Tuesday, April 29, 2008

ujian peningkatan


How much do you hate exams?

I hate exam so much that I wish I could bite off the 'betis' of all the examiners.

I hate exam so much that I feel like setting the exam hall on fire.

I hate exam so much that I feel like making myself sick so I don't have to sit for it.

I hate exam so much that I hope all examiner's houses 'terbakar' and they wouldn't be able to attend to mark us off.

I hate exam so much that I want to burn down my rented house so that the people high up will pity me and exempt me from sitting for it.

I hate exam so much that...I study very hard to pass it.

How much do YOU hate exams?

P/S: Kenapakah kebencian aku melibatkan api, dan api lagi?

Friday, April 25, 2008

kasyah


Satu lagi 'tag', yang kali ini dimandatkan oleh saudara Kasyah yang tak berapa nak bersaudara dengan aku, melainkan sebagai seorang saudara sesama Islam. "8 random facts about you," adalah tajuknya. Aku tak pasti sama ada aku pernah membuatnya atau tidak. Macam pernah, tapi aku tetap akan menjawabnya supaya kalian boleh menilai aku sebagai seorang yang tidak konsisten dalam menjawab soalan.

Fakta terkini tentang Jet dan ianya ada lapan, dan lapan lagi:

1. Aku pakai 'deodorant' bauan lelaki dan mendapat ketenangan. Oh, hal ini dah berlaku lama. Aku pening dengan bau wanita. Dan sebab aku suka bau abang aku.

2. Aku merasakan bahawa aku akan berkahwin lewat sebab aku nak jaga mama aku dulu. Tapi tentulah takdir aku ditentukan Yang Maha Esa.

3. Aku benci budak-budak yang bodoh bebal dan main baling-baling kertas dalam bas, saja-saja nak kenakan aku. Aku harap mereka mati kena langgar kereta. Macam s**l. Kalau anak orang Malaysia dah lama aku jerit, 'Oi mangkuk, baru je balik sekolah, kau dah lupa adab? Moral kau mana hah? Mana?' Sambil membaling buku pendidikan moral tepat ke muka mereka. Maka setiap hari aku akan membawa lebih kurang 100 keping buku tersebut supaya dapat dibalingkan sama rata pada wajah mereka.

4. Aku tak berapa bijak dalam mengendalikan wang dan selalu boros berbelanja. Malahan, aku tak ada 'saving' pun dan itu adalah satu isu yang merisaukan pelbagai pihak. Haha. Dan dalam pada masa yang sama aku telah buat rancangan untuk beli tiket untuk ke Jepun, belanja seorang rakan untuk ke Jerman, dan Bzz, akan dapat sebuah gitar elektrik. Pelik ke tak pelik? Ada lagi satu janji kepada Ijad, yang aku tak ingat apa. Haha. Dah, jangan buat aku janji yang bukan-bukan. Mungkin aku sebenarnya 'manic'.

5. Aku nak cepat-cepat berambus balik Malaysia dan tunjukkan bahawa aku walaupun minda senteng dan bebal yang amat, aku boleh bekerja sebagai doktor yang dihormati. Oh, penyataan ini dibuat atas dasar komen Dr. G iaitu aku kena pandai berinteraksi dengan yakin untuk mendapat hormat dari orang lain. 'Well, you should have seen how I worked in Malaysia last January."

6. Aku terima kritikan dan cemuhan orang seadanya. Walaubagaimanapun, aku mengambil masa untuk 'reasoning' dan kemudian akur untuk menerima kelemahan diri aku. 'I kick myself in the head if I miss something that another person could spot.' Pasal tu aku tak suka main teka-teki. Haha.

7. Aku rindu 'my little ones.' Tak sabar nak menunggu Ogos.

8. Ini bukan fakta terkini, tapi fakta sejak 7 tahun lalu. Aku bawa Robi kemana-mana saja aku akan bermalam lambang ianya sangat penting, pemberian seorang mama.

Wednesday, April 23, 2008

buta


Aku menghadiri kelas opthalmologi hari ini, iaitu kelas 'mata'. Mata sesetengah kami dititikkan dengan cecair bagi meluaskan pembukaan anak mata. Supaya kami dapat memeriksa mata sesama sendiri sebagai latihan. Aku termasuk di kalangan mereka.

