Wednesday, February 28, 2007

buat apa tu bang?

Dedikasi khas untuk rakan-rakan seantero dunia. Sila nyatakan pengajaran yang dapat anda ambil dari klip berikut:



Kredit kepada Aida Elyana yang email benda ni pada aku. I had a great laugh. Arigatou!

Tuesday, February 27, 2007

kepada kamu


Pada suatu hari, aku berasa depres yang amat sangat. Lantas aku berjaya menghasilkan sebuah sastera. Dengan pujangga sepiTal sebagai tokoh terhormat aku, aku ingin berkongsinya bersama kalian. Sajak ini khas ditujukan kepada Safuan Azizi.

Apa yang terbungkam dalam jiwa
Indah jika kau dengar ia
Tanpa ada mulut perlu terbuka
Biar sang bayu bawa kata
Merentas benua yang pisahkan kita
Titipkan bisikan pada telinga
Tentang apa yang aku rasa
Layaknya kau padamkan riak di dada
Hanya kerna telah kau bunuh dia
Apa yang dibilang cinta
Kosong...isinya kini tiada
Jiwa takkan bisa sama

Wahahaha.. Rasa nak gelak ok. Maafkan sajak yang tidak seberapa ini. Aku bukanlah nak tunjuk skill. Kerana skill tu memang tak ada. Cuma sekali sekala nak cuba. Kepada Safuan Azizi, saya harap kamu terhibur dengan sajak dendangan khas saya ini. Aku tak kenal pun siapa Safuan Azizi. Aku sekadar menaip namanya kerana aku tau ada di kalangan kalian yang suka menaip nama sendiri di google search toolbar untuk melihat apakah yang akan keluar. Bukankah lebih baik hasil google kalian adalah sebegini daripada nama kalian dikaitkan dengan tajuk filem hindustan, jenama pil perancang keluarga ataupun nama ketua polis Britain. Nama Safuan Azizi tiba-tiba bermain di benak minda ok. Misteri. Ini adalah hasil depres bukan kepalang. Tiba-tiba segala nama keluar dari minda. Tadi rasa nak tukar nama aku jadi Saliza Abdullah. Call me Sally now.

Gambar di atas, dari kiri Amin, Safuan, Hafiz, Wafi, Faizal and Islamulsidiq. Seperti biasa kerja aku merembat gambar melalui kaedah google. Pinjam gambar ye!

Saturday, February 24, 2007

BiskutMuka X-Clusive

Temubual Messenger bersama BiskutMuka, X-Clusive di sini.
oleh krew majalah Remajho (KR)


KR : Salam Biskut Muka
BM : Salam
KR : Canne imej?
BM : Camtuhlah *matilar aku tgh ckp sorang2 sbb tkder org betul nak interviu aku nih..hahaha*

KR : Jadi apa sebenarnyer 'makeover' yg telah dibuat?
BM : Ooohh.. tak banyak pun OK.. asalnya nk buat haircut ngan henna sekali. Konon2nya macam tatu lar, tapi tk jumpa henna, so buat rambut jer.

KR : Rambut pesen canne?
BM : Ntah lah.. tk tau nak ckp canne.. style 'emo' ker nih? nak kata style 'pixie' pun ada.. ker 'pixie' nih under 'emo'? Yang pasti, dia bukanlah style goth, retro, punk dan bende2 yg sewaktu dgnnya.

A fusion of both

KR : I see.. so why the change?
BM : Well.. I need something 'new' once in a while..nak botak kepala is like extreme kan.. so this is the nearest I could get. Makes me feel reborned! Baju kat dalam wardrobe pun dah tapis.. nak kasik charity memana yg dah tk guna sangat.

KR : charity mana?
BM : Save the children lah kot.. tapi kenalah tanya2 hosmet dulu, ada sesapa nak baju tuh ke tak.. kang tk pepasal diorg pegi beli kat kedai tuh.. takker naya..
KR : About your hair, tak menyesal ker?
BM : Haha.. you nih sebijik mcm hairdresser tadi, ntah brp kali tah dia tanya , 'are you sure about this?' haih.. i am so sure lah my dear..I mean, rambut boleh tumbuh balik kan. pastuh makcik gunting rambut tuh siap 'kaunseling' lagi on how i am to manage my hair - kena selalu straighten and use wax to get the effect.

