Saturday, January 26, 2008

tag lagi


Aku telah di’tag’ oleh Sid. Terima kasih, Sid. Jasamu dikenang.

The Rules:
1. Link to your tagger and post these rules.
2. List eight (8) random facts about yourself.
3. Tag eight people at the end of this post and list their names.
4. Let them know they've been tagged by leaving them a comment on their blogs.

Ya. Ya. Aku buatlah ni. Kalian fikirkan sendiri, fakta….atau auta? Lapan…atau lipan? Haha.

1. Aku mendapat nama ‘Jojet’ pada tahun 2000. Ia diberi oleh kawan aku, Taca. Fakta menarik tentang nama ini adalah aku pernah cuba untuk dipanggil ‘Jojet’ sejak darjah empat atau enam (buta nombor) oleh rakan-rakan tapi tak melekat. Bila tingkatan empat, Taca tiba-tiba panggil aku dengan nama ni semula dan ia terus melekat. Itu buktinya kalau ada jodoh, tak ke mana.

2. Aku suka pakai t-shirt yang lusuh-lusuh. Lusuh, lembik..bergaya. Makin lusuh sesuatu benda semakin aku sayang. Kalau orang lusuh? Haha. Aku segan pakai baju yang nampak masih baru. Corak atau ‘print’ nya mesti ‘kena’ dengan aku. Kalau tak, sekali saja aku pakai. Kasut pun sama juga. Dan aku selalu ditegur bila pakai seluar 'slack' dengan ayat, "Pandai pula kau pakai seluar 'slack' eh?" Mungkin sebab selalu aku berseluar jeans.

3. Bapak aku kerja LKIM. Ni fakta bapak aku ke fakta aku?

4. Kalau beli barang, aku tak suka ada rasa was-was. Kalau ada rasa was-was masa nak membeli, tentu aku akan menyesal selepas membelinya. Kalau sekali pandang saja aku dah terdetik ‘Oh, kena beli’, aku akan beli tanpa fikir panjang dan tanpa rasa sesal selepas itu. Malahan lagi sayang benda tu.

5. Aku suka pakai baju dua lapis. Waima dekat Malaysia pun aku pakai baju dua lapis. Orang tanya, tak panas ke? Aku jawab: Ei, suka hati aku lah!

6. Aku tak ada IC sebab mama aku hilangkan. Aku tak ‘report’ polis sebab aku takut dengan balai polis. Ni macam ada dua fakta kan? Kadang-kadang aku naik kereta sama orang lain, polis tengah buat ‘road-block’, aku rasa macam nak turun je nak tanya, “Encik..encik..IC saya hilang. Boleh buat ‘report’ kat sini tak?” Ya, itulah puan-puan. Aku masih tak ada IC dan ‘I don’t care’.

7. Aku tak suka perkataan ‘harap’. Entah kenapa aku rasa ianya perkataan ‘bad luck’ bagi aku. Contoh ayat, ‘Aku harap engkau sihat hendakNya.’ Mesti rasa tak sedap bila nak guna dalam situasi ‘aware’ akan adanya perkataan itu. Kalau tak sedar dikala menggunakannya, tak apa. Aku akan rasa sedap sedikit jika ia ganti dengan perkataan ‘hope’. Haha. Matilah pelik. Oh, patutlah aku tak suka sama Cico Harahap. Cico, sila tukar nama kepada Cico Hopeful.

8. Rumah aku akan disita sebab tak bayar cukai harta. Kami bercadang hendak berkhemah diluar pagar.

Sekian saja fakta-fakta yang dapat aku bincangkan pada hari ini. Pesan nenek aku kepada orang ramai:
“Dah tak sempat melawat orang yang mati, lawatlah orang yang masih hidup. Nak cakap pun, dia dah mati. Kau cakaplah dengan yang hidup lagi.”


Dengan ini, aku nak ‘tag’:
Minci, Fiza, Bzz, Kasyah, Nuramirah, Syia, Deanna, dan Zu.

8 comments:

Unknown said...

kau memang suka pakai baju dua lapis rupanya. aku ingatkan sbb yelah kan.. lengan tuh pendek dan kau nk cover-up kan..

LKIM tuh ada kaitan dgn ikan ker
Bapak aku keje bhgn maritime.. ada sangkut paut tak?

hti2 yer bil berkhemah di luar tuh. jgn dekat ngan pokok tau

Unknown said...

lupa nk add...
AUTA!!!

:P

Anonymous said...

okay cik jojet.

Pakai baju lusuh itu bole diterima, tp malu nak pakai bju baru....aikkk??! Truskan ngan jeans ,brlah rock....haha

LKIM= LMbga Kemajuan Ikan Mesia? agak je

Bagus tol beli brg ngan jojet, jimat masa. xyah nak mengkaji2 lagi.

Hahaha..bukan pakai 3lapis ke...:P

Berani yek....huhu..xpe sedara indon ramai kat sini.

harap..harapan....acapan.....

nak pinjam kemah lebih, ym la...hoho

jetjetsemot said...

oh..sebab aku memang suka t-shirt lengan pendek jua..lkim tu ikan la ok..eish..aku langsung tros kasik kamu fakta..tak ada yang auta neh...

Anonymous said...

i did the tag thingy, hav been posted kat kakminci's blog, terus henyak badan dengan kasar atas comforter lembut sbb tak ditag oleh jetjetsemut seb bek kakminci tag

bzz said...

Hohh...
Sampai hati aaa... iyelah...

syia said...

syia baru perasan tag ni.. nanti syia akan jawap super gile heheh TQ sesangat tau

puteri nad said...

lol jet lot