Saturday, January 26, 2008
jusco
Jet..kau nak kena ‘smack’ ke, hah? Ah, kalau kalian tak tahu lagi, aku nak bagi tau ni: I HAVE A BIG GAP BETWEEN MY EARS. Ni nak berceritalah. Aku demam sejak hari Selasa. Hingga ke hari ini masih menghembus hingus sampai berdarah-darah hidung. Auta? Bukan tuan-tuan dan puan-puan, ini adalah fakta. Sebab…aa..nak tambah satu fakta lagi: Kulit lubang hidung aku nipis. Cerita ini berlaku pada hari Rabu. Aku telah dihambat ke Jusco untuk membeli barang-barang sebelum berpindah ke rumah sewa. Dalam keadaan demam dan tak ada ‘mood’, aku yakin muka ‘bebal’ aku memang terserlah pada hari itu.
Nak dijadikan cerita, kami dah pun habis ber’shopping’ di Jusco. Ketika sedang bayar di kaunter aku terdengar ‘cashier’ suruh ambil hadiah dari kaunter servis. Kemudian aku dengar mama aku suruh ambil hadiah dari kaunter servis. Lepas dah bayar, aku tengok mama dengan kakak aku menonong jalan tanpa singgah ke kaunter servis. Eh? Tak nak hadiah ke? Jarang-jarang mama aku macam ni. Aku pun ‘corner’ sambil mengomel-ngomel dalam hati. Dahlah demam, aku juga yang kena pergi ambil hadiah.
Aku tunjuk kepada budak lelaki yang menjaga kaunter tu resit pembelian kami. Dia pandang aku. Dia cop. Dia pandang aku. “Nak mintak angpau ke?” Aku tak dengar sangat waktu tu lantas aku hanya tersengih malas. Dia cakap dengan kakak sebelah yang jaga kaunter juga, “Dia nak apa ni? Nak angpau ke?” Apahal mamat ni? Dok cakap angpau-angpau dari tadi. Aku ‘smack’ karang. Dia pandang aku. Aku senyum mulut sebelah. Aku ‘defend’ diri aku, “Tu. Hadiah tisu Scott tu.” Kakak tu malas nak layan aku yang masih tak mau berganjak. Dia kasi aku apron plastik.
Aku mula mencari mama dan kakak aku. Mama aku menyoal, “Kau pergi mana tadi?” “Pergi ambil hadiahlah. Tadi suruh orang ambil hadiah.” Aku muncung. “Ya Allah..orang cakap tak payah pergi ambil. Kan dah ada hadiah dia dalam pembungkus tisu tu!!” Oh, pekak rupanya. Eh, bukan pekak. Sebenarnya mendengar suara-suara halus dalam kepala otak.
Aku tersengih. Haha. Mangkuk hayun kau, Jet! Berjaya memperbodohkan diri sendiri di hadapan kaunter servis. Patutlah kau angpau-angpaukan aku ya, hah budak kecik! Nasib baik tengkuk kau kat belakang kaunter. Hehe. Tak pasal-pasal apron plastik dekat Jusco habis dengan adanya makhluk seperti aku yang tegar inginkan hadiah percuma walaupun tak layak menerimanya.
Aku doa-doa tak jumpa lagi sama mamat tu. Takut dia kena belasah depan CCTV nanti. Heh. Walhal malu dengan kebebalan diri.
tag lagi
Aku telah di’tag’ oleh Sid. Terima kasih, Sid. Jasamu dikenang.
The Rules:
1. Link to your tagger and post these rules.
2. List eight (8) random facts about yourself.
3. Tag eight people at the end of this post and list their names.
4. Let them know they've been tagged by leaving them a comment on their blogs.
Ya. Ya. Aku buatlah ni. Kalian fikirkan sendiri, fakta….atau auta? Lapan…atau lipan? Haha.
