Friday, May 02, 2008

setem


Perhatian.

Kalau. Kalaulah kalian menerima. Sekeping poskad. Atau sekeping kad. Apa jua perutusan dari aku. Jangan. Jangan sesekali. Kalian cuba memegang. Atau mengusap-usap setem yang digunakan. Kerana. Kerana setem itu, dengan enaknya masuk ke dalam mulut pakcik pejabat pos. Lalu dikulumnya macam makan gula-gula sedap. Dan kemudian. "KETEPEK" dia tampal. Dan dicampaknya ke dalam karung surat.

Amaran.

Benar kata Minci. Setem di sini adalah seperti 'sticker'. Hanya perlu cabut dan lekatkan pada sampul surat atau poskad. Tak perlu jilat. Apatah lagi kulum. Persoalan tentang kenapa pakcik masih nak kulum setem-setem itu, aku pun tak pasti. Mungkin pakcik berasa dirinya berada di sebuah negara tropika yang masih menggunakan setem bukan 'sticker'. Adakah dia membayangkan dirinya sedang makan KFC? Hingga menjilat setem. Eh, mengulum.

Pakcik, pulanglah ke pangkal jalan. Kalau pakcik ada infeksi, tak adalah pakcik pos sampai ke seluruh dunia.

Kalian, samaklah setem itu. Dan simpanlah ia di dalam album koleksi setem kalian. Semoga kalian sihat sejahtera.

7 comments:

bZz said...

Agak2 setem 56p yg saya baru dapat arini, pakcik tu kulum2 tak?

Cam ok je gambar puteri nih... Takde menunjukkan wajah2 dikulum atau dijilat...

Minci said...

alhamdulilah.. poskad itu telah sampai kepada saya. cuma saya telah terpegang setem itu.
euwww.. :P

Pengurus Za said...

tp..setem kt pos office tu takde pelekat, kene jilat jgk, tp takdela smpai kulum2 mcm mkn gula2...haha..sbb aku pon selalu buat, jilat2 sahaja ok, bukan kulum..huh..

Minci said...

arghhh.. jgn sentuh surat yg fiza hantar jugak!!! ha ha ha

Anonymous said...

seb bek takde dpt poskad jet. hehe!

myra said...

miahahaahah
iyyekkkkkkk katanye
gam tu edible ke okie korang?

jetjetsemot said...

bzz..mmg kena kulum..sori~

minci, yo..sile samak tangan ko..ko tanak kad dari fizatul suda..aku nak!kad kawen especially..kalu ko x sentuh, maka tak dpt nak tgk isi kad..

fizatul..i pun kat msia jilat2 setem..katanye boleh bakar kalori tau..mungkin itu sebab pakcik tros kulum..sbb nak bakar lagi byk kalori..

amirah..hoh..come2..lemme anta u a poskad..so that sume org dpt siket air liur pakcik..

myra..ei, awk tak dpt poskad saya lagi ke?keco la like this!!