Wednesday, May 30, 2007

what are you like as a child?


Siri bercakap dengan jin iaitu diri sendiri. "Jet, apa pendapat kamu tentang diri kamu masa kecik-kecik dulu?"

1. Saya 'competitive' orangnya. Masa hari pertama saya di sekolah agama Johor darjah satu, saya tak pandai mengaji. Bila balik rumah, saya nangis-nangis bertekanan tinggi. Saya paksa mak saya ajar saya ngaji. Bila darjah berapa entah, semua rakan sekelas saya hafal ayat Qursi. Saya pun balik rumah dan menghafal sampai saya hafal.

2. Saya benci budak-budak montel. Sebab saya waktu muda-mudi dahulu adalah kurus dan tinggi. Akibatnya, saya tidak dicubit pipi dan dianggap comel. WTF. Haha. Ya, saya tidak dikategorikan sebagai budak yang menawan hati. Best friend waktu saya darjah satu sangat comel dan kecil. Abang saya dan rakan-rakannya yang darjah enam menganggap kawan saya sangat 'adorable'. Mereka suka kelilingi dia. Fine. Tapi sekarang saya membantut dan mereka yang dulu kecil, montel dan jalan terkedek-kedek telah meninggi meninggalkan saya.

3. Saya selalu dapat apa yang saya nak. Waktu saya darjah 4 atau 5, saya telah dipilih untuk memasuki pertandingan kuiz Anti Dadah. Waktu itu, jika mahu masuk pertandingan, ibu bapa perlu isi borang kebenaran untuk bawa murid keluar dari kawasan sekolah. Akibat tak membaca apa-apa informasi tentang dadah, saya telah memaksa ibu saya agar tidak membenarkan cikgu saya bawa saya ke kuiz. Lebih buruk lagi, saya telah melakukan aksi lasak ini sehari sebelum hari pertandingan. Akibat sikap buruk saya ini, bidan terjun bernama Wan Muhammad telah didatangkan khas untuk menggantikan saya. Ya, budak itu terpaksa membaca buku tentang dadah sehari suntuk sebelum kuiz. Hasilnya? Mereka memenangi pertandingan kuiz tersebut dengan jayanya. Haha.

4. Saya adalah 'teacher's pet'. Saya tak tahu kenapa waktu di sekolah, walaupun saya yang salah, cikgu mesti kata saya yang betul. Contohnya, waktu pelajaran Bahasa Melayu cikgu telah menyuruh saya menulis ayat di papan hitam. Saya tak ingat ayat apa. Tapi ayat tersebut mengandungi perkataan account = akaun. Tapi saya eja 'akuan'. Walaupun dibantah oleh ramai budak kelas akan ejaan saya itu, cikgu saya masih kata ejaan account = akuan saya adalah betul. Nasib baik saya tidak fail dalam Bahasa Melayu akibat mencipta ejaaan-ejaan dan bahasa saya sendiri.

5. Saya suka menunjuk. Bila ada benda-benda baru terutama lagu berkumandang di radio, saya pastilah antara yang pertama menghafalnya. Saya boleh berusaha bersungguh-sungguh menghafal lagu tersebut sepanjang hari. Yang paling tak tahannya, saya akan tiba-tiba menyanyi di kalangan rakan-rakan saya yang sedang sibuk berbual, hanya untuk berlagak yang saya dah hafal lagu tersebut. Dan rakan-rakan saya pun akan menegur, "Eh, lagu apa tu?" dan saya pun akan tersenyum puas kerana di'notice'.

Dari keterangan-keterangan di atas, saya dapati diri saya adalah budak yang 'spoilt'. Diri saya yang dewasa kepingin saja mau ketuk kepala saya yang kecil agar otak saya di'tune' menjadi lebih baik. Saya perasan bahawa waktu kecil, saya tak digemari oleh mereka yang lebih tua dari saya, tapi mereka yang sebaya dan muda suka mengikut jejak langkah saya. Saya harap saya tak sejengkel dulu, sekarang ini. Apa pendapat kamu yang mengenali saya?

Saturday, May 26, 2007

lelaki Melayu 2


Ye. Mari menyambung meeting 'Lelaki Melayu' kita. Minta maaf banyak kerana delay huraian. Internet semalam bengong di rumah. Kemudian ke klinik pulak. Bila balik pula, duduk di couch ruang tamu menonton TV sampai pukul 12 malam. Hebat kan? Aku ni memang la bangsa yang musnah.

