Friday, March 07, 2008

gayat

Cerita ini dah basi bagi orang-orang yang tinggal di sekitar aku. Tapi bukan semua kalian yang membaca tinggal di sekitar aku, kan? Jika ya, maka, selamat berkenalan wahai makhluk halus.

Apapun, pengajaran yang ingin aku sampaikan di sini adalah: Hidup ini ada belok kanan, belok kiri. Tak akan ada yang lurus.

Sepatutnya aku sudah mula kelas sejak Isnin lalu. Akibat mabuk udara pada Jumaat lepas, aku tak menghubungi 'supervisor' aku dan aku benar-benar tak tau mana arah tuju aku untuk hari Isnin. Sebenarnya, nombornya juga aku tak ada. Macam mana nak 'contact'? Aku cuma bergantung pada 'info' yang diberi oleh seorang rakan yang pernah bekerja dengan 'supervisor' yang sama. Dan rakan ini telah menyuruh aku bertanya kepada salah seorang ahli rumah aku tentang 'direction' untuk ke sana. Ah, panjang ceritanya. Orang yang sepatutnya memberi 'direction' pula telah ke London sepanjang hujung minggu dan sukar untuk dihubungi. 'Walaweh. Macam mana nak pergi ni,' getus aku. Aku mula panas punggung.

Pagi-pagi Isnin aku cuba lagi untuk menghubunginya. Kali ini berjawab. Katanya, "Kau ingat tak 'hall' yang Za tinggal tu. Kau jalan yang nak ke arah 'town'. Lepas tu kan ada jalan yang berbukit sikit, 'instead of' naik atas bukit, kau turun."

Er..OK. Nasib baik aku tau bukit mana yang dia maksudkan. Kalau kalian, kalian faham?

Tambahnya lagi, "Lepas tu kau jalan terus je. Ada lalu bawah jambatan, ada 'flyover', kau jalan je terus. Nanti ada 'park'. Aku pun tak ingat sangat. Aku pernah pergi sekali je."

OK. Aku tekad untuk mencuba.

Aku keluar dan ikut arahannya. OK. Turun bukit, bukan naik. Jalan terus. Lalu bawah jambatan. OK. Jalan terus. OK. Hah, ini ada 'flyover'. Oh, ada lampu isyarat. Melintas. OK. Jalan Terus. 'Park'? Ini ke 'park'? Ni macam semak-samun tepi jalan. Eh, 'park' lah agaknya. Jalan terus. Eh, jambatan lagi? Tadi dia suruh aku naik atas jambatan ke lalu bawah jambatan? Lepas jambatan ni kot. Terus. Terus. Jumpa hutan. Naik bukit. Dan terus lagi hingga aku sampai ke satu daerah yang lain. Mana???? Aku teruskan juga perjalanan. Hujan batu mula turun dan aku fikir, 'Eish. Tak boleh jadi ni. Aku kena balik.' Dan aku pun menahan sebuah bas yang menuju semula ke bandar Preston.

Manakah bangunan bedebah itu? Sepatutnya perjalanannya hanya memakan 15 minit tapi aku dah pun menapak hampir saju jam. Eh. Aku tipu kaliankah? Tak kisahlah. Sampai rumah aku cuba mencari arah sepatutnya aku pergi. Rakan rumah aku dah pun balik dari London. Tergelak aku melihat 'google map' hasil carian aku. Cuba kalian perhatikan.



Aku telah memulakan perjalanan aku dari 'arrow' merah pada imej pertama. Dan aku sepatutnya berhenti pada 'arrow' biru sebelum sungai. Tapi aku telah meneruskan perjalanan sehingga 'arrow' biru pada imej ketiga. Dan paling bodohnya, bangunan tu memang dah sebelah kanan aku sewaktu aku nak melintas di lampu isyarat yang aku nyatakan tadi. Tapi entah siapa yang bijak sangat membina bangunan 'membontoti' jalan, maka aku tak nampak nama bangunan itu. Bahagian belakangnya menghadap jalan manakala bahagian depannya tersorok. Dan 'park' yang kawan aku sebut itu, bukanlah taman seperti yang aku jangkakan. Sebenarnya dia menyebut 'industrial park'. Aku tak tangkap perkataan pertama itu dan sibuklah mencari taman berdaun hijau. Waahhh!