1. Aku mendapat nama ‘Jojet’ pada tahun 2000. Ia diberi oleh kawan aku, Taca. Fakta menarik tentang nama ini adalah aku pernah cuba untuk dipanggil ‘Jojet’ sejak darjah empat atau enam (buta nombor) oleh rakan-rakan tapi tak melekat. Bila tingkatan empat, Taca tiba-tiba panggil aku dengan nama ni semula dan ia terus melekat. Itu buktinya kalau ada jodoh, tak ke mana.
2. Aku suka pakai t-shirt yang lusuh-lusuh. Lusuh, lembik..bergaya. Makin lusuh sesuatu benda semakin aku sayang. Kalau orang lusuh? Haha. Aku segan pakai baju yang nampak masih baru. Corak atau ‘print’ nya mesti ‘kena’ dengan aku. Kalau tak, sekali saja aku pakai. Kasut pun sama juga. Dan aku selalu ditegur bila pakai seluar 'slack' dengan ayat, "Pandai pula kau pakai seluar 'slack' eh?" Mungkin sebab selalu aku berseluar jeans.
3. Bapak aku kerja LKIM. Ni fakta bapak aku ke fakta aku?
4. Kalau beli barang, aku tak suka ada rasa was-was. Kalau ada rasa was-was masa nak membeli, tentu aku akan menyesal selepas membelinya. Kalau sekali pandang saja aku dah terdetik ‘Oh, kena beli’, aku akan beli tanpa fikir panjang dan tanpa rasa sesal selepas itu. Malahan lagi sayang benda tu.
5. Aku suka pakai baju dua lapis. Waima dekat Malaysia pun aku pakai baju dua lapis. Orang tanya, tak panas ke? Aku jawab: Ei, suka hati aku lah!
6. Aku tak ada IC sebab mama aku hilangkan. Aku tak ‘report’ polis sebab aku takut dengan balai polis. Ni macam ada dua fakta kan? Kadang-kadang aku naik kereta sama orang lain, polis tengah buat ‘road-block’, aku rasa macam nak turun je nak tanya, “Encik..encik..IC saya hilang. Boleh buat ‘report’ kat sini tak?” Ya, itulah puan-puan. Aku masih tak ada IC dan ‘I don’t care’.
7. Aku tak suka perkataan ‘harap’. Entah kenapa aku rasa ianya perkataan ‘bad luck’ bagi aku. Contoh ayat, ‘Aku harap engkau sihat hendakNya.’ Mesti rasa tak sedap bila nak guna dalam situasi ‘aware’ akan adanya perkataan itu. Kalau tak sedar dikala menggunakannya, tak apa. Aku akan rasa sedap sedikit jika ia ganti dengan perkataan ‘hope’. Haha. Matilah pelik. Oh, patutlah aku tak suka sama Cico Harahap. Cico, sila tukar nama kepada Cico Hopeful.
8. Rumah aku akan disita sebab tak bayar cukai harta. Kami bercadang hendak berkhemah diluar pagar.
Sekian saja fakta-fakta yang dapat aku bincangkan pada hari ini. Pesan nenek aku kepada orang ramai:
“Dah tak sempat melawat orang yang mati, lawatlah orang yang masih hidup. Nak cakap pun, dia dah mati. Kau cakaplah dengan yang hidup lagi.”
Dengan ini, aku nak ‘tag’:
Minci, Fiza, Bzz, Kasyah, Nuramirah, Syia, Deanna, dan Zu.
tiny
Akibat nak membetulkan sebutan anak saudara aku yang tak betul, aku terkena tempias memori daun pisang. Haha. Macam kambing je ayat. Begini ceritanya.
Anak saudara aku yang telah aku ceritakan dalam dua isen sebelum ini agak pelat. Apa-apa perkataan yang huruf keduanya adalah E akan disebut pelik olehnya. Kita mulakan dengan pelajaran huruf vokal pada hari ini. A, E, I, O, U, ya kalian. A..ah. E...er. E..ay. I..e. O..oh. U..uh. Contohnya, perkataan ‘kelabu’ disebutnya ‘kaylabu’ dan ‘pening’ menjadi ‘pay-ning’.
