aku. Bila aku nampak, aku rasa 'high'. Saiko? Yeh, mungkin. Ada sampai satu saat, aku rasa macam nak buat audit pasal kenderaan DHL. Tentang berapa banyak kenderaan DHL yang boleh aku bertembung dalam masa 20 minit perjalanan dari hospital 'main' ke hospital daerah dan 'vice versa'. Dan ya, aku memang akan merenung jalan yang bertentangan dan mencari kelibat serta mengira kenderaan DHL yang aku nampak. Dan 'feel good about it'.
OK. DHL. Sila bagi aku komisyen. Promosi baik punya ni.
Tambah 'list' jejaka pujaan: Abang DHL yang boleh bawa van DHL 'parking' depan rumah aku. [Hah, 'approach' lah..'Approach'lah.. Eh.. Jangan, jangan. Ini adalah 'drill' sahaja. Takut deh. Muahahaha.]
Tuesday, September 25, 2007
saiz kasut
Picture; credits to: Paws in Shoes
Lama tidak di'update' atas sebab kemalasan yang julung-julung kalinya. Meh lah. Aku cerita. Cerita cikai saja ni. 'Short but sweet'.
Anak kecil bernama Tisyia, ikut ibunya pergi membeli kasut raya. Kasut raya ibunya, ya. Bukan untuk si Tisyia yang berusia dua setengah tahun itu [aku bantai saja umur ni, lebih kuranglah.] Di kedai kasut orang dewasa tu, ibu Tisyia pun mencuba-cuba kasutnya. Tisyia yang kecil turut mencuba. Banyak pasang yang dicubanya.
Tiba-tiba Tisyia 'menonong' berjalan ke arah kaunter. Disuakannya sepasang kasut besar yang disukainya kepada penjaga kaunter. Mulut kecilnya laju berkata:
"Kasut ni....saiz untuk 'kite' ada tak?"
Walaweiihh. Tercampak aku. Pandai betul. Takut kena culik je budak ni.
Salam sayang. [Muahahahhahaha]
Wednesday, September 19, 2007
tepung pelita
Hoh. Membuat kerja gila hari ni. Sepatutnya aku kena ada di wad jam 8 pagi dan seterusnya ke 'operation theatre' [panggung operasi???]. Untuk itu aku kena menaiki bas pada pukul 7.20 pagi. Tapi aku bangun jam tujuh. Aku bangun, siap berdiri lagi tu, jalan sehasta jauhnya dari katil, kemudian aku berhenti dan aku tenung jam. Aku cakap, "Ah, tak sempat la nak naik kejar bas pukul 7.20. Sambung tidur. Nanti ambil bas pukul 8.25 pulak. Boleh jumpa kak Fiza."
Aku pun patah balik ke katil. Tidur. Memang jenis redha, 'alarm' telefon tak aku 'set'. Kalau bangun, bangunlah. Kan? Ya, aku memang keji. Tiba-tiba terbangun lagi. Tenung jam di dinding. Selimut masih kuat melekap di badan aku. Hoh. Pukul 8? Eish, tak sempat ni nak kejar bas pukul 8.25. Tidurlah lagi. Ambil bas pukul 9.35 lah nanti. Akhirnya, aku bangun pada jam 8.25 pagi, semacam sengaja membiarkan bas berlalu dahulu. Babai kak Fiza. Aku bangun dan mandi. Walaupun aku dah terlajak jauh dan sebaiknya terus sambung tidur aku, tapi aku kena juga ke hospital itu. Misi atau 'nurse' nak air kencing aku pagi tu. Untuk apa? Buat 'drug-test'. Aku 'addict' yang kena di'monitor'. Hah, percaya..percayalah. Kisah air kencing aku bukan untuk tatapan umum.
Semalam diberi cuti. Hari ini, aku memberi cuti kepada diri sendiri. Tiada cerita sedramatik kisah sebelum ini. Cuma aku ingin berkongsi percubaan pertama aku membuat tepung pelita, semalam.
Terdetiknya nak membuat kuih ini adalah apabila muka lapar Minci asyik kata nak makan tepung pelita, nak makan tepung pelita. Dah macam makcik "batu belah batu bertangkup, tangkupkan aku. Aku kempunan telur tembakul" punya muka dah. Aku mencari resepi di internet. Dan aku terjumpa resepi yang paling mudah dan sesuai untuk orang macam kami yang di perantauan; tak ada 'steamer', tak ada apa. Kalian cubalah buat. InsyaAllah menjadi. Tapi tips daripada aku, masa mengacau benda-benda ni sampai pekat terutama di bulan Ramadhan yang tak membolehkan kalian nak merasa-rasa, kan...kalian kumat-kamitkanlah mulut tu begini, "Tolonglah jadi..tolonglah jadi...tolonglah sedap." Dan yang seumpamanya.