Lawak. Paling lawak adalah waktu merentas jambatan yang tak patut aku rentas. Sungai tu besar OK. Dan deras. Dan jauh di bawah sana. Aku cukup gayat sewaktu melintasinya. Kalian bayangkan, jambatan itu berupa 'highway' yang sangat sibuk dengan sedikit saja ruang untuk pejalan kaki, dan tanpa 'divider' antaranya dengan jalan raya. Tak cukup dengan sungai deras sebelah kanan, kenderaan deras di sebelah kiri, tak ada divider, angin deras pun nak datang dari arah depan, kiri dan kanan aku. OK. Aku punya jantung berdegup kencang. Aku fikir sama ada aku akan jatuh dalam sungai kena tiup angin, atau pun kena tiup jatuh ke atas jalan raya dan dilanggar. Dua-dua pun mati, semata-mata nak cari bangunan tempat 'supervisor' aku bertapa.

Sudah. Ini bukan cerita lawak. Kalian sepatutnya menangisi nasib aku. Ahah. Hasilnya? Aku tak payah pergi sekolah sangat minggu ni. Cuma perlu datang pada hari Jumaat, iaitu tadi dengan membawa minda kosong.

Ingat. Tiada apa yang 'lurus' untuk mendapatkan apa yang kita mau dalam hidup. Belok kanan OK. Belok kanan di tempat yang sepatutnya. Dan, oh. Cuba kalian teliti peta itu. Kalau hati aku tak tergerak untuk berpatah balik, mungkinkah aku sudah berehat-rehat di Liverpool sekarang?

8 comments:

Minci said...

kang dtg bebtul makhluk halus tuh nk berkenalan ngan kau
rajin ok kau buat arrow2 nih.. ha ha.. kagum I
eyy..sure ke bukan kau yg salah jln..dan bukannya bangunan tuh yg membontoti jalan?
wahahahaha.. kelakarnyer.. INDUSTRIAL PARK dan PARK yg bertumbuh2an sgt jauh berbeza..

mungkin blum rezeki kau nk gi rehat bontot dan minda di LiverPool..

jetjetsemot said...

btol ok..aku da buat rehearsal pada hari isnin dari arah lain dgn huda..rabu aku dah gi ikot arah lain..arini pun aku dah gi..huda pun ckp, loh bangunan ni mengadap sana, mmg la x nampak..ape ke bodo bena..dari arah mana2 pun cm sukar utk kelihatan..jalan mmg dah benar sgt..

MyRa said...

hahahah jah
i like u even more,sbb buta arah mcm diri saya jua..keskeskes..

anyway jauh gel,n belilah fon n95,situ ada gps senang org2 buta arah nak tau lokasi dia..

jadi maksudnya,kamu masih ponteng ke sehingga ke hari ni?

baez external hard disk bercasing kulit asli said...

ahahah
sian sgt dikau jet
malahan seb bek tak jatuh sungai, sila tabah mengharungi onak badai dasawarsa ini
nevertheless i wish u the very bes dlm placement selepas ini ok
happy woman's day

Wakil Rakyat Rembau said...

mak aii...jauhnye jalan.

kat uk tu sungai ngan highway sebelah2 ek? igtkan sampai masuk hutan, leh la gi camping skali..ahaha

jetjetsemot said...

myra..mmg buta..tp sy takmo gprs..sy nak hire drebar je..sukatila drebar nak buat ape utk mencari arah..ahah..tak la..sy men bantai je pagi ari rabu..jumaat pun sy dtg..kames xde pape..

baez..ahah..mekaseh la..sy pon rse bersyukur tak jato dlm sungai..hepi women's day to u too..

opponent khairy, hah, ekau kalu bertanding kat rombau tuh, mmg ekau la den vote..tapi tuka la siket manifesto ekau yg ntapape tu..ahah..hoh,jauh jalan..fit..ahaha..oh, sungai dgn highway adelah melintang la..kalu msok utan, leh la den pura2 jadi red riding hood lak..

bZz said...

Isk isk isk...

Rindu org sini ke?

jetjetsemot said...

err..ape kena mngena rentas jambatan dengan rindu org?err....