Saturday, March 01, 2008

last men standing






Hah. Teruja untuk menulis isen apabila aku mendapati bahawa templat 'creat posting' aku sudah kembali kepada sediakala. 'Trick'nya hanyalah aku perlu menekan butang 'refresh'. Ceehhh!

Isen ini bersempena dengan penjejakan kaki aku semula ke tanah penjajah. Aku bertolak dari Johor pada jam 2.30pm dan sampai di rumah Atok lebih kurang jam 6pm. Hujan lebat sepanjang perjalanan menyebabkan kami tak menyinggah di mana-mana. Kasihan Along. Mengantuk. Tapi sebaik sampai di Kajang, mama telah meminta Along berhenti untuk membeli sate. 50 cucuk ayam, 50 cucuk daging, dan 10 cucuk perut.

Aku sempat lagi menolong kakak ipar aku memasak kari ayam dan terung sambal di rumah Atok. Tapi kempunan kerana aku tak makan lauk masakannya. Kenyang sate masih berbaki. Aku bersiap setelah Maghrib dan menunggu abang aku tiba untuk membawa kasut hitam aku. Ah, lambat mamat ni. Terus saja beredar sebaik dia sampai. Aku dah lambat. Janji dengan budak-budak ni untuk sampai di KLIA jam 10pm. Siapa 'check-in' dulu jodohnya pendek.

Minci dah pun beratur. Waktu aku sampai, dia sudahpun ada di depan sekali barisan yang panjang. Aku dan Za sudah mengomel panjang. Eish. Macam mana nak dapat 'seat' sama macam ni. Haha. Dipendekkan cerita, Minci terus saja 'call' aku untuk memberitahu yang nama kami tak ada dalam senarai penumpang pada malam itu. Hah? Terkejut. Dan para ibu bapa yang ada di tempat kejadian terus menjadi kalut dengan persoalan 'apasal?' Aku yang sedari tadi berasa bersalah kerana lewat tiba bertambah 'tension'. Minci kata dia tenang. 'Relax'. Itu saja yang diulangnya. Haha. Pelik. Semacam tengah 'high' rupanya. Sebab dia jarang begitu.

Kami terus saja ke kaunter lain meminta bantuan. Ah, lama. Tapi lama yang akhirnya berhasil. Bukan lama yang tak membantu. Kami ditempatkan dalam 'flight' yang sepatutnya kami naiki. Masalah timbul kerana sewaktu tiba di Malaysia pada Disember lepas, oleh kerana kami terlepas 'flight' sebenar kami dari Dubai ke Malaysia dan diletakkan ke penerbangan yang berbeza, secara automatik nama kami untuk penerbangan yang lain-lain telah di'cancel'. Maka aku pun berasa 'hangat' dan rasa nak sepak Emirates yang suka-suka hati mewujudkan problema yang meruntunkan jiwa. Nasib 'settle', kalau tidak mau ada yang makan kasut 'purple' aku.

Ada makhluk wujud di KLIA tanpa kebenaran aku. Malahan bersalam dengan segenap lapisan ahli keluarga aku. Adeh. Sakit. Pantas saja dijeling dan dibuat 'dek' oleh aku. Jet, orang nak hantar engkau pun tak boleh kan? TAK BOLEH, OK!!!

Eh, macam panjang benar cerita aku. Oh, kesimpulan. Penerbangan ini membosankan. Dari KL ke Dubai, OK. Aku tidur kerana memang ia adalah waktu tidur. Di Dubai kami lepak di Starbucks menghabiskan Dollar Amerika pemberian mama aku. Aku tak tau lah orang Arab pandai ke tidak lepak di situ. Tapi untuk menghidangkan kami kek karot dan cinnamon roll yang keras umpama batu adalah pelik wal-ajaib. Menyebabkan aku terfikir, "Adakah orang ini telah tersalah bagi kita makan makanan 'display' iaitu plastik?" Tak apa. Kami bantai makan lantaran penat dan lapar.

Penerbangan dari Dubai ke Manchester pula lebih haru. Skrin televisyen aku tidak berfungsi. Atau mungkin aku dan Minci buta IT untuk menggunakannya. Oleh itu aku banyak tidur. Dan hanya bangun untuk makan. Aku bangun untuk melihat skrin yang sama dan akhirnya membuat keputusan untuk menghafal apa yang tertulis di skrin tersebut:
'Want to know how far you are from our destination, how fast the aircraft is travelling, the temperature outside? These answers and more can be found here. Airshow is a moving map display connected to the plane's navigation system. Constantly updated during flight, the data means at any time you can check your position and expected arrival time.'

