Thursday, April 10, 2008

temuduga pertama


Bagi yang tidak tahu, terutama Dr. G yang sedang mencari-cari aku ASAP lagaknya, aku telah ke London bermula Ahad lalu dan baru saja pulang semalam. Tujuan ke London ada dua:
1. Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
2. Temuduga sosial

Jadi, di sini inginlah aku cerita serba sedikit tentang kisah temuduga aku. Yang pertama, bukan yang kedua. Aku tak tidur lena pada malam sebelum temuduga. Bukan kerana aku risau atau terlampau ghairah untuk temuduga itu, tetapi kerana bilik tempat aku menginap adalah sangat sejuk. Lokasinya di tepi jalan dan strukturnya yang tidak 'sound-proof' juga adalah antara faktor yang menyebabkan aku tak dapat lena dengan baik pada malam itu. Akhirnya aku ke bilik temuduga dengan wajah yang penat dan mengantuk. Tak seperti makhluk Minci yang 'hyperactive' dan 'cheerful' itu. Jika Minci ditegur kerana terlalu 'cheerful', aku pula ditegur, 'You look so tired this morning.' Aku tersengih, 'Yes, I didn't get a good sleep last night.'

Soalan-soalan yang aku terima agak dahsyat juga. Tapi aku tak kisah, kerana semua yang mereka tanya, mereka dengan senang hati menjawabnya sendiri. Kerana tak ada jawapan yang keluar dari mulut aku. Antaranya:
1. Siapa Ketua Setiausaha Negara?
2. Siapa Ketua Pengarah Kesihatan?
3. Apakah misi dan visi Kementerian Kesihatan Malaysia?
4. Selain daripada KKM, kementerian mana lagi yang membuat kempen kesihatan?
5. Penyakit berjangkit di Malaysia dan 'management'
6. Penyakit tak berjangkit di Malaysia dan 'management'
7. Vaksin untuk mencegah kanser

Aku menjawab sekadar yang aku tau. Adalah amat mengecewakan apabila kau telah baca semua ini tapi kau tak dapat menjawab kerana otak kau 'blank'. Aku hampir-hampir hendak menjawab KSN adalah Datuk Idris walhal jawapan sebenarnya adalah Tan Sri Mohd. Sidek b. Hj. Hassan. Siapa Datuk Idris, adalah sangat misteri. Nasib baiklah aku sekadar mengunci mulut dan berkata, 'Er..I am not sure.' Dan soalan tentang misi dan visi KKM yang telah aku dalami dan pelajari, adalah suatu malapetaka. Apabila ditanya, aku menjawab, 'Yes, I've read about it. Er..' 'What is it?' 'Er..err..' Aku hanya memandang syiling dan berdoa ada jawapan tertera di situ. Tapi hampa. Memang orang yang bertanya tadilah yang menjawab soalannya sendiri. Aku tak ingat!!! Umpama orang bodoh yang memang sedia bodoh. Tapi betul Encik, saya dah baca!

Tak cukup dengan muka penat aku, aku ditegur tentang yang lain pula. Soalan pembuka berbunyi begini, 'So, what do you do to keep fit?' Aku jawab, 'Oh, I take supplement. I try to do aerobics and jog every now and again.' Kemudian tiba-tiba penemuduga bersyarah tentang kesihatan. Katanya lagi, 'What's your BMI (body mass index)? You're underweight, kan?' Aku terkejut, 'What the..' 'Eh. Tak. Saya within normal.' Dan bermulalah syarahan tentang aku kena makan banyak sikit dan tambah berat badan. Kerana katanya, apabila aku mula bekerja, aku takkan mempunyai banyak masa untuk menjaga pemakanan dan aku akan menjadi lebih kurus. Apakah? Walhal, aku telah ke sesi temuduga itu dengan berbaju kurung yang tentunya tak menampakkan aku kurus. Aku fikir, kalau aku pakai baju kebiasaan aku ke hospital, adakah mereka akan kata aku 'anorexic' pula? Pelik. Pelik. Aku pandang penemuduga umpama dirasuk oleh roh mama aku. Cara dia bercakap tentang menambah berat badan, sama seperti mama.

Sebaik keluar, pegawai di bilik 'administration' bertanya, 'Macam mana? OK?' Aku menjawab, 'Entah, dia suruh saya makan banyak sikit.' 'Haah, kau ni kena makan banyak sikit. Kang pesakit-pesakit yang besar tuh, macam mana kau nak angkat.' Eish, akak ni belum tengok 'muscle' aku. Katil besar kat rumah aku tu, aku je yang larat nak angkat. Kakak dengan mama aku yang besar pun tak larat nak angkat tau! Aku menjawab, 'Alaa. Boleh je saya buat push-up semua, bagi muscle saya besar.'

