Friday, March 23, 2007

johor ke tak aku, hah?



10 Things You Should Know About A True Blue Johorean

1. They end 9 out of 10 sentences with Ekkk...

Ekk ialah trademark orang Johor. Digunakan di hujung SETIAP ayat
menggantikan tanda soal (question mark).

Contoh :-

Ni awak punyer ekk?
Nama awak saper ekk ?
Kenapa kite kaler tak cantik ekk ?

Dan macam-macam ekk lagi.

Aku teringat semasa aku sekolah dulu, aku dan member sebelah aku boring
yang amat di dalam kelas, so to keep us awake, kami dok mengira berapa kali
Cikgu sebut ekk. In a period of 40 minutes, dekat 100 kali! Lepas tu kami
gelarkan Cikgu tu as Cikgu Fadzillah* Ekk. (*bukan nama sebenar).


2. They refer to Johor Bahru as Johor and not JB.

Kalau orang di negeri Johor sebut Johor, it meant Johor Bahru (JB), the
city dan bukan Johor, the state. Biasa digunakan oleh mereka yang tinggal
di luar bandar Johor Baru seperti di Masai- chusettes umpamanya.

Contoh : Beb, gua nak turun Johor laa. Lu mahu ikut gua tak?

So, if you ARE already in Johor, tak kira di daerah mana - if the locals
kata nak pergi Johor, it means nak ke Johor Bahru. Jangan pulak buat lawak
bongok** berkata, " Eh, lu kan dah ada kat Johor?" Or worse, jangan
memandai nak tambah ekk with that question.


3. They pronounce Muar as MUOR. (kena juih bibir sikit)

In fact you pronounce everything that ends with "AR" as "OR".

Contoh : Aku kena pakai seluor besor untuk main bola kat Bandor Muor besok.
(Aku kena pakai seluar besar nak main bola di Bandar Muar besok).

Aku teringat Kakak tegur aku bila aku cakap macam tu. Kenapa Mama sebut
besar, BESOR ? Slipper , SLIPPOR ? Aku tergelak. Aku cuma speak like that
bila berjumpa dengan true blue Johorean aje.

Lapo (lapar), penampor (penampar), ulor (ular), pagor (pagar) dan
lain-lain.


4. They are brash with a CRAZY sense of humour.

Honestly, I belum pernah jumpa orang Johor yang serious or square to a T.
Or cannot take a joke. Walaupun pendiam atau pemalu , but their sense of
humour boleh tahan gak. Almost all of them (yang aku jumpa dan kenal lah)
are either loyar buruk or bigor **.

Baik di kampung mahu di Bandar. The sense of humour is unique that I find
kadang-kadang orang luar (non-Johorean) agak takut with the brashness of
budak-budak Johor.

(Did you see Majalah 3 the other night - see how Tunku Yem (nama manja
Tunku Mahkota Johor) bercerita pasal anakanda dia Tunku Ismail ? Haha....
that is exactly my point!)


5. Diorang ada ENDUT **.

Kalau tak pernah berendut, sure pernah ada endut or busuk-busuk pun
teringin nak ada endut.

Contoh ayat :

Haa...kau dah ada endut yer ?
Kau pergi berendut kat mana ?
Orang berendut dia pun nak berendut.


6. Diorang Makan Gula Tarik, Sagun, Gula Kandy, Bobotok....

Dah lama aku tak tengok atau makan gula tarik, sagun or kandy. Ada lagi ke
bebenda ni kat Johor ? Aku tak boleh nak describe dengan teliti these
things cos it has been 30 years since I last tasted them.

Seperti Kak P cakap - makanan seperti botok-botok. Kalau out of Johor,
botok-botok dikenali dengan nama PAIS IKAN. Jangan tanya aku how to
describe the ingredients cos aku tak berapa gemar makan sebab guna banyak
sangat daun ( aku tak suka makan sayur - especially ulam). Yang aku tahu -
pakai daun segala daun, termasuk daun betik dan gunakan kari ikan and balut
dengan daun-daun tu dan kukus.

