Thursday, September 27, 2007

lori itu


Aku...malas lah nak mengaku.

Tapi aku memang ada sindrom 'excited' bila melihat kenderaan, tak kiralah lori atau van, milik syarikat ekspres dan lojistik, DHL. Sindrom ini ada sejak aku bersusah payah dengan Along aku mencari pejabat DHL di Johor Bahru atau lebih tepat lagi di Tebrau untuk menghantar borang aplikasi ke universiti aku sekarang ini. Kenapa DHL dan bukan syarikat lain? Sebab Along paling yakin dengan DHL walhal banyak pejabat yang mempunyai perkhidmatan yang sama di kawasan itu. Kerana pada waktu itu, sangat suntuk waktu yang aku ada sebelum tarikh tutup untuk hantar borang penting tu, aku rasa Along hanya nak syarikat yang terbaik dan boleh dipercayai. Cari, cari...memang tak jumpa. Pusing kawasan sampai 15 juta kali. Tapi tangki minyak kereta masih tak kering lagi. Baiklah, aku 'exaggerate'. Kami sampaikan semacam 'stalker' yang bila ternampak van DHL, terus nak ekor. Padahal, satu van tengah berhenti di tempat jual durian. Dan van yang lagi satu, tak tau mana arah tujunya. Haha.

Bila tetap tak berjaya, Along telefon syarikat DHL. Mereka dengan senang hatinya 'offer' untuk datang ke rumah kami yang sangat ceruk itu, [poskod rumah aku tak ada dalam 'list' penghantaran bunga secara 'online' berbanding Fizatul yang lebih 'uptown girl'] untuk mengambil 'document' aku. Abang DHL pula lagaknya sangat 'friendly' ala-ala orang dalam iklan TV, tersenyum saja.

Sampai di UK, kenderaan DHL jadi 'good luck charm' aku. Bila aku nampak, aku rasa 'high'. Saiko? Yeh, mungkin. Ada sampai satu saat, aku rasa macam nak buat audit pasal kenderaan DHL. Tentang berapa banyak kenderaan DHL yang boleh aku bertembung dalam masa 20 minit perjalanan dari hospital 'main' ke hospital daerah dan 'vice versa'. Dan ya, aku memang akan merenung jalan yang bertentangan dan mencari kelibat serta mengira kenderaan DHL yang aku nampak. Dan 'feel good about it'.

OK. DHL. Sila bagi aku komisyen. Promosi baik punya ni.

Tambah 'list' jejaka pujaan: Abang DHL yang boleh bawa van DHL 'parking' depan rumah aku. [Hah, 'approach' lah..'Approach'lah.. Eh.. Jangan, jangan. Ini adalah 'drill' sahaja. Takut deh. Muahahaha.]

6 comments:

Minci said...

ahahaha.. ko kena buat satu entry mengenai perubahan taste dlm jejaka idaman kau..bermula daripada cekeding hinggalah ke DHL..

bZz said...

Jett...
Hahahaha... Mu konpius ke? Tu la susah jadik org glamer ni kan... :p

kaSyah said...

oh..lepas tak dtg sini terus tukar theme ka?

xpe2 lawa. nape xpakai theme kuning?hehe

teruskan membayangkan yg bagus tntg kelibat DHL ini...mana tau ada jodoh ngan anak CEO DHL...ataupun CEO itu sendiri..hehehe

si comel yg bizi said...

hue hue..baik promo kami dari promo dhl~~ ada maknanye

Nur Amirah Shaharom said...

ishk3.. Lori DHL yg kuning ni pun bleh jadi satu entry yang best kat blog ni. Bagus2.. Percubaan yang baik utk mendapat komisyen dr DHL dan jugak peluang untuk bertemu jodoh. hehe!

jetjetsemot said...

minci..yeh..will do that..haha..

bzz..konpius mendenye?sape plak yg glemer ni..kamu ke?

kasyah..hoh, akhirnye kamu ke mari..bru je tuka neh..yeh, mne tau kan, jodoh..*wink~

si comel..ape yg leh dipromokan tentang dikau..meh, aku promokan..

nur amirah.....hehe..cube amendenye..just another cerita tentang diriku..heh..