KR : Really?
BM : Yup, n u know what.. that wax thing is sooooo amazing. I 've only known about gel before and hari nih baru tau that wax is far better and more flexible. Gel makes your hair a bit stiff.

KR : Cool.. so r u still going to get urself 'tattooed'?
BM : Yep, if I manage to get my hands on henna.
KR : Any hints as to what the design would be? Corak apa nak buat?
BM : Oh.. nak lukis pelan hospital kat badan mcm Scoffield ... hehe.. takderlah.. adalah... rahsia..
KR : Rahsialah plak.. fine! heh..baiklah cik biskut, adakah anda mempunyai pesanan kepada para peminat? Ada yang dah tanya pasal lagu nih..
BM : Ohh.. pasal lagu.. BOSS kami rasanya baru sahaja mendapat talian internet, jadi tk lama lagi adalah tuh kena masuk studio buat recording... lagu apa, saya tak tahulah...mmmmm... untuk para peminat saya ( matilar perasan), thank you for all ur support. Love ya.. heh :P

KR : Baiklah, terima kasih bebanyak kpd BiskutMuka kerana sudi meluangkan masa bersama krew Remajho. Kepada para pembaca di rumah, sebentar lagi.......

Thursday, February 22, 2007

rambutan






Emo haircut - Swept in the front with a horizontal fringe, usually chopped and chunky and they tend to cut it themselves (along with their wrists).

Setelah buta mata aku melilau mencari potongan rambut yang cantik, aku hanya berminat dengan yang ini saja. Saya kesal dengan sikap mereka yang kurang menyerlahkan gambar rambut pendek yang menarik. Mungkin kamu harus lihat style rambut retro, crazy, mohawk,indie dan sebagainya. Apa-apa pun pilihan kamu, sila buat belah tepi dan bukan tengah. Berserta fringe ke tepi. Kerana mungkin muka comel kamu sesuai dengan gaya itu.

Oh. Sebenarnya bantai je apa yang kamu mahu. Aku pun dah pening. Asalkan hati kamu puas.

Friday, February 16, 2007

darah...darah..kami cedera parah..........


