Friday, March 30, 2007
cerita fiksyen
Telepathy - the communication of ideas, thoughts etc directly from one person's mind to another person's mind without the use of hearing, sight etc.
Telepati. Takdelah apa pun yang nak diceritakan pasal telepati ni. Cuma hari tu aku balik dari hospital, aku rasa semangat betul nak orang sekeliling aku ada kuasa telepati. Aku tak ingat apa 'trigger' perasaan tu. Mungkin berkaitan dengan rasa nak bertanya banyak soalan dekat 'midwife' tapi tak terkeluar sebab aku berat mulut. Masa-masa macam ni aku sangat-sangat berdoa agar orang boleh baca fikiran aku. Sebenarnya kuasa yang aku nak ni lain sikit. Aku nak otak aku ada suis 'on-off' yang membenarkan orang baca fikiran aku. Contohlah, kalau time terdesak macam nak tanya soalan tadi, silalah 'midwife' baca fikiran aku sedalam-dalamnya dan meng'offer' jawapan walaupun mulut aku tak buka walau sedikit pun. Tapi, bila time aku rasa jengkel dan nak kutuk 'midwife' tu dalam hati, maka suis otakku pun di'off'kan supaya kutukan tak dapat dikesan oleh 'midwife'. Ye, ye. Terima kasih, aku memang kreatif.
Kuasa aku tu jugak, akan amat-amatlah berguna bila aku sedih. Sebab kelemahan aku adalah apabila aku sedih, satu benda pun takkan terkeluar dari mulut ni. Tentang kenapa aku sedih. Macam waktu exam di kala muda-mudi dahulu, masalah bertimbun-timbun yang censored untuk diceritakan dikhalayak ramai, tiba-tiba tak boleh belajar. Lantas menangislah teresak-esak. Along aku pun pujuk. Dia tanya macam-macam, aku geleng, angguk, nangis. Tu jelah yang aku boleh buat. Last-last dia offer milo, aku pun diam. 'Oh, nak minum milo rupanya budak ni'-bukanlah kesimpulan yang aku nak Along aku buat.
Setakat ni, yang aku perasan hanya kepada mak aku, aku boleh apply kuasa 'on-off' ni. Kadang-kadang bila aku concentrate sungguh-sungguh, dapatlah sampai apa yang aku fikirkan ke fikiran mak aku. Terer kan dia? Ke aku yang terer?
Aku ada jugak cuba apply kuasa telepati ni kepada anak saudara aku, Arieq. Dia tension belajar dan hafal 'spelling' masa tadika. Aku pun pegang kepala dia, suruh dia tutup mata dan cuba transfer ilmu spelling aku ke otak dia. Aku bukan saja-saja buat sebab nak tipu dia secara saikologi. Aku memang nak try transfer ilmu. Aku suruh dia concentrate. Tapi Arieq taknak. Dia cakap, 'Eley, bonda tipu..mana boleh macam tu.' Fine. *mode goncang-goncang kepala dia sampai pengsan~
Kesimpulan? Budak tadika pun tak percaya dengan teori aku, maka kalian pun janganlah menggila dan pegang kepala masing-masing cuba membaca fikiran antara satu sama lain. Tapi, serius..memang best kalau ada kuasa 'on-off' baca fikiran.
Lagi pendapat tentang telepati disini.
Wednesday, March 28, 2007
rahsia pohon cemara
Boleh tak nak update lagi? Sebenarnya aku ada banyak cerita nak dikongsi tapi masa dan keadaan tak mengizinkan. Sabtu, member aku di Malaysia hantar sms masa aku masih terkebil-kebil lagi atas katil. Masih tak sure aku mimpi atau di alam realiti dengan berita yang aku dengar selepas solat Subuh. Mamai. Member aku suruh aku bangun. Aku balas kata aku dah bangun, nak mandi. Aku tanya nak apa. Tetiba member aku call. Penting sangatlah ni sampai sanggup telefon aku dari Malaysia. Aku pun jawablah dengan suara serak-serak-basah-bangun-tidur aku.
'Aku nak bagitau kau something ni.'
'Apa dia?'
'Kau tau kak A?'
'Kenapa dia?'
'Dia masuk ICU since Khamis lepas.'
'Oh?'
'Lungs dia collapse. Tak boleh bernafas macam biasa. Dia kena intubate. Kitorang kat sini pun tak tau. Dia taknak siapa-siapa tau. Tapi F (boyfriendnya) bagitau gak. Sebab condition dia teruk. Masa aku lawat, dia dah mula sedar. Dah responsive.'
'Tapi, cam mana lungs dia boleh collapse lak? Apa underlying problem dia?' *matila interrogate macam doktor~
'Laa..kan dia sakit. Kau tak tahu ke?'
'Sakit? Sakit apa? Serious aku tak tau.'
'Lung fibrosis.'
'Emm..aku taulah yang dia tak fly aritu sebab dia punya x-ray finding tak acceptable. Tapi aku ingat scar kecik je kat x-ray tu.'
'Dia start follow up dengan doktor pasal scar tu sejak 2 tahun lepas. Tu je la aku nak cakap dengan kau. Ni pun aku gaduh-gaduh dengan budak-budak ni pasal nak bagitau kau. Diorang kata tak payah bagitau.'
'Emm..kau tau, pagi tadi pun ada berita sedih yang aku dapat...'