Alhamdulillah, inilah hasilnya.
Resepinya aku dapati dari My Resepi. Aih, entah kenapa tak boleh buka pula 'page'nya hari ini. Oh, ada masalah teknikal dan telah ditutup buat sementara waktu. Jadi aku tak dapat nak meletakkan 'link' resepinya disini hari ini. Tak silap aku si pemilik resepi bernama Yani. Terima kasih kepada beliau.
Tepung pelita
BAHAN A:
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 helai daun pandan dikisar dengan sedikit air, dan diperah [ambil air saja, hampas dibuang]
Sedikit air kapur [dalam setengah sudu teh]
BAHAN B
4 sudu besar tepung beras [diratakan]
4 cawan santan
Sedikit garam
Cara-cara:
1. Campak semua bahan A dalam periuk dan masak sampai pekat dan berkilat.
2. Campak semua bahan B dalam periuk lain, dan masak juga sampai pekat dan berkilat.
3. Tuang hasil bahan A dalam bekas kecil [separuh bekas] dan diikuti dengan hasil bahan B. Untuk elakkan dua lapisan tadi bercampur, tunggu lapisan hijau sedikit sejuk sebelum meletakkan lapisan putih.
4. Sejukkan dalam peti sejuk.
Sedikit 'alteration' yang aku lakukan adalah:
1. Menambah pewarna hijau kepada bahan A untuk mencantikkan warnanya.
2. Menghiris dan meletakkan sengkuang cina atau 'water chestnuts' di dalam adunan bahan A, apabila bahan A sudah masak untuk mendapat efek 'crunchiness'.
3. Menaburkan gula diatas lapisan hijau, sebelum meletakkan lapisan putih supaya air gula terhasil, dan tepung pelita menjadi lebih sedap. [Atas saranan mereka-mereka yang telah mencuba resepi ini, di My Resepi.]
Mm. OK. Dah. Sedap tak Kamen??

Monday, September 17, 2007
kudaku lari gagah berani
Picture source: Birminghamzoo.com.
Pembantu rumah mama aku lari. Hahahaha. Gelak dulu, sebab memang kelakar.
Hari aku dimulakan dengan mendapat mesej pesanan ringkas dari Along, "Kalau 'free' telefon ye. Ada berita sensasi."
Di klinik, otak aku memang tak berapa nak 'straight'. Aku asyik fikir nak balik, nak balik, nak telefon rumah. Nasib baik 'consultant' aku pun suruh balik lepas klinik habis. Eh, sebenarnya klinik tak habis lagi pun dia dah suruh kami balik. Balik lah. Rezeki jangan ditolak. Jam menunjukkan pukul 1pm. Maka, orang Malaysia masih belum tidur dan boleh lagi kalau aku nak 'call'.
Aku tanya, "Long, apa cerita?"
Along kata, "Tekalah."
Aku, "Tak nak tekalah. Ceritalah."
Along, "Bibik kau lari. Telefon dalam 10 minit lagi, eh?"
Aku, "Hoh? Aaa. OK."
Hahahah. Saikosis. Nak memendekkan cerita yang panjang, Along cakap Bibik ni dah lain macam sejak kebelakangan ni. Takut tidur di biliknya, jadi dia minta untuk tidur dengan mama aku depan TV. Mula-mula yang aku tau, sebab die tengok cerita Susuk dan jadi takut tidur sendirian. Aku macam, what the.. Dah takut, janganlah tengok, ya tak? Lepas tu, cerita terbaru yang aku dengar, dia cakap dia jumpa kubur dekat sekolah agama sebelah rumah aku. Dia siram kubur tu sebab katanya kalau kubur tu kubur keramat, bila disiram hajat sesiapa yang menyiramnya akan tercapai. Tapi rupa-rupanya kubur yang dia siram tu kubur tak baik. Bila dia siram, penunggu kubur tu ikut dia. Teeeeeeeeettttttttttt! Aku sekolah agama kat situ OK. Mana ada kubur OK. Aku sekel jugak kang. Abang ipar aku siap cakap, "Tunjuk kat saya mana kubur tu." Tapi dia diam saja.
Dia cakap dia kena kacau dengan hantu. Along aku marahlah. Malas pun nak percaya. Along kata, "Malas saya nak percaya kamu. Bulan-bulan puasa ni mana ada hantu. Syaitan kena ikatlah." Dia tetap dengan sindrom-sindrom dia. Siap cakap, "Ini bukan diri saya yang sebenar. Saya sedang dirasuk ni." Errrr???
