Monday, June 09, 2008

wanita menangis di atas sofa


Aku diarahkan untuk menulis sebuah esei bertajuk 'Wanita Menangis di Atas Sofa' oleh Minci. Jadi, inilah hasil karya aku yang tak seberapa.

Seorang wanita di atas sofa, merenung keluar jendela. Hari kering, tiada hujan yang turun. Dia mengambil sebuah novel, diselak dan sempat dia membaca dua buah perenggan sebelum buku bosan itu ditutup, diletaknya jauh-jauh. Masih tetap di atas sofa, dia merenung keluar jendela. Hari yang indah untuk keluar, detik hatinya. Tapi mau ke mana? Dicapai pula selimut tipis berwarna merah jambu, dihampar kasar ke atas tubuhnya, dari hujung kaki ke pangkal kepala. Bosan!

Diam di bawah kanopi merah jambu, dirinya umpama dikelilingi gula-gula kapas. Fantasi zaman kanak-kanak yang makin pudar. Setitis air mata mengalir ke pipinya. Ah, dari mana datangnya? Dia meneliti persekitarannya yang terhad itu. Akukah yang menangis? Jiwa ini tak hiba, hanya bosan, masakan dia menangis? Air mata siapa ini? Dipandangnya sofa kusam itu dalam-dalam. Direnung corak garis sendeng pada badan sofa sambil jarinya berlari lembut menuruti alir garis itu. Sofa, kau kah yang sedih?

Sofa tua punya sebab untuk sedih. Sekian lama diam di situ, siapa yang benar-benar peduli? Angkat saja kusyen lapuk itu, habuk tebal, gumpalan rambut, pen yang hilang, bagai bertahun sofa tak dibelek. Hanya bila dada lelah, punggung kebas, badan sofa dihenyak. Kebajikan sofa hal terkemudian, lelah ini biar reda dulu, kebas ini biar hilang dulu. Selamanya begitu. Biarpun usia dimamah, rupa kian lusuh, kekuatan sudah tak seberapa, sofa masih di situ, mengharap nasibnya berubah.

Wanita itu hilang bosannya, tiba hibanya. Fikiran melayang, cuba-cuba mengingat kehidupan lalunya. Tentang bagaimana kala mudanya, tua itu tak dipandang. Tua itu picisan. Tua itu menjengkelkan. Nah, tua dah menjengah. Apalah beza dia dengan sofa. Sama itu juga nasibnya. Wanita menangis di atas sofa.

7 comments:

Minci said...

OH.. I like this story. Nice nice. Mungkin aku patut bagi kau assignment kedua.

Pengurus Za said...

im lost..so, ni cite sofa ke? cite pompuan?

tp kak jet pandai tules..bravo bebeh!!

bZz said...

Kesian sofa tuh... Jgn kasik perempuan tu nangis lagi...

ek...

Minci said...

ini isen yg mempunyai pengamatan menarik pada tajuk..

'Wanita di atas sofa menanes'
maka blh jadi wanita itu nanes atas sofa
ataupun
sofa itu yg sedang menanes..
he he he he

myra said...

bagus

jetjetsemot said...

ahah..mangkok la korang..aku gelak lak baca cite nih..ahah..kantoi naluri sastera aku..

kamen..gimme esenmen sumore plis..

sheilazrien said...

uiy0u~
:D


*err, x dapat tangkap tp..hikhik