Friday, February 09, 2007

terima kasih Tuhan untuk jumaat





Macam-macam pengajaran yang aku dapat minggu ni.

1. Jangan memperkotak-katikkan orang kerana akhirnya akan kena balasan
Bos, dengar khabarnya kena denggi di Shah Alam sana. Dua orang 'housemates'nya dah disahkan denggi. Dia pula demam. Nak kena ZA juga pujuk supaya dia jumpa doktor. Aku cakap kat ZA, 'Tak payah pujuk budak tu. Marahkan aja.' Hakikatnya, orang tengah bercinta. Maka aku duduk bawah kotak saja di bucu bilik dengan motto 'sadap u!' Dengar khabarnya ada 'rash' dan dah pergi jumpa doktor. Kena datang semula beberapa hari kemudian untuk buat ujian darah. Aku harap kau sihat cepat bos.

2. Kamu adalah apa yang kamu makan [You are what you eat]
Sambutan hari jadi ZA semalam. Dimulakan dengan gayutan telefon pada kadar masa yang panjang dengan bos. Aksi-aksi variasi gaya bebas seperti duduk di kaki katil hingga aksi bahaya berbaring di atas katil dilakukan. Bolehlah masuk sarkis [circus] lepas ni, lambang dah berlatih dengan giatnya. Kemudian baru turun makan bersama kami. Menu adalah:
1. Chicken and vegetables fried rice Chinese style [nasi goreng ayam dan sayuran gaya Cina]
2. Fry chicken shred with mango [ayam carik goreng dengan mangga]
3. Rainbow vegetable [sayur pelangi]
4. Steamed fish Chinese style [ikan stim gaya Cina]
5. Dark chocolate cake I with whipped cream topping [ Kek coklat gelap I dengan krim putar]
Persoalannya di sini, bagaimana ikan menjadi 'stim' gaya Cina? Renungkan. Keterangan lanjut tentang majlis ZA mungkin boleh didapati daripada Biskut muka.

3. Jangan berjanji kerana janji itu beban
Semalam telefon rumah. Arieq nak cakap dengan aku sebab 'present' yang aku pos dah sampai ke Malaysia. Alhamdulillah. Pertama kali dia membebel panjang dengan aku. Berjalan dari biliknya di atas sampai ke bilik komputer di bawah. Membebel yang aku pun tak paham apa dan tak berhenti. Tapi sebab aku 'rushing' nak ke sekolah aku cakap 'Arieq, diamlah. Bonda nak pergi sekolah.' Aku janji untuk telefon dia semula hari ini, lepas dia balik dari sekolah. Tadi aku hampir terlupa nak 'call'. Bila aku ingat, telefon rumah pula 'engaged'. Aku mesej ibu Arieq:

'parcel da smpi td.tengkiu.ckp kat mama skali ye.smlm janji dgn arieq nk call die pas die skola.ade die tnye x?klu xde xpe,'

dan jawapannya:

'Aa,ok. Tgh hari td ada dia tanya, nk tepon bonda. Tp org ckp jajah sekolah. Ni dia dh tido. Sok sekolah, ganti cuti raya cina'

Aku tak sangka daya ingatan budak ni kuat. I feel bad~

4. Mesej akan sampai jika anda 'direct' dan 'open'
Alkisah tersebut seorang anak yang mendapat jemputan kahwin rakannya. Tapi memandangkan si anak berada di perantauan, jemputan diberi kepada ibu-bapanya dengan pesanan dari pihak pengantin 'sila beri jawapan jika anda ingin hadir ke majlis kami.' Si ibu beri 'hint' kepada si ayah bahawa dia nak pergi ke majlis itu. Tapi si ayah tak perasan. Si pengantin mesej si anak bertanyakan sama ada ibu bapanya akan hadir atau tidak. Lalu si anak pun bertanya kepada si ibu. Lantas si ibu suruh anaknya yang jauh beribu batu meninggalkan sistem pesanan ringkas [sms] kepada si ayah. Tapi, masih si ayah tidak menjawab. Si anak minta pula si kakak sampaikan pesanan kepada si ayah. Si ayah masih membisu. Si ibu bebel secara 'direct' kepada si ayah. Terus si anak menerima sms: ' Ayah akan datang majlis kahwin kawan kamu.'

Hadamkan kisah-kisah ini dulu. Mungkin ada yang lain akan menyusul. Selamat menjalani hujung minggu.

9 comments:

pengurus za said...

pujukan rayu aku tak berjaya OK
setelah dibebel oleh si mama
barulah si anak pegi jgak
selepas badan ditumbuhi 'rash'
moga cepat sembuh!!

to my dear hsmates,
thanks utk sume2 tu
u guys r the best
idup tak penah bosan ngan korang
thanks!!

jetjetsemot said...

haha..lawak la pakcik tu..degil kemaen..nk kne bebel br nk g..hoo, cm kukenal je spe yg ade karakter cmtu..siapaka?

ye ZA..tengkiu to u too..for everything..

pengurus za said...

sape yg ade karakter camtu?
ko ke?

jetjetsemot said...

mungkin juge..ko tau x spe yg memperkotak-katikkan spe?rafik ko la..ade ke die kate adiah besday yang paling ko nak dan perlukan adela robi..die suro aku kasik robi aku kat ko sempena besday..kuaja btol..denggi tu balasan la tuh..eheh..

pengurus za said...

hahahahaha
kalo robi ko tu
leh wat sup dan sedap pulak
aku nk ler
hehehehe..

Biskut Muka said...

testing testing

Biskut Muka said...

dpt jugak...wah... byknyer pengajaran... jappp.. kena bersiap nk gi oncall sat...blk kang kau nk berkomenan

|PrincesSs| said...

samat ari jadi..
samat samat dan samat..
windu sumerang..
hahah

bos,
speedy recovery!

jetjetsemot said...

ye natrah..kami juge merinduimu..tingtong..