Friday, May 11, 2007

the pathology people are the greatest people around


" Tadi saya mimpi awak. Dah lama saya tak mimpi awak. Awak main bola dengan member awak yang saya pun member dengan dia. Awak pandang-pandang saya. Saya pandang-pandang awak. Tapi saya tetap jalan terus tuju ke rumah saya. Saya tak berhenti untuk tegur awak. Dan awak pun tak kejar untuk tegur saya. Saya harap ini mimpi akhir saya di mana awak menjadi seorang watak dalam hidup saya."

Habis membuat report dan menghantarnya adalah suatu nikmat yang tak terkata kerana bila report dah berada di tangan supervisor, bayang-bayang katil terus menjelma. Ngantuk membabeng tapi aku gagahkan juga diri untuk tinggal lama dalam bilik pelatih tu. Mula-mula ingat nak blah pukul 3 ptg. Tapi aku postpone sampai pukul 3.30 ptg sebab registrar aku duduk kat sebelah, tak dapat aku nak curi slide mikroskop hasil buatan aku. Tiba-tiba registrar aku hilang, aku pun curi slide tapi masih tak boleh nak tinggalkan bilik tu. Sebab nanti aku tak dapat ucapkan terima kasih aku untuk yang kesekian kalinya. Aku pun buat-buat tengok slides di bawah mikroskop. Belek-belek buku pathology. Sampai pukul 4 ptg, aku tak tahan dah. Registrar aku lagi seorang pula nak keluar dari bilik tu. Kalau macam ni,balik-balik sorang hilang, sorang ada, sorang hilang semula, sampai esok pun aku tak balik. Aku pesan je kat dia, 'I'm going home in a few minutes. If I don't see you later, bye and thanks a lot for everything.' Bila yang itu keluar, yang lagi sorang pun masuk. Aku bungkus mikroskop aku. Cakap bye-bye kat mikroskop. Dan registrar aku menegur, 'Wrapping up your microscope for the last time huh?' Aku sengih saja. Aku pun cakap terima kasih kat registrar yang seorang tu dan berambus dengan hebatnya. Tak silap aku sebelum aku tinggalkan bilik tu, dia pesan untuk consider pathology sebagai kerja aku. Sambil tergelak kecil selepas menyatakan saranan tu. Aku pun gelak dan berambus sekali lagi, kali ni dengan penuh gaya. Terfikir juga, mungkin ada baiknya aku jadi pathologist. Dimana aku tak perlu ada 'human contact' itu. Dimana aku boleh hidup dalam dunia aku sendiri. Dan aku tak perlu risau tentang orang lain. Kerja yang low-profile tapi banyak membantu department lain. Mmm, entahlah. Bila masa itu datang, bila rezeki itu datang, aku akan tau apa kerja yang akan aku lakukan. Bila merancang, tak semua benda akan terjadi. Bukanlah menghalang orang lain dari merancang, tapi biarlah ala kadar dan ingat bahawa akhirnya Allah yang menentukan segalanya. Aku rasa aku akan rindu mikroskop itu. Dan peluang bekerja di department pathology kali ini adalah sesuatu yang memenatkan tapi cukup memuaskan. Oh, dan percayalah bahawa mikroskop aku tak pandai bermain bola dengan membernya.

2 comments:

Minci said...

belilah mikroskop murah satu.. nanti kita tgk insect kat belakang rumah sesama... ataupun.. ambik secretion sesape , buat slide dan tgk lah kuman apa yg ada.. hahahaha~~

jetjetsemot said...

oo..bpekah harge microscope yg paling mura haa..alang-alang kite beli skali mesin utk potong specimen utk letak kat slide tuh..alang-alang lagi,kite beli je tapak buat lab..alang-alang,kite buat je department baru..alang-alang bia smpi menyeluk pekasam..hamek..