Tuesday, May 15, 2007

bodoh-bodoh alang


Adoi. Hari ni banyak betul perkataan 'bodoh' terpacul daripada mulut aku. Tak boleh nak tahan dah. Sebab apa?

1. Sebab aku dah tukar dah alamat surat menyurat dengan bank aku. Berbulan-bulan dah dia hantar penyata bank kat aku di alamat rumah sekarang. Tapi bila aku telefon minta buku cek yang baru, dia kata alamat aku tak sama dengan alamat yang didaftarkan. Maknanya dalam sistem dia, alamat aku masih alamat rumah lama. Maka, aku disuruh ke cawangan bank yang berdekatan untuk tukar alamat. Tak boleh buat over the phone ke? Bengong. Habis kalau aku tak kasi tau kau lagi, apasal kau hantar statement tiap-tiap bulan kat alamat rumah sekarang aku? Bodoh weng.

2. Ni apa kes wanita kahwin umur 28 tahun dianggap perkahwinan pada usia muda ni? Sejak bila umur 28 tu dikira muda remaja? Nak tunggu cecah umur 40 tahun baru dianggap usia matang untuk berkahwin ke? Tau ke tidak mereka-mereka ni, makin lambat berumahtangga dan mendapat anak makin tinggi risiko untuk kanser payudara dan kecacatan janin. Pelik betul. Kalau ye pun buat ayat, biarlah buat ayat yang tepat sikit. "Farah Asyikin sememangnya sungguh optimistik memberikan penjelasannya apabila ditanya tentang keputusannya membina istana cinta dalam usia yang muda." Walhal dia sudah berusia 28 tahun. Orang yang tak kahwin lagi, bila baca pun boleh sakit hati.

3. Anak kucing yang ditinggalkan depan rumah orang senang-senang je dikatakan anak harimau. Penatlah harimau kena fitnah, barulah keluar berita yang sebenarnya ia adalah anak kucing dan bukannya anak harimau. Kenapalah manusia ni tak pernah belajar untuk dapatkan fakta yang sahih dan bukan masukkan berita-berita 'assumptions'. Sebab bila tahu keadaan sebenar, buat orang sakit hati je. Sama jelah situasinya dengan berita pasal keputusan SPM yang tak benar hari tu. Walaupun kali ni benda remeh dan hanya pasal anak kucing yang difitnah sebagai anak harimau tapi konsep suratkhabar yang memberi berita yang tak pasti dan tak sahih sangatlah menjengkelkan. Dari sini terpapar mentaliti orang yang sukakan berita palsu daripada mengetahui berita sebenar. Ingat kami ni anak kucing ke nak main-mainkan perasaan kami? Lempang. Piang. Piang.

4. Membaca salah satu email daripada boyfriend kawan aku. Semua salah diletak kat bahu kawan aku bilamana salah dia sendiri pun tak perasan. Dia cakap 'if only awak admit mistake awak and apologize' padahal member aku dah banyak hantar email dan mengaku salah yang mana semua email tu tak pernah dibalas. Apa dia tak pernah baca ke email-email tu semua? Cakap berjela-jela pasal ego dia dan pasal apa yang dia nak. Macam orang perempuan tak ada ego dan apa yang kami mahu je. Bukan mem'backing'. Dua-dua pihak pun pasti ada salahnya. Tapi bila pelbagai point sudah di'point'kan tapi masih juga 'buta', bagaimana nak memperbaiki hubungan? Cuba lari dari masalahkah? Member aku pesan, "Kalau bercinto biarlah berpadan.Jangan ngoma mengikut nafsu.Kolak merano menyosa tersekso badan." Oh dan lagi satu, bila bercinta, jangan keterlaluan. Nanti esok orang itulah yang kita benci melampau. Aku, senang saja prinsip aku, selagi kau bukan seorang yang dipanggil suami, jangan ingat aku nak dengar cakap kau.[Sila hafal, takut bila dah 'ludah', esok kena jilat semula ludah sendiri.]

5. Fizatul suka hati je kata lubang tindik telinganya dah tertutup hanya kerana rasa ada fibrosis di kawasan tersebut. Fibrosis adalah proses pembaikan tisu dimana tisu yang cedera diganti dengan tisu baru yang kurang fleksibel dan lebih rigid. Bila disuruh cuba pakai earring, mati-mati dia kata dah tertutup habis. Walhal orang lain pun ada benda yang sama bila lama tak pakai subang telinga. Degil weng. Bila paksa-paksa, rupanya tak tersumbat pun lubang tindiknya. Haish, maka bergembiralah dia memakai anting-anting berjela panjang. Kesimpulan, "Cuba dik. Jangan banyak dalih."