Aku pernah tanya my Dad dulu - kenapa buruk benor nama dia bebotok. Then my
Dad cerita :

Di zaman dulu ada seorang nenek yang tinggal seorang diri. Everyday cucu
dia akan datang bawak makanan. Nenek ini suka sangat pais ikan dengan bubur
so dia suruh cucu ni bawak tetiap hari. Bila cucu tu bawak makanan lain,
Nenek akan tanya " Mana Bubur Tok? ". Lama-lama Bubur Tok jadilah Bebotok -
kesan dari cakap cepat-cepat.

Itulah ceritanya. Aku kecik lagi masa my Dad cerita tu. So, kalau dia
kelentong aku - maka kelentonglah cerita bebotok tu. Sekian adanya.


7. Pernah (or berangan nak) jadi Mat Rock .

Aku rasa sebab kedudukan Johor dekat dengan Singapore, sebab itulah
pengaruh Barat di Malaysia masuk melalui Johor dulu. Itu teori aku lah. But
kalau ikutkan sejarah Johor, Sultan yang mula-mula kawin dengan Mat Salleh
pun Sultan Johor (Almarhum). So, tak heranlah kalau kumpulan Rock kat
Malaysia ini semua ada susur galur dari Johor. Amy, Zainal Abidin, Nash
etc.

Boleh pakai ke teori aku ni? Jangan aku kena pancung dengan Sultan, dah
ler.

Ampun Tuanku !


8. Kenduri Kawin Ada Telur Pindang

Telur pindang ialah telur ayam yang direbus dengan segala macam rempah dan
dedaun untuk mendapatkan that special taste. Lepas rebus, telur akan
berwarna cokelat. Both kulit dan isi. I don't like to eat telur pindang, so
I cannot to describe the taste. Normally orang buat telur pindang ni for
special occasion, seperti majlis perkahwinan. Zaman dulu-dulu, you can tell
the social class of the tuan rumah - normally orang kaya-kaya jer buat
telur pindang ni sebab ianya rumit dan makan masa berjam-jam therefore
menggunakan kos yang tinggi.

9. Tidur atas LECA** (rhyme with letak and baca, the non-baku way). Baju
simpan dalam GEROBOK **.


10. They never watch RTM sebab semua cerita dah tengok kat TV Singapore!

When I was growing up, aku cukup suka tengok TV Singapore sebab iklan dia
semua dari overseas, very menarik. Besides the cerita yang terkinilah. Yang
aku suka ialah iklan jeans Levi's (Let your love flow), iklan lagu Coke (
I'd like to build the world a home), iklan Kodak (Times of Your Life -Paul
Anka ). Paling syok ialah masa Christmas, iklan dan lagu semua best-best.

(But itu dulu, sekarang aku rasa semua rancangan sudah semasa.)

Well, TV Singapore cuma dapat ditengok oleh penduduk JB dan kawasan yang
sewaktu dengannya. As you go further up north (of Johor), you can see
aerial TV semua setinggi pokok kelapa - semata-mata nak dapatkan siaran
from Singapore!


Apa lagi EKK?


Kamus Johor :

Bongok - bodoh

Bigor - gila-gila, contoh :- Apek Senario tu macam budak BIGOR ekk ?

Endut - makwe/pakwe. Awek/balak. Boifren/girlfren. Boleh digunakan tanpa
mengira jantina.

Berendut - berpasangan.

Pergi berendut - dating.

Botok-botok, bebotok - sejenis makanan menggunakan ikan, ditambah memacam
dedaun, letak serbuk kari (don't ask me - aku tak reti buat) dan dibalut
dengan daun betik, diikat dengan sebelum dikukus. Alah, macam Pais Ikan
tuh.

Leca - tilam. Normally dibuat sendiri menggunakan kekabu (orang zaman
dulu-dulu semua DIY - tak ada Vono, Slumberland ).

Gerobok, Gobok - cupboard. Almari. Tak kiralah simpan kain baju ke, simpan
pinggan mangkok ke.


Tulisan italic di atas bukanlah aku yang taip. Entah kenapa aku tak puas hati dengan orang yang taip ni. Dengan tak semena-mena aku ajak sekali member aku yang budak Johor untuk sahihkan 10 fakta di atas. Komen aku? Kalau aku artis betul, aku jawab 'no komen' je. Tapi sebab aku tak berapa nak artis, aku nak komen jugak. Emo nih. Tak kira! Nak komen jugak.