Surat dah baca? Bagus betul korang ni kan. Ni ada sorang budak nama start huruf 'Y' asyik 'buzz' aku kat YM ni kenapa? Nak gaduhlah tu. Nak kasik dia punya huraian pulak, ye? Nanti ye. Hmm.. Apa yang aku nak huraikan, takdelah banyak mana pun. Well, mungkin ada terlintas dalam fikiran aku lelaki Melayu 'bodoh' tapi ada juga perempuan Melayu yang 'bodoh'. Kan? Kalau kita tunding satu jari kat satu kaum, empat jari lain menunding ke kita. Maka, penting sangat kita timbang-timbang kelebihan dan kekurangan diri sendiri sebelum mengeluarkan sesuatu pernyataan. Namun, lumrahnya manusia lupa dan perlu sentiasa diingatkan.

Mungkin ada benarnya rata-rata lelaki barat lebih pandai mengambil hati wanita. Tapi prinsip aku, walau kacak dan bersopan santun 'dahsyat' pun lelaki barat, lelaki Melayu tetap menjadi 'priority' sebagai pilihan pasangan hidup. Memang kerap lelaki Barat menunjukkan ke'gentleman'an mereka dan memanglah kelakuan rata-rata mereka menawan hati, tapi jauh dilubuk hati aku ni, aku rasa lelaki Melayu pun ada kualiti. Tapi mungkin tersorok kualiti itu. Aku rasa ramai perempuan yang beranggapan dan berharapan seperti aku. Tinggi harapan aku pada bangsa aku. Diingatkan bahawa aku juga ada abang-abang dan adik yang bergelar 'lelaki Melayu'. Dan aku juga berharapan bahawa mereka takkan menjadi lelaki Melayu yang bermasalah. Pada aku ini kes susu sebelanga dirosak nila setitik. Dan mungkin kalau lelaki Melayu tau harapan wanita Melayu tinggi terhadap mereka, mereka yang bermasalah akan berubah. Siapa tahu? Haha. Pande-pande aku je. Ye, mungkin juga mentaliti tu yang perlu dibentuk. Dari kecil, anak lelaki tengok bapaknya. Tapi macam aku cakap dulu, cara orang belajar daripada melihat cara orang lain ada banyak. Ada yang mengambil cara orang lain secara membuta-tuli dan 'sebijik-sebijik', ada yang mengambil pengajaran dari cara orang lain, ada pula yang mengadaptasi sesuatu cara kepada yang lebih baik. Tapi still, cara ajar yang paling baik adalah dengan menunjukkan contoh yang baik. Kesimpulan perenggan ni, mungkin salah cara Akmal Fairuz menulis, tapi masih ada 'point' yang cuba disampaikannya. Dan 'point' tuh benar dan harus diperbaiki.

Bila aku membaca surat pakcik yang berpengalaman hidup di merata dunia tu, aku terfikir. Mungkin pada mata pandangan lelaki Barat, perempuan Melayu ni tak cun. So, buat apa kacau, kan? Respek je dah la. Bukan best dapat awek tak cun. Tapi, lelaki Melayu rasa perempuan Melayu lawa. So kacau ni dikira sebagai aprisiasi (appreciation..hahahahha) kecantikkan gadis Melayu oleh masyarakatnya sendiri. Boleh? Haha. So kiranya, cik Akmal harus bersyukur ada juga orang yang rasa dia lawa. Syukur woo, syukur. Hehe. Aku, dan spekulasi aku.

Kesimpulan yang benar-benar tersimpul? Semua orang, semua masyarakat ada kurangnya. Tapi jika banyak kelemahan, mestilah perlu ditegur kan? Yang ditegur, jangan cepat melenting, fikir dahulu dan yang menegur kenalah cermin-cerminkan diri dan menegur secara berhemah. Lelaki-lelaki Melayu, jangan cepat melatah. Ambil surat saudari Akmal sebagai suatu cabaran. Jika tak benar apa jua yang dia katakan, maka buktikanlah bahawa semua penyataannya itu salah dengan mengubah diri. Ye, aku tau tak lama lagi ada orang mesej aku di YM kata 'Tapi, perempuan Melayu pun banyak salah..bla..bla..bla..' Ini bukan masanya untuk menunding jari. Kita mesti cuba perbaiki bangsa kita.

