Thursday, June 05, 2008

mekanisme menangani masalah/tekanan


Teringat aku tentang perbualan aku dengan seorang doktor pakar. Seorang demi seorang pesakitnya masuk, silih berganti. Rata-rata mereka adalah pesakit yang mengalami masalah kemurungan atau depresi. Latar belakang pesakit diceritakan kepada aku dan aku tak dapat tidak, menyedari 'label' yang sering digunakannya: 'Good or poor coping skills'.

Dan kebanyakan mereka ini, tak banyak berubah walaupun telah dirawat dengan pelbagai jenis cara dan ubat. Mereka kerap kali hadir ke klinik, hanya untuk berbual kosong dengan doktor pakar itu selama 30 minit dan mendapat 'lampu hijau' atau jaminan yang menyatakan mereka baik-baik saja. Mereka punya 'poor coping skills', kata doktor itu lagi.

Aku mula mengajukan pertanyaan, yang pada aku relevan. 'So, how do you help them to improve their coping skills?'

'Oh. Coping skill is something like your adult height, if you like. So, it is really like asking how to help them getting taller. It is not something you could change or help with, you see.'

Aku agak terkejut. Perbualan ini menyebabkan aku berfikir. Apa itu 'coping skills'? Dan benarkah kata-kata doktor pakar itu? Selama ini aku menganggap 'coping skills' adalah sesuatu yang boleh dikawal dan boleh diperbaiki jika kita mau. Tapi, nampaknya dari kaca mata seorang pakar, ianya adalah sesuatu yang telah sedia ada dan tak dapat nak dibentuk. Mungkin ada kebenaran dalam kata-kata beliau. Ia memberi aku perspektif yang baru dalam menilai seseorang. Mungkin sesetengah orang tidak mempunyai kemahiran untuk mengendalikan masalah/perasaan sebaik orang lain.

Cope - to face and deal with responsibilities, problems, or difficulties, especially successfully or in a calm or adequate manner

Skill - the ability, coming from one's knowledge, practice, aptitude, etc., to do something well

Baca lagi di sini: Coping skill

12 comments:

myra said...

haii
coping skill adalah kemahiran mengadaptasi kah

and wat about your coping skill?

jetjetsemot said...

MY coping skill is quite ok i guess..sbb tinggi sy 159, maka synye coping skill pun tinggi..

Minci said...

oh.. pandangan aku terbuka!!!

myra emosi said...

jamm uuu..dont bring height into this fight.. [fight club]

jetjetsemot said...

minci..bukakan la matamu..like mine..ahah..

myra..u and kamen, sape punye coping skills lagi tinggi?

myra emosi said...

i think me, by 2 cms..haks

bZz said...

Sudah dibaca 3 kali ulang. Tapi masih tak boleh nak paham. Iskk...

Tapi terlintas dlm kepala otak sy,

"Uhh, coping skill aku tak tinggi sebab aku tak tinggi mana... Hmmm.."

Minci said...

equal boley..ha ha

jetjetsemot said...

ahaha..kamen dan nad, jawapan kamu dua tak konsisten..nampak sgt sorg menipu..accidental height ke?

bzz..ahah..baca lagi smpi hafal ok..bru leh baca isen len..tinggi awk bape?

Minci said...

fine..

bZz said...

tinggi?

Ermmm... 161 ke 162? Rasanya la. Ke 151?

miyaki said...

ada saying,
"..Tuhan tak uji manusia dgn benda yg dia tak mampu handle.."
lebe kurg gitu r, tp ni mcm the other way of looking at it-perspective 'trouble-giver'nyer
kirany mungkin apa yg pt tu nampak dpd life, dia takle cope, tp sebenarny dia boleh-dia ngadu kat Dr dia, kira coping mecha dia gak r..kot..dah penin