Kami demam. Perkataan 'Kami' merujuk kepada kepala, tangan, kaki, badan dan anggota lainnya pada badan saya. Kami telah telan paracetamol sebanyak 2 biji dan ibuprofen sebanyak 2 biji juga. Lagaknya demam kami tak surut, kami akan menelan berdozen-dozen ubatan dari jenis yang sama supaya kami masuk ke bahagian kecemasan hospital. Kami bukanlah demam sangat. Kami bukanlah jenis orang yang berdemam-demaman. Dan jika kami sakit, kami jarang-jarang nak makan ubat. Kerana kami tau bahawa kami selalu kena jangkitan virus saja yang akan surut jika kami buat endah tak endah saja dengan beliau. Bila kami makan ubat maknanya kami terdesak. Kami tidak mahu sakit kerana apabila sakit, kami tidak dapat ke sekolah. Kami gemar ke sekolah. Di sekolah kami ada seorang jejaka idaman hati. Jika kami tak pergi, kebarangkalian kami untuk bersua muka dengan beliau amatlah rendah. Malahan minggu hadapan adalah minggu terakhir kami bersekolah dekat dengan beliau. Jadi kami ingin meluangkan masa kami dengan beliau dengan jayanya supaya kami dapat mengambil gambar memori yang banyak bersama beliau. Kami berharap kami tidak demam teruk. Kami tak mau menghabiskan masa hujung minggu kami dengan berbungkus selimut bilamana kami perlu membeli kasut baru bagi menggantikan kasut kami yang sudah koyak. Juga membeli beg sekolah yang nasibnya sama koyak. Banyak barang-barang kami yang sudah koyak. Otak kami juga koyak rabak akibat ilmu yang tidak tersusun didalamnya. Hasil taipan ini adalah bukti kekoyakkan otak kami. Hati kami juga koyak rabak kerana tiada tukang jahit yang menjahitnya. Kami harap jejaka idaman belum berkahwin. Tapi kata Biskut muka, "Assume all guys are taken unless proven otherwise." Kami pasrah lantas melihat jejaka dari kejauhan. Jejaka tinggal di jalan Garstang yang tidak jauh dari kediaman kami. Kami ingin meninjau rumah beliau lantas melihat jika ada bukti-bukti perkahwinan. Masalahnya, kami tidak tahu nombor rumah beliau. Kerana rumah beliau dekat dengan hospital, beliau telah memberi nombor telefon beliau kepada Jaspalela, seorang rakan sekerja beliau supaya beliau boleh dihubungi jika tenaga kerja lebih diperlukan pada hari-hari yang sibuk. Jika kami mahu, kami boleh memabukkan Jaspalela dan kemudian meminta nombor tersebut dari beliau. Sebenarnya, kami boleh saja minta nombor tersebut tanpa segan silu tapi fakta menyatakan bahawa kami ini tidaklah tidak malu. Lagipun, kami ini orangnya hidup dalam angan-angan dan kami tidaklah mempunyai semangat yang melampau. Bila begini, barulah kami sedar bahawa kami ini dilahirkan dengan darah pengekor [stalker - menurut kamus bermakna orang yang mengendap binatang liar. Dalam situasi ini kami adalah pengendap dan beliau adalah binatang liar] bilamana kami suka melihat dan menyayangi orang dari kejauhan dan tidak cuba memilikinya. Ini adalah hobi kami selain menjadi seorang paedophile. Tapi agak pelik memandangkan kami sedang melakukan rota di mana kami melihat ramai kanak-kanak berkeliaran tetapi tidak ada satu pun yang bertakhta di hati. Kecuali kanak-kanak bernama Sky tapi dia adalah sorang gadis kecil. Mungkin kami terpaksa menukar status paedophile kami kepada 'paedo's-father-phile' atau 'paedo's-doctor-phile'. Kepala kami sakit teruk seperti ada ketumbuhan didalamnya. Kami rasa kami mau tamatkan hari kami di sini saja. Jumpa lagi di masa akan datang kalian. Terima kasih kerana membaca isen otak koyak ini. Gambar di atas adalah Arif Chughtai yang kami rembat sesuka hati kami.

Arif Dasu 4 Regent Drive Fulwood Preston Lancashire PR2 3JA

Ya, sekarang kami sudah tahu nombor rumah beliau.

Friday, February 09, 2007

terima kasih Tuhan untuk jumaat





Macam-macam pengajaran yang aku dapat minggu ni.

1. Jangan memperkotak-katikkan orang kerana akhirnya akan kena balasan
Bos, dengar khabarnya kena denggi di Shah Alam sana. Dua orang 'housemates'nya dah disahkan denggi. Dia pula demam. Nak kena ZA juga pujuk supaya dia jumpa doktor. Aku cakap kat ZA, 'Tak payah pujuk budak tu. Marahkan aja.' Hakikatnya, orang tengah bercinta. Maka aku duduk bawah kotak saja di bucu bilik dengan motto 'sadap u!' Dengar khabarnya ada 'rash' dan dah pergi jumpa doktor. Kena datang semula beberapa hari kemudian untuk buat ujian darah. Aku harap kau sihat cepat bos.

2. Kamu adalah apa yang kamu makan [You are what you eat]
Sambutan hari jadi ZA semalam. Dimulakan dengan gayutan telefon pada kadar masa yang panjang dengan bos. Aksi-aksi variasi gaya bebas seperti duduk di kaki katil hingga aksi bahaya berbaring di atas katil dilakukan. Bolehlah masuk sarkis [circus] lepas ni, lambang dah berlatih dengan giatnya. Kemudian baru turun makan bersama kami. Menu adalah:
1. Chicken and vegetables fried rice Chinese style [nasi goreng ayam dan sayuran gaya Cina]
2. Fry chicken shred with mango [ayam carik goreng dengan mangga]
3. Rainbow vegetable [sayur pelangi]
4. Steamed fish Chinese style [ikan stim gaya Cina]
5. Dark chocolate cake I with whipped cream topping [ Kek coklat gelap I dengan krim putar]
Persoalannya di sini, bagaimana ikan menjadi 'stim' gaya Cina? Renungkan. Keterangan lanjut tentang majlis ZA mungkin boleh didapati daripada Biskut muka.