Dia tinggalkan nota berbunyi, "Ibu, I*** pergi berubat. Semua orang dalam rumah ni tak percayakan I***." [I*** adalah nama yang di'censor' dan bukanlah carutan atau makian.] Kejadian ini berlaku selepas dia tak mendapat restu mama aku untuk pergi ke Perak. Kejap kata nak berubat, kejap kata nak jumpa kakak dia. Cakap pusing. Bukan tak bagi, cuma sebagai seorang yang bukan rakyat Malaysia, tentulah dia jadi tanggungjawab yang tersandar pada bahu majikan dia iaitu mama dan ayah aku. Mana boleh dia main pergi cuti-cuti Malaysia ikut suka hati dia. Mama pun, kena tunggu 'green-light' dari ayah. Tapi, Bibik tak sabar. Dia lari juga.
Tau-tau, ejen yang menguruskan Bibik telefon rumah. Katanya Bibik ada depan rumah dia di Kelana Jaya pukul 4 pagi. Naik teksi berhabis RM400. Kata kakak aku, "Baik naik 'flight' kalau habis sampai RM400." Ikhlasnya, aku pun tak tahu berapa caj teksi dari Johor ke Kelana Jaya. Bibik bawa RM800 iaitu kesemua gaji dia yang ada dengan dia. Ejen tu kata, sekarang Bibik ada RM8 saja. Aih, tak taulah mana pergi duit Bibik dalam masa yang sangat singkat tu.
Dalam proses mencari Bibik, mama angkat-angkat telekung dan sejadah dia yang ditinggalkan depan TV dan terjumpa tiga keping gambar: satu gambar mama, satu gambar ayah, dan satu gambar adik aku.
Mama pun bertanya kepada ejen tu, "Tolonglah 'check-check'kan apa yang dia bawa dari rumah ni. Takutlah. Sebab jumpa gambar saya, suami dengan anak dekat tempat dia sembahyang."
Ejen, "Anak yang nama Amin tu ke?"
Mama pun pelik, macam mana ejen ni boleh tau nama anak bongsu dia. Kata ejen tu lagi, Bibik kata dia dah jaga mama aku dengan baik, membuatkan mama aku berkenan dekat dia. Jadi dia dan Amin akan dijodohkan untuk kahwin. Hahahahha. Tang ni aku gelak memang tak ingat dunia. Aku terhibur sangat, sebab Bibik minat kat adik aku. Along kata, "Patutlah dia macam pelik lepas adik pergi Arau." Hahahahhaha. Along kata lagi, mama mengomel, "Anak aku punyalah 'handsome', ada ke nak dijodohkan dengan dia." Aku pula cakap, "Entah-entah dia lari tu sebab nak kejar Amin."
Waaa..terhiburnya. Mm. OK. Aku nak menamatkan cerita panjang ini. Sekarang Bibik masih di lokap di Kelana Jaya. Tentang dia masuk lokap, lain pula ceritanya. Terlalu panjang untuk diceritakan disini. Polis selalu telefon Along, minta Bibik dijemput. Hm, polis pun tak tahan dengan Bibik. Sudahlah, mama aku penat. Bibik tak payahlah nak penat-penatkan mama lagi.
Jom pergi zoo, jom.
Thursday, September 13, 2007
buluh betung
Bagaimana dengan puasa kalian hari pertama? Semoga baik-baik saja.
Isen ini cuma untuk berkongsi tentang bagaimana ayah aku merombak aku dan gaya hidup aku sebagai manusia [takkanlah kucing pulak, kan?], tetapi sudah tentunya dengan izin Allah.
1. Masa sekolah dulu, aku jenis yang kalau cakap mesti ada 'chuckle' kat hujung ayat aku. Mungkin sebab aku manja ke apa kan, tak pasti pula. Contoh ayat, "Takdelah, nak pergi ambil makananlah ni. Heheheh." "Nak ikut boleh? Hehehe." "Entahlah. Hehehhe." Tapi, aku tak perasanlah kan gaya percakapan aku yang spastik tu. Dalam kereta, ketika perjalanan balik ke rumah, ayah aku bertanya sesuatu. Aku tak ingat apa. Yang pastinya aku jawab dengan ada 'chuckle' seperti contoh tadi. Ayah aku 'snapped', "Cuba bila bercakap tu jangan gelak-gelak. Macam mana orang nak amik serius dengan apa yang awak cakap??" Masa tu, jika tidak silap aku masih lagi bersekolah rendah. Aku berubah lepas tu menjadi orang yang serius. Jadi terjawablah persoalan mereka-mereka yang merasakan diri aku garang, 'blur', dan yang seumpama dengannya. Kadang-kadang 'terror' sangat menjadi serius sampai aku melawak dan tipu orang pun, orang tak perasan. Nak kena cakap, "Aku tipu korang pun, bukan korang tau ye tak?" Wahahahhahahha..Oi. Oi. Serius sikit.
