Thursday, February 28, 2008

isen akhir dari malaya

Ini mungkin isen terakhir aku dari Malaysia buat masa ini. Bagasi sudah pun siap dikemas oleh mama. Haha. Hanya 'laptop' buruk dan kena conteng ini saja yang belum siap disimpan. Perasaan meninggalkan Malaysia bercampur-baur antara gembira, sedih, risau, dan teruja. Dalam masa dua bulan ada juga perkara yang aku tak duga akan berlaku, telah berlaku.

Jika Minci dan Za ingat, satu perbincangan telah berlaku sebelum kami sama-sama berangkat pulang ke Malaysia, dua bulan lepas. Dan mereka 'bet' bahawa aku akan mengenali seorang lelaki. Itu terjadi dan aku 'salute' 'super power' mereka. Tapi 'bet' itu mungkin tidak seratus peratus seperti apa yang mereka dan aku harapkan.

Masih ada lagi 'item' dalam senarai makanan Malaysia aku yang masih belum bertanda. Tapi tak mengapa kerana aku pun tak bernafsu tinggi untuk makan lagi. Cukuplah sekadar apa yang telah aku makan. Mungkin nanti saja, setelah aku pulang 'for good'.

'Posting' di Putrajaya boleh dikatakan menarik. Tetapi aku malas untuk komen panjang tentang itu sekarang kerana aku ada 'homework' untuk menyiapkan laporan tentangnya dalam 3500 patah perkataan.

Dan tentunya di akhir persinggahan ini, aku rasa aku sudah sedia untuk melakukan 'revision' secara berhempas pulas untuk menduduki peperiksaan akhir pada bulan Mei ini. Minta jasa baik kalian untuk mendoakan kejayaan aku dan kawan-kawan yang lain. Yakinlah bahawa kami ingin berkhidmat sebaik mungkin kepada bangsa dan negara sendiri.

Lebih kurang dua jam lagi untuk meninggalkan Johor. Lebih kurang 12 jam lagi untuk meninggalkan Malaysia. Lebih kurang 24 jam lagi untuk tiba di UK. Masa terlalu pantas berlalu dan aku harap umur aku panjang untuk menjejakkan kaki ke Malaysia lagi. Juga ucapan 'maaf' kepada rakan-rakan yang tidak sempat aku temui, atas pelbagai alasan.

Aku benar-benar tak punya struktur dalam mengarang isen ini. Cuma aku rasa aku perlu taipkan sesuatu tapi tak terluahkan. Semoga dalam pemergian kali ini aku akan diberi peluang untuk mendewasakan diri dan bersedia untuk menghadapi kehidupan bila aku pulang nanti. Jaga diri kalian. Harap ketemu di kesempatan yang lain pula.

Perhentian seterusnya: KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT.

6 comments:

MyRa said...

ah mera jet,
selamat berangkat
dan sebelom pulang,buatlah pesanan terakhirku supaya x teringat di hari kelak *merasa ceramah

aritu lupa nak tanya
alarm rumahmu,klu malam2 panas x leh bukak tingkap ke?

bZz said...

Sudah mahu balik ya? Semoga selamat di dalam perjalanan.

Ok lah, take care juga. And good luck utk apa saja yg dibuat disana nanti. Jgn rindu2kan keluarga disini. Sebab kamu akan balik juga akhirnya nanti. Ok... See ya...



Kem salam Janet yg keje kat kilang besi belakang old trapod tu aaa...

zu said...

jet,bai.tak smpt jmpe ko.

Uncle K said...

Tata

jetjetsemot said...

myra..pesanan ape ni..yg suro bertemu di klia ke?ahaha..sy tak paham..oh, haah alarm tuh leh setting kalu kamu nak mana2 tingkap di satu area yang tak akan bunyi bile kamu dah pasang alarm..tapi slalunye bile dah malam2 pasang seluruh ruma supaya seragam..

bzz..tengs..yeh, insyaAllah akan balik kalu umurku panjang..loh, kem salam janet pesal..kem slm jet je..ahahah..

zu..takpela..len kali je kite jupe..

uncle k..melambai kamu dari kejauhan..sori x jupe serampang
empat mata..

untuk makloman, sy telah selamat tibe..

bZz said...

Oooo janet dah balik kg ke? Ke, salam Jett ngan elepennya la camtuh...