
Siri bercakap dengan jin iaitu diri sendiri. "Jet, apa pendapat kamu tentang diri kamu masa kecik-kecik dulu?"
1. Saya 'competitive' orangnya. Masa hari pertama saya di sekolah agama Johor darjah satu, saya tak pandai mengaji. Bila balik rumah, saya nangis-nangis bertekanan tinggi. Saya paksa mak saya ajar saya ngaji. Bila darjah berapa entah, semua rakan sekelas saya hafal ayat Qursi. Saya pun balik rumah dan menghafal sampai saya hafal.
2. Saya benci budak-budak montel. Sebab saya waktu muda-mudi dahulu adalah kurus dan tinggi. Akibatnya, saya tidak dicubit pipi dan dianggap comel. WTF. Haha. Ya, saya tidak dikategorikan sebagai budak yang menawan hati. Best friend waktu saya darjah satu sangat comel dan kecil. Abang saya dan rakan-rakannya yang darjah enam menganggap kawan saya sangat 'adorable'. Mereka suka kelilingi dia. Fine. Tapi sekarang saya membantut dan mereka yang dulu kecil, montel dan jalan terkedek-kedek telah meninggi meninggalkan saya.
3. Saya selalu dapat apa yang saya nak. Waktu saya darjah 4 atau 5, saya telah dipilih untuk memasuki pertandingan kuiz Anti Dadah. Waktu itu, jika mahu masuk pertandingan, ibu bapa perlu isi borang kebenaran untuk bawa murid keluar dari kawasan sekolah. Akibat tak membaca apa-apa informasi tentang dadah, saya telah memaksa ibu saya agar tidak membenarkan cikgu saya bawa saya ke kuiz. Lebih buruk lagi, saya telah melakukan aksi lasak ini sehari sebelum hari pertandingan. Akibat sikap buruk saya ini, bidan terjun bernama Wan Muhammad telah didatangkan khas untuk menggantikan saya. Ya, budak itu terpaksa membaca buku tentang dadah sehari suntuk sebelum kuiz. Hasilnya? Mereka memenangi pertandingan kuiz tersebut dengan jayanya. Haha.
4. Saya adalah 'teacher's pet'. Saya tak tahu kenapa waktu di sekolah, walaupun saya yang salah, cikgu mesti kata saya yang betul. Contohnya, waktu pelajaran Bahasa Melayu cikgu telah menyuruh saya menulis ayat di papan hitam. Saya tak ingat ayat apa. Tapi ayat tersebut mengandungi perkataan account = akaun. Tapi saya eja 'akuan'. Walaupun dibantah oleh ramai budak kelas akan ejaan saya itu, cikgu saya masih kata ejaan account = akuan saya adalah betul. Nasib baik saya tidak fail dalam Bahasa Melayu akibat mencipta ejaaan-ejaan dan bahasa saya sendiri.
5. Saya suka menunjuk. Bila ada benda-benda baru terutama lagu berkumandang di radio, saya pastilah antara yang pertama menghafalnya. Saya boleh berusaha bersungguh-sungguh menghafal lagu tersebut sepanjang hari. Yang paling tak tahannya, saya akan tiba-tiba menyanyi di kalangan rakan-rakan saya yang sedang sibuk berbual, hanya untuk berlagak yang saya dah hafal lagu tersebut. Dan rakan-rakan saya pun akan menegur, "Eh, lagu apa tu?" dan saya pun akan tersenyum puas kerana di'notice'.
Dari keterangan-keterangan di atas, saya dapati diri saya adalah budak yang 'spoilt'. Diri saya yang dewasa kepingin saja mau ketuk kepala saya yang kecil agar otak saya di'tune' menjadi lebih baik. Saya perasan bahawa waktu kecil, saya tak digemari oleh mereka yang lebih tua dari saya, tapi mereka yang sebaya dan muda suka mengikut jejak langkah saya. Saya harap saya tak sejengkel dulu, sekarang ini. Apa pendapat kamu yang mengenali saya?