2. Masa aku kecil, manalah pandai sangat mandi bersih-bersih, kan? Daki kat telinga pulak, mana nak nampak, kan? Ke kalian semua pandai mandi? Aku je tak pandai? Tak kisahlah. Ayah aku perasan telinga aku tak bersih. Kemudian dia pesan, "Lepas mandi, waktu telinga tuh masih basah laplah dengan 'towel'." Aku praktikkan sampai sekarang.
3. Waktu masih setahun jagung dulu [dan juga bila jagung dah boleh dituai buat popcorn] aku selalunya tidur di bilik mama dan ayah aku. Dulu aku tidur tak ikat rambut. Nak dijadikan cerita, waktu aku tidur pada suatu hari yang nyaman, tiba-tiba aku dengar ayah aku berkata kepada mama, "Eishh. Macam mana budak ni tidur? Dengan rambutnya. Tak lemas ke?" 'Apparently' mama aku kata aku tidur dengan rambut sana sini, memang tak nampak muka. Sejak tu, bila aku tidur jika rambut tidak basah, aku akan ikat supaya ayah aku tak kena 'heart attack' melihat anaknya yang terbaring macam hantu Ju-on.
4. Kejadian ini pula berlaku di kampung. Ayah aku sembahyang berjemaah bersama-sama saudara mara dan ahli keluarga aku. Aku terlewat, tak ingat kenapa. Tapi bila aku ke ruang tamu, rakaat ayah aku sudah yang terakhir. Aku tak tahu nak buat apa dan terus sembahyang sendirian. Lepas solat, ayah berkata, "Awak kalau nak masuk jemaah boleh.....' Kesimpulannya, ayah aku telah mengajar bagaimana untuk menyertai solat berjemaah ditengah-tengah proses, apabila kita tidak dapat menyertainya dari awal. Er...faham ke?
5. Aku masa kecil selalu pakai selipar atau kasut terbalik. Entahlah, kisah ini terlampau 'significant' sehingga aku diingat sebagai budak yang memakai kasut terbalik. Kalau anak saudara aku pakai kasut terbalik, mama akan cakap, "Pakai kasut terbalik macam Bonda." Atas dasar ini, aku membuat kesimpulan bahawa keadaan aku sangat kronik waktu itu. Kata mama, ayah akan pukul kaki aku setiap kali aku memakai kasut terbalik. Tak pastilah otak aku 'short-circuit' ke apa, tapi memang lembab otak ni nak 'pick-up' perbezaan antara kiri dan kanan. Hari ini? Alhamdulillah, aku pakai kasut dengan betul, walaupun hari itu cara aku memakai kasut disangsi oleh ramai orang. Janganlah. Takut tau. Nanti ayah pukul. Kerana itulah aku meng'deny' dengan hebatnya. Heh.
OK. Sekian saja untuk kali ini. Selamat menjalani ibadah puasa, kalian.
Tuesday, September 11, 2007
ekskisme ai dun spik hindustani
Picture source: Philip's Fil-ums.
Hoh. Sibuk. Maaf atas kebosanan yang menerjah jiwa kalian bila melawat Wasaii yang senyap kebelakangan ini.
Aku tak taulah sama ada kalian tau atau tidak. Aku ni, tak pandai berbahasa Urdu, Swahili, bahasa Inggeris pun kurang sekali, inikan pula bahasa Hindi.
Tadi di klinik, 'consultant' aku iaitu orang yang berpangkat paling tinggi dalam 'team' perubatan aku telah menyuruh kami bertemu dan memeriksa seorang pesakit Asia. Kemudian aku disuruh untuk menceritakan kembali kepada beliau, apa yang aku dapati dari cerita lelaki tadi tentang gejala [symptom] yang dialaminya. Bila hampir tamat, tiba-tiba 'consultant' aku menoleh dan bercakap dengan lelaki tu dalam bahasa yang aku tak faham. Yang aku boleh tangkap adalah:
"Acha"
"Nahi"
"Kabhi"..."Khabi"
"Heart"
"Pacemaker"
What ni, pakcik..? *Konpius. Tak cukup dengan membiarkan aku tercengang-cengang untuk cuba menterjemah perbualan mereka, 'consultant' aku tetap bercakap dalam bahasa yang sangat asing itu dan sesekali menoleh sambil menghulurkan tangannya meminta sesuatu daripada aku berserta dengan isyarat matanya. Lagilah aku macam, 'what'?? Kau nak apa? Cakap bahasa Hindustan lepas tu pandang-pandang aku pulak. Kan?