3. Jangan berjanji kerana janji itu beban
Semalam telefon rumah. Arieq nak cakap dengan aku sebab 'present' yang aku pos dah sampai ke Malaysia. Alhamdulillah. Pertama kali dia membebel panjang dengan aku. Berjalan dari biliknya di atas sampai ke bilik komputer di bawah. Membebel yang aku pun tak paham apa dan tak berhenti. Tapi sebab aku 'rushing' nak ke sekolah aku cakap 'Arieq, diamlah. Bonda nak pergi sekolah.' Aku janji untuk telefon dia semula hari ini, lepas dia balik dari sekolah. Tadi aku hampir terlupa nak 'call'. Bila aku ingat, telefon rumah pula 'engaged'. Aku mesej ibu Arieq:

'parcel da smpi td.tengkiu.ckp kat mama skali ye.smlm janji dgn arieq nk call die pas die skola.ade die tnye x?klu xde xpe,'

dan jawapannya:

'Aa,ok. Tgh hari td ada dia tanya, nk tepon bonda. Tp org ckp jajah sekolah. Ni dia dh tido. Sok sekolah, ganti cuti raya cina'

Aku tak sangka daya ingatan budak ni kuat. I feel bad~

4. Mesej akan sampai jika anda 'direct' dan 'open'
Alkisah tersebut seorang anak yang mendapat jemputan kahwin rakannya. Tapi memandangkan si anak berada di perantauan, jemputan diberi kepada ibu-bapanya dengan pesanan dari pihak pengantin 'sila beri jawapan jika anda ingin hadir ke majlis kami.' Si ibu beri 'hint' kepada si ayah bahawa dia nak pergi ke majlis itu. Tapi si ayah tak perasan. Si pengantin mesej si anak bertanyakan sama ada ibu bapanya akan hadir atau tidak. Lalu si anak pun bertanya kepada si ibu. Lantas si ibu suruh anaknya yang jauh beribu batu meninggalkan sistem pesanan ringkas [sms] kepada si ayah. Tapi, masih si ayah tidak menjawab. Si anak minta pula si kakak sampaikan pesanan kepada si ayah. Si ayah masih membisu. Si ibu bebel secara 'direct' kepada si ayah. Terus si anak menerima sms: ' Ayah akan datang majlis kahwin kawan kamu.'

Hadamkan kisah-kisah ini dulu. Mungkin ada yang lain akan menyusul. Selamat menjalani hujung minggu.

Thursday, February 08, 2007

ZA: laporan khas


Wei...Birthday lagi ke? Muntah darahlah weii.. Dengan wajah pucat setelah muntah beberapa liter darah, aku dengan rasa syukur dan takzimnya sepertimana negeri Johor ingin mengucapkan takziah kepada ZA si pengurus kerana pertambahan umur yang tidak dapat dielakkan. Semoga berbahagia dengan nombor 24 itu dan aku doakan agar segala rahmat Tuhan di dunia ini dan akhirat nanti melimpah ruah. Sila nikmati hari ini dan jangan buat muka badmood. Aku 'tampo' kau nanti. Haha. Sayang kamu, selamanya...

Ayat Biskut muka: 'Aku dengan rasa syukur dan bumi kenyalangnya sepertimana negeri Sarawak..'

Ngee~

Tuesday, February 06, 2007

sekuntum mawar merah


Entah mengapa aku rasa aku hanya boleh 'confide in' atau 'masuk' dengan orang-orang yang lahir pada bulan-bulan tertentu sahaja. Mungkin ini adalah atas dasar psikologi atau suatu fenomena yang tidak aku sengajakan. Aku tertarik dengan personaliti manusia yang pada aku boleh diklasifikasikan persamaannya mengikut bintang zodiak atau bulan kelahiran sehinggakan aku pernah membuat kaji selidik tentang perkara ini ketika di matrikulasi dulu. Tidak ada kata putus yang membuktikan bahawa setiap individu dalam satu kumpulan zodiak/bulan kelahiran berkongsi personaliti yang sama tetapi tidak dapat disangkal bahawa ada sedikit persamaan. Pada aku, zodiak atau bulan kelahiran hanyalah seperti 'weather forecast' yang kita lihat setiap hari tetapi tidak kita percayai 100% kesahihannya. Kerana hakikatnya, semua itu ketentuan Yang Maha Esa dan boleh berubah menurut kekuasaanNya.

