Tuesday, March 11, 2008

depresi


Ini adalah ruangan mengulangkaji pelajaran di samping informasi untuk kalian.

Anda mengalami masalah tiada 'mood' dan rasa 'pleasure' pada setiap hari selama dua minggu? Dan mempunyai empat atau lebih daripada gejala-gejala di bawah?
  1. Tidak berminat lagi dengan perkara yang anda minati
  2. 'Low self esteem'
  3. Tidak mau bergaul dengan orang
  4. Berperasaan untuk menyakiti diri anda
  5. Berasa penat dan tidak bertenaga
  6. Sukar menumpukan perhatian
  7. Rasa bersalah menguasai diri
  8. Terbangun awal pagi
  9. Berasa pada tahap paling rendah sebaik terjaga dari tidur
  10. Kurang/lebih selera makan
  11. Kurang/naik berat badan
  12. Masalah sembelit
  13. Kurang nafsu seksual
Maka, anda sebenarnya mempunyai masalah depresi/tekanan. Bagaimana sesetengah orang boleh tertekan dan tidak sesetengah yang lain? Faktor-faktor yang memainkan peranan adalah:
  • Genetik
  • Bikokimia: serotonin
  • Hormon: cortisol, melatonin, oestrogen
  • Kejadian yang menyebabkan stres: penceraian, kehilangan, masalah kesihatan, baru melahirkan, kehilangan kerja
  • Faktor-faktor lain: penyakit fizikal, sentiasa dalam keadaan kesakitan, tiada perhubungan intim
Bagaimanakah cara mengatasinya?
  • Rawatan psikologikal seperti 'cognitive therapy.'
  • Jika mempunyai gejala biologikal, ubat anti-depresi boleh dicuba. Jika pesakit tidak mahu mendapatkan nasihat pakar, ubatan herba boleh dipertimbangkan, seperti St John's wort yang boleh didapati di farmasi.
  • Jika halusinasi dan delusi wujud, pesakit mungkin memerlukan rawatan fizikal seperti 'electroconvulsive therapy' dan juga ubat anti-depresi
  • Pesakit mungkin perlu dimasukkan ke wad jika mempunyai masalah sosial, berkeinginan tinggi untuk membunuh diri, atau terlampau menyendiri.
Bagaimana dengan kesihatan kalian? Dapatkan bantuan sepatutnya jika anda atau orang-orang yang anda kenal mempunyai masalah di atas.

Jaga diri kalian.

5 comments:

Anonymous said...

hai jah..
saya mengalami lah gejala 1,2,3,5,6,8,10,12 dan 13 ehhh :p

apa patot dilakukan??
tolong rawat saya secara saikologi kamon man..

Anonymous said...

cara mengubati depresi
adalah mendekatkan diri dengan Pencipta
banyakkan solat malam
dan jua membaca kalam ilahi
-tazkirah ringkas-

Anonymous said...

Ini adalah simtom2 saya:
1. Tidak mau bergaul dengan orang - lantas tidak mahu menghadiri Preston Ball
2. Rasa bersalah menguasai diri - maka nak masak utk 2 hari berturut2

3. Terbangun awal pagi - mandilah aku kol 5 pagi

4. Kurang nafsu seksual - tengok org laki rasa cam nk serpaq..

bzz said...

Hermm... kengkadang melanda jua, kecuali yg terakhir. Adakah kamu dilanda dipresi? Jgn ya... Senyumlah selalu...

Anonymous said...

tulun..doktor jet...
tgh depresi ni... no 1 sampai last.