Gambar di atas adalah ciri lelaki Melayu saya, yang santai, berjiwa Melayu dan cintakan negara~

Thursday, May 24, 2007

lelaki Melayu

Sempat lagi menaip isen walaupun aku di hospital. Tengah menunggu bas untuk balik ke rumah. Semoga sempatlah isen ni siap sebelum bas sampai. Bukan apa, banyak kali menangguh nak tulis isen yang ini. Kali ni, biar aku betul-betul taip sampai siap.

Cerita isen ni, mungkin dah basi. Well, kisah dah jadi 2 hari yang lalu. Fizatul yang kasi aku link berita menarik di Utusan online tentang pelajar bernama Akmal Fairuz yang belajar di Victoria University of Wellington, New Zealand. Dia menulis kepada segmen Forum akhbar berkenaan tentang lelaki Melayu bermasalah. Jika ada yang berminat nak membaca surat saudari Akmal, pandai-pandai korang lah google Utusan online dan pada ruangan 'search archives' taiplah 'Lelaki Melayu bermasalah?' Haha. Saja nak kasi korang kerja sikit. Ikhlasnya, aku bukanlah jenis membaca suratkhabar. Kali terakhir aku baca suratkhabar adalah tentang isu Khairy Jamluddin, Timbalan Pemuda UMNO yang suruh Anuar Ibrahim jawab tentang isu hubungan beliau dengan Wolfowitz. Mamat Wolfowitz ni dikira sebagai dalang besar dalam kes pencerobohan Amerika Syarikat ke atas Afghanistan dan Iraq. Aku pun tak tau. Diorang yang cakap. Aku tak cakap. Tak kisahlah tu. Tapi aku memang benci betul dengan Khairy ni. Pada aku, dialah contoh orang yang cakap banyak tapi kerja tak buat. Ke aku fitnah dia? Kalau buat kerja banyak, diam-diam sudahlah. Entah kenapa, mamat ni adalah figure politik yang paling aku 'menyampahi'. Haaa..hamek. Bahasa Melayu ciptaan aku sendiri.

Oh, berbalik pada isu Akmal Fairuz tadi. Korang dah baca ke belum? Lepas tu jangan lupa cari komen dari rakyat Malaysia lain tentang surat saudari Akmal tu. Korang taiplah pula di 'search archives' tadi, 'Jangan hukum lelaki Melayu.' Kalau korang dah baca surat-surat tuh semua, barulah korang akan faham tentang apa yang aku bebelkan. Secara ikhlasnya, sekali imbas aku baca surat dari Akmal tu, aku terus straight sokong dia yang asyik kena ngorat dengan jejaka-jejaka Malaya dan membandingkan lelaki Melayu dengan ke'gentleman'an lelaki barat. Memang menjengkelkan bila memperkatakan tentang isu dingorat. Siapa yang suka kena kacau? Tapi bila aku baca surat komenan dari 3 rakyat Malaysia yang lain, yang rata-rata pernah belajar dan tinggal di luar negara, rasional aku datang. Surat pertama yang datang dari seorang doktor yang pernah belajar di UK mengatakan bahawa Akmal 'cross the line' dengan menyatakan 'wanita zaman sekarang tak bodoh seperti wanita zaman dulu' dan 'lelaki Melayu bodoh.' Komen aku? Ye, tak manis cakap orang bodoh. Adehai, padahal baru tulis isen bertajuk 'Bodoh-bodoh alang'. Surat kedua datang dari pakcik yang dah tinggal merata dunia dan meletakkan Akmal di seluruh pelusuk dunia, dan apa isu 'kacau' yang akan Akmal lalui. Pakcik ni pun bagus sebab dah lama sangat duduk kat luar negara, sampai dia tau apa beza kelakuan lelaki di kawasan yang pernah dia tinggal, dahulu dan sekarang. Surat ketiga adalah dari seorang lelaki Melayu yang mem'backing' kaumnya. Dia mengakhiri suratnya dengan memperkenalkan dirinya sebagai, 'Lelaki Melayu, yang tidak bodoh, dan tidak bermasalah.'

Oh. Aku nak kena kejar bas. Nanti aku sambung. Haha. Sila baca surat tu!!!