Ramai manusia istimewa dalam hidup aku lahir pada bulan Februari. Najib Syahir, sepupu yang rapat yang aku sayang bagai adik aku sendiri. Nurnadrah yang tidak pernah aku temui serampang empat mata tapi punya tempat dalam hidup ini. Mama aku yang sempat menggosok pakaian kerja ayah sebelum ke hospital untuk melahirkan aku. Fizatul Akmar yang macam milo 3 dalam 1:kawan + housemate + kakak/adik?. Juga Ani Izzuani yang suatu ketika dulu seorang 'housemate' tetapi kekal sebagai kawan. Sarah si kenalan rapat sejak tingkatan satu. Aeddeshanadia yang aku kenal sejak sekolah rendah yang sedaya upaya cuba kekal berhubung setelah sekian lama. Arita yang memaafkan kejahatan aku dan menjadi rakan 'super' baik seperti tiada pertelingkahan antara kami. Dan akhir sekali, Nurul Akmal yang baiknya terlampau umpama seorang kakak dan ibu dalam satu tubuh. Tak dapat aku gambarkan rasa kesyukuran atas kehadiran manusia-manusia ini dalam hidup aku.

Selain dari manusia bulan Februari, aku juga berpendapat bahawa aku 'ngam' dengan mereka yang lahir pada bulan Mei dan Ogos. Tak tau kenapa, tapi hakikatnya orang-orang dalam bulan-bulan tersebut saja yang dapat masuk ke jiwa aku sebagaimana adanya aku.

Esok hari jadi mama ke 59. Doa aku untuk mama agar dipanjangkan umur supaya sentiasa ada untuk aku dan aku ada untuknya dikala susah dan senang, dikurniakan tubuh badan yang sihat untuk beribadat, diberikan sekelumit kebahagiaan di dunia ini sebelum ke alam yang satu lagi, dan tentunya agar syurga itu pasti untuk mama.

'Sekuntum mawar merah sebuah puisi untuk gadis pilihan oh.. di bulan Februari.
Mulanya cinta bersemi dan kehadiran ribuan mimpi-mimpi oh.. di bulan Februari'

Saturday, February 03, 2007

selamat..selamat..selamat hari raya




Hari ini hari jadi peminat fanatik, Natrah. Dia berada di Bristol, United Kingdom buat masa ini. Bukan main lagi Natrah. Menyambut hari jadinya melepasi garisan-garisan sempadan antarabangsa. Sangat 'posh' ok. Walaupun berada di UK, tapi Natrah tidaklah menyambutnya bersama-sama kami kerana fakta menyatakan bahawa Bristol bukanlah Preston dan Preston bukanlah Bristol. Arakian tak dapatlah Natrah makan pai hasil buatan Biskut muka yang dibuat pagi tadi dengan daya dan kasih sayang yang ulung. Khas buat Natrah, tapi menjadi jamuan perut kami. Dua jenis pai dibuat oleh Biskut muka.
1. Pai strawberi,
2. Pai lemon.

Hasilnya sangat memberangsangkan dan aku sangat suka pai strawberinya. Sodap dimakan begitu saja. Gambar di atas adalah hasilnya, sebelum dan selepas proses pembakaran. Dan ya, sebelum itu 'main course'nya adalah nasi beriyani. Betapa meriahnya sambutan hari jadi Natrah tanpa tuan punya badan di sini [haha, best woo makan]. Mesej dari Natrah tadi:

"Yo jet.ia di bristol before ke londang hehe.then aku ke dublin ya jet.syok sambut besdayku sini hihi.ni kat tesco hehe"

Londang Natrah adalah London sebenarnya. Sila jangan tertipu. Kalau pergi ke Londang bagai, macam merentas segala benua di dunia ni la kau Natrah oi. Semoga hari kamu baik-baik aja Natrah. Kami di Sharoe dan wasaii mendoakan agar kamu panjang umur, murah rezeki dan dipermudahkan urusan dunia dan akhirat. 22? Oh, hargai tahun itu..