Wednesday, September 19, 2007

tepung pelita

Hoh. Membuat kerja gila hari ni. Sepatutnya aku kena ada di wad jam 8 pagi dan seterusnya ke 'operation theatre' [panggung operasi???]. Untuk itu aku kena menaiki bas pada pukul 7.20 pagi. Tapi aku bangun jam tujuh. Aku bangun, siap berdiri lagi tu, jalan sehasta jauhnya dari katil, kemudian aku berhenti dan aku tenung jam. Aku cakap, "Ah, tak sempat la nak naik kejar bas pukul 7.20. Sambung tidur. Nanti ambil bas pukul 8.25 pulak. Boleh jumpa kak Fiza."

Aku pun patah balik ke katil. Tidur. Memang jenis redha, 'alarm' telefon tak aku 'set'. Kalau bangun, bangunlah. Kan? Ya, aku memang keji. Tiba-tiba terbangun lagi. Tenung jam di dinding. Selimut masih kuat melekap di badan aku. Hoh. Pukul 8? Eish, tak sempat ni nak kejar bas pukul 8.25. Tidurlah lagi. Ambil bas pukul 9.35 lah nanti. Akhirnya, aku bangun pada jam 8.25 pagi, semacam sengaja membiarkan bas berlalu dahulu. Babai kak Fiza. Aku bangun dan mandi. Walaupun aku dah terlajak jauh dan sebaiknya terus sambung tidur aku, tapi aku kena juga ke hospital itu. Misi atau 'nurse' nak air kencing aku pagi tu. Untuk apa? Buat 'drug-test'. Aku 'addict' yang kena di'monitor'. Hah, percaya..percayalah. Kisah air kencing aku bukan untuk tatapan umum.

Semalam diberi cuti. Hari ini, aku memberi cuti kepada diri sendiri. Tiada cerita sedramatik kisah sebelum ini. Cuma aku ingin berkongsi percubaan pertama aku membuat tepung pelita, semalam.

Terdetiknya nak membuat kuih ini adalah apabila muka lapar Minci asyik kata nak makan tepung pelita, nak makan tepung pelita. Dah macam makcik "batu belah batu bertangkup, tangkupkan aku. Aku kempunan telur tembakul" punya muka dah. Aku mencari resepi di internet. Dan aku terjumpa resepi yang paling mudah dan sesuai untuk orang macam kami yang di perantauan; tak ada 'steamer', tak ada apa. Kalian cubalah buat. InsyaAllah menjadi. Tapi tips daripada aku, masa mengacau benda-benda ni sampai pekat terutama di bulan Ramadhan yang tak membolehkan kalian nak merasa-rasa, kan...kalian kumat-kamitkanlah mulut tu begini, "Tolonglah jadi..tolonglah jadi...tolonglah sedap." Dan yang seumpamanya.

Alhamdulillah, inilah hasilnya.



Resepinya aku dapati dari My Resepi. Aih, entah kenapa tak boleh buka pula 'page'nya hari ini. Oh, ada masalah teknikal dan telah ditutup buat sementara waktu. Jadi aku tak dapat nak meletakkan 'link' resepinya disini hari ini. Tak silap aku si pemilik resepi bernama Yani. Terima kasih kepada beliau.

Tepung pelita

BAHAN A:
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 helai daun pandan dikisar dengan sedikit air, dan diperah [ambil air saja, hampas dibuang]
Sedikit air kapur [dalam setengah sudu teh]

BAHAN B
4 sudu besar tepung beras [diratakan]
4 cawan santan
Sedikit garam

Cara-cara:
1. Campak semua bahan A dalam periuk dan masak sampai pekat dan berkilat.
2. Campak semua bahan B dalam periuk lain, dan masak juga sampai pekat dan berkilat.
3. Tuang hasil bahan A dalam bekas kecil [separuh bekas] dan diikuti dengan hasil bahan B. Untuk elakkan dua lapisan tadi bercampur, tunggu lapisan hijau sedikit sejuk sebelum meletakkan lapisan putih.
4. Sejukkan dalam peti sejuk.

Sedikit 'alteration' yang aku lakukan adalah:
1. Menambah pewarna hijau kepada bahan A untuk mencantikkan warnanya.
2. Menghiris dan meletakkan sengkuang cina atau 'water chestnuts' di dalam adunan bahan A, apabila bahan A sudah masak untuk mendapat efek 'crunchiness'.
3. Menaburkan gula diatas lapisan hijau, sebelum meletakkan lapisan putih supaya air gula terhasil, dan tepung pelita menjadi lebih sedap. [Atas saranan mereka-mereka yang telah mencuba resepi ini, di My Resepi.]

Mm. OK. Dah. Sedap tak Kamen??

11 comments:

Minci said...

oii..kau ada kat ataslah nih eh? [masa menulis:1330h]

Yaaa.. mmg sedap giller ko buat..sgt kagumi okeh.. terima kasih bangat :)

wahaha.. ikut suka jer bagi cuti sendre..

sheiLazRienRamli said...

huish.. tahap kerajinan yg amat sangat.. aku nak g0reng telur p0n malas.. waaahh!! untung sapE dpt ko jet.. (^_^)/ yea~

notakaki: xp0n nak mkn tunggu nak balek mesia kang.. hihihi *gelak keji..

Anonymous said...

pandainya bakal isteri abg ni masak :-p

Nur Amirah Shaharom said...

esh,, saya teringin la nak tengok muka lapar minci berkata-kata "nak makan tepung pelita, nak makan tepung pelita" itu...

bZz said...

Soklan utk tukang masak n tukang makan...
Kenapa kuih yg Jett buat tu dinamakan 'tepung pelita'... Tak dpt jawab... Jett buat lagi sekali. Smpi la dpt jawapannya.

jetjetsemot said...

minci..wahaha..mmg pakar kasik cuti snirik..yeh..makaseh, krn memberi galakan memasak..

majod..huhu..rajenla..terpaksa men, dikejauhan ini, dgn napsu yg tinggi..kenala pandai2 buat snrik..ah, sudah ko..by the time ko balik, sume kat msia takde makanan dah..hahaha..*gelak lebih keji lagi..

amuro..wasaiii..menampa kapik
kamu...

nur amirah..muka die cm muka puss in boots dlm cite shrek tuh..

bzz..alaa..cikainye soklan..jawapan die sbb masa kuih tuh dibuat zaman dahulu, mereka kukus tepung pakai api pelita..jadila tepung pelita..

bZz said...

wooo camtuh...
Patut la cam tak abis masak. Hehe...

jetjetsemot said...

bzz..haha..ei..makruh tau menipu dikala puasa..maapkan...

yanti said...

wah da tuka layout :)

daju said...

new layout..cece..
hehh..ade gak resipi di sini..
boleh la try..if the bahan2 are easy to find la..

Nur Amirah Shaharom said...

layout yg lebih smart...
Erm..
puss in boots dlm shrek... Wah! sungguh menggoda. (saya taktau nak guna words ape nak menggambarkan muka puss tu) maapkann...