'Sorrylah sebab spoilkan hari kau. Aku just rasa kau patut tau...'
'Mmm..takpe. Thanks.'
Terkilan. Tu simplified version tentang apa yang aku rasa. Aku dengan kak A rapat masa di Bukit Jalil dulu. Aku paling rapat dengan dia berbanding budak-budak lain batch aku. Dia pernah cakap terima kasih sebab kawan dengan dia. Katanya dia tak ramai kawan. Kenal mak ayah dia. Abang dia. Adik-adik dia. Makan nasi lauk daging salai masak lemak di rumahnya. Shopping dengan dia. Belajar sama. Rapatlah, sampailah dia ada boyfriend. Bila dia nangis masa exam, aku cuba comfortkan. Bila dia kantoikan room mate dia, dia cerita kat aku. Bila dia tak puas hati, cerita kat aku jugak. Tapi kenapa bila dia sakit, aku orang yang last tau?
Aku dapat satu lagi sms dari member aku lepas phone conversation di atas.
'One thing aku lupa. Aku taknak in future tak kira siapa antara kita sakit or ada problem, tak inform sesama sendiri. Don't assume kau taknak menyusahkan orang or taknak orang risau. Please don't hesitate to make me worry or susahkan aku. Macam kes kak A ni. Aku akan menyesal kalau tak tau sampai sudah. Paham!'
Kena bebel.
Susah kes ni. Subjektif. Sebagai kawan kita kalau boleh nak tau semua susah senang kawan kita. Tapi, secara jujurnya aku sendiri tak cerita semua hal kat semua orang. Ada limitnya. Kadang-kadang bukan a matter of tak nak susahkan orang atau bagi orang risau. It's a matter of diri ni sendiri. Yang cuba untuk cope macam biasa, macam tak ada apa-apa masalah. Dan cuba kikis rasa kasihan dari orang lain. Bukan kerana berlagak diri ni kuat atau apa-apa sifat riak yang lain. Sebab layaknya manusia ni memerlukan sokongan dan bantuan antara satu sama lain. Itu fitrahnya. Mungkin ianya hanya untuk test kekuatan diri dalam mengharungi masalah sendiri. Salah ke? 'Selagi ada daya dikandung badan, biar aku sendiri redah susah hidup ni.' Kadang-kadang kita rasa in control of the situation menyebabkan kita merahsiakan situasi kita.
Bila member aku hantar sms tu, aku rasa ada betulnya. Kadang-kadang, dengan kuasa Allah kita tiba-tiba tak boleh kawal situasi tu. Menyebabkan situasi menjadi buruk dan tak dapat dibendung lagi. Kata orang bangkai gajah tak boleh di cover dengan tudung saji.*feeling Karam Singh Walia macam Biskutmuka~ Eh, ke nyiru? Apakah nyiru?
Masa tu lah member-member dapat tau. Entahlah. Jawapan yang paling tepat pada aku adalah 'hidup perlu wasatiah'. Sederhana. Ada masalah yang boleh dirahsiakan dan ada yang boleh diberitahu. Kalau masalah yang membuka hijab/aib mungkin tak perlu. Melainkan masalah tu meng'spoil'kan mood dan mengancam kesihatan mental. Tapi hijab/aib tu pun subjektif, ye tak? Matilah takde penyelesaian dalam perbincangan ni. Hamek iktibar je lah. Aku no komen...Kalau member nak bagitau aku, bagitau. Aku ada sini untuk dengar. Kalau taknak kasi tau, aku boleh buat satu je la....buat tak tahu. Aku rasa aku bukan jenis pendesak. Hmm, terus feeling nak cerita pasal telepathy. Lain kali keh?
besday ikut surat beranak maka berkek ijo
Happy birthday kepada saudara Rohaizat bin Muhamad Tahir..yang ke tuut tuut*.. Letih ni gelakkan kek yang buruk. Tapi nasib baik ada si Fizatul, professional baker yang membantu memeriahkan kek tersebut. Pening jugak sebab asyik menelan buttercream. Mungkin pening kerana kandungan kolesterol dalam darah sangat tinggi. So tak boleh nak taip panjang-panjang. Maka Encik Rohaizat, bersyukur serta berterima kasihlah kerana kami disini saja yang makan kek 'killer' ni. Kerana sesungguhnya kek yang sebegini hanya elok dipandang dan bukan dimakan. Kredit kepada makcik Betty Crocker kerana meng'sponsor' tepung, serbuk penaik, dan serbuk koko. Jasamu dikenang, Fizatul dan makcik Betty. Huda cakap, 'Eh, baru aku terfikir. Kek ni sempena birthday Ijad ke? Cakap dengan dia kek dia sedap.'
Sorry lah lambat isen ni di post. Sebab tuan punya kamera bukan orang yang menaip. Apa-apapun, semoga panjang umur, murah rezeki, dipertemukan jodoh dan dikurniakan kejayaan dunia dan akhirat. ENJOY~
Saturday, March 24, 2007
Al-fatihah
Apa yang Biskutmuka taip di sini merumuskan apa yang aku rasa dan nak sampaikan. Aku tak pandai nak comfort dengan kata-kata. Dan yang lebih teruk, aku juga mungkin tak dapat menjadi seorang pendengar yang setia. I guess I'm not that strong. Sebab, I know that the minute I see your face, I'll cry as well. And then, I'll make you upset even more. But do know this, I too feel your sadness...in a weird kind of way, that I think it is me who's experiencing the loss of a loved one. Sorry I can't be strong for you. Be aware that I'm trying to. And sorry that I'm no good as a friend. My prayers are all that I have to offer. As well as my love~
Al-fatihah..
