Monday, September 17, 2007

kudaku lari gagah berani


Picture source: Birminghamzoo.com.
Pembantu rumah mama aku lari. Hahahaha. Gelak dulu, sebab memang kelakar.

Hari aku dimulakan dengan mendapat mesej pesanan ringkas dari Along, "Kalau 'free' telefon ye. Ada berita sensasi."

Di klinik, otak aku memang tak berapa nak 'straight'. Aku asyik fikir nak balik, nak balik, nak telefon rumah. Nasib baik 'consultant' aku pun suruh balik lepas klinik habis. Eh, sebenarnya klinik tak habis lagi pun dia dah suruh kami balik. Balik lah. Rezeki jangan ditolak. Jam menunjukkan pukul 1pm. Maka, orang Malaysia masih belum tidur dan boleh lagi kalau aku nak 'call'.

Aku tanya, "Long, apa cerita?"

Along kata, "Tekalah."

Aku, "Tak nak tekalah. Ceritalah."

Along, "Bibik kau lari. Telefon dalam 10 minit lagi, eh?"

Aku, "Hoh? Aaa. OK."

Hahahah. Saikosis. Nak memendekkan cerita yang panjang, Along cakap Bibik ni dah lain macam sejak kebelakangan ni. Takut tidur di biliknya, jadi dia minta untuk tidur dengan mama aku depan TV. Mula-mula yang aku tau, sebab die tengok cerita Susuk dan jadi takut tidur sendirian. Aku macam, what the.. Dah takut, janganlah tengok, ya tak? Lepas tu, cerita terbaru yang aku dengar, dia cakap dia jumpa kubur dekat sekolah agama sebelah rumah aku. Dia siram kubur tu sebab katanya kalau kubur tu kubur keramat, bila disiram hajat sesiapa yang menyiramnya akan tercapai. Tapi rupa-rupanya kubur yang dia siram tu kubur tak baik. Bila dia siram, penunggu kubur tu ikut dia. Teeeeeeeeettttttttttt! Aku sekolah agama kat situ OK. Mana ada kubur OK. Aku sekel jugak kang. Abang ipar aku siap cakap, "Tunjuk kat saya mana kubur tu." Tapi dia diam saja.

Dia cakap dia kena kacau dengan hantu. Along aku marahlah. Malas pun nak percaya. Along kata, "Malas saya nak percaya kamu. Bulan-bulan puasa ni mana ada hantu. Syaitan kena ikatlah." Dia tetap dengan sindrom-sindrom dia. Siap cakap, "Ini bukan diri saya yang sebenar. Saya sedang dirasuk ni." Errrr???

Dia tinggalkan nota berbunyi, "Ibu, I*** pergi berubat. Semua orang dalam rumah ni tak percayakan I***." [I*** adalah nama yang di'censor' dan bukanlah carutan atau makian.] Kejadian ini berlaku selepas dia tak mendapat restu mama aku untuk pergi ke Perak. Kejap kata nak berubat, kejap kata nak jumpa kakak dia. Cakap pusing. Bukan tak bagi, cuma sebagai seorang yang bukan rakyat Malaysia, tentulah dia jadi tanggungjawab yang tersandar pada bahu majikan dia iaitu mama dan ayah aku. Mana boleh dia main pergi cuti-cuti Malaysia ikut suka hati dia. Mama pun, kena tunggu 'green-light' dari ayah. Tapi, Bibik tak sabar. Dia lari juga.

Tau-tau, ejen yang menguruskan Bibik telefon rumah. Katanya Bibik ada depan rumah dia di Kelana Jaya pukul 4 pagi. Naik teksi berhabis RM400. Kata kakak aku, "Baik naik 'flight' kalau habis sampai RM400." Ikhlasnya, aku pun tak tahu berapa caj teksi dari Johor ke Kelana Jaya. Bibik bawa RM800 iaitu kesemua gaji dia yang ada dengan dia. Ejen tu kata, sekarang Bibik ada RM8 saja. Aih, tak taulah mana pergi duit Bibik dalam masa yang sangat singkat tu.