Ikhlasnya, aku tak tahu nak letak apa atas tangan yang terhulur tu. Tapi, pesakit tuh menyebut 'heart' dan menunjuk-nunjuk dadanya. Aku pun dengan pantas mengambil kertas 'tracing of the heart' atau 'electrocardiogram' [ECG] dan memberinya kepada 'consultant' aku. Fuh, nasiblah betul. Itulah yang dia nak. Kalau tidak, mahunya aku bagi setiap helai kertas yang ada di dalam 'case notes' pesakit tu, kan?
See, people? This is the language of the world. You can understand each other by this. It is called the body language.
Hahah. Matilah meraban bagaikan Paulo Coelho di gurun sambil melihat-lihat piramid. Language of the world yeh?
NAHHIIIIIIIIIIIIIIIII!
Heh, sebenarnya aku pun tak berapa pasti bahasa apa yang mereka gunakan. Dan selamat menyambut Ramadahan al-Mubarak, kalian. Maaf zahir batin. Semoga Ramadahan kita pada tahun ini lebih baik daripada Ramadhan yang lepas. InsyaAllah.
Thursday, September 06, 2007
bolak balik
Picture source: Inmagine
Itu hari...atau hari itu, aku naik bas nak balik ke rumah. Sudah menjadi kebiasaan aku membaca doa memulakan perjalanan yang sering ayah aku bacakan bila kereta mula bergerak.
Tapi hari itu aku yang ingin memulakan doa dengan bacaan 'Bismillahi majeriha' [maaf mengeja dengan tulisan rumi, yang sudah tentunya tidak tepat] telah menyebut tanpa sedar 'Bismillahi ma-ge-neri fren'.
Err..imaginary friend?
Akibat terpandang seorang abang kacak berbulu mata lentik yang menoleh sepintas lalu ke arah aku.
Aish. Ampunkan~
merah
Arggggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhh..
Dalam masa-masa begini, aku mau cuma suara aku didengari.
Aku mau kalian tau bahwa aku masih di sini.
Aku mahu waktu terhenti.
Aku inginkan sepi.
Aku mau sedih itu berlalu pergi.
Tapi aku tak mau sendiri.
Saiko? Yeh, adik-adik. SAIKO datang lagi. Dengan permainan guli terbang. Cuma letakkan guli di tapak tangan adik-adik, dan tenung sehingga ia terawang di udara. Gerakkan mata ke kiri dan ke kanan, nah, terbang bukan? SAIKO!
.............just
.................want
......REALLY
..........want this
...................to
END
Picture credits to: Anger management for teens.
Sunday, September 02, 2007
muffin merdeka
Shoot! Tidak meng'update' walaupun hujung minggu. Terasa terlalu banyak benda nak buat, tapi terlalu sedikit masa yang ada. Akhirnya, esok kelas dah bermula semula. Aku baru perasan atau mungkin baru nak mengaku bahawa aku mengambil masa terlalu lama untuk melakukan satu kerja. Jadi akhirnya, kebanyakan benda tidak BERLAKU.
Isen ini khas untuk Nem. Aku memang nak membuat banana chocolate chip muffin untuk Hari Kebangsaan, dan ya, aku berjaya melakukannya. Resepi telah dipilih oleh Nem, atas dasar ke'familiarity'annya dengan muffin 'bertajuk' itu hasil bikinan Starbuck. Aku? Aku tak pernah minum kat Starbuck, OK. Sangat menghargai siapa-siapa yang nak bawa aku minum situ. Sila bayarkan sekali, terima kasih. Kedai Setarbak Kopi also can one!
Jadi inilah gambar-gambar muffin yang berjaya diambil dengan kamera telefon Za. Resepi dirujuk daripada Mamafami Fotopages, Chocolate Banana Muffins. Cuma sedikit ubahsuai yang telah aku lakukan iaitu meletakkan cip coklat didalam adunan sebelum masuk ke dalam bekas muffin, dan juga 'instead of' masak secara 'steam', aku bakar dalam ketuhar tapi beralaskan dulang yang berisi air panas. Maaflah, aku tiada 'steamer'. Hasilnya? HIT! Memang kelas! Senang pun senang. Sedap pun sedap. Very moist. Sangat-sangat 'rekemen' kepada kalian.
InsyaAllah, mesti akan buat lagi!

Subscribe to:
Posts (Atom)