1. Ok la. Perkataan 'eek!' tu memang sinonim dengan orang Johor. Secara ikhlasnya aku tak berapa pakai 'eek' dalam ayat-ayat aku. Cuma kebelakangan ni baru ada guna sikit sebab mungkin terpengaruh dengan rakan sebaya. Mak, ayah, adik-beradik aku semua tak guna 'eek'. Kami pakai 'eh','ei'dan 'oi' aje. Contoh ayat: 'Mak,mak dah makan eh?' 'Ei, kan mak tengah makan ni' dan 'Oi, kau buta ke tak nampak mak kau tengah makan?'

2. Hujah saya yang kedua tuan hakim..aku sebagai anak jati Johor panggil Johor Bahru tu JB lah. Mungkin penulis kena spesifik sikit bahawa orang-orang tradisional Johor yang refer JB sebagai 'Johor.' Aku boleh bayanglah orang-orang baya ayah aku yang cakap JB tu Johor. Tapi ayat 'Gua nak pergi Johor ni. Ada race besar ni. Lu nak ikut gua?' mungkin adalah ayat yang diguna pakai mat rempit KL ketika plan nak race di Johor. Heh. Aku tak tau.

3. Bab Muar jadi Muor. Ular jadi ulor. Tu mungkin lebih merujuk kepada rakyat Johor belah utara. Aku dan member aku yang berasal dari belah selatan Johor ni takdelah pulak guna kepekatan yang tersebut di atas. Abis tu, kitorang ni 'less' Johorean ke? Dan aku rasa orang kat area lain pun guna gak perkataan 'lapo' dan 'penampo'. Bukan Johoreans saja.

4. Aku malas nak komen benda ke-4 ni. Sangatlah tak spesifik. Buang karan je aku komen kang. Kau tengok sikit aku ni serius ke tak. Haaa.. Tengok. Tengok. Statement ni macam nak cakap, kalau kau serius kau bukanlah orang Johor. Penampo nak? Sila kenal setiap seorang rakyat Johor, buat survey tahap ke'lawak'an, barulah boleh nak keluarkan statement macam tu. Lu bikin wa panas hati la beb!

5. Endut eh? 'Pergi berendut' pernahlah aku guna. Ayat favourite 'Wei, wei! Ada orang berendut la wei. Jom pergi tengok.' Tak pernah pula aku tau boleh guna kata asas 'endut' saja.

6. Ni penipu lagi satu. Orang Perak pun pernah makan sagun dan gula tarik lah. Nama dia Fizatul. Tapi dia tak pernah makan kandy. Pais ikan dia tau, tapi tak pernah dengar botok-botok. Kandy, wooo.. Mak aku dulu buat sendiri je kandy nih.

7. No komen jugak yang statement ke 7 ni. Mungkin kada' dan kadar menentukan Amy, Zainal Abidin, Nash, jadi artis. Relevan kan? Kalau semua artis rock pada satu tahun tertentu adalah orang Johor dan tiada yang berasal dari bukan Johor melainkan Johor-Johor belaka, baru aku boleh terima teori Barat marat kau tu.

8. Telur pindang, eh? Oklah, aku terima statement ni melainkan ada orang Johor lain yang nak bangkang.

9. Gobok ye aku tau. Leca, first time aku dengar selama aku hidup. Terima kasih kerana tambahkan vocab aku.

10. Mungkin ada benarnya statement ke 10 ni. Yelah, dah ada benda tu free, bantailah tengok channel Singapore. Tapi takdelah meriak sampai tengok tv sana je semata. Itu membuatkan kau jadi true blue Singaporean. Bukan Johorean. 'Never watch RTM' tu macam keterlaluan la wei. Macam kepala kau besar gila.

Yang aku tau, true blue Johoreans sentiment ke'Johor'an dia kuat. Pantang betul kalau orang kacau orang-orang Johor. Dan pantang betul kalau orang cakap dia 'less' Johor dari orang Johor sebenar. Dah ayah aku orang Johor, lahir kat Johor, besar pun kat Johor. Tak cukup Johor ke aku? Tak cukup kot~

1 comment:

pengurus za said...

alamak..aiyok!! org johor ngamuk..tak tahu..sape buat..aiyok!!