Friday, March 23, 2007
johor ke tak aku, hah?
10 Things You Should Know About A True Blue Johorean
1. They end 9 out of 10 sentences with Ekkk...
Ekk ialah trademark orang Johor. Digunakan di hujung SETIAP ayat
menggantikan tanda soal (question mark).
Contoh :-
Ni awak punyer ekk?
Nama awak saper ekk ?
Kenapa kite kaler tak cantik ekk ?
Dan macam-macam ekk lagi.
Aku teringat semasa aku sekolah dulu, aku dan member sebelah aku boring
yang amat di dalam kelas, so to keep us awake, kami dok mengira berapa kali
Cikgu sebut ekk. In a period of 40 minutes, dekat 100 kali! Lepas tu kami
gelarkan Cikgu tu as Cikgu Fadzillah* Ekk. (*bukan nama sebenar).
2. They refer to Johor Bahru as Johor and not JB.
Kalau orang di negeri Johor sebut Johor, it meant Johor Bahru (JB), the
city dan bukan Johor, the state. Biasa digunakan oleh mereka yang tinggal
di luar bandar Johor Baru seperti di Masai- chusettes umpamanya.
Contoh : Beb, gua nak turun Johor laa. Lu mahu ikut gua tak?
So, if you ARE already in Johor, tak kira di daerah mana - if the locals
kata nak pergi Johor, it means nak ke Johor Bahru. Jangan pulak buat lawak
bongok** berkata, " Eh, lu kan dah ada kat Johor?" Or worse, jangan
memandai nak tambah ekk with that question.
3. They pronounce Muar as MUOR. (kena juih bibir sikit)
In fact you pronounce everything that ends with "AR" as "OR".
Contoh : Aku kena pakai seluor besor untuk main bola kat Bandor Muor besok.
(Aku kena pakai seluar besar nak main bola di Bandar Muar besok).
Aku teringat Kakak tegur aku bila aku cakap macam tu. Kenapa Mama sebut
besar, BESOR ? Slipper , SLIPPOR ? Aku tergelak. Aku cuma speak like that
bila berjumpa dengan true blue Johorean aje.
Lapo (lapar), penampor (penampar), ulor (ular), pagor (pagar) dan
lain-lain.
4. They are brash with a CRAZY sense of humour.
Honestly, I belum pernah jumpa orang Johor yang serious or square to a T.
Or cannot take a joke. Walaupun pendiam atau pemalu , but their sense of
humour boleh tahan gak. Almost all of them (yang aku jumpa dan kenal lah)
are either loyar buruk or bigor **.
Baik di kampung mahu di Bandar. The sense of humour is unique that I find
kadang-kadang orang luar (non-Johorean) agak takut with the brashness of
budak-budak Johor.
(Did you see Majalah 3 the other night - see how Tunku Yem (nama manja
Tunku Mahkota Johor) bercerita pasal anakanda dia Tunku Ismail ? Haha....
that is exactly my point!)
5. Diorang ada ENDUT **.
Kalau tak pernah berendut, sure pernah ada endut or busuk-busuk pun
teringin nak ada endut.
Contoh ayat :
Haa...kau dah ada endut yer ?
Kau pergi berendut kat mana ?
Orang berendut dia pun nak berendut.
6. Diorang Makan Gula Tarik, Sagun, Gula Kandy, Bobotok....
Dah lama aku tak tengok atau makan gula tarik, sagun or kandy. Ada lagi ke
bebenda ni kat Johor ? Aku tak boleh nak describe dengan teliti these
things cos it has been 30 years since I last tasted them.
Seperti Kak P cakap - makanan seperti botok-botok. Kalau out of Johor,
botok-botok dikenali dengan nama PAIS IKAN. Jangan tanya aku how to
describe the ingredients cos aku tak berapa gemar makan sebab guna banyak
sangat daun ( aku tak suka makan sayur - especially ulam). Yang aku tahu -
pakai daun segala daun, termasuk daun betik dan gunakan kari ikan and balut
dengan daun-daun tu dan kukus.
Aku pernah tanya my Dad dulu - kenapa buruk benor nama dia bebotok. Then my
Dad cerita :
Di zaman dulu ada seorang nenek yang tinggal seorang diri. Everyday cucu
dia akan datang bawak makanan. Nenek ini suka sangat pais ikan dengan bubur
so dia suruh cucu ni bawak tetiap hari. Bila cucu tu bawak makanan lain,
Nenek akan tanya " Mana Bubur Tok? ". Lama-lama Bubur Tok jadilah Bebotok -
kesan dari cakap cepat-cepat.
Itulah ceritanya. Aku kecik lagi masa my Dad cerita tu. So, kalau dia
kelentong aku - maka kelentonglah cerita bebotok tu. Sekian adanya.
7. Pernah (or berangan nak) jadi Mat Rock .
Aku rasa sebab kedudukan Johor dekat dengan Singapore, sebab itulah
pengaruh Barat di Malaysia masuk melalui Johor dulu. Itu teori aku lah. But
kalau ikutkan sejarah Johor, Sultan yang mula-mula kawin dengan Mat Salleh
pun Sultan Johor (Almarhum). So, tak heranlah kalau kumpulan Rock kat
Malaysia ini semua ada susur galur dari Johor. Amy, Zainal Abidin, Nash
etc.
