Thursday, April 03, 2008

lampu isyarat


Aku hendak melintas jalan. Tak seperti orang lain yang melintas apabila jalan kosong setelah mereka memandang kanan dan kiri, aku menanti dengan sabar sehingga lampu isyarat pejalan kaki menjadi hijau. Ada seorang nenek dan cucunya di seberang jalan daripada tempat aku berdiri. Melihat semua orang sudah melintas, si cucu mendesak agar nenek melakukan hal yang sama. Tetapi si nenek memujuknya dengan mengatakan sesuatu yang sudah pastilah aku tak dengar daripada seberang sini. Sebaik lampu bertukar hijau, aku berjalan dan bertembung dengan nenek dan cucu tadi di tengah-tengah jalan. Si nenek tersenyum ke arah aku dan berkata kepada cucunya, ‘She’s very good.’ Aku membalas senyumnya. Sedikit bangga kerana aku berjaya menjadi contoh kepada si kecil.

Hari ini aku melintas lagi, di jalan yang sama. Seperti biasa aku menanti lampu isyarat itu menjadi hijau. Kiri dan kanan aku, orang melintas tanpa berpandukan lampu isyarat itu. Aku terfikir. Adakah aku melintas mengikut lampu hijau kerana aku mahu dipuji? Atau adakah aku melintas mengikut lampu isyarat kerana aku malas untuk membuat keputusan aku sendiri? Adakah aku perlu seseorang untuk memberitahu aku bahawa aku perlu mula melakukan sesuatu? Adakah orang yang melintas atas pertimbangannya sendiri, melihat kanan dan kiri, mengambil risiko, akan mendapat kepuasan yang lebih daripada aku yang melintas mengikut arahan?


Dan kali ini aku memutuskan untuk melintas ketika lampu itu masih merah.

Adakah pilihan aku tepat?

7 comments:

Anonymous said...

do what you do best jet-chan
have faith in what u believe

Anonymous said...

taktau tadi keluar ke tak
tadi ada tulis tapi tetibe jadi kosong

terus retype

urm jet do what u do best
and have faith yah

bzz said...

Make a choice. Try your best.

And dont regret...


Selagi mana kamu jujur tersenyum, selagi itu ianya baik utk kamu. Kan?

Unknown said...

hmm.. isen yg membuat aku berfikir.

lampu isyarat itu ada di situ kerana ianya ada kegunaannya. jika diguna dan dipatuhi akan selamat. sekiranya diendahkan, natijahnya adalah di bawah tanggungan diri sendiri - biar baik atau buruk.

kita sentiasa mempunyai pilihan.. :)

Anonymous said...

owh i think u did the right thing,
and i applaud u for that

Anonymous said...

ko pikir reason je...cube ko pikir kesan dari tindakan ko tu...

kalau ko choose untuk melintas di lampu hijau=
ko tak la stress sgt. sbb ko ikut jalan yang betul dan selamat. mmg kene tunggu lama untuk lampu tu tukar jadi hijau. tapi ko tau in the end ko akan selamat dan tak payah takut akan ada rintangan atau masalah mase nak jalan. takyah nak tgk kiri kanan tgk ada kete ke tak.if ada kecelakaan berlaku semase ko melintas tu bukan salah ko tapi itu adalah takdir yang ko kene langgar mase tu. oleh itu ko tak rase bersalah pada diri ko sendiri

kalau ko melintas mase lampu merah=
ko rase berdebar2 kan?. tgk kiri kanan.eh ada tak kete laju. ada tak pemandu yang dapat lesen terbang driving today.pastu pergerakan ko nak kene sentiasa bersedia and kene cepat. mmg ko akan sampai jua di penghujung jalan tapi mase tu mesti ko pikir.Alhamdulillah. sib baik selamat. sib baik takde org langgar aku.kalau kene langgar mesti ko akan rase diri ko amat bodoh sekali.tapi on the other hand, diri ko rase puas sebab ko rase perjalanan ko tu adventure. something yg ko rase best nak citer dan something yg bile satu hari nanti ko akan tersenyum mengingati diri ko yg itu. dan ko rase ko free sebab ko taknak tindakan ko diatur oleh orang lain atau hidup ko tak semestinya dikongkong oleh peraturan2.

sekian..

lu pikir a sendiri..(bak kata nabil raja lawak...err..ko tak tengok ek..ignore je la)

jetjetsemot said...

well..tengs kerana berfikir bersama tentang lampu hijau dan merah..

siapa kata tak stress tunggu lampu hijau?ok, sambung fikir semula..