Waktu itu kami adik-beradik sedang makan malam di rumah atok. Iaitu pada malam sebelum hari jadi aku. Dia meminta sesuatu daripada ibunya, aku tak ingat apa. Tapi disebutnya perkataan ‘kecik’ sebagai ‘kay-cik.” Aku cuba membetulkannya.
“Kay-cik.”
“Ke-cik.”
“Kay-cik.”
“Ke-cik.”
Tiba-tiba ibunya menyampuk, “Kecik tu ex-boyfriend Bonda.” Aku tersentak. Aik? Bila pula mamat tu jadi ‘boyfriend’ aku? Citt! “Apa cerita dia? Ada kawan lagi?” Aku hanya menggeleng. Along pula menyampuk, “Biarkan dia. Dia yang rugi taknak kat adik Along.” Aku dah mula bergenang. Along sambung lagi, “Kawan je ramai-ramai dulu.” Eish…sayu. Malam hari jadi aku ni lu-orang bikin aku genang-genang pula. Nasib aku tak ‘smack’ kalian.
Mujur isu tu mudah saja tamat. Tak sampai seminit emosi aku mulai pulih. Benda lepas jangan dikenang. Dan kita akan tahu bahawa luka tu dah sembuh apabila dengan mudah kita memaafkan dan tak kisah dengan fakta bahawa ianya pernah berlaku. Untuk individu terlibat jika terbaca, maafkan atas tersiarnya cerita ini dan ‘privacy’ yang langsung tak wujud antara kami adik-beradik.
Wednesday, January 16, 2008
otak
Untuk merasai kelawakkan cerita ini, kalian mestilah mengetahui lagu-lagu popular yang pernah dimainkan di radio Malaysia beberapa tahun kebelakangan ini. Ini adalah satu lagi kisah tentang Alea.
SITUASI: Alea dengan Umminya sedang membelek stetoskop yang baru saja aku beli. Terdapat gambar otak pada kotak stetoskop itu.
Alea: Ni gambar apa ni, Ummi? (Sambil menunjukkan gambar otak pada kotak tersebut)
Ummi: Ni otak.
Alea: Otak?
Ummi: Haah, otak.
Alea: Otak mungkin?
Ummi: Otak mungkin apa pulak ni?
Alea: (Sambil menyanyi) Oh, tak mungkin...tak mungkin aku kembali. (Aku tak ingat tajuk lagunya)
Ummi: (Sambil mengerut dahi) Eish...mabuklah anak Azlan ni.
Alea: (Menyanyi lagi) Mabuk bukan mabuk. Mabuk cinta... (Mabuk - Spider)
Loyar buruk kan? Haha. Kalian yang mengetahui tajuk lagu 'Oh, tak mungkin' tu, sila bagitau aku.
Sekian.
Tuesday, January 15, 2008
taktik kotor
Aku telah ditugaskan sebagai 'baby-sitter' pada Sabtu lepas. Anak saudara aku, Alea jenis yang tak suka makan nasi. Berikut adalah taktik kotor aku untuk menyuruh dia makan setelah dia menolak pada kali yang pertama.
Aku: Syaza, nak tengok tikus tak?
Alea: (Sambil berlari-lari mengekor aku) Bonda, tunggu. Syaza nak ikut!
Aku: (Aku mencangkung di muka pintu sambil menuding jari) Hah, tengok tu.
Alea: Apa tu, bonda?
Aku: Tu tikuslah. Ala..'Ratatouille'. 'Ratatouille' tu dah mati.
Alea: Apasal 'Ratatouille' mati, bonda?
Aku: Sebab dia tak makan, dia kurus sangat..tak ada tenaga. Hah, kan dah mati. Syaza cam mana? Dah makan nasi?
Alea: (Terdiam sambil merenung bangkai tikus yang dihurung semut, kemudian menggeleng)
Aku: Nak makan nasi?
Alea: (Angguk)
Aku: Jom. (Aku mula bangun)
Alea: Tapi nasi dengan kicap je tau, bonda. Tak nak lain.
Aku: Ya. OK. Nasi dengan kicap je.