Boleh pakai ke teori aku ni? Jangan aku kena pancung dengan Sultan, dah
ler.
Ampun Tuanku !
8. Kenduri Kawin Ada Telur Pindang
Telur pindang ialah telur ayam yang direbus dengan segala macam rempah dan
dedaun untuk mendapatkan that special taste. Lepas rebus, telur akan
berwarna cokelat. Both kulit dan isi. I don't like to eat telur pindang, so
I cannot to describe the taste. Normally orang buat telur pindang ni for
special occasion, seperti majlis perkahwinan. Zaman dulu-dulu, you can tell
the social class of the tuan rumah - normally orang kaya-kaya jer buat
telur pindang ni sebab ianya rumit dan makan masa berjam-jam therefore
menggunakan kos yang tinggi.
9. Tidur atas LECA** (rhyme with letak and baca, the non-baku way). Baju
simpan dalam GEROBOK **.
10. They never watch RTM sebab semua cerita dah tengok kat TV Singapore!
When I was growing up, aku cukup suka tengok TV Singapore sebab iklan dia
semua dari overseas, very menarik. Besides the cerita yang terkinilah. Yang
aku suka ialah iklan jeans Levi's (Let your love flow), iklan lagu Coke (
I'd like to build the world a home), iklan Kodak (Times of Your Life -Paul
Anka ). Paling syok ialah masa Christmas, iklan dan lagu semua best-best.
(But itu dulu, sekarang aku rasa semua rancangan sudah semasa.)
Well, TV Singapore cuma dapat ditengok oleh penduduk JB dan kawasan yang
sewaktu dengannya. As you go further up north (of Johor), you can see
aerial TV semua setinggi pokok kelapa - semata-mata nak dapatkan siaran
from Singapore!
Apa lagi EKK?
Kamus Johor :
Bongok - bodoh
Bigor - gila-gila, contoh :- Apek Senario tu macam budak BIGOR ekk ?
Endut - makwe/pakwe. Awek/balak. Boifren/girlfren. Boleh digunakan tanpa
mengira jantina.
Berendut - berpasangan.
Pergi berendut - dating.
Botok-botok, bebotok - sejenis makanan menggunakan ikan, ditambah memacam
dedaun, letak serbuk kari (don't ask me - aku tak reti buat) dan dibalut
dengan daun betik, diikat dengan sebelum dikukus. Alah, macam Pais Ikan
tuh.
Leca - tilam. Normally dibuat sendiri menggunakan kekabu (orang zaman
dulu-dulu semua DIY - tak ada Vono, Slumberland ).
Gerobok, Gobok - cupboard. Almari. Tak kiralah simpan kain baju ke, simpan
pinggan mangkok ke.
Tulisan italic di atas bukanlah aku yang taip. Entah kenapa aku tak puas hati dengan orang yang taip ni. Dengan tak semena-mena aku ajak sekali member aku yang budak Johor untuk sahihkan 10 fakta di atas. Komen aku? Kalau aku artis betul, aku jawab 'no komen' je. Tapi sebab aku tak berapa nak artis, aku nak komen jugak. Emo nih. Tak kira! Nak komen jugak.
1. Ok la. Perkataan 'eek!' tu memang sinonim dengan orang Johor. Secara ikhlasnya aku tak berapa pakai 'eek' dalam ayat-ayat aku. Cuma kebelakangan ni baru ada guna sikit sebab mungkin terpengaruh dengan rakan sebaya. Mak, ayah, adik-beradik aku semua tak guna 'eek'. Kami pakai 'eh','ei'dan 'oi' aje. Contoh ayat: 'Mak,mak dah makan eh?' 'Ei, kan mak tengah makan ni' dan 'Oi, kau buta ke tak nampak mak kau tengah makan?'
2. Hujah saya yang kedua tuan hakim..aku sebagai anak jati Johor panggil Johor Bahru tu JB lah. Mungkin penulis kena spesifik sikit bahawa orang-orang tradisional Johor yang refer JB sebagai 'Johor.' Aku boleh bayanglah orang-orang baya ayah aku yang cakap JB tu Johor. Tapi ayat 'Gua nak pergi Johor ni. Ada race besar ni. Lu nak ikut gua?' mungkin adalah ayat yang diguna pakai mat rempit KL ketika plan nak race di Johor. Heh. Aku tak tau.
3. Bab Muar jadi Muor. Ular jadi ulor. Tu mungkin lebih merujuk kepada rakyat Johor belah utara. Aku dan member aku yang berasal dari belah selatan Johor ni takdelah pulak guna kepekatan yang tersebut di atas. Abis tu, kitorang ni 'less' Johorean ke? Dan aku rasa orang kat area lain pun guna gak perkataan 'lapo' dan 'penampo'. Bukan Johoreans saja.
4. Aku malas nak komen benda ke-4 ni. Sangatlah tak spesifik. Buang karan je aku komen kang. Kau tengok sikit aku ni serius ke tak. Haaa.. Tengok. Tengok. Statement ni macam nak cakap, kalau kau serius kau bukanlah orang Johor. Penampo nak? Sila kenal setiap seorang rakyat Johor, buat survey tahap ke'lawak'an, barulah boleh nak keluarkan statement macam tu. Lu bikin wa panas hati la beb!