Dalam proses mencari Bibik, mama angkat-angkat telekung dan sejadah dia yang ditinggalkan depan TV dan terjumpa tiga keping gambar: satu gambar mama, satu gambar ayah, dan satu gambar adik aku.

Mama pun bertanya kepada ejen tu, "Tolonglah 'check-check'kan apa yang dia bawa dari rumah ni. Takutlah. Sebab jumpa gambar saya, suami dengan anak dekat tempat dia sembahyang."

Ejen, "Anak yang nama Amin tu ke?"

Mama pun pelik, macam mana ejen ni boleh tau nama anak bongsu dia. Kata ejen tu lagi, Bibik kata dia dah jaga mama aku dengan baik, membuatkan mama aku berkenan dekat dia. Jadi dia dan Amin akan dijodohkan untuk kahwin. Hahahahha. Tang ni aku gelak memang tak ingat dunia. Aku terhibur sangat, sebab Bibik minat kat adik aku. Along kata, "Patutlah dia macam pelik lepas adik pergi Arau." Hahahahhaha. Along kata lagi, mama mengomel, "Anak aku punyalah 'handsome', ada ke nak dijodohkan dengan dia." Aku pula cakap, "Entah-entah dia lari tu sebab nak kejar Amin."

Waaa..terhiburnya. Mm. OK. Aku nak menamatkan cerita panjang ini. Sekarang Bibik masih di lokap di Kelana Jaya. Tentang dia masuk lokap, lain pula ceritanya. Terlalu panjang untuk diceritakan disini. Polis selalu telefon Along, minta Bibik dijemput. Hm, polis pun tak tahan dengan Bibik. Sudahlah, mama aku penat. Bibik tak payahlah nak penat-penatkan mama lagi.

Jom pergi zoo, jom.

11 comments:

Nur Amirah Shaharom said...

adoi.. penat gelak nih... fuhh..
susah betoi nak bhenti.
tanye sket la.. ade jet tu umo brapa? bibik tu umo brapa? hehe..
ni yg majikan bleh gila ade sorg maid mcm ni.
ckp kat along jet, jangan amik die kat lokap.
RASAIN!

Minci said...

ahaha.. aku hanya mampu berdekah buat kali kedua dan ketiganya membaca isen ini.. tidak jemu aku membaca perilaku manusia yg pelbagai spektrum peliknya.. teringin jugak nk tau apakah kesudahan nasib bibik nih. paakah dia akan berjaya keluar lokap?

*semestinya cerita masuk lokap itu berkaitan dgn konsep 'Redha' ;)

Anonymous said...

wahahaha.... kelakar betul citer u ni jet... macam2 perangai la diorang ni... dulu maid bapak i pun lari jugak. sempat dia mencurik pulak tu. tak dapat dikesan sampai sekarang...

nemu said...

sangat drama queen bibik ko.

kaSyah said...

cik jet..cerita yg sungguh interesting.

pening kalo dapat bibik camnie..sudah angau sama anak majikan.

nak tau umur ur bro n bibik...n nak tau kesudahannya..besh2

yanti said...

haha..sungguh dramatic skali..boleh wat movie nie.. umur bibik ngan amin brape? haha.. kesian kat die..trauma ke ape..

jetjetsemot said...

nur amirah..yeh, tade org pun nak amek die kat lokap..biakan die merasakannya..

minci..yeh..redha..redha..pehtu histeria..ngahaha..

amuro..yeh..pelik dyrg ni..tapi bukan sume lah yang jahat2 kan..

nemu..hehe..sgt drama ok..ko leh amek die belakon iklan tv ko..

kasyah..nnt suro die angau sama dikau lak..

yanti..elo2..aa..mmg dramatic..tataula trauma ke apa..hoo..dan jawapan kepada semua soalan kalian, adikku berumur 18 tahun ni [tapi muka dia matang] dan bibik pula berumur 26-27 cmtuh..nak jadi sugar mummy agaknyeh..

bZz said...

Ermm... kalau tak sure awak dpt adik ipar org oversea kan? :p

Minci said...

oversea.. ha ha ha

yanti said...

"adik" ipar? haha..

jetjetsemot said...

adik ipa la sgt..haa..yeh..