Thursday, May 24, 2007

lelaki Melayu

Sempat lagi menaip isen walaupun aku di hospital. Tengah menunggu bas untuk balik ke rumah. Semoga sempatlah isen ni siap sebelum bas sampai. Bukan apa, banyak kali menangguh nak tulis isen yang ini. Kali ni, biar aku betul-betul taip sampai siap.

Cerita isen ni, mungkin dah basi. Well, kisah dah jadi 2 hari yang lalu. Fizatul yang kasi aku link berita menarik di Utusan online tentang pelajar bernama Akmal Fairuz yang belajar di Victoria University of Wellington, New Zealand. Dia menulis kepada segmen Forum akhbar berkenaan tentang lelaki Melayu bermasalah. Jika ada yang berminat nak membaca surat saudari Akmal, pandai-pandai korang lah google Utusan online dan pada ruangan 'search archives' taiplah 'Lelaki Melayu bermasalah?' Haha. Saja nak kasi korang kerja sikit. Ikhlasnya, aku bukanlah jenis membaca suratkhabar. Kali terakhir aku baca suratkhabar adalah tentang isu Khairy Jamluddin, Timbalan Pemuda UMNO yang suruh Anuar Ibrahim jawab tentang isu hubungan beliau dengan Wolfowitz. Mamat Wolfowitz ni dikira sebagai dalang besar dalam kes pencerobohan Amerika Syarikat ke atas Afghanistan dan Iraq. Aku pun tak tau. Diorang yang cakap. Aku tak cakap. Tak kisahlah tu. Tapi aku memang benci betul dengan Khairy ni. Pada aku, dialah contoh orang yang cakap banyak tapi kerja tak buat. Ke aku fitnah dia? Kalau buat kerja banyak, diam-diam sudahlah. Entah kenapa, mamat ni adalah figure politik yang paling aku 'menyampahi'. Haaa..hamek. Bahasa Melayu ciptaan aku sendiri.

Oh, berbalik pada isu Akmal Fairuz tadi. Korang dah baca ke belum? Lepas tu jangan lupa cari komen dari rakyat Malaysia lain tentang surat saudari Akmal tu. Korang taiplah pula di 'search archives' tadi, 'Jangan hukum lelaki Melayu.' Kalau korang dah baca surat-surat tuh semua, barulah korang akan faham tentang apa yang aku bebelkan. Secara ikhlasnya, sekali imbas aku baca surat dari Akmal tu, aku terus straight sokong dia yang asyik kena ngorat dengan jejaka-jejaka Malaya dan membandingkan lelaki Melayu dengan ke'gentleman'an lelaki barat. Memang menjengkelkan bila memperkatakan tentang isu dingorat. Siapa yang suka kena kacau? Tapi bila aku baca surat komenan dari 3 rakyat Malaysia yang lain, yang rata-rata pernah belajar dan tinggal di luar negara, rasional aku datang. Surat pertama yang datang dari seorang doktor yang pernah belajar di UK mengatakan bahawa Akmal 'cross the line' dengan menyatakan 'wanita zaman sekarang tak bodoh seperti wanita zaman dulu' dan 'lelaki Melayu bodoh.' Komen aku? Ye, tak manis cakap orang bodoh. Adehai, padahal baru tulis isen bertajuk 'Bodoh-bodoh alang'. Surat kedua datang dari pakcik yang dah tinggal merata dunia dan meletakkan Akmal di seluruh pelusuk dunia, dan apa isu 'kacau' yang akan Akmal lalui. Pakcik ni pun bagus sebab dah lama sangat duduk kat luar negara, sampai dia tau apa beza kelakuan lelaki di kawasan yang pernah dia tinggal, dahulu dan sekarang. Surat ketiga adalah dari seorang lelaki Melayu yang mem'backing' kaumnya. Dia mengakhiri suratnya dengan memperkenalkan dirinya sebagai, 'Lelaki Melayu, yang tidak bodoh, dan tidak bermasalah.'

Oh. Aku nak kena kejar bas. Nanti aku sambung. Haha. Sila baca surat tu!!!

4 comments:

Minci said...

still aku merasakan bahawa jika bukan kerana Akmal menyuarakan pendapat dia mengenai lelaki melayu, pastinya kita tk akan membaca input daripada manusia2 yg lain serta mengambil isi penting seperti;
1 - tk baik ckp org bodoh
2 - tk sumer yg di barat itu baik + pompuan tetap akan dikacau oleh lelaki di merata2, cuma bangsa jer lain, kalo kat serenti oleh para penagih, kalo kat tjg rambutan pula oleh org kurang waras.

3 - pasal lelaki yg tk bermasalah itu, aku sbnrnyer mengharapkan huraian yg lebih pjg as to why lelaki melayu yg problem tuh berproblem.. syang seklai tidak dihurai nyer panjang2.. ker aku baca skipping2.. haha

bzz said...

Jetjet,

Tergelak baca pasal KJ. Ye, kalau ada lelaki melayu bodoh yg byk cakap tapi tak buat kerje. Saya calonkan dier lelaki melayu bodoh dlm akademi pantasia.

Lelaki melayu jugak ramai yg pandai. Yg baik. But ramai gak yg tak baik dan bodoh. Dah la bodoh. Tak mengcover pulak tu kebodohan memasing.

Kesianlah aku... Kerana kebodohan mereka yg tak pandai cover-coveran ni, aku pun sama terlibat. Iskkk...

Tp jgn menyesal kalau kawin lelaki melayu... Sebodoh2 mereka, ramai lagi mat saleh yg lebih bodoh dari mereka...

*Biar bodoh otaknya, tapi hatinya baik, kan? Hhhmm...

puteri nad said...

oii jet,
pos kat aku surat tu jet..hehehe..pos pos

jetjetsemot said...

cik biskot yasmin..tentulah lelaki tuh xle jawab..sebab die tak bermasalah dan bodoh..okie..sile sedar~

bzz..yep..KJ ngong kan..tak rase ke?bile stat mulot die bukak je, rse nk switch off tv..sian die..lelaki Melayu bodoh?mm..nnt sy huraikan..

princess..kamu ni kenapa?kamu xle baca utusan oline ke..kamu nk duduk dibawah tapak kaki sy kah?mintak surat drpd sy..mintakla kat akmal fairuz..