5. Endut eh? 'Pergi berendut' pernahlah aku guna. Ayat favourite 'Wei, wei! Ada orang berendut la wei. Jom pergi tengok.' Tak pernah pula aku tau boleh guna kata asas 'endut' saja.
6. Ni penipu lagi satu. Orang Perak pun pernah makan sagun dan gula tarik lah. Nama dia Fizatul. Tapi dia tak pernah makan kandy. Pais ikan dia tau, tapi tak pernah dengar botok-botok. Kandy, wooo.. Mak aku dulu buat sendiri je kandy nih.
7. No komen jugak yang statement ke 7 ni. Mungkin kada' dan kadar menentukan Amy, Zainal Abidin, Nash, jadi artis. Relevan kan? Kalau semua artis rock pada satu tahun tertentu adalah orang Johor dan tiada yang berasal dari bukan Johor melainkan Johor-Johor belaka, baru aku boleh terima teori Barat marat kau tu.
8. Telur pindang, eh? Oklah, aku terima statement ni melainkan ada orang Johor lain yang nak bangkang.
9. Gobok ye aku tau. Leca, first time aku dengar selama aku hidup. Terima kasih kerana tambahkan vocab aku.
10. Mungkin ada benarnya statement ke 10 ni. Yelah, dah ada benda tu free, bantailah tengok channel Singapore. Tapi takdelah meriak sampai tengok tv sana je semata. Itu membuatkan kau jadi true blue Singaporean. Bukan Johorean. 'Never watch RTM' tu macam keterlaluan la wei. Macam kepala kau besar gila.
Yang aku tau, true blue Johoreans sentiment ke'Johor'an dia kuat. Pantang betul kalau orang kacau orang-orang Johor. Dan pantang betul kalau orang cakap dia 'less' Johor dari orang Johor sebenar. Dah ayah aku orang Johor, lahir kat Johor, besar pun kat Johor. Tak cukup Johor ke aku? Tak cukup kot~
Wednesday, March 21, 2007
nama i nelly~
Aku dapat emel ni daripada kawan aku. Ketawalah korang sebelum korang diketawakan..
Nama-Nama Jawa Pilihan
Sesiapa yang berhajat nak menimang cahaya mata, bolehlah kalau nak consider
nama-nama yang di bawah ni.....
Semoga "sejuk perut ibu mengandung" hehe...
Pilihan nama-nama jawa yang bagus diperturunkan. Eloklah guna nama ini untuk
anak...
Pilihlah yg anda berkenan:-
Pandai tanam bunga - Rosman.
Pandai membaiki kereta - Karman
Average dalam golf - Parman
Pandai dlm penulisan - Suratman
Gagah perkasa - Suparman
Boleh mendengar sambil berjalan - Wakiman
Selalu bertanya - Azman (loghat jawa bunyi Asman)
Pandai buat kuih - Paiman
Pakar jualan - Salman
Pakar pasal alam sekitar - JASman (Jab. Alam Sekitar)
Pandai melukis, tulis sajak, nyanyi lagu - Saniman
Doktor gigi - Sugiman
Supaya cepat naik pangkat - Yasman
Bakal kaki pukul dan dera orang - Deraman
Yang ada darah Bengali - Baiman
Pandai organise skim cepat kaya - Pakman (Te'Lo)
Mat rock - Rokman
Jadi polis trafik - Saman, Pakar kunci - Lokman
Baik budi pekerti - Budiman
Ada lagi... ..
Buat kerja ala kadar - Kadarisman
Suka bagi orang susah - Sukarman
Suka mengada-ngada - Ngadiman
Dua alam - Herman
Paling tak guna - Koman
Selalu sakit - Deman
Kalau yang kuat berlawan - Ultraman
Yg suka main daun terup poker -Pokerman
pastikan pilihan anda tepat.......
Tuesday, March 20, 2007
cinta ada di udara
Happy anniversary aku ucapkan kepada dua orang 'lovey dovey' yang sudah berkecintaan selama setahun. Ye! Berkat mata aku yang tajam, aku telah terlihat tanda 'ulang tahun!!' pada kotak kalendar bertarikh 20 Mac dengan sticker love yang membuktikan 'insyaAllah' kebenaran firasat aku. Mereka inilah contoh makhluk yang bercinta dari kejauhan tanpa pernah bersua muka secara 'live' walau sekali pun, sepanjang ber'couple'. Seorang di Malaysia manakala seorang lagi di UK tapi masih going strong, insyaAllah. Dengar khabarnya yang si gadis bakal menjadi ibu 2-3 tahun lagi dan si pemuda pula katanya insyaAllah akan mengadakan kenduri kalau ada rezeki, bila kami yang berada di UK ini pulang ke tanah air. Hopefully bukanlah kenduri arwah atau kenduri doa selamat yang beliau maksudkan. Kukuhkan hubungan berlandaskan iman ye korang. Aku, dan aku yakin semua yang sayangkan korang sebagai kawan, mendoakan kebahagiaan korang sehingga ke jinjang pelamin. Tak cukup sampai situ, aku 'up' lagi sampai ke liang lahad.