Pakar mata itu melakukan demonstrasi tentang cara pemeriksaan mata yang betul. Aku menjadi orang yang terpilih.

"Em. Good red reflex. Very beautiful."

"OK. Everything's clear. Good."

"The only thing is..I have to adjust the power to three (aku tak ingat 'minus' atau 'plus') to see into your eyes clearly. You must be short-sighted."

Aku, "Am I?"

Semua orang tergelak.

"Well, you must be. Or you will be."

Adoi. Rabun ke? Wow. "That's news to me." Aku benar-benar perlu memeriksa mata aku. Dan mula berfikir-fikir cermin mata gaya apa yang akan menjadi pilihan. Haha.

"Age is creeping up on me, or us rather."

Baru saja semalam aku cakap dengan mama aku, aku belum cukup besar lagi.

Sunday, April 20, 2008

kepada nad dan baez


Eh. Dah lusa ke? Haha. Aku telah berjanji dengan Baez dan Nad untuk buat tag ini. Maka, aku langsaikan. Maaf kerana sedikit lewat.

RULE :
  • Name 4 Things That Need To Be Invented
  • Name 4 Things That Should Never Have Been Invented
  • Name 3 Things I do not know about you
  • Name 5 Snacks you enjoy
4 benda yang perlu dicipta adalah:
1. 'Vendor machine' yang menjual mihun goreng KMJ. Aku dalam fasa mengulangkaji pelajaran dan setiap kali belajar, aku 'kangen' dengan mihun goreng KMJ yang menyayat jiwa kerana itulah ruji makanan aku sewaktu 'final' di matriks terutama sekali waktu 'stay-up'. Oh, sedap gila babeng. Aku beli sedari abang tu tak pandai goreng mihun sampailah dia jadi profesional dan menjadi buah mulut orang ramai. Sekarang aku nak ada mesin 'vendor' supaya ia boleh didapati dimana-mana, umpama mesin Coca-cola.

2. Badan yang keluar berjoging pada pukul 6 petang setiap hari dengan sendirinya, tanpa ada motivasi dan fikiran-fikiran negatif seperti, 'Oh, angin kuat.'' Hari mendung.'' Perut lapar.' Dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

3. Pakaian yang tak perlu dibasuh, digosok, dilipat, digantung, dan sebagainya. Umpama bercakap tak perlu ada pakaian. Haha.

4. Bilik yang mengemas dan menyapu dirinya sendiri. Sila sedar bahawa sekarang tengah 'exam mode.' Jadi kehidupan adalah tidak terurus dan kalau boleh tak mau buat benda lain selain ulangkaji. Walaupun benda lain itu adalah penting juga.

4 benda yang tak harus dicipta adalah:
1. Duit. Sebab ia memeningkan. Patutnya semua orang macam 'give and take' saja. Contohnya, kalau aku duduk dekat rumah pakcik Kadri, pakcik Kadri akan berkata dengan penuh kasih sayang, 'Oh, tak payah bayar sewa. Tinggallah lama mana. Kalau nak keluar, keluar. Saya tak kisah.' Ataupun orang Dell kata, 'Apa? Nak Dell Inspiron 1525 berwarna ungu, hijau, biru, merah dan hitam supaya dapat bertukar-tukar laptop mengikut 'mood'? Baiklah. Nah, amik semua. Putih tak payah, sebab Kamen dah beli.' Ataupun bila aku nak balik Malaysia, dengan tenang dan secara tiba-tiba Emirates berkata, 'Amiklah tiket ni. Free. Guna bila-bila masa kamu nak balik.'

2. Kereta. Supaya semua orang jalan kaki, tak 'eksen' dengan kereta masing-masing, dan mak-mak kita tak tanya, 'Boyfriend kau drive kereta apa?'. Dan supaya jantung kita semua sihat. Adakah kemudian mak-mak kita akan bertanya, 'Boyfriend kau jalan pakai selipar apa?' Dan dengan itu, aku 'ban' selipar juga.

3. 'Circus.' Badut dan yang sewaktu dengannya. Aku tak nampak relevan dalam penciptaan watak tu. Sesuatu yang buat orang dapat 'nightmare' je. 'Stress' bila menontonnya.