Matilah ilmu kebatinan yang menggila. Usaha aku yang telah mengumpamakan tak makan nasi dengan kematian. Haha. Adakah ia salah? Adakah terlalu kasar bunyinya? Aku pun tak tau. Tapi aku dah buat budak berumur tiga tahun itu termenung. Apa nak buat, makcik mung memang gila.
Tuesday, January 08, 2008
lif
OK. Hari yang penuh kemalasan ini aku mulakan dengan 'mengasik tau' kalian tentang adab-adab untuk menggunakan lif. Aku dengan Minci selama mula berkerja di hospital dimana kami bekerja sekarang [ayat pusing] selalu tergelak apabila pintu lif terbuka. Jadi, aku pun nak cerita pasal lif. Melalui pengalaman kami.
1. Kalau pintu lif terbuka, sila kasi orang dalam lif keluar dulu. Ini tidak, yang kat luar buat muka gelabah, berpusu-pusu nak masuk lif. Apa kau ingat pintu lif ni pintu LRT? Tutup dan tak terbuka kembali? Ni, macam mana aku dengan Minci nak keluar ni? Hah? Hah? Bagaikan makan banyak tak buang air, akhirnya sesak di tengah jalan. OK.
2. Kalau naik, tekanlah butang 'hold' pintu tu sekejap. Dah kau tau ada orang belakang tu nak masuk. Ni tidak. Tolol. Kau masuk, lepas tu buat muka 'sepeet' dan 'dunno' kau. Kesianlah kat pakcik tua yang masuk tu. Hah, kan dah dia tersepit. Mangkuk hayun betullah kau ni. Nasib pakcik tu tak kena serangan sakit jantung.
3. Kalau naik lif, walaupun kau tengah naik lif khas untuk orang cacat penglihatan, janganlah kau mengada-ngada nak lakonkan watak orang buta dan meraba-raba bila nak keluar lif. Hah, kan dah kau terkejut bila pintu lif terbuka dan kau cakap,"Oh, terkejut!" sebab ada 'nurse' nak masuk lif itu. Dia kata kat kau, "Hah! Ni mesti tengah mengumpat..pasal tu terkejut." Haha. Padan muka kau.
Banyak lagi adab-adab lain. Kalian fikirlah sendiri. Aku malas nak buat lawak. Mata aku dah kabur-kabur dah ni. Hari ini ponteng setengah hari atas dasar kecil hati sama 'suster'. Kalian tau siapa itu 'suster'? Ayat 'suster' pada aku hari ini:
"As a student you are very intelligent. But your attire is not appropriate. To be a doctor you need to wear something presentable."
Hello? Apasal cakap orang putih sama saya? Bukan negara Malaysia kah ini? Maaflah, saya memang 'hip-hop and hard'. Kakak saya cakap, kalau saya nak ceriakan orang sakit, saya kena pakai baju ceria. 'Suster' ni cemburulah. Saya baringkan 'suster' secara mendatar kang. Matilah..dah hilang akal. 'Rock'..'rock' saya, bukan saya pakai seluar jeans ke hospital. Saya pakai warna warni saja. Sudah. Asalkan saya bahagia, kan? Asalkan 'suster' merana. Peliklah, apasal mau puji saya sebelum menikam saya? Haha, kodi.
Sekianlah. Aku peduli apa. [Walhal, sekali esok aku pakai kasut hitam dan berwajah profesional, kan?]
Wednesday, January 02, 2008
2008
Ada banyak cerita tapi tanpa banyak masa. Terima kasih kepada yang mengucapkan selamat hari jadi. Tak sempat untuk aku menceritakannya. Apapun, selamat tahun baru 2008 buat kalian. Semoga tahun 2007 telah membawa seribu makna dan 2008 menjadi suatu titik pemulaan untuk kalian lebih berjaya dunia akhirat.
Salam sayang dari aku....bukan berlokasi di Johor.
Salam sayang dari aku....bukan berlokasi di Johor.
Subscribe to:
Posts (Atom)