Sunday, May 13, 2007

saya tidak pelik


Bilakah ke’panik’an patut menular dalam hati ibu-ibu tentang anak gadisnya? Adakah bila dia tak pernah dengar anaknya berkawan dengan lelaki? Adakah bila anaknya tak pernah mau sentuh atau bercakap pasal relationship atau lelaki? Atau bila anaknya berkata sudah ada kekasih hati minggu lepas, tapi minggu ni dia cakap dia dah break pulak? Dan bila anaknya nampak tak berminat untuk ada hubungan? Atau adakah bila adiknya yang muda 5 tahun dari anak gadisnya sedang bercinta? Atau bila si adik yang muda 5 tahun tadi sudah membawa kekasihnya berjumpa dengan si ibu? Atau bila si ibu dipaksa oleh si adik berjumpa dengan dengan bakal besannya? Atau bila si anak gadis nak cakap bye-bye di telefon, ibunya segera bertanya ‘Dah ada boyfriend ke belum?’ dan si anak gadis dengan cepat menjawab ‘Kasik adik jalan dulu.’? Atau bila si adik angkut ibunya ke Kuala Pilah untuk hadir pada hari pendaftaran matriks girlfriendnya? Atau bila ibunya mula berkata kepada si adik ‘Kau jangan nak gatal-gatal. Kakak kau tu belum ada boyfriend lagi. Kalau kau nak kahwin pun, kena tunggu dia.’? Panik kah? “Anak aku pelikkkk!!!!” Jerit makcik-makcik sambil menarik-narik rambut masing-masing. Makcik-makcik janganlah panik. Makcik-makcik tarik nafas je lah dalam-dalam.

Ya, di atas adalah situasi aku sekarang. Mungkin mama panik, mungkin juga tidak. Sebab mama aku prinsipnya, ‘Jangan paksa-paksa. Bila sampai, sampailah ia.’ Tapi bila consider anak dia yang sorang ni pelik daripada yang berbaki 6 lagi tu, mungkin juga dia nak panik-panik kucing. Aku panik ke? Entah. Kosong je rasa. Tapi dalam situasi aku, menolak bukanlah kerana tak hendak.

Tadi tengok gambar. Pelik bila kau rasa kau dah get over seseorang, tapi bila gambarnya terpampang, memori menyerap balik dalam jiwa. Debar-debar pun masih ada. Haha. Bengong. Tapi kau akan tau bahawa kau dah get over dia sebab bila kau click pangkah kat hujung atas kanan window tu, kau terus tak rasa apa. Jiwa rasa numb. Dan kau langsung tak kisah. Tipu ke? Heh.

Ah, good luck kepada budak-budak yang nak exam esok. All the best. Aku tunggu kalian kat menara gading. Hah, mampus nak layan~

p/s: Lagu bila nak siap pun tak tau. Tak berkembanglah studio ni. Haha.

4 comments:

pengurus za said...

jumpe anda di menara St Peters Chaplaincy!

gud luck esok!!

Biskut Muka said...

oh.. menara tuh ker.. hahaha...
first time aku dgr panik2 kucing..

p/s : lagu aku pun tk siap lagi.. tunggu sampai aku habis peringkat awal project nih ah dulu...

bZz said...

Byknye 'atau'...

"Jiwa rasa numb."?
So saya dedicate lagu;

Numb - Linkin Park

i'm tired of being what you want me to be
feeling so faithless
lost under the surface
i don't know what you're expecting of me
put under the pressure
of walking in your shoes
[caught in the undertow / just caught in the undertow]
every step that i take is another mistake to you

i've
become so numb
i can't feel you there
become so tired
so much more aware
i'm becoming this
all i want to do
is be more like me
and be less like you

can't you see that you're smothering me
holding too tightly
afraid to lose control
cause everything that you thought i would be
has fallen apart right in front of you

[caught in the undertow / just caught in the undertow]
every step that i take is another mistake to you
[caught in the undertow / just caught in the undertow]
and every second i waste is more than i can take

but i know
i may end up failing too
but i know
you were just like me
with someone disappointed in you

jetjetsemot said...

hoo..da abes exam..hmm..

tengs bzz..sesuai bena la lagu neh..