4. Sempadan dan kastam. Menyebabkan kita nak kena pakai pasport, buat visa, dan lain-lain 'procedure' untuk ke negara lain. Entahlah. Menyusahkan, walaupun aku nampak relevannya dalam perkara itu. Untuk keselamatan kan? Dan untuk 'implement' undang-undang yang sesuai dengan tempat tersebut. Tapi, ah. Ikut suka hati akulah nak 'ban' apa. Kau nak kecoh, sila jawab sendiri 'tag' ni.

3 perkara yang kalian tak tau pasal aku:
1. Ramai melabelkan aku sebagai: 'Heartless', ganas, kerek, garang, mekanik dan kurang emosi. Walaupun sesetengah menganggap bahawa aku patut rasa terhina dengan kata-kata itu, aku sebenarnya berasa 'honoured' tapi tak merasakannya ia tepat untuk aku.

2. Akan obses pada sesuatu/seseorang untuk satu jangka masa, jika aku benar-benar suka.

3. Waktu aku menaip ni, aku tengah tahan kencing. Hah, kalian tau ke?

4. Jawapan ketiga yang sebenar adalah aku 'health freak' tapi aku tak konsisten. Kadang-kadang aku ada 'urge' untuk menjadi 'hypochondriac' yang sejati.

5 makanan ringan yang aku suka pada saat ini adalah:
1. 'Tunnock's dark chocolate tea cakes'
2. 'Asda's chocolate truffles'
3. 'Mc Cloy's salt and vinegar crisps'
4. 'Crinklys: Baked mini cheddars'
5. Wrigley's chewing gum

Oh. Ini ke snek yang dimakan oleh 'health freak'? Haha. Penipuan apakah yang berlaku? Mungkin patut cakap fakta ketiga: Aku suka menipu. Kecuali bab bila aku memang nak pergi kencing. Eh tak. Kadang-kadang itu pun aku tipu juga. Ahah. Dah melalut. Dan lain-lain tentang aku yang kalian tak tau pasal aku, itu semua jawapan menipu kerana ikhlasnya, tak ada apa tentang aku yang kalian tak tau. OK. Tipu lagi.


Thursday, April 10, 2008

teg teg


Haha. Terima kasih kepada Baez dan Nad Nad atas 'tag' ini. Aku benar-benar terhibur membuatnya.

The rule is simple. Turn your ipod/mp3/mp4/winamp/phone mp3 player on, have your songs shuffled and write down the answers below according to the shuffled list (no need to suit the songs with the question). It may sound ridiculous at one time but continue-lah answering. :)

'No cheating!!'

1) IF SOMEONE SAYS "IS THIS OKAY" YOU SAY?

Jambatan Mana - Elyana

2) WHAT WOULD BEST DESCRIBE YOUR PERSONALITY?

Kasih Berkalih Tuju – Elyana

3) WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?

Laskar Cinta ‘Chapter One’ – Dewa
4) HOW DO YOU FEEL TODAY?

Takkan Melupakanmu - Radja

5) WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?

Kamu - Nitrus

6) WHAT IS YOUR MOTTO?

Kalis Rindu - Elyana

7) WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?

Pendosa – Sheila on 7

8) WHAT DO YOU THINK OF YOUR PARENTS?

Dengarkan Aku – Andra and the Backbone
9) WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?

Engkau - Nidji
10) WHAT DO YOU THINK OF YOUR BESTIE?

Laskar Cinta ‘Chapter Two’ – Dewa

11) WHAT DO YOU THINK OF THE PERSON YOU LIKE?

Tak Ada Yang Abadi – Jikustik

12) WHAT IS YOUR LIFE STORY?

Hanya Ingin Kau Tahu - Repvblik

13) WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?

Mudik – Radja

Hei. Kenapa kawan-kawan aku fikir aku pendosa? Haha. Wow. Aku rasa jawapan yang diberikan di atas sangat kena, bertepatan dan menjawab soalan seolah-olah aku menjawabnya dari hati aku sendiri. Dan untuk pengetahuan kalian:

Mudik adalah kegiatan perantau untuk kembali ke kampung halamannya. Mudik di Indonesia identik dengan tradisi tahunan yang terjadi menjelang hari raya besar keagamaan misalnya menjelang Lebaran. Bagi sebagian besar masyarakat Indonesia, khususnya masyarakat Jawa, Mudik boleh dikatakan sebuah tradisi yang mutlak harus dilaksanakan. Pada saat itulah ada kesempatan untuk berkumpul dengan sanak saudara yang tersebar di perantauan, selain tentunya juga sowan dengan orang tua. Wikipedia

Aku memang nak jadi mudik bila aku besar nanti. Pembalik kampung yang tegar.

