Saturday, May 26, 2007

lelaki Melayu 2


Ye. Mari menyambung meeting 'Lelaki Melayu' kita. Minta maaf banyak kerana delay huraian. Internet semalam bengong di rumah. Kemudian ke klinik pulak. Bila balik pula, duduk di couch ruang tamu menonton TV sampai pukul 12 malam. Hebat kan? Aku ni memang la bangsa yang musnah.

Surat dah baca? Bagus betul korang ni kan. Ni ada sorang budak nama start huruf 'Y' asyik 'buzz' aku kat YM ni kenapa? Nak gaduhlah tu. Nak kasik dia punya huraian pulak, ye? Nanti ye. Hmm.. Apa yang aku nak huraikan, takdelah banyak mana pun. Well, mungkin ada terlintas dalam fikiran aku lelaki Melayu 'bodoh' tapi ada juga perempuan Melayu yang 'bodoh'. Kan? Kalau kita tunding satu jari kat satu kaum, empat jari lain menunding ke kita. Maka, penting sangat kita timbang-timbang kelebihan dan kekurangan diri sendiri sebelum mengeluarkan sesuatu pernyataan. Namun, lumrahnya manusia lupa dan perlu sentiasa diingatkan.

Mungkin ada benarnya rata-rata lelaki barat lebih pandai mengambil hati wanita. Tapi prinsip aku, walau kacak dan bersopan santun 'dahsyat' pun lelaki barat, lelaki Melayu tetap menjadi 'priority' sebagai pilihan pasangan hidup. Memang kerap lelaki Barat menunjukkan ke'gentleman'an mereka dan memanglah kelakuan rata-rata mereka menawan hati, tapi jauh dilubuk hati aku ni, aku rasa lelaki Melayu pun ada kualiti. Tapi mungkin tersorok kualiti itu. Aku rasa ramai perempuan yang beranggapan dan berharapan seperti aku. Tinggi harapan aku pada bangsa aku. Diingatkan bahawa aku juga ada abang-abang dan adik yang bergelar 'lelaki Melayu'. Dan aku juga berharapan bahawa mereka takkan menjadi lelaki Melayu yang bermasalah. Pada aku ini kes susu sebelanga dirosak nila setitik. Dan mungkin kalau lelaki Melayu tau harapan wanita Melayu tinggi terhadap mereka, mereka yang bermasalah akan berubah. Siapa tahu? Haha. Pande-pande aku je. Ye, mungkin juga mentaliti tu yang perlu dibentuk. Dari kecil, anak lelaki tengok bapaknya. Tapi macam aku cakap dulu, cara orang belajar daripada melihat cara orang lain ada banyak. Ada yang mengambil cara orang lain secara membuta-tuli dan 'sebijik-sebijik', ada yang mengambil pengajaran dari cara orang lain, ada pula yang mengadaptasi sesuatu cara kepada yang lebih baik. Tapi still, cara ajar yang paling baik adalah dengan menunjukkan contoh yang baik. Kesimpulan perenggan ni, mungkin salah cara Akmal Fairuz menulis, tapi masih ada 'point' yang cuba disampaikannya. Dan 'point' tuh benar dan harus diperbaiki.

Bila aku membaca surat pakcik yang berpengalaman hidup di merata dunia tu, aku terfikir. Mungkin pada mata pandangan lelaki Barat, perempuan Melayu ni tak cun. So, buat apa kacau, kan? Respek je dah la. Bukan best dapat awek tak cun. Tapi, lelaki Melayu rasa perempuan Melayu lawa. So kacau ni dikira sebagai aprisiasi (appreciation..hahahahha) kecantikkan gadis Melayu oleh masyarakatnya sendiri. Boleh? Haha. So kiranya, cik Akmal harus bersyukur ada juga orang yang rasa dia lawa. Syukur woo, syukur. Hehe. Aku, dan spekulasi aku.

Kesimpulan yang benar-benar tersimpul? Semua orang, semua masyarakat ada kurangnya. Tapi jika banyak kelemahan, mestilah perlu ditegur kan? Yang ditegur, jangan cepat melenting, fikir dahulu dan yang menegur kenalah cermin-cerminkan diri dan menegur secara berhemah. Lelaki-lelaki Melayu, jangan cepat melatah. Ambil surat saudari Akmal sebagai suatu cabaran. Jika tak benar apa jua yang dia katakan, maka buktikanlah bahawa semua penyataannya itu salah dengan mengubah diri. Ye, aku tau tak lama lagi ada orang mesej aku di YM kata 'Tapi, perempuan Melayu pun banyak salah..bla..bla..bla..' Ini bukan masanya untuk menunding jari. Kita mesti cuba perbaiki bangsa kita.

Gambar di atas adalah ciri lelaki Melayu saya, yang santai, berjiwa Melayu dan cintakan negara~

4 comments:

Biskut Muka said...

aku harap sgt ada orang ambik kau kerja jadi kolumnis sambilan dalam suratkhabar ataupun majalah memana... kerana

kau ada bakat utk mengulas suatu perkara yg serius dgn nada yg bersahaja tetapi masih bermakna...

pastuh kan.. bila ko ada duit.. bolehlah ko bawak kitrog mkn kat luar..miahahaha~~

jetjetsemot said...

kenot one..what columnist?communist i can la..hehe..tengs nway..sgt bermakna kata2 anda..ye..klu ade duit sure blanje korgnyeh..insyaAllah..aku igt lg aku janji dgn member aku nk blanje die g jerman klu aku kaya..matila..hahaha..kne igt smpi mati tuh..

bZz said...

"Man is not the sum of what he is, but the totality of what he might be."

Kalau lelaki melayu tu bersungguh2 utk jadi yg terbaik walaupun dia tak sebaik org yg paling baik pun. Dh kira ok sangat dah...

Jauh lebih baik dari org yg bermula dengan kebaikan dan kemudiannya dia tak sedar yg dier menjadi semakin tak baik... ditegur tak boleh, dimarah salah, di ajar tak masuk otak... Isk...

Selamatkan Malaysia Tanah Airku... Merdeka!!! 50X

jetjetsemot said...

ye encik bzz..pompuan Malaya pon sama je..speech yg baek..i like..