Wednesday, May 23, 2007

projek serakah


Hari ni hari pertama aku mula dengan projek sekolah aku. Seminggu projek ni sepatutnya dah berjalan tapi banyak benda nak kena 'settle' sebelum ia benar-benar boleh dijalankan. Nak tau projek aku tentang apa? Tajuknya dalam bahasa inggeris 'How epilepsy affect erectile function and sexual life.' Bila orang tanya aku apa 'epilepsy' dalam bahasa Melayu, aku jawab,'Sawan'. Bila orang tanya aku tentang 'erectile dysfunction', aku jawab 'Alaa..macam mati pucuklah.' Projek ini berasaskan beberapa kajian yang menunjukkan bahawa epilepsy boleh menyumbang kepada mati pucuk, sama ada kerana ubat untuk memulihkan epilepsy atau kerana penyakit itu sendiri. Kiranya, serakah juga tajuk projek aku memandangkan aku seorang perempuan. Cuma bezanya membuat projek di negara barat ni tak ada apa yang serakah tentang isu ini. Projek aku berkaitan memberi borang soal-jawab tentang hubungan seksual kepada pesakit-pesakit lelaki yang mempunyai epilepsy. Aku tunjukkan contoh borang tersebut kepada sorang budak lelaki, dan senang-senang dia panggil aku 'gatal'. *Piang! Kena lempang. Bukan aku yang pilih tajuk ni. Supervisor aku yang kasi. Bantai je ambik sebab aku pun dah tak ada idea yang bernas untuk dibuat projek. Agak susah juga bekerja dalam bidang neurologi yang dimonopoli oleh lelaki, sambil membuat projek yang memerlukan kau berinteraksi dengan pesakit-pesakit lelaki sahaja. Kau akan rasa sangat kerdil seperti perempuan dah pupus dalam dunia ni. Heh~

Dalam masa 3 jam klinik yang aku turut serta, hanya 3 orang pesakit yang bersesuaian untuk menjawab borang soal-jawab aku. Dua daripadanya sudah lanjut usia menyebabkan aku kurang pasti masalah hubungan kelamin mereka disebabkan oleh usia, sakit, atau ubat epilepsy. Seorang lagi pesakit ter'miss' untuk menjawab soalan pada muka surat ke-3 borang aku. Lain-lain pesakit epilepsy yang datang ke klinik tadi adalah wanita dan seorang pesakit lelaki yang 'mentally disable'. Jadi, hari pertama projek aku tak berjalan begitu lancar. Hari yang tak baik tahap dahsyat sehinggakan setiap kali ada lelaki masuk melalui pintu klinik untuk bertanya kepada 'misi' yang 'in-charge', aku akan berdoa "Tolonglah kau ada epilepsy...tolonglah kau ada epilepsy." Ye, tiba-tiba automatik menjadi keji dan busuk hati. Haha. Semoga mulut aku tak masin dengan menyumpah semua orang yang menjejakkan kaki ke klinik neurologi. Sekian.

Oh, dan ye, jangan kutuk-kutuk orang ada epilepsi, atau apa sakit sekali pun. Korang ingat korang bagus?

Monday, May 21, 2007

lembab deh


Banyak tidur bikin otak manusia lembab. Buktinya? Adalah aku. Iaitu:

1. Baca buku 18 kali pun tak masuk-masuk.
2. Inisiatif nak mula buat kerja ada, tapi kerja tidak langsung bermula kerana kitaran, "OK. Nak baca buku hari ni", diikuti "Apa ni? Tak paham!" dan kemudian, "Give-up~". Pusing kitaran selama seminggu, OK.
3. Blog ni takkan ada isi yang tak berguna apatah lagi yang berguna. Maka bersaranglah dikau. Laporpo!
4. Setiap hari liat nak bangun tidur. Pukul 10 baru leh jaga. Nak kena 2 orang kejut baru bangun.
5. Malas dan nervous nak pergi sekolah kerana ilmu yang kuranglah.
6. Menonton movie dan TV 24/7, dari celik ke tutup mata kerana tak berapa berusaha nak tolong diri sendiri.

Baiklah. Hadei.. Nervousnya nak pergi sekolah sok nih lantaran otak yang memang beku dahsyat tahap jula-juli bintang tujuh. Kerana ilmunya sudah tiada. Kerana tak tekan 'save' masa belajar dahulu. Apakah lower motor neuron? Apakah upper motor neuron? Apakah anatomi otak? Oh, apakah~

Semoga di hari kemudian, otak aku akan lebih pantas menangkap dan menyimpan ilmu. Ye, akan berusahalah aku. Gambatene! Oh, I need another dose of "Tentang dia".