Sila buat, sesiapa yang berkenaan: Zu, Wani, Deanna, Sid, Majod, Bzz, dan yang tidak menyekutukan Allah.

temuduga pertama


Bagi yang tidak tahu, terutama Dr. G yang sedang mencari-cari aku ASAP lagaknya, aku telah ke London bermula Ahad lalu dan baru saja pulang semalam. Tujuan ke London ada dua:
1. Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
2. Temuduga sosial

Jadi, di sini inginlah aku cerita serba sedikit tentang kisah temuduga aku. Yang pertama, bukan yang kedua. Aku tak tidur lena pada malam sebelum temuduga. Bukan kerana aku risau atau terlampau ghairah untuk temuduga itu, tetapi kerana bilik tempat aku menginap adalah sangat sejuk. Lokasinya di tepi jalan dan strukturnya yang tidak 'sound-proof' juga adalah antara faktor yang menyebabkan aku tak dapat lena dengan baik pada malam itu. Akhirnya aku ke bilik temuduga dengan wajah yang penat dan mengantuk. Tak seperti makhluk Minci yang 'hyperactive' dan 'cheerful' itu. Jika Minci ditegur kerana terlalu 'cheerful', aku pula ditegur, 'You look so tired this morning.' Aku tersengih, 'Yes, I didn't get a good sleep last night.'

Soalan-soalan yang aku terima agak dahsyat juga. Tapi aku tak kisah, kerana semua yang mereka tanya, mereka dengan senang hati menjawabnya sendiri. Kerana tak ada jawapan yang keluar dari mulut aku. Antaranya:
1. Siapa Ketua Setiausaha Negara?
2. Siapa Ketua Pengarah Kesihatan?
3. Apakah misi dan visi Kementerian Kesihatan Malaysia?
4. Selain daripada KKM, kementerian mana lagi yang membuat kempen kesihatan?
5. Penyakit berjangkit di Malaysia dan 'management'
6. Penyakit tak berjangkit di Malaysia dan 'management'
7. Vaksin untuk mencegah kanser

Aku menjawab sekadar yang aku tau. Adalah amat mengecewakan apabila kau telah baca semua ini tapi kau tak dapat menjawab kerana otak kau 'blank'. Aku hampir-hampir hendak menjawab KSN adalah Datuk Idris walhal jawapan sebenarnya adalah Tan Sri Mohd. Sidek b. Hj. Hassan. Siapa Datuk Idris, adalah sangat misteri. Nasib baiklah aku sekadar mengunci mulut dan berkata, 'Er..I am not sure.' Dan soalan tentang misi dan visi KKM yang telah aku dalami dan pelajari, adalah suatu malapetaka. Apabila ditanya, aku menjawab, 'Yes, I've read about it. Er..' 'What is it?' 'Er..err..' Aku hanya memandang syiling dan berdoa ada jawapan tertera di situ. Tapi hampa. Memang orang yang bertanya tadilah yang menjawab soalannya sendiri. Aku tak ingat!!! Umpama orang bodoh yang memang sedia bodoh. Tapi betul Encik, saya dah baca!

Tak cukup dengan muka penat aku, aku ditegur tentang yang lain pula. Soalan pembuka berbunyi begini, 'So, what do you do to keep fit?' Aku jawab, 'Oh, I take supplement. I try to do aerobics and jog every now and again.' Kemudian tiba-tiba penemuduga bersyarah tentang kesihatan. Katanya lagi, 'What's your BMI (body mass index)? You're underweight, kan?' Aku terkejut, 'What the..' 'Eh. Tak. Saya within normal.' Dan bermulalah syarahan tentang aku kena makan banyak sikit dan tambah berat badan. Kerana katanya, apabila aku mula bekerja, aku takkan mempunyai banyak masa untuk menjaga pemakanan dan aku akan menjadi lebih kurus. Apakah? Walhal, aku telah ke sesi temuduga itu dengan berbaju kurung yang tentunya tak menampakkan aku kurus. Aku fikir, kalau aku pakai baju kebiasaan aku ke hospital, adakah mereka akan kata aku 'anorexic' pula? Pelik. Pelik. Aku pandang penemuduga umpama dirasuk oleh roh mama aku. Cara dia bercakap tentang menambah berat badan, sama seperti mama.

