Sunday, March 02, 2008
kehilangan
Sumber gambar: Rockdiscography.
Kehilangan. Kalian pernah kehilangan?
Tak banyak yang ingin aku taip pada isen kali ini. Cuma seorang rakan sedang dalam proses 'grieving' menghadapi sebuah kehilangan. Kehilangan sementara yang biasa pada mata orang tapi tak pernah dilaluinya lantas menjadikannya seolah-olah suatu kehilangan yang kekal.
'Grieving' atau perasaan berdukacita adalah normal bagi mereka yang kehilangan. Ia tak mempunyai jadual dan jangka masa yang termaktub. Terpulang kepada setiap individu, perasaan itu boleh wujud dalam masa minggu, bulan, atau bertahun-tahun lamanya. Beberapa informasi telah aku dapati daripada laman sesawang ini.
Cara-cara untuk menangani perasaan ini ada banyak. Antaranya adalah:
1. Cuba mengekspresikan diri dalam bentuk yang kreatif seperti penulisan dalam jurnal, buku skrap, lukisan atau lain-lain hasil seni.
2. Menjaga kebajikan fizikal. Senaman dan pemakanan hendaklah tidak diabaikan.
3. 'Don’t let other people tell you how to feel, and don’t tell yourself how to feel either.' Dukacita itu adalah milik peribadi kalian. Jangan terlalu mempersoalkan kenapa kalian bersikap sedemikian dan orang lain tidak pula seperti kalian.
4. Pelan masa hadapan. Bersedialah untuk menaiki 'roller-coaster' emosi dan ketahuilah bahawa ia adalah normal.
5. Dapatkan sokongan dari keluarga, rakan-rakan, doktor, dan sesiapa saja yang kalian rasa dapat membantu kalian.
Indahnya bagi kita yang beragama Islam, rasa dukacita itu boleh cuba dikikis dengan bacaan doa yang tulus, bacaan Yassin secara khusus dan al-Quran secara am, dan tentunya solat-solat sunat. Cuba untuk menyatakan perasaan sebenar-benarnya pada Ilahi adalah sesuatu yang indah dan menenangkan. Jangan lupa bahawa perkataan 'redha' adalah kata kunci dalam situasi ini.
"Wahai Zat yang Menghilangkan dukacita, wahai Zat yang Menghilangkan, hilangkanlah! Wahai Zat yang Menghilangkan, hilangkanlah! Hilangkanlah dari kami segala kesusahan dan dukacita kami."
Ramai orang masih tidak mengambil peduli atau buat-buat tidak tahu tentang perasaan dukacita dari kehilangan yang dialami oleh keluarga dan rakan taulan. Ia seakan tidak dikenali di kalangan masyarakat kita. Situasi ini menyebabkan perasaan dukacita akhirnya terarah kepada masalah depresi. Aku harap kalian dan aku tak terlepas pandang akan hal ini. Seperti fizikal, emosi juga adalah sesuatu yang perlu dijaga. Badan yang sihat bermula dari akal yang sihat.
Aku juga dalam proses kehilangan. Kehilangan yang sengaja aku cari untuk menguji keyakinan diri. Bagi yang kehilangan, besar atau kecil, percayalah bahawa kalian tak sendirian.
Jaga diri kalian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
salam,
to jojet's fren,harap bertabah.
and yes,untungnye jd org islam dpt memanjatkan segala kegelisahan pada yg maha berkuasa.
anda juga boleh menyertai badan amal utk mengelakkan dari berfikirkan akan kedukaan anda..
saya mendoakn
Few years back. Masa sy tgh 'kehilangan'
-Saya cuba melukis guna crayon. Buat muka org tapi jadi tapak seleman.
-Mula menaip blog lagi gigih (create blogspot sbb b4 this modblog). Hah yg ini berjaya.
-Menjadi sedikit alim
... N yg bess yg sy rasa sekarang... Walaupun kita rasa susah hati dengan kehilangan tu, tapi saya yakin, sedikit sebanyak, saya belajar dari apa yg berlaku.
marilah kita sama-sama menyertai badan amal dan berbakti..
kehilangan itu adalah satu kelaziman dalam kehidupan, tiada saorangpun yang tidak pernah merasa kehilangan. dan tika itu sasaorang itu akan melakukan perkara2 yang membolehkannya lari daripada memikirkan perihal kehilangan tersebut :
orang putih :
1) minum beer, isap rokok ambil dadah
2) bunuh diri
namun kita sebagai bangsa melayu islam spt perlulah tidak meniru budaya barat yang hancur, maka ikutlah saranan yang dinotasikan oleh jetjetsemutapi di atas (rujuk entry) dan saya adalah bersetuju dengan pointasi pointasi jetjetsemutapi
namun kehilangan itu mengajar erti kematangan dalam kita mendewasakan diri, apalah masakan tanpa rencah masam dan manisnya, dan apalah hidup tanpa rencah dugaan dan cabarannya
anda jua boleh melakukan aktiviti di bawah (saranan saya)
1) bermain game online sehingga lupa waktu dan masa
2) memeluk minci (bone crushing) dan mengadu, dan sama2 mencari jalan penyelesaian
3) pergi berwindow shopping dan selain itu boleh melihat keindahan alam ciptaan ilahi, mendetikkan hati kita untuk dekat denga maha Pencipta
4) menelefon keluarga untuk komfortasi
5) memasak, ya, kadangkala saya memasak untuk melepaskan rasa sedih atau rasa tensi
6) bersukan, sesungguhnya ia punyai impak yang sgt bagus dlm menghilangkan segala gundah di dalam hati, sila cuba untuk berjogging saban petang, 15 minit pun cukuplah, anda akan merasakan anda seperti saorang yang baru, penuh impian dan cita2
myra..yeh..im sure she'll get better..kawan2 try sapot la kot..badan amal..ok..
bzz..waaa..ni dah baca nota macam mana nak menghadapi kehilangan ke..so macam nota yg diberi..cool..alhamdulillah u made it through..a friend once told me, 'saya lelaki, kalau apa-apapun jadi kat saya tak apa.sy boleh terima.' bole pakai x?
maka kamen, sile ko masok unicef ko..
baez...wow..tengkiu for ur panjang lebar ceramah..umpama masok dewan tgk slide show..ahaha..apa yg kamu tules tuh semua sy dah buat kecuali men online games dan memeluk minci..atas sebab, kalu sy men online games sy akan lebih keciwe sbb sy ni kemaen bodo men games lantaran asek game over..tak ke depres?kamen lak busuk untuk dipelok..ahahahhaha..
Jett, boleh pakai ke tak? Tgk orgnya. But rasanya... Ego lelaki ni lebih tinggi dari perempuan kan? Tapi setinggi mana pun egonya, ada masa lelaki tetap akan kalah jugak.
Ps - Tgk CJ7? Part stephen chow mati, sy nk nangis tu. Sedih gile. Termasuklah lelaki cina yg kat depan, kat belakang, kat sebelah2 saya. Siapa kata lelaki tak sensitip time tgk wayang?
bzz..yeh..true2..tengok cj7..oh, sy pon rse mata sy bergenang mse tgk part tuh..wow..menariknye fakta yg anda berikan tu..cool..hehe..
Post a Comment