Aku tidaklah layak menjadi orang yang menasihati pasangan-pasangan bercinta ini kerana lack of experience tapi ingatlah selalu bahawa benda yang indah di hujung jalan itu bila nak gapainya pasti banyak halangan, maka apa saja cabaran yang korang lalui SABAR, TOLAK ANSUR, IKHLAS, tabligh~, fatanah~, semua sekalilah sifat yang baik, nak kena ada. Jangan simpan dalam hati, nanti jadi daki. Kalau marah, jangan bercakap dulu. Kasi otak 'absorb' dulu situasi, timbang balik dan fikirkan jalan terbaik untuk selesaikan. Adess, susah gak nak kasi nasihat ni. Haha.. Tak pandai nak nasihat hokey! Best of luck. Biskutmuka, ko sambung pulak.
'Love is like a mountain,
hard to climb,
but once you get to the top
the view is beautiful'
'We sat side by side in the morning light
and looked out at the future together'
ZA dan ABANG, salin..salinlah tips mengeratkan hubungan dari pakar motiBASI persendirian anda ini-Dr Jet~
Aku tidaklah layak menjadi orang yang menasihati pasangan-pasangan bercinta ini kerana lack of experience tapi ingatlah selalu bahawa benda yang indah di hujung jalan itu bila nak gapainya pasti banyak halangan, maka apa saja cabaran yang korang lalui SABAR, TOLAK ANSUR, IKHLAS, tabligh~, fatanah~, semua sekalilah sifat yang baik, nak kena ada. Jangan simpan dalam hati, nanti jadi daki. Kalau marah, jangan bercakap dulu. Kasi otak 'absorb' dulu situasi, timbang balik dan fikirkan jalan terbaik untuk selesaikan. Adess, susah gak nak kasi nasihat ni. Haha.. Tak pandai nak nasihat hokey! Best of luck. Biskutmuka, ko sambung pulak.
'Love is like a mountain,
hard to climb,
but once you get to the top
the view is beautiful'
'We sat side by side in the morning light
and looked out at the future together'
ZA dan ABANG, salin..salinlah tips mengeratkan hubungan dari pakar motiBASI persendirian anda ini-Dr Jet~
Sunday, March 18, 2007
coffee, anyone?
Aku tak minum kopi dah la wei! Ni kali kedua aku disuakan dengan hal kopi. First, pertandingan menghias cappuccino di blog Biskutmuka. Yang ini pula berkaitan dengan survey kawan aku. Minta tolong korang jawab soalan yang berikut ni. Caranya?...Adalah cara kampung iaitu 'copy paste' soalan yang panjang lebar ni pada emel korang, kemudian jawab dan sendkan ke bakku_san@yahoo.com. Sangat-sangatlah mengharapkan kerjasama korang. Kalau taknak tibai jawab dalam English, bantai je Bahasa Melayu. Pandai-pandailah aku atau kawan aku translate nanti ikut daya imaginasi kami.
Tarikh tutup penyertaan adalah Rabu, 21 March, tepat pukul 12 malam waktu Malaysia dan bagi yang berada di luar negara, pandai-pandailah korang calculate sendiri masa untuk submit yang sepatutnya.
1.Do you like the smell of coffee?
[ ]Yes
[ ]No
2.Do you like the taste of coffee?
[ ]Yes
[ ]No
3.Do you drink coffee?
[ ]Yes
[ ]No
4.Did you drink coffee in the past? [ ]Yes
[ ]No
5.Will you drink coffee in the future?[ ]Yes
[ ]No
6.Do you think coffee is good or bad for your health?
[ ] Good[ ] Bad
7.Why do you think coffee is good/ bad for your health? _______________________
8.Do you know that coffee helps to reduce Alzhemeir?
[ ]Yes
[ ]No
9.Do you know that coffee helps to reduce cancer?
[ ]Yes
[ ]No
10.Do you know that coffee helps to reduce Parkinson?
[ ]Yes
[ ]No
11.Do you know that coffee helps to reduce diabetes?
[ ]Yes
[ ]No
12.Do you know that coffee helps to reduce gallstones?
[ ]Yes
[ ]No
13.Do you know that coffee helps to reduce asthma attacks?
[ ]Yes
[ ]No
14.If you don’t drink coffee, would you start drinking it after knowing that it helps to reduce the illnesses stated above?
[ ]Yes
[ ]No
15.Why? ________________________________________________________________
16.Whose advice regarding health would you most likely take?
[ ] Doctor
[ ] Nurse
[ ] Pharmacist
[ ] Athlete
[ ] Artist
[ ] Other: _________
17.Please specify your age group:
[ ] Below 18
[ ] 18 - 31
[ ] 32 - 47
[ ] 48 - 65
[ ] Above 65
18.Please specify your field of study/ work: ____________________
Itulah dia. Selamat menjawab. Budi baik korang Tuhan saja yang dapat balas. Aku akhiri isen ni dengan serangkap pantun:
Terima kasih daun keladi,
kalau ada duit boss aku belanja korang kopi~
Tuesday, March 13, 2007
gaya, muthu, keunggulan
Tadi, tiba-tiba aku semangat pula nak update. Sebab baru call Malaysia dan bergelak ketawa dengan hebatnya. Keluarga aku pelik. Benda yang sedih boleh jadi bahan lawak yang melampau. Ada suatu kisah yang aku nak kongsi. Bukan untuk memburukkan sesiapa tapi lebih kepada sebagai pengajaran kita bersama. Maklumlah, isen terakhir aku pun pasal pahala terakhir seorang isteri. Ni, kali ni aku taip sendiri. Tepuk,tepuk!