Sebaik keluar, pegawai di bilik 'administration' bertanya, 'Macam mana? OK?' Aku menjawab, 'Entah, dia suruh saya makan banyak sikit.' 'Haah, kau ni kena makan banyak sikit. Kang pesakit-pesakit yang besar tuh, macam mana kau nak angkat.' Eish, akak ni belum tengok 'muscle' aku. Katil besar kat rumah aku tu, aku je yang larat nak angkat. Kakak dengan mama aku yang besar pun tak larat nak angkat tau! Aku menjawab, 'Alaa. Boleh je saya buat push-up semua, bagi muscle saya besar.'

Tak faham. Kenapa berat badan pun nak dikomen?

Selain daripada itu, wujud semula kisah tentang kad pengenalan aku yang hilang. Jika aku tak ada kad pengenalan, iaitu seperti situasi aku sekarang, tawaran bekerja aku akan dibatalkan. Saya seru kepada rakyat Malaysia yang gagah, untuk menemankan saya ke balai polis. Saya ada 'report' yang hendak dibuat. Dan semua orang di pejabat 'administration' itu dah tau, bahawa Jet walaupun 'macho' dan gagah, kad pengenalannya masih disimpan oleh mamanya. Ceh!

besday again


Sekadar ucapan ringkas, yang memang telah lama aku 'plan' nak 'publish' sebagai sebuah isen di Wasaii:

Selamat Hari Jadi, Bzz!

Semoga tercapai segala hasrat dan menjadi Muslim yang lebih baik, dunia dan akhirat. Amin! Nanti kami buat kek dan makankan bagi pihak. Haha. Enjoy your special day!

Thursday, April 03, 2008

lampu isyarat


Aku hendak melintas jalan. Tak seperti orang lain yang melintas apabila jalan kosong setelah mereka memandang kanan dan kiri, aku menanti dengan sabar sehingga lampu isyarat pejalan kaki menjadi hijau. Ada seorang nenek dan cucunya di seberang jalan daripada tempat aku berdiri. Melihat semua orang sudah melintas, si cucu mendesak agar nenek melakukan hal yang sama. Tetapi si nenek memujuknya dengan mengatakan sesuatu yang sudah pastilah aku tak dengar daripada seberang sini. Sebaik lampu bertukar hijau, aku berjalan dan bertembung dengan nenek dan cucu tadi di tengah-tengah jalan. Si nenek tersenyum ke arah aku dan berkata kepada cucunya, ‘She’s very good.’ Aku membalas senyumnya. Sedikit bangga kerana aku berjaya menjadi contoh kepada si kecil.

Hari ini aku melintas lagi, di jalan yang sama. Seperti biasa aku menanti lampu isyarat itu menjadi hijau. Kiri dan kanan aku, orang melintas tanpa berpandukan lampu isyarat itu. Aku terfikir. Adakah aku melintas mengikut lampu hijau kerana aku mahu dipuji? Atau adakah aku melintas mengikut lampu isyarat kerana aku malas untuk membuat keputusan aku sendiri? Adakah aku perlu seseorang untuk memberitahu aku bahawa aku perlu mula melakukan sesuatu? Adakah orang yang melintas atas pertimbangannya sendiri, melihat kanan dan kiri, mengambil risiko, akan mendapat kepuasan yang lebih daripada aku yang melintas mengikut arahan?


Dan kali ini aku memutuskan untuk melintas ketika lampu itu masih merah.