6. Tak tahulah ni kes bodoh hari ini atau semalam. Semalam peperiksaan. Hari ini tiba-tiba semua orang mention yang ada kemungkinan tak dapat balik ke Malaysia pada bulan 12 nanti. Kenapa? Kerana exam yang mencengkik darah tu, kebarangkalian untuk fail adalah tinggi dan jika fail, kami terpaksa resit pada bulan Januari 2008 sedangkan kami dijadualkan berada di tanah air pada waktu itu. Maka, tak boleh lah nak meronggeng di Kulai makan lauk raya lagaknya. Demn, kacau mood nih. Tengoklah rezeki macam mana. Kalian. Aku. Tapi, aku memang suka expect the worst supaya bila datang berita buruk tu, aku tak terkejut sangat. Dan kalau terkejut dan 'hurt' pun, perasaan tu tak bertahan lama. Redha dah lah. Mau nangis juga kalau tak dapat balik. Exam bodoh.

Dahlah. Banyak sangat sebut 'bodoh'. Dulu, ada orang tu marah betul bila aku sebut perkataan ni. Salah ke? Situasi tu yang bodoh. Orang tak bodoh. Kalau ada orang yang bodoh pun, orang tu adalah aku. Takpe, dia dah takde nak marah aku. Teringat pula ayat ayah aku waktu kami bergaduh ketika masih kecil, "Eish..Kenapa cakap 'bodoh' ni? Bila ayah marah, ada ayah panggil korang bodoh?" Heheh. Sorry, yah...

7 comments:

Biskut Muka said...

kes 1 - mmg lah ngong, aku pun tk paham apsallah bank nih tk selaras dia nyer admin.. tuka skali cukuplah.. nih nk kena tukar utk sume satu2.. sepatutnya boleh fon, aku pun tk sure knp nbank ko tk leh buat camtuh

kes 2 - haish.. apa nak jadi ngan suratkhabar Malaysia? ish ish ish.. apapun, sleamat pengantin baru kepada Farah (juga cousin kak syifa)

kes 3 - aku rasa mcm kelakar plak baca berita nih.teringin nk tgk gambar..tp diorg tk letak plak..

kes 4 - oh ayat itu mmg bikin panas dlm hati kita wanita.. betul2 kitrog pun ada EGO ok..

kes 5 - hoho.. aku tk perasan plak tadi. aku ingat tuh subang kepit jer. maknanya tinga aku ada harapan lah nih

kes 6 - huhu.. samalah mood kacau. nannes

jetjetsemot said...

ade gamba anak rimau tuh..anak rimau la konon..ko taip ah kat archive utusan oline 'anak harimau'.adalah keluar nanti gambar baby kucing tuh..

bZz said...

Jet..

.. Tujuan nak soh customer dtg utk update buku adalah sebab nak make sure yg customer tu adalah tuan punya acc. Maybe kene tunjuk buku ke, card ke, ic ke. Kononnya kalau call sesiapa pun boleh. So maybe akan berlaku penipuan. Tu reason 1. But... Menyelam sambil minum air. Sesambil tukar alamat, boleh le perkenal produk baru... Insurance, car loan, housing loan and etc.. Hahaha... Walaupun tak keje counter, tapi tahu le sesikit... :p

.. 28 tahun masih muda kalau belum atau baru nak kawin. Kalau dah lama kawin tu kire dah tua la tu. So, carilah bini lain yg masih muda. Kononnya... Alasan... Tak tahu diri sendri jauh lebih tua.

.. Lelaki memang egonya sentiasa besar. Sampaikan kengkadang dgn selambanya toyer cakap yg kononnya dia ni tak ego... (Ada kawan kata, ego lelaki tak mengira sama ada dia hensem, kaya, pandai atau segalanya. Kalau dia nak ego, tetap dier akan ego juga. Walaupun badannya kecik, pendek, tak hensem, bodoh piang n takde duit! Betul salah belakang kira. Janji rock!)

jetjetsemot said...

bzz..

hahaha..keje maybank kan?patotla tau sje..heh..btol..sbenanye die suro dtg branch sbb nak tau btol ke orgnye..supposenye bawak pasport tp sy x bawak pon..sy kompom sy dah penah renew alamat sy dgn bank..alih-alih dtg bank, die kata mmg betul sy da tuka alamat..die pon x paham pesal mamat yg sy call tuh kate sy x tuka alamat lagi..mse time tuh da terbayang da nak rompak bank..nk buat kacau kat bank..buat barbecue ke..bia berasap siket dlm tuh..haha..sakit ati deh..

ye ke muda?even perempuan?hmm..stil kata umur tuh dah lanjut..heh..fix!

ego, ego gak..tapi kene ada limitlah kan..klu sume bende nk ego, ei idup sorg2 lah..takde sape nk layan egonye tuh..

bZz said...

Org yg awak tu...

Hahaha dier pakai pentium 133 mmx dengan ram 32MB. Windows 95 error lak tu. Sebab tu dier slow skek dpt info... Hahahaha...

Anonymous said...

oo....mcm tu kaa...

jetjetsemot said...

hehe..ye la tu kot..