Nak dijadikan cerita, adalah seorang cucu yang tinggal dengan neneknya. Kita kasi nama dia Muthu. Muthu sudah berkahwin dan mendapat kerja di Bukit Mertajam. Memandangkan neneknya tinggal di Bukit Mertajam, maka Muthu pun tumpang sekaki duduk tanpa perlu bayar sewa. Anak isteri Muthu tinggal di Bagan Ajam. Oleh kerana rezeki lebih berpihak pada Muthu di Bukit Mertajam, maka si isteri pun diajak berpindah sekali ke rumah si nenek.
Muthu membuat persediaan untuk menyambut isterinya dengan mengemas rumah neneknya. Muthu pernah tinggal di rumah yang sama ketika dia masih bergelar pelajar lagi. Maka, banyak pakaian dan barang-barang dalam rumah itu adalah miliknya ketika masih muda. Kerana terlalu banyak, Muthu nak membakar sahaja barang-barang yang tidak digunakannya lagi. Muthu pun siap membuat unggunan barang-barang terpakainya. Baru dia hendak mula membakar, tiba-tiba neneknya datang. Neneknya bising-bising. Nenek Muthu terkenal dengan sikapnya yang tidak suka membazir tahap melampau. Kelampauannya melampau batas sehingga air basuhan pinggan mangkuk juga ditadah berbaldi-baldi supaya kelak boleh digunakan untuk menyiram pokok bunga. Rekod jenayah neneknya turut meliputi menakung air sehingga menyebabkan proses pembiakan denggi dan juga berudu. Neneknya berniat mengelakkan kepupusan spesis katak, katanya.
Nenek Muthu bebel-bebel lagi. Tak cukup bebel, diperlinya Muthu. Antara timbunan barangan terpakai Muthu adalah sehelai kain pelikat. Diambilnya kain pelikat itu oleh si nenek dan dipakainya depan Muthu. Dah siap-siap dia pakai kain pelikat, dia boleh sambung lagi memberi syarahan. Nenek itu memang dahsyat. Aku tak tau apa ending cerita ini. Tapi kalian jangan nangis pula baca kisah ni sebab ikhlasnya ia adalah lawak.
Selepas peristiwa itu, adik-adik Muthu datang ke Bukit Mertajam kerana ada kenduri doa selamat [apakah? Muthu dan doa selamat adalah tidak sinonim]. Selepas kenduri, pastilah banyak timbunan sampah sedia untuk dihapuskan. Maka budak-budak ni pun membuat unggun api. Segala sampah sarap yang ada dibakar. Kemudian si adik berbisik, 'Ada ke lagi barang lama abang yang nak dibakar? Kalau ada, bawalah keluar.' Si isteri pun membawa keluar barang yang tak boleh lagi dipakai. Seorang lagi adik jaga 'line'. Tiba-tiba [macam biasa] si nenek muncul entah dari mana. Mungkin nenek mereka adalah psaikik. Si adik pun berlari-lari anak sambil berkata, 'Tok datang, tok datang!' Dengan pantas mereka 'cover' dengan meletakkan daun-daun kering atas barang yang mereka bakar. Nenek berkata, 'Bakar apa tu?' Mereka menjawab dengan berirama, 'Takde...bakar daun kering, tok...'
Dah habis baca karangan di atas? Ok, sila jawab soalan pemahaman yang berikut:
KALAU MUTHU ADALAH ABANG AKU, SIAPAKAH PULA NENEK ITU?
Misteri bukan?
pahala akhir seorang isteri
Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba di pupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang telah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari ini.
Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan anda sekalian,
untuk dijadikan teladan sepanjang hidup.Untuk pengetahuan semua, di kalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara, saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik. Tetapi keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu taat berbakti kepada suami. Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan rumahtangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan.
Kami di anggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain-lain sifat yang baik ada pada dirinya. Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang berjemaah dan makan bersama. Pada waktu inilah biasanya beliau akan memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang bertakwa.
Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami akan kewajipan yang harus ditunaikan. Itulah peranan asas seorang isteri terhadap suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata unutk melayan Adam dan menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang kosong melainkan dengan diciptakan Hawa. Oleh itu saya menganggap tugas mengurus rumahtangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah tugas nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu melayani suami. Sebagai seorang yang juga sibuk di pejabat, adakalanya rasa penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah. Tetapi saya bersyukur kerana suami amat memahaminya. Berkat tolong-menolong dan bertolak-ansur, hal tersebut tidak pernah menjadi masalah di dalam rumahtangga. Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentingan masing-masing.
Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya ketentuan Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Hari itu merupakan hari bekerja. Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan pada hari itu juga. Pukul limapetang saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Penat dan letih tidak dapat digambarkan. Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat. Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak, bermain-main dan bergurau senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada petang itu.
Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah Restoran makanan laut di pinggir bandar. Dengan senang saya dan anak-anak menyetujuinya. Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa tidaknya, kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan usik-mengusik. Seperti tiada hari lagi untuk esok. Selain anak-anak, suami sayalah orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap pada malam itu. Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di katil. Anak-anak yang kekenyangan segera mengantuk dan lelap. Saya pun hendak melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agar jangan tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya hanya separuh saja jaga, separuh lagi tidur. Akhirnya saya berkata kepadanya sebaik dan selembut mungkin, "Abang, ZA terlalu penat," lalu saya menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur. Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada saya bahawa itu adalah permintaan terakhirnya. Namun kata-katanya itu tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi. Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya.
Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama sekali panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dalam kemalangan dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital, tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami saya dan saya tidak sempat bertemunya. Meskipun redha dengan pemergian suami, tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya di dunia ini.
Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri. Dan yang lebih saya takuti sekiranya dia tidak redha terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya. Sabda Rasulullah s.a.w, "Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba di tolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya."
Sehingga kini, setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir ke pipi. Saya akan bermunajat dan memohon keampunan daripada Allah. Hanya satu cara saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak agar menjadi mukmin sejati. Agar pahala amalan mereka akan mengalir kepada ayah mereka. Hanya itulah khidmat yang dapat saya berikan sebagai isterinya. Itulah harapan saya ...semoga Allah perkenankannya.
*Copy paste sajor lambang malas masih belum sembuh.
Friday, March 09, 2007
racau sang khalifah
Secara ikhlasnya aku tak ada benda nak update. Tapi atas rengekan manja Biskutmuka kat tag board yang di sebelah, rebel aku pun tak kesampaian. Aku cuma tak nampak apa motif aku menaip di blog ni kalau aktiviti sebenar studio tidak berjalan. Wasai nak matikah? Kalau setakat nak menaip kisah hidup aku, ada baiknya aku menulis dalam jurnal aku yang masih lagi tebal yang dah lama aku tinggalkan tidak berupdate. Walhal azam tahun baru aku adalah untuk menulis dalam jurnal tersebut setiap hari hingga aku mati. Oh, sebenarnya hingga helaian kertas yang terakhir.
Ikhlasnya aku nak tegaskan, tak ada benda yang berlegar dalam kepala otak yang seciput ini untuk dikongsi bersama kalian. Blank. Adakah nak aku cerita pasal rota sekolah aku yang baru? Tak relevan ok. Itu hanya relevan dalam jurnal aku. Ngaaaaaaaa. Aku juga adalah makhluk yang tak baca surat khabar sehingga disuruh oleh doktor membaca suratkhabar yang banyak cerita pasal penemuan baru. Secara spesifiknya tentang vaksin untuk mengelakkan kanser cervix. Wahai doktor, sila bagitau aku kalau George Bush dah mati. Oleh yang demikian, aku tak boleh nak kongsi pendapat aku pasal apa-apa isu semasa.
Stress itu akan datang bila kalian dibebankan dengan tanggungjawab yang pada awalnya tak mahu kalian pikul. Yang kalian terima untuk memuaskan hati orang lain dan akhirnya memakan diri sendiri. Kerja yang langsung tak membebankan akan jadi beban dalam situasi yang sebegini. Jangan main letak tanggungjawab kat bahu orang dan lepas tangan macam orang tu yang offer diri nak buat kerja tu. Ni sesi bercakap dengan diri sendiri. Abaikan.
Mak ai, makin stress pulak lepas menaip benda ni. Ini adalah hikmat menaip tanpa rasa mau menaip dalam diri. Tekanan yang diberikan adalah amat mendalam sehingga merasakan diri bodoh yang amat. Sakit apakah yang menular dalam diri saya, wahai tabibah?
Makcik kantin sekolah agama saya jual nasi lemak dalam plastik jual air gas. Kami makan dengan membocorkan bucu plastik yang tersebut.
Ei..demn ah u~
Saturday, March 03, 2007
aku pandai main alat muzik
You know what? Aku telah berfikir selepas mesyuarat yang tadi. Mungkin kita tak ada bakat dalam bidang muzik, maksud aku bermain proper instrument. Tapi kita ada soul muzik. Kita selalu hentak-hentak kaki, ketuk-ketuk meja, 'humming'. Dan yang paling aku suka, perkataan terakhir rakan aku, aku cuba kaitkan dengan satu lagu dan nyanyikan. Sebenarnya banyak cara untuk kita tunjukkan jiwa kita tu secara lebih kompleks dan kreatif. Contoh paling dekat yang aku nak kongsi:
How cool is that? Buat konsert kat dapur? Bilik tidur? Tandas? Ruang tamu? Hehe. Marilah kita sama-sama melupakan gitar dan chordnya. Dan mulalah berlatih bermain mixer kat dapur, hentak-hentak pintu kabinet, main tisu tandas dan memijak mainan squeaky anak jiran. Ditujukan khas untuk boss. Aku cop nak main baring atas tilam dan tepuk tepi katil tanda malas. Atau patutkah aku main instrument campak-campak buku tanda rebel? Macam best je aku tengok. Hokey, take your pick and enjoy the day!
How cool is that? Buat konsert kat dapur? Bilik tidur? Tandas? Ruang tamu? Hehe. Marilah kita sama-sama melupakan gitar dan chordnya. Dan mulalah berlatih bermain mixer kat dapur, hentak-hentak pintu kabinet, main tisu tandas dan memijak mainan squeaky anak jiran. Ditujukan khas untuk boss. Aku cop nak main baring atas tilam dan tepuk tepi katil tanda malas. Atau patutkah aku main instrument campak-campak buku tanda rebel? Macam best je aku tengok. Hokey, take your pick and enjoy the day!
Subscribe to:
Posts (Atom)