Adakah pilihan aku tepat?

berus gigi


Ia bermula dengan sebuah senario di mana aku sedang menggosok gigi menggunakan berus gigi berwarna ‘striking pink’. Kak Ngah tiba-tiba saja menarik tangan aku, mengajak menemannya membeli baju baru di pasar malam. Dengan berus gigi ‘striking pink’ masih di dalam mulut, aku dengan keadaan serabut tetap saja mengikutnya. Dalam pada itu aku masih memberus gigi. Dalam hiruk pikuk pasar itu, kami singgah di sebuah kedai makan. Seseorang menegur aku, ‘Tak berus gigi ke malam tadi?’ Aku tak mengendahkannya. Kak Ngah masih lagi mencari-cari baju yang diingininya. Dia membawa aku masuk ke celah-celah gerai dan akhirnya ke suatu kawasan ‘creepy’ di bawah tangga. Katanya, ‘Alaa…dah tak ada kedai tu!’

Kak Ngah tiba-tiba hilang, dan kini hanya ada Ija di sisi aku. Kami kelam kabut. Kami sesat. Kami telah menaiki tangga tadi tetapi setiap tingkat yang kami pergi, pintunya membawa kami ke jalan mati. Gembira rasa hati apabila seseorang keluar daripada salah satu pintu di tangga itu. Aku kenal orang itul. Itu Taq. Dia berkata sesuatu kepada kami, tapi aku tak pasti apa. Kami hampir masuk ke pintu itu, apabila tiba-tiba seekor hantu muncul betul-betul di depan kami. Kami naik lagi setingkat tangga dan alangkah bertuah, kami tiba di tingkat yang seakan-akan pasar malam tadi tetapi di bahagian yang lain. Kami berjalan dengan gembiranya

Gembira aku tak lama, apabila tiba-tiba kami bertembung dengan A. Dia sedang berjalan dengan teman wanitanya, Z dan beberapa orang lain yang tak aku kenali. Aku pandang wajahnya dan aku pasti dia juga cam wajah aku. Dia memperlahankan langkahnya, aku hanya mau pergi. Z dan orang-orang tadi sudah jauh di hadapan. Entah bagaimana kami tetap bertegur sapa. Aku mula untuk meminta diri tapi dia meningkah, ‘Eh, kejap! Z nak kenal.’ Dia berlari mengejarnya dan berkata sesuatu. Aku dengar wanita itu berkata, ‘Eh. Mana? Mana? Mana? Memanglah nak jumpa!’ Aku perhatikan dia, dengan tudung dan pakaian yang kemas, wajah yang bahagia serta senyuman yang manis. Kalian ingat peristiwa aku ditarik tadi dengan berus gigi ‘striking pink’ masih di dalam mulut, turun naik tangga dan berjumpa hantu? Tentulah rupa aku tak seindah mana. Rambut dan pakaian tak terurus. Aku berbisik perlahan pada Ija, ‘Mesti dia tak suka aku kan? Dengan compang-camping macam ni.’ Tak ada jawapan.

A berlalu pergi, aku pun sama. Arah kami berlainan. Ija sudah tiada. Yang ada hanyalah Taca dan Etat yang berlari-lari anak di hadapan aku, menyanyi lagu-lagu kanak-kanak yang menggembirakan. Aku berjalan perlahan di belakang mereka. Cuba untuk turut serta. Tapi aku melihat diri aku sendiri, pinggang aku terikat pada tali yang bersambung pada sebatang tiang tinggi tetapi kurus. Aku tarik, tarik, dan tarik lagi, masih tak bergerak. Aku bertukar menjadi ‘bulldozer’, lori, dan kren. Masih cuba menarik tetapi tak berjaya berganjak. Taca dan Etat sudah jauh di hadapan, hampir ke mentari itu. Aku masih terkebelakang, terikat pada satu tiang yang kelihatan sangat-sangat lemah.

Aku terbangun daripada mimpi yang tidak indah itu. Hati aku seakan-akan berat. Aku gagahkan diri ke bilik air. Aku memujuk diri, ‘Aku takkan pandai jaga dia.’ Setitis air mata mengalir juga sewaktu aku menggosok gigi di alam realiti ini.

Ironi sebuah kisah yang bermula dengan mimpi senario menggosok gigi, berakhir dengan realiti senario yang sama.

P/S: Aku salahkan hormon.


"Ku mencari sesuatu yang telah pergi
Ku mencari hati yang kubenci
Ku mencari sesuatu yang tak kembali
Ku mencari hati yang kubenci"