Tak faham. Kenapa berat badan pun nak dikomen?

Selain daripada itu, wujud semula kisah tentang kad pengenalan aku yang hilang. Jika aku tak ada kad pengenalan, iaitu seperti situasi aku sekarang, tawaran bekerja aku akan dibatalkan. Saya seru kepada rakyat Malaysia yang gagah, untuk menemankan saya ke balai polis. Saya ada 'report' yang hendak dibuat. Dan semua orang di pejabat 'administration' itu dah tau, bahawa Jet walaupun 'macho' dan gagah, kad pengenalannya masih disimpan oleh mamanya. Ceh!

8 comments:

baez-kun said...

wahahaha
tersenyum simpul membaca entri jet ini, takpe okie asalkan dapat offer letter that is fine, me myself jua tak dapat jawab soalan2 kenegaraan dia yet soalan ksn dan jua kkm takde plak disoal
yet daku jua disoal kalo depres nak wat ape daku terus jawab owh solat tahajjud di tengah malam dan berdoa mengadu pada yang esa, diorg cam impress dan tepok2 tangan tanda setuju LOL mode

apepun tahniah da berjaya

daku adalah ibarat 21.3 maka within normal range jua, sila dikau perbanyakkan makan yah, yet ive seen some of ur pics, u r not that thin!

Anonymous said...

miahahahha
tu sebenarnye mama kamu hantar qarin dia to look over u..
lol
kelakanye..saya tegelak2..

dan pasal berat badan tu supaya kamu mcm mendefend diri dia nak tengok gaya bercakap kamu la tu..da laen2 kamu diam diam saja

and ahahahAHAHAHAHAHHAHAHAHAHaa..
lesen memandu saya kat ayah,lambang dia x kasi saya memandu di luar negara..

haha

baez-kun said...

lesen memandu saya ada pada saya
kerana saya mat rempit seperti kakmin
saya merempit di jordan yah

Nur Zawani Zainudin said...

OOO...nampaknye ko dapat interviewer yang lebeh kuang cam aku punye dolu...tapi dia at least tak tanye kan pasal project penang second bridge la, multimedia super corridor la, and bende2 yg mengarut lagi..sekali ade gak rase aku bukan warganergara malaysia..

ko aneroxic?..ooo...nak jadi posh beckam ek...

bzz said...

Jett...

Soklan tambahan. Siapakah pencipta kek lapis pertama di Malaysia? Apakah alat yg digunakan utk menenjet org pada kurun ke 17?

Dan soalan bonus... Banyak-banyak menteri kesihatan. Siapakah yg memegang jawatan paling kejap? Sila nyatakan berapa lama.

Hehehe... Awk kurus ke? Ye kot... tgk gambo cam ok. Tapi kurus kot. Tapi... kurus2 pun tak sedap... Betul... Ada lelaki tak suka aweknya kurus2 sgt. Tak macam bantal... :p

jetjetsemot said...

baez..believe it or not b.m.i ku adela 19.5..lagi 3 kilo ilang i dah jadik underweight..oh, sy pun bawak lesen saya ke sni..tapi pelik, mak sy tak kasik sy bawak ic dtg sni..die kata ilang..hah, skang sape yang ilangkan?hehe..

myra..kamu mmg xle kasik bawak lesen..budak bawah umo..pish..kapish..mungkin mak sy benakan sy bawak lesen sbb die tau sy tak pande memandu pun..hehe..

shank..haha..i feel u man..mnede anorexic, sama macam time ko jupe aku la..tak kurus kan?kan?

bzz..naseb baek awk bkan interviewer..lagi naya..kek lapis bagai nak tnye..pesal x tnye kek lapis ade bpe lapis?gamba cm ok kah..yeh, gamba tuh sume adela penipuan saja..hehe..ei, ape bantal2?sile beli je kat kedai..

Anonymous said...

ahaha sape kate jet underweight..die kan tubuh bak athletic olimpik..ahaha.

balik mesia ari tu tak buat ic lg ke?

jetjetsemot said...

haha..kasyah..diriku lagi atletik dri dirimu kan..kan?haha..

haiyoo..u..shh..shh!kantoikan plak da tau ilang tamo buat ic..takot pak polisi la..haha..aritu org jpa tnye gak bile hilang..naseb soalan tuh ditepis oleh org laen..xyah nak menjawab..lagipun, fiza yg tnyekan..ahahah..penakot!