Thursday, April 03, 2008

berus gigi


Ia bermula dengan sebuah senario di mana aku sedang menggosok gigi menggunakan berus gigi berwarna ‘striking pink’. Kak Ngah tiba-tiba saja menarik tangan aku, mengajak menemannya membeli baju baru di pasar malam. Dengan berus gigi ‘striking pink’ masih di dalam mulut, aku dengan keadaan serabut tetap saja mengikutnya. Dalam pada itu aku masih memberus gigi. Dalam hiruk pikuk pasar itu, kami singgah di sebuah kedai makan. Seseorang menegur aku, ‘Tak berus gigi ke malam tadi?’ Aku tak mengendahkannya. Kak Ngah masih lagi mencari-cari baju yang diingininya. Dia membawa aku masuk ke celah-celah gerai dan akhirnya ke suatu kawasan ‘creepy’ di bawah tangga. Katanya, ‘Alaa…dah tak ada kedai tu!’

Kak Ngah tiba-tiba hilang, dan kini hanya ada Ija di sisi aku. Kami kelam kabut. Kami sesat. Kami telah menaiki tangga tadi tetapi setiap tingkat yang kami pergi, pintunya membawa kami ke jalan mati. Gembira rasa hati apabila seseorang keluar daripada salah satu pintu di tangga itu. Aku kenal orang itul. Itu Taq. Dia berkata sesuatu kepada kami, tapi aku tak pasti apa. Kami hampir masuk ke pintu itu, apabila tiba-tiba seekor hantu muncul betul-betul di depan kami. Kami naik lagi setingkat tangga dan alangkah bertuah, kami tiba di tingkat yang seakan-akan pasar malam tadi tetapi di bahagian yang lain. Kami berjalan dengan gembiranya

Gembira aku tak lama, apabila tiba-tiba kami bertembung dengan A. Dia sedang berjalan dengan teman wanitanya, Z dan beberapa orang lain yang tak aku kenali. Aku pandang wajahnya dan aku pasti dia juga cam wajah aku. Dia memperlahankan langkahnya, aku hanya mau pergi. Z dan orang-orang tadi sudah jauh di hadapan. Entah bagaimana kami tetap bertegur sapa. Aku mula untuk meminta diri tapi dia meningkah, ‘Eh, kejap! Z nak kenal.’ Dia berlari mengejarnya dan berkata sesuatu. Aku dengar wanita itu berkata, ‘Eh. Mana? Mana? Mana? Memanglah nak jumpa!’ Aku perhatikan dia, dengan tudung dan pakaian yang kemas, wajah yang bahagia serta senyuman yang manis. Kalian ingat peristiwa aku ditarik tadi dengan berus gigi ‘striking pink’ masih di dalam mulut, turun naik tangga dan berjumpa hantu? Tentulah rupa aku tak seindah mana. Rambut dan pakaian tak terurus. Aku berbisik perlahan pada Ija, ‘Mesti dia tak suka aku kan? Dengan compang-camping macam ni.’ Tak ada jawapan.

A berlalu pergi, aku pun sama. Arah kami berlainan. Ija sudah tiada. Yang ada hanyalah Taca dan Etat yang berlari-lari anak di hadapan aku, menyanyi lagu-lagu kanak-kanak yang menggembirakan. Aku berjalan perlahan di belakang mereka. Cuba untuk turut serta. Tapi aku melihat diri aku sendiri, pinggang aku terikat pada tali yang bersambung pada sebatang tiang tinggi tetapi kurus. Aku tarik, tarik, dan tarik lagi, masih tak bergerak. Aku bertukar menjadi ‘bulldozer’, lori, dan kren. Masih cuba menarik tetapi tak berjaya berganjak. Taca dan Etat sudah jauh di hadapan, hampir ke mentari itu. Aku masih terkebelakang, terikat pada satu tiang yang kelihatan sangat-sangat lemah.

Aku terbangun daripada mimpi yang tidak indah itu. Hati aku seakan-akan berat. Aku gagahkan diri ke bilik air. Aku memujuk diri, ‘Aku takkan pandai jaga dia.’ Setitis air mata mengalir juga sewaktu aku menggosok gigi di alam realiti ini.

Ironi sebuah kisah yang bermula dengan mimpi senario menggosok gigi, berakhir dengan realiti senario yang sama.

P/S: Aku salahkan hormon.


"Ku mencari sesuatu yang telah pergi
Ku mencari hati yang kubenci
Ku mencari sesuatu yang tak kembali
Ku mencari hati yang kubenci"


7 comments:

baez tak mengalirkan setitis air mata said...

walaupon kelakar sgt penceritaan dikau namun daku tersentuh terhadap ayat hampir terakhir dikau

:‘Aku takkan pandai jaga dia.’ Setitis air mata mengalir juga sewaktu aku menggosok gigi di alam realiti ini.:

terus menepuk2 bahu jet dengan kain kasta

bZz said...

Ada org gosok gigi dari kiri ke kanan dulu. Ada yg dari atas ke bawah dulu. Ada pagai kayu sugi. Ada guna Oral B. Ada guna listerin. Ada cuma guna arang. Ada gak yg tak gosok gigi. Cara kita berbeza.

Jalan kita juga berbeza. Mungkin itulah jalan utk kita. Tiada siapa tahu kemana perginya. Yg penting, kalau kita tahu membawa diri. Kita takkan sesat dalam apa jalan sekalipun yg kita pilih.

Minci said...

oh. isen yg mempunyai denoument (btol ke eje nih?) yg menyedeykan..

apapun.. penjodoh bilangan utk hantu mmg 'seekor' ker?

jetjetsemot said...

baez..lucu kan mimpi sy..eleh takpe..biakan ia berlalu..eh, i tak pakai bareback la nak tepok2 pakai kain kasta..anyway..kain kasta tuh ape?bukan kain kasa ke?

bzz..tak sesat ke?you sure meh?aloha btol..neway, yeh, menunggu beban itu hilang sepenuhnya..

minci..apeke bende denoument tu?yeh, sejak mimpi pagi tuh i teary sepanjang hari..but i buat2 lawak jugak dari mse ke masa spy i tak cry..ahah..memang hantu sekor la..bukan seorang..sbb die geng sama setan..seko setan kan?ke sorang setan?

baez semunyi balek langsir sambel tinjau jet said...

ahahaha
aah lah kain kasa
tersilap paham ingatkan kain kasta
terus malu sambil lari belakang langsir tanda menyorok

btw hows the CV and all?

myra bingung said...

hahhaa
jet sodeh yg kelaka ^^

Minci said...

segerombolan setan.. ha ha
sepasukan..
sekelumit..
:P