Rutin yang tidak sihat ini dipasangkan pula dengan kapal terbang yang terlalu banyak bergegar menyebabkan aku mulai merasa mabuk. Waktu itu kapal terbang sudahpun mau mendarat. Aku toleh ke arah Minci dengan lemah. "Kamen...mabuk." "Aku pun sama. Kau dah pucat." Aku diam. Dan cuba menahan rasa mual. Aku tutup mata dan layan kepala hinggalah tayar kapal terbang mencecah bumi Manchester. 'Landing'nya tidak lancar. Menurut kata Za yang aku temui selepas kejadian, kapal terbang itu mendarat tidak 'centre' dan senget ke kiri. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Za di talian 1-800-PILOT-SIMPANAN. Mangkok hayun. Bertambahlah kemabukan yang aku tanggung. Aku sudah tak mampu nak bangun walaupun penumpang-penumpang sudah mula meninggalkan kapal terbang. Kata Minci, "Tak apa. Take your time," umpama 'misi-misi' di hospital. Ini adalah iklan racun makhluk perosak: Ketahuilah bahawa Minci selalu ada efek positif kepada orang ramai tapi tidak selalu kepada dirinya.

Aku bangun sebaik penumpang terakhir bangun untuk keluar dari kapal terbang. Sudah siap 'sickness bag' di tangan aku. Aku jangka aku tak akan muntah. Tapi tidak, sebaik bangun, aku batuk sekali dan kababoom...segala isi perut melimpah keluar. Aku kembali duduk. OK. Kasik perah isi perut sampai habis. Aku mengesat air mata dan tersengih pada Minci. Ah, lega. Nak aku 'describe' isi itu? Haha. Minci memintakan tisu. Pramugari terus saja memberi aku tisu yang banyak dan tidak cukup itu, satu 'tray' sapu tangan pula diletakkannya disebelah aku. Waahh. Perli ke apa?

Kemudian barulah aku bangun dan meninggalkan kapal terbang. Padan muka Emirates, kena muntah sama aku. Laluan sudahpun dipenuhi dengan pekerja-pekerja yang mau membersihkan kapal terbang. Kami orang terakhir meninggalkan pesawat. Eh, bukan. Ada makcik berkerusi roda dibelakang kami. Tapi dia tak berdiri. Maka, kami masih: 'The Last Men Standing.'

8 comments:

MyRa said...

hehehe..kakmin mmg tgh high.. saya yakin ketika itu dia mmg tgh high..muahaahahah..

azah,awak adalah the last women standing~

dan kesian kapal emirates

dan saya amat jeles sbb awak ada nurse kecik tending ke awak

hahahaha

jetjetsemot said...

eish..adeke die kesiankan kapal emirates..padanlah nurse kecik tamo tending ke awak..

p/s:kamen high pasal ape?dan kenapa kamu taip nama itu..

Minci said...

knp plak aku high? 'soyot' sunggo

bZz said...

Hoh, agak menakutkan cerita di KLIA itu. Tak dijangka. Kedua2nya sekali...

Entah2 awk mabuk sebab makan kek karet plastik kot? Hahaha... Takpelah, dh slamat smpi pun...

jetjetsemot said...

minci...kamu high sbb kamu tak slalunye tenang..ahahah..pande2 sy je kan..soyot la sgt..

bzz..menakutkan la jugak..sy ckp kat mak sy: hah, suka la tuh org tak balik..die sengih aje..mungkin la mabuk makan bende plastik..yeh, alhamdulillah slmt gak smpi walaupun byk halangan..

baez external hard disk bercasing kulit asli said...

ahaha minci yang tetibe bersikap tenang kata jet daku tergelak2 membayangkan kebiasaan kakminci nan kegelabahan!

namun saya lupa nak pesan sama kamu, kalau kamu naik emirates, sila check in online (iaitulah 24 jam sebelum boleh check in) dan boleh pilih seat sendiri, selain itu jua ada kaunter khas iaitulah biasanya kaunter itu takde orang langsung spt daku tempoh hari daku dengan angkuh memotong sekilometer barisan dan pegi ke kaunter online check in, seme pandang jeles dan daku hanya berpaling sambil mengilas rambut dengan tangan kanan tanda angkuh

Minci said...

ohhhh.. knplah za mengambil gamba ketika aku menjuihkan bibir..

one of my friends dia check-in online tapi tk dpt jugak sbb mengalami masalah yg sama.. huhu

jetjetsemot said...

baez..kami dah try online check in mase dri manchester ke sni..tapi hampeh last2 kena beratur panjang jugak..bodo bena emirates ni..ahaha..mungkin Allah tak redha kami nak angkuh ok..cube renung-renungkan dan selamat beramal!

minci..gamba ko mmg tak senonoh semena..ada gamba lagi satu dgn ko yg close range tuh..aku cm tgk nta mne2.ko lak buat muke sepe-et..len kali amek gamba btol2 ok!sebat